Nuffnang Ads

Thursday, December 15, 2011

Manisnya Cempedak Itu.

Saya suka makan cempedak. Ohhh sangat suka. Baik yang mentah mahu pun yang digoreng. Seronoknya rasa di dalam hati bila balik kampung hari tu dapat makan walaupun cuma 3 ulas. Okay takpe.

Semalam saya balik awal dan terus ke rumah kakak. Sebab apa? Sebab ada seguni cempedak yang sedang menunggu kehadiran saya. Mak kirimkan daripada kampung suruh adik saya bawak. Mak ni sejak saya mengandung memang ikutkan je selera saya. 8 biji saya ambik. Itu pun selepas cuba untuk mengawal diri supaya jangan tamak haloba dan tolong ingat adik beradik yang lain. Maka separuh lagi saya tinggalkan untuk kakak dan abang. Sampai rumah je saya terus potong dan cuma dapat 5 biji je sebab bekas tu dah penuh. Itu pun dah geram rasa macam nak telan semua sekali tak payah tunggu dia.

Kalau nak ikutkan saya memang dihalang daripada makan cempedak dan nangka. Lagi-lagi emak sebab dia tahu saya memang jenis yang mudah masuk angin. Bukan tak pernah ada sejarah masuk air 2 botol lepas makan 2 ulas cempedak. Sakit perut berguling-guling sampai kena injection. Tapi saya kesian dengan diri saya. Saya suka makan jadi saya makan jugak.

Cempedak yang abah tanam ni memang terbaik. Isi dia tebal dan manis sangat. Semuanya elok tak ada yang busuk. Tak macam cempedak kat pasar yang selalu saya beli. Harap tepung je tebal tapi cempedak kecik lepas tu tawar. Dia yang makan pun dok puji cakap sedap. 'Tengoklah abah siapa yang tanam..' Akhirnya supper kitorang malam tadi bersama dengan cempedak goreng dan chinese tea. Memang best.

Lupa pulak nak ambik gambar semalam. Balik nanti saya nak sambung potong dan makan. Yahoo.com.


Edit: Gambar balance cempedak semalam..huhuhu

Mengalir Jua Ayer Mata.


Mengalir juga akhirnya air mata saya. Bukan kerana kecewa. Bukan kerana sedih. Bukan juga kerana terlalu gembira. Apa lagi terharu. Tidak. Semuanya bukan.

Mengalirnya air mata saya di sini adalah kerana tak tahankan seram sejuk yang saya rasa sedari awal saya masuk ke pejabat pagi tadi. Kenapa bila datang pejabat je badan saya mula terasa sejuk yang amat sangat dan kepala pening berpusing-pusing.

Saya tak tahu adakah saya sudah demam atau tidak sebab bila sampai rumah je semalam badan saya okay je. Mungkin sebab tak kena aircond agaknya. Saya bukan jenis yang akan panas teruk kalau demam. Panas atau sejuk tu cuma saya je yang boleh rasa atau lebih tepat lagi panas atau sejuk di dalam. Bila sentuh kulit saya suhunya biasa-biasa je. Sebab tu selalu bila saya demam tak nampak macam orang demam pun.

Seingat saya demam yang paling teruk pernah saya kena pun masa kursus kat Perak dulu. Betul-betul panas sampai mencecah 39 darjah celcius. Itulah pertama kali saya panas luar dalam. Sampai kena ambil darah 2-3 kali sebab takut kena H1N1.

Sedih sungguh rasanya bila tengah macam ni. Beria-ria lap air mata macam orang mati kucing. Tapi sebenarnya saya memang tak tahan sejuk sangat sekarang ni. Keadaan begini betul-betul telah merubah wajah dan mood saya. Saya tak bercakap daripada pagi dan wajah saya sudah menjadi Joker. Sekian.

Wednesday, December 14, 2011

Nak Demam!

Baiklah badan saya sudah mula seram sejuk. Pada awalnya saya mahu menyalahkan aircond di pejabat tapi macam tak percaya sebab sebelum ni tak ada pulak rasa macam tu. Okay saya rasa mungkin kondisi saya yang macam ni telah mendatangkan pelbagai rasa dan ragam apa lagi bila dah sampai ke hujung waktu mengandung.

Sudah 2-3 malam saya batuk-batuk kecil. Saya masih menyangkakan semuanya adalah biasa-biasa saja. Biasalah batuk-batuk tu. Kadang-kadang sebab sejuk atau minum ais. Tapi bila pagi tadi tekak saya dah mula rasa macam tak best. Okay saya dah tahu kenapa!

Tolong. Tolong. Tolonglah jangan demam. Masa saya menaip ni pun saya tengah menahan sejuk yang amat sangat. Kepala saya pening-pening sikit. Kadang-kadang dia jadi pening banyak. Mungkin sebab saya tak berapa cukup tidur sejak akhir-akhir ni. Semalam pulak ada kena hujan sikit tapi itu semalam. Saya dah rasa seram sejuk sejak daripada kelmarin lagi.

Aduhai, janganlah macam ni. Dengan keadaan saya yang macam ni memang ketidaklaratan saya tu akan bertambah 8 kali ganda nanti. Cukuplah dengan letih dan mengah yang saya rasa. Kalau dah demam makin teruklah nanti. Helpppp~

Kelas Taekwando Dalam Perut.


Tidur saya tak lena malam tadi. Bukan sebab rasa tak selesa. Atau sesak nafas macam selalu.

Tapi sebab ada kelas taekwando dalam perut. Baby bergerak tak berhenti-henti. Pejam mata tu memang pejam tapi tidur-tidur ayam. Kejap-kejap saya terkejut sebab pergerakan dia memang non-stop. Daripada pagi lepas tu saya pergi checkup petang semalam sampailah malam. Saya tak tahulah apa yang dia buat dalam perut tu agaknya. Bergerak biasa-biasa tu tak apa lagi tapi ni jenis yang terbonjol di sana di sini di situ dan di sinun. Macam tengah berjoget-joget. Nak bagi lagi faham dia macam tengah menari lagu Chicken Dance. Siku ke lutut ke asyik bergerak je. Kalau saya letak tapak tangan kat perut memang tangan saya pun ikut bergerak dan terangkat. Perut saya tak habis-habis berombak.

Saya cakap dengan dia. "Baby, tidurlah cepat. Dah lewat sangat dah ni. Mummy nak keje esok. Nak bangun awal." Tapi sama jugak. Masa tu dah pukul 3 pagi. Aduhaiiii sabar jelah dengan budak kecik ni. Lama-lama saya tertidur sendiri dan bila alarm berbunyi pada pukul 5.45 pagi saya memang totally rasa stress sebab mata masih mengantuk lagi!

Kadang-kadang saya tanya diri sendiri sambil pegang perut. Bila masa dia ni rehat dan tidur agaknya? Kalau dah bergerak tak benti-benti macam ni? Tapi dia tak jawab pun? Duhhh~

Refreshing.




Macam ni agaknya kelas taekwando baby dalam perut saya.

Kau Memang Takde Sivik Kan.

Kalau saya kata kebanyakan orang yang duduk kat flat ni takde sivik agak-agak keterlaluan tak? Saya tak kata semua. Saya kata sesetengah je. Tapi saya rasa mesti ada yang setuju dengan kenyataan tu. Kenapa?

Masuk kali ni dah tiga kali cermin kecil yang kitorang lekat kat hujung side mirror tu kena cabut. Heeee sakitnya hati ni Tuhan jelah yang tahu. Rumah kau takde cermin ke hah sampaikan cermin kecil tu pun kau nak sebat? Dulu kali pertama dia dapat cabut cermin je tapi pelekat belakang tu tertinggal. Mungkin sebab gam dia kuat sangat. Tu yang belah kanan. Kali kedua dia cabut yang belah kiri pulak! Kali ni tertinggal serpihan pelekat putih tu sikit. Dan kali ni yang ketiga habis dengan pelekat-pelekat pun takde tertinggal walau sikit pun. Heeee menanah rasanya hati aku ni!

Itu baru pasal cermin. Saya tak kira lagi yang rembat berus baru beli kat tepi kereta saya. Yang tu memang salah dialah sebab terlupa nak bawak naik. Tapi kejap je dah takde dah? Dalam malam yang gelap tu pun dia boleh nampak kan. Heeee bengkak hati aku lagi besar daripada perut ni tau tak? Apa rumah kau takde berus ke sampai berus orang pun kau nak rembat?

Tu hal lain. Lepas tu boleh pulak dia buang sampah atas bumbung kereta? Makan burger lepas tu sampah dia main letak je atas bumbung. Nak kata tak sengaja ke tu? Mustahil dia buang daripada rumah sebab kedudukan parking kereta masa tu tak mengiyakan kemungkinan tu. Ya Allah sabarkanlah hati aku yang tak berapa nak sabar ni.

Saya bukan tinggal kat flat yang berbelas-belas tingkat yang jenis suka buang sampah daripada tingkap. Bukan jugak tinggal kat flat yang penuh sampah sarap kat tangga. Dan saya dengan dia tak pernah pun buat dajal kat siapa-siapa sejak pindah ke situ. Betul-betul buat hal sendiri je. Tak pernahlah nak cari gaduh ke atau nak buat muka kerek ke apa. Tapi kenapa lah manusia-manusia spesis macam ni letak otak dia kat lutut? Takde adab dan memang tak pernah diajar.

Aku geram!

Dendam.


Saya sedang sapu-sapu bedak kat muka pagi tadi. Tiba-tiba terdetik dalam hati tentang perasaan dendam. Orang kata selagi kita masih berdendam maknanya kita masih belum melupakan orang tu. Maaf? Nama pun dendam kan. Kalau dah maafkan takkan kita ada dendam lagi betul tak?

Tak tahu kenapa saya memang tak boleh nak ingat hal-hal lama yang pernah jadi dalam hidup saya. Apa lagi kalau hal atau manusia yang pernah buat saya menangis dari pagi sampai malam. Buat saya termenung setiap masa. Merubah saya menjadi seorang manusia yang pendiam dan berwajah seperti Joker.

Nasihat untuk melupakan dan memaafkan sudah seringkali saya terima. Tapi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Orang kata berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang boleh bercakap tapi orang takkan faham apa yang kita rasa, tanggung, hadapi dan lalui. Itu tentang perasaan. Belum dikira lagi dengan hinaan atau malu yang ditanggung.

Kawan saya juga pernah kata bukan semua yang kita nak kita akan dapat. Realitinya hidup kita semua tak sama macam drama atau filem yang kita tonton. Itu semua hanya rekaan yang hanya akan membuatkan kita berangan dan bermimpi sesuatu yang belum tentu akan jadi realiti.

Dendam yang saya ada memang tak membawa ke mana. Sebab saya bukan wanita psycho yang sanggup jadi pembunuh semata-mata nak melunaskan dendam di hati. Cuma keadilan daripada Allah saja yang saya harapkan. Bukan niat untuk mendoakan yang tidak baik tapi biarlah manusia-manusia tu akan rasa apa yang saya rasa satu hari nanti. Bukan satu tapi 10 kali ganda sakit dan peritnya. Bukan untuk memusnahkan tapi cukuplah sebagai satu pengajaran dan peringatan.  Itu doa saya.

Anda, anda dan anda. Anda tahu siapa anda.

Monday, December 12, 2011

Sebulan Saje Lagik.


Sebulan saja lagi. Tak lama. Memang tak lama. Sedangkan 8 bulan yang berlalu pun terasa cepat berjalan. Inikan pulak sebulan. Melangkahnya saya ke tahun 2012 diiringi dengan rasa debar dan takut.

Tidur saya dah semakin tak lena. Keadaan perut dah semakin tak selesa. Apa juga posisi tidur saya sama ada mengiring, menelentang semuanya serba tak kena. Kejap tukar kepala kat kaki. Kejap lagi tukar kaki kat kepala. Jap lagi melintang kat tengah-tengah tilam. Dah penat berguling cuba duduk plak sambil bersandar kat dinding. Kadang-kadang rasa macam nak ambik tilam tu semua. Tidur sorang-sorang biar boleh berguling ke sana sini.

Kadang-kadang rasa tension dengan diri sendiri. Nak duduk nak baring macam mana lagi agaknya eh? Semuanya tak selesa. Takkan saya nak tidur berdiri? Kat pejabat ni pun saya boleh jadi macam ahli gimnastik. Kejap kepala kat meja. Kejap lagi menyenget kepala kat kerusi. Kaki asal boleh nak parking tapi takdelah sampai naik atas meja. Itu memang saya pantang.

Nak gelak bila teringat ragam diri sendiri tu memang lah. Dia sendiri pun kadang-kadang geleng kepala bila sampai masa saya nak tidur. Dengan dia-dia saya cross nak cari tempat yang selesa punya pasal. Dia jadi bantal tu tak payah nak cakaplah. Berpusing-pusinglah saya kat tilam tu. Tapi memang terasa sangat dia jaga saya. Dan saya perasan baru-baru ni, ada satu ketenangan yang lahir dalam hati saya bila melihat dia ada di sisi saat saya terjaga dari lena di waktu pagi.

Cepatlah masa berjalan. Dah tak larat dah rasanya. Ohhh~

Friday, December 9, 2011

I Want To.


