Nuffnang Ads

Tuesday, August 28, 2012

Rindu yang tak pernah mati.

Pernahkah kita terasa rindu yang amat sangat pada seseorang walaupun orang tu ada depan mata? Ada je kat sebelah kita. Tak jauh mana pun. Memang akan jumpa walaupun tak bersama 24 jam.

Sememangnya perasaan ni sukar untuk ditafsirkan. Sukar untuk dimengerti bagi orang yang tak tahu nak menilai hati seorang manusia. Betapa rasa rindu tu cukup untuk menghadirkan sejuta perasaan lain yang menghidupkan segala kebahagiaan dan ketenangan. Saya tenang bila merasai rindu ini.

Sebak akan menghadirkan diri dikala rindu tak terhitung dek waktu yang berjalan. Menantikan waktu itu sampai membangkitkan lagi perasaan ini. Saya mahu menangis kerana terlalu rindu. Sesaat bersamamu ku kenang hingga ke hujung waktu. Sesaat berjauhan denganmu ku hitung detik waktu yang berlalu untuk kembali bersatu. Sesungguhnya rindu ini takkan pernah mati walaupun saya tiada lagi di sini.

Sebenarnya saya rindukan suami. Hahaha. Tapi itu bukanlah satu yang mustahil kan? Itulah keberuntungannya bila kau dihalalkan untuknya. Itulah keindahannya bila Dia menjadikan halal sebagai pemutus batas antara kita.

Dan sebak itu hadir bila saya teringatkan Dhia Zara. Ya Allah rasa rindu yang Kau hadirkan ini benar-benar menyeksa jiwa. Serasa mahu mendambakan sayap muncul dibahu yang bisa memungkinkan aku terbang ke sana memeluk dia. Dia yang lahir daripada rasa cinta. Dia yang wujud kerana cinta.

Nak nangis. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

0 comments: