Nuffnang Ads

Sunday, October 11, 2009

Melaka ~ Part 1

Bilik 726, Hotel Naza
Ahad
11 Oktober 2009
6.58 ptg

Hari pertama di Hotel Naza, Melaka. Aku dah sampai! Sbnrnya dah sampai dr td. Tp lepak2,rehat n solat. Perjalanan agak lmbt sikit sbb pg td aku pegi ke Keramat. Ada hal sikit. Melibatkan masa dpn. Hidup dan mati. Pkl 12.30 baru sampai umah. Lps tu terus siap2 kemas brg utk ke melaka plak. Dkt pkl 1.00 si khafi dah sms ckp dia dah on da way dr sime darby dgn aqilah. Aku pun relax jerla. Ingatkan lmbt tp kejap je dorg dah sampai. Blum pun 1.30. Kelam kabut aku bersiap. Ditmbh lg dgn mslh yg tiba2 dtg. Aduuu terbang duit aku RM50 mcmtu je. Ralat n terkilan. Tp nak buat mcmana. Aku anggap tu bkn rezeki aku. Lbh kurang jam 2.30 kitorg dah gerak masuk highway. Berhenti mkn kat RnR Seremban dlm stgh jam pastu gerak blk. Dkt pkl 5.30 jgk sampai ke hotel ni. Tu pun ada tersesat sikit tp nasib baik ada zura so dia yg guide aku thru phone.

Knp aku di melaka? Aku ada kursus Pengacara Majlis anjuran Jabatan. Sepanjang perjalanan aku yg drive amatla memberi satu pengalaman. Aku tak penah drive sejauh ni. Heheh padahal mana ada jauh mana pun. Bukak radio. Bosan tukar cd. Pastu menyanyi sepanjang jln. Melepaskan tekanan dan meluahkan perasaan . Haihhh betapa aku tak pernah jemu menyebut namamu. Seiring dgn nafasku. Selari dgn degupan jantung ini.

Pada mulanya aku sndr di bilik ini. Roomate masih belum sampai dan aku pun tak kenal siapa dia. Hotel dan kursus. Segala2nya mengingatkan tentang dia. Kursus. Kerana kursus lah aku bertemu dia. Kerana kursus lah aku mengenali dia. Kerana kursus lah segalanya bermula. Walaupun keadaan di sini tidak serupa namun hati ini tetap sama. Bertemu semula rakan2 seperjuangan. Riuh rendah mendengar suara mereka saat setiap bilik aku dail utk mengganggu. Hihihihi. Sungguh aku tidak sabar utk bersua dgn mereka sebentar lg.

Tapi... ada satu rasa yg pasti akan aku alami. Serba salah. Sayu. Sedih. Aku pasti aku tahu apakah soalan yg bakal mereka hujani pd aku. Tentang dia. Tentang kita. Andainya aku mampu utk menolak kehadiran di kursus ini. Pasti akan aku lakukan. Tp aku rindukan mereka. Peluang2 begini bkn sng utk aku miliki. Sudahlah free,dpt jumpa kwn2 lama plak lg. Wahhh best! Agak cuak sbnrnya utk berjumpa mereka. Mendengar suara salah seorang kwn aku td pun aku sudah menggelabah. Katanya 'aku nak interview ko sat lg..' Aduhh. Takpe2. Control2. Huhuhuhu. Takpelah. Yg penting adalah dpt berjumpa dgn dorg blk. Tentang kita. Percayalah. Aku takkan mampu utk meletakkan dirimu di situ. Aku tetap akan menjaga namamu spt mana awal dahulu kau berada di dlm hati ini. Tetap yg satu. Tetap yg pertama.

Aku harus bersiap. Utk mkn mlm dan sesi taklimat sblm kursus bermula.....

Bilik 726, Hotel Naza
11.21 mlm

Taklimat tamat lbh kurang pkl 9.30. Minum mlm dan mkn nugget. Erkk tak penah2 aku jumpa minum mlm kat hotel mkn nugget. Ngap jerla. Lepak skali dgn bdk2 lain. Riuh. Kecoh. Mcm2 cerita yg kuar. Ewahh buat mcm rumah sndr plak dorg ni. Bila cite psl keje confirm aku akan senyap sbb dorg ni tak abis2 cite psl LRA la, isu la, peristiwa la. Aku ni mana la tau benda2 gitu. Hehehe hihihi huhuhu tumpang gelak jerla. Pastu masuk plak bab bunga rampai. Perghhh ni yg tak bole dgr ni. Aku buat derk jerla. Buat2 sengih konon relax je takde mslh. Siap ada geng mak, geng bakal mak. Sadis giler mendengar ayat2 mereka. Haihhhh kwn2, geramnya aku dgn korg ni. Huhuhuhu.

Lbh kurang sejam borak2 kitorg pun naik bilik. Dlm lif pun buat mcm rumah sndr. Adoilaaa tak bole blah. Aku ssh hati ni. Nak kena perucapan awal lg. Kena jd MC lg. Aduhai dahla tak penah jd MC. Last aku jd MC time kursus asas mula2 masuk dulu tu jerla. Dah dkt setahun dah. Esok dia nak main tunjuk je sape2 yg buat perucapan awal. Masak la kalau aku yg kena. Kena standby je topik nak cite. Dahla kepala tgh jem tgh tension tgh stress. Takpe2 ni sume cabaran. Cewahhh yakin je berckp. Yerr kita kena yakin. Yakin serba serbi. Biarla org nak ckp apa pun. Yg penting kita tau siapa diri kita.

Dah lewat. Ada keja yg perlu aku buat. Kena buat. Kalau tak abis masa dpn aku. Aku kena komited buat benda ni. Stp mgu dan stp kali dia berikan pd aku. Ini adalah satu usaha aku utk yg terbaik. Utk memperbaiki diri dan segala benda yg ntah pape. Mmg gilela tgh2 mlm buat keje ntah pape gini. Bak kata dia. 'Sy suka semangat awk farz.. Awk btul2 berusaha..' Err jgnla puji gitu cik. Biasa jerla. Huhuhuhu. Hey, selamat malam!

5 comments:

My Name Is Han said...

betol tu,, sy ponn suke semangat awk faz....

CIVIC Power said...

Betul jugak lah tu,

Demi persahabatan kita yang kukuh
macam batu bata concrit tuu.
so saya pun nak menyokonglah
semangat cik puan farz ni..
(mudah2an dia belanja saya makan nasi kat rumba nti)

MsGaijin said...

heheheh..buleh buleh buleh..ala tp takkan nak mkn kat rumba je kot..alang2 tu kita mkn la kat klcc..tp sndr bayo ler..eheheheh

DPR said...

Salam,

Faz,posting untuk 3G xda ka?..tulis la kisah air mata ketika di trolak..mesti ada..

MsGaijin said...

air mata di trolak? hahahah..nnt ye jang..kena amik mood dulu baru bole post something fun..nama ko aku buh kat atas skali nnt..hihihi