Harapanku harapanmu jua.

Peluang

Semoga Dia memberikan peluang dan kebahagiaan itu kepada saya. Anugerah yang semakin menghampiri untuk menjengah dunia dan realiti benar-benar bakal memberikan saya kesempurnaan hidup sebagai seorang manusia dan perempuan.

Tuhan, terima kasih kerana pernah memberikan saya peluang untuk berada di dalam kesedihan dan kekecewaan. Satu waktu dulu. Terima kasih kepada insan-insan yang terlibat dalam memporak perandakan hidup saya. Terima kasih kepada kamu, kamu dan kamu yang pernah membuatkan saya menangis. Itu semua memberikan saya 1001 pengajaran dan pengalaman. 

Hidup saya hari ini? Walaupun tak sesempurna mana tapi sekurang-kurangnya saya ada apa yang saya ada hari ini. Dan kamu, kamu dan kamu masih begitu. Masih mendongak ke langit walaupun kaki menjejak tanah. Teruskanlah bermimpi di siang hari. Teruskanlah dengan sikap mengadili. Teruskanlah sikap memperjudi nasib dan perasaan orang lain semata-mata untuk memenuhi kesempurnaan yang dicari.

Belajarlah memberikan peluang sebelum kita mahu diberikan peluang. Peluang baik yang sama tak akan datang untuk kali kedua.

Thursday, December 8, 2011

Saya Datang Nihhh.

Lama. Memang lama. Bukan sebab tak rajin. Tapi sangat malas sebenarnya. Ehh apakah?

Berkali-kali saya view blog saya ni. Pergi new post lepas tu saya tekan button pangkah. Esoknya pun macam tu jugak. Bukan tak ada cerita tapi memang saya malas. Nak mencari mood rajin bukan senang. Perut berat tangan pun rasa berat. Eh eh lagi?

Nak kata sibuk takde la sibuk sangat. Mungkin sibuk dengan kehidupan di luar waktu pejabat. Saya sibuk kat pejabat? Jangan harap. Pernah sibuk tapi mungkin sehari dalam sebulan. Itu pun jarang. Heeee~

Tapi kehidupan di luar waktu pejabat memang agak menuntut masa yang tak seberapa. Alah takdelah apa sangat pun. Cuma saya sibuk buat persiapan untuk baby. Segala apa yang kitorang nak beli semua dah ada. Termasuk dengan stroller sekali. Saya nak sangat upload gambar stroller baby saya tapi nantilah dulu. Tunggu dia lahir okay. Nanti dah tak suprise lah. Stroller baby saya sporty tau. Dia yang pilih dan dipersetujui 100% oleh saya.

Saya tak rasa terlalu awal sebab untuk kemudahan kitorang jugak. Sekurang-kurangnya dah tak ada apa yang disediakan lagi. Bila nak pakai semua dah ada. Senang dah tak payah nak fikir. Tinggal tambah-tambah baju baby ikut pembesaran dia je nanti. Lega.

Lepas ni tinggal fikir nak cari duit lebih untuk memperbaiki ekonomi rumahtangga je. Supaya kehidupan lebih selesa dan sempurna. Semoga Allah limpahkan rezekiNya ke atas saya dan keluarga. Amin~

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Menang Lagi.


Macam-macam status yang keluar kat home facebook malam tadi. Orang update tak berhenti-henti daripada sebelum, sepanjang sampailah habis perlawanan. Semuanya gara-gara perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea diantara Malaysia dan Indonesia. Termasuklah saya. Heee saya tulis 'harimau makan garuda goreng kunyit..aummmm'

Tak payah nak cerita banyaklah kalau dah sebut siapa lawan Malaysia tu. Fanatik yang dramatik. Tak dapat tiket masuk stadium pun boleh bakar kaunter. Kalau kalah? Bukan kalau lagi dah. Memang dah kalah dah pun. Sedangkan lagu negara kita pun dia tak hormat, langsung tak berdiri masa bendera Malaysia dinaikkan. Apa lagi bila diorang bakar bendera Malaysia tu kan? Kita nak rasa pelik tak? Rasa meluat dan menyampah lagi ada.

Kita pun bukan tak pernah kalah tapi akal kita masih waras daripada terjebak dengan benda-benda yang melibatkan sensitiviti macam tu. Paling-paling pun, bakar kerusi dan baling mercun jelah kot. Heee~ Tak adalah sampai nak memalukan negara sendiri di mata negara luar sampai tahap macam tu. Entah apa yang diorang bengang dan tak puas hati sangat dengan negara kita entah. Tak boleh terima lah tu dah kalah berapa kali dengan Malaysia kan.

