Nuffnang Ads

Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Go 3G Go!

Melewati November 2009 bagaikan menyingkap kembali segala kenangan setahun yg lepas. Segalanya indah. Waktu itu hidup dan dunia ini berwarna-warni. Berseri-seri. Jelas dan nyata. Tidak kabur spt ini. Mendung yg hadir tidak lama selepas segalanya bermula sedang cuba aku sisihkan dr cerita hati. Sehabis daya aku cuba utk menggantikan dgn pelangi. Pelangi yg dtg slps hujan di waktu panas sbnrnya adalah satu anugerah. Bkn segalanya cerah. Pasti akan ada hujan dan mendung. Akhirnya hari ini,aku mampu tersenyum.

Tiba2. Rindukan rakan2 di Trolak. Bersama mereka selama 8 hari bermula 19hb hingga 26 hb 2009 utk Kursus Induksi Umum. Berkenalan dgn semuanya memberikan satu pengalaman baru. Skrg aku ada rakan di sana di sini di sinun. Bekerjasama dgn mereka di dalam satu kumpulan amatlah menceriakan hati. Walaupun yg perempuan spt agak skema (hahaha jgn mrh dgn statement ini..) tp yg lelaki berjaya men'tune' supaya kumpulan 3G selalu happening. Segala aktiviti kita buat bersama. Bermula dgn berkenalan, mencari nama group, tagline, sorakan dan lain2 lg. Aktiviti spt flying fox, low rope, merangkak, meniarap, menyeberang, berlari, berjalan, berakit dan sebagainya kita jdkan penguat dlm ikatan persahabatan kita semua. Ditambah lg dgn kehebatan kita sewaktu melakukan persembahan. Bermula dgn lakonan hebat kita di dlm lagu Andai Ku Tahu,kita sambung lg dgn lagu Joget Cari Jodoh. Kejam sungguh kamu yat kerana menjadikan aku seorang wanita yg curang. Sedangkan hakikatnya aku ini adalah seorang yg sgt setia. Kihkihkih. Hebatnya kita kerana berjaya meraih gelaran juara di mlm itu. Aku berasa sgt riak pulak skrg ini. Go 3G Go! Go 3G Go! Go 3G Go! Ohh agak emo plak aku. =)

Oh ye. Maaf kerana aku merahsiakan sesuatu sepanjang kita di Trolak. Bkn aku berniat utk menyembunyikan hal yg aku sendiri tak mampu utk suarakan. Namun aku pasti saat ini,mereka semua sudah mengerti dan faham dgn keadaan diri ini. Aku pasti mereka juga sudah tahu kenapa dan mengapa aku melakukan sebegitu. Sungguh,itu bknlah kehendak hati. Terima kasih kerana cuba utk memahami dan menyokong setiap apa yg akan dan bakal aku lakukan. Terima kasih kerana ada yg sudi mendengar cerita sedih aku yg agak menyeramkan. Wakakaka.

Bol, azhar, ujang, achik, vicky, azieq, lan, aziey, yat, sha dan rin. Semoga persahabatan kita semua akan kekal hingga akhir hayat. Serius,aku sayang korg semua. Aku tujukan ayat ini utk mereka. Ayat yg aku sering gunakan jika berkawan. KAWAN SAMPAI MATI.

Friday, May 8, 2009

Terima Kasih

Ucapan terima kasih ni ditujukan utk kwn aku yg bernama Naz. Ari tu aku dah ckp dgn dia yg aku akan post entry khas utk dia. Khas utk ucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi (ayat bodek) penghargaan hanya utk dia jer. Naz, ko tau kan akak ucap terima kasih tu utk ape? ;) Semoga hidupmu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya. Dan aku juga mendoakan semoga ko bahagia disamping "Atuk K" (bkn Datuk..ko jgn perasan ar Naz..) dan juga semoga ko akan cpt2 kawin walaupun aku tau ko akan melangkah bendul diri ini (sungguh durjana ko Naz..giler tak sabar nak kawin..) Giler ah ayat ngampu aku ni. Mmg tak mampu ko Naz. Hanya aku yg mampu ngampu.

Tp kat sini aku ttp nak listkan antara sebab-sebab knp kah aku harus berterima kasih kpd beliau. Terlalu byk rasanya budi beliau yg aku mmg tanak balas. Sbb org tua kata kan Naz tak baik tau kalau kita dah tlg org pastu kita mntk balasan. Aku tanak ajar ko mcmtu. Sbb ape kita ni kalau tlg org kena ikhlas. Tak baik tau mengharap balasan. Dgr ye ckp kakak ni. Jgn melawan.

Naz, terima kasih sbb :

1. Tiap-tiap bulan tolong bayarkan bil Astro umah akak.

2. Tiap-tiap bulan tolong bayarkan bil letrik umah akak.

3. Kdg-kdg tolong bayarkan bil air umah akak.

4. Kdg-kdg tolong bayarkan bil Celcom akak.

5. Kdg-kdg tolong itu..

6. Kdg-kdg tolong ini..

7. Kdg-kdg ko tak tolong..

8. Kdg-kdg akak pun tak tau apa yg ko tolong..

Dan yg penting sbb tolong akak repair blk layout blog akak ni. Walaupun tak sehebat mana tp ni pun dah cukup utk tidak menskemakan blog akak. Terima kasih sekalik lagik.

Akhir kata, semoga ko akan terus menolong akak di masa-masa akan datang. Dan semoga kita bertiga (masukkan la sikit nama Zaidah tu..kang kecik ati plak..wakakaka..!), Farz, Naz dan Zaidah akan terus berkawan sampai bila-bila. Walaupun korg dah ada 8 org anak. Walaupun korg dah tua kerepot pastu kulit korg berkedut-kedut. Walaupun korg masa tu dah bongkok pastu jln pun terketar-ketar pastu jln pakai tongkat. Walaupun korg masa tu dah nyanyuk pastu 24jam pakai pampers. Dan walaupun sampai kita dah takde lg dlm dunia ni. Kita tetap akan berkawan. SAMPAI SYURGA KU CINTAMU.

p/s: aku tau korg touching, sedih, terharu baca ayat aku tu..kan? kan? kan?