Apa pun provokasi yang diorang semua buat, dah buat dan bakal buat. Kemenangan dan pingat emas dah pun termaktub memang milik Malaysia. Pemain-pemain kita pun dah balik ke tanahair. Buat apa pun tak guna. Jadi tak payahlah diorang nak lebih-lebih sangat. Its just a game. Its normal. Yang tak normalnya bila dah kalah tapi tak boleh terima lepas tu meroyan sampaikan laman web Malaysia pun habis kena godam disebabkan dengki dan busuk hati orang-orang yang kalah dan tak normal tu. Cerita banyak pun tak guna sebab Malaysia yang menang dan dapat pingat emas!

Tahniah Malaysia! I Love Malaysia!

Sejak Bila? Kerana Bola?


Sejak berada di Tiara Beach Resort, Port Dickson saya berasa sedikit musykil. Sejak bila laki aku suka tengok bola ni? Macam mana dia boleh join family aku tengok Malaysia lawan Myanmar? Channel sukan pun takde tau kat Astro rumah kitorang. Sebab dia memang bukan jenis kaki bola.

Malam tadi pun saya bertambah pelik. Rumah tu ada 2 orang je. Kalau tak saya dengan dia, dia dengan saya. Yang lagi setengah masih dalam perut. Tapi dia punya bising macam ada 20 orang! Makan pun tak pandang saya langsung. Straight terus ke tv tak pandang kiri kanan.

Nak gelak bila tengok. Memang dah gelak dah pun. Beria-ria tengok bola, jerit-jerit, tepuk tangan (macamlah orang tu dengar). Tapi bila saya cakap pasal kalau masih seri jugak nanti akan ada dua masa tambahan, penalti dan sudden death. Tiba-tiba dia datang duduk kat sebelah saya sambil tanya. 'Mummy, sudden death tu apa?'

Hahahahahahahahaha. Saya tak ada komen lain.

Thursday, November 17, 2011

Berkenduri & Bercuti


Saya nak cuti-cuti kat Bayu Beach Resort, Port Dickson. Tapi tak kesampaian sebab kakak saya booking kat Tiara Beach Resort. Saya tamau taman tema. Saya mahu pantai. Saya mahu apartment ada balkoni boleh buat gaya Titanic lepas tu boleh tengok laut lepas tu bangun pagi-pagi pergi breakfast kat coffee house. Tak kesampaian. Wuuu wuuu wuuu~

Ahaaa sebenarnya minggu ni rumah saudara saya kat Port Dickson ada kenduri kahwin. Mula-mula tu saya macam dah terfikir kalau pergi awal sehari pun best. Stay kat Bayu Beach Resort lepas tu berkasih sayang dengan dia sebab dah lama sangat kitorang tak holiday berdua. Tapi sungguh tak disangka rupanya kakak dan abang fikir benda yang sama. Jadi saya tumpang jelah. Hihuhihuhihu.

Disebabkan kakak saya tak dapat join jadi dia cuma suruh kitorang bawak anak-anak dia je. Sambil pergi kenduri kahwin sambil bercuti. Walaupun bukan di hotel yang diimpikan tapi mengenangkan dapat holiday free saya pun terima saja dengan rasa redha dan pasrah.

Yahoo.com!

Tentang Semoga...

Seperti yang saya katakan sebelum ni. Minggu ini adalah minggu yang sangat mencabar. Mencabar segala perasaan dan kesabaran yang ada. Emosi bertingkah bertukar-tukar dan bercampur baur. Sesuka hati nak berubah tapi okay saja. Semoga saya selalu dalam keadaan bertenang.

Kerosakan yang berlaku di rumah baru-baru ini tersangatlah mencabar kewibawaan saya sebagai seorang manusia yang tak berapa nak penyabar. Betapa syaitan-syaitan yang direjam itu tidak berjaya untuk mengipas amarah di dalam hati saya untuk menjadi seekor singa mahupun harimau apa lagi dugong. Saya kata pada emak lebih baik saya diam, diam dan diam sahaja. Sebab kalau mulut saya terbuka dan mula bersuara saya takut bukan barang di rumah saja yang rosak tapi satu blok flat tu runtuh. Sekian, terima kasih. Usaha saya berjaya. Semoga saya sentiasa berjaya menyabarkan diri ini.

Minggu ini juga saya mengharapkan ada rezeki yang datang. Kalau pun ianya tak datang bergolek-golek, dia datang bertatih-tatih pun saya dah bersyukur sangat. Apa saja limpahan rezeki yang Dia berikan pada saya waktu dan ketika ini hanyalah untuk baby saya. Itu saja yang saya fikirkan. Satu persatu peluang yang datang saya letakkan di satu situasi yang memungkinkan saya untuk tidak terlalu berharap tapi tetap disertakan dengan usaha yang saya mampu. Semoga Dia melimpahkan rezekiNya ke atas saya, dia dan baby. Amin~

Semoga rezekiNya sentiasa ada untuk saya. Tak perlu kaya raya, cukup hanya dengan sederhana.

Wednesday, November 16, 2011

Saya Suka Tengok Masterchef


Siapa yang tak tengok Masterchef Malaysia? Saya tengok. Hari-hari tengok. Mula-mula dulu bila saya nak tukar channel je mesti dia tak bagi tapi bila dah sekali tengok dia pun terus join tiap-tiap malam.

Sebelum realiti tv ni ada kat Malaysia lagi saya memang rajin dan suka tengok yang Junior Masterchef Australia. Pelik sungguh bila tengok macam mana budak-budak kecik tu boleh masak makanan yang macam-macam jenis tu. Lepas tu macam susah je bila kita tengok menu dia. Lagi pelik bila semuanya juri cakap sedap. Takkan takde yang tak sedap kot kan? Atau paling-paling pun ala-ala tak berapa nak sedap lah.

Bila realiti tv tu sampai kat Malaysia saya lagilah teruja nak tengok. Siap LIKE facebook Masterchef Malaysia lagi. Setiap kali tengah tengok rancangan tu pukul 9.00 malam saya akan bukak wall facebook Masterchef Malaysia sebab nak tengok apa komen-komen yang orang Malaysia ni bagi. Memang macam-macam. Yang negatif dan yang positif sama banyak. Biasalah kalau bab mengkritik ni. Tak perlukan sijil, diploma atau ijazah untuk menghentam mengeji mahupun menyokong memuji.

Realitinya, kadang-kadang kalau nak tengok macam tak tercapai dek kemampuan kita kalau nak dibandingkan dengan negara luar punya kualiti. Negara kita kena tengking sikit mulalah orang komen garang sangatlah, tak patutlah, itulah inilah. Habis tu macam mana? Cuba tengok Hell Kitchen. Kalau orang kita yang masuk saya takut episod pertama dah nangis nak balik Malaysia.

Bila Saya...

Seronok kan bila ada orang yang prihatin dengan kita. Sentiasa bertolak ansur. Memahami situasi dan saling membantu. Saya tak nak orang kata saya cuma tahu nak tarik perhatian atau tagih simpati orang. Tapi saya percaya orang yang ikhlas boleh nampak sedalam mana kejujuran dan keterbukaan kita dalam berterus terang.

Bila saya lapar, ada saja yang menghulurkan jajan, kuih muih, nasi lemak dan sebagainya.

Bila saya takde duit kecik nak bayar tol balik kerja, ada saja yang baik hati menghulurkan duit kecik untuk didahulukan.

Bila nampak saya menangis sorok-sorok, mesti ada yang bertanya kenapa dan mengapa walaupun ada yang gelak dan ejek bila tengok saya dok meleleh air mata.

Kadang-kadang saya rasa bertuah dan bersyukur sebab dijadikan satu-satunya perempuan yang ada di dalam ofis ni. Walaupun selalu kena buli tapi sikap prihatin dan ambil berat abang-abang, pakcik-pakcik, bapak-bapak, atuk-atuk yang ada kat sini sangat okay. Memang ada yang tak berapa okay tapi biarlah diorang dengan sikap masing-masing. Selagi hidup saya tak kena kacau saya okay saja.

Dia kata saya manja kat ofis. Mentang-mentang perempuan sorang. Heeee~

Hahaha.


Cramp perut aku tengok video ni. Hadoiiiii~

Kena Karen.


Pada satu malam yang sunyi dan sepi. Di waktu jiran sekeliling sudah lena tidur dibuai mimpi. Saya dan dia masih belum tidur lagi. Bingung, buntu, tertekan, sedih, marah. Tapi kelakar. Macam-macam ada. 

Saya check handphone saya. Oh kelihatannya bateri sudah mahu habis. Saya harus mengecas handphone saya itu. Kerana di ofis saya tak punya charger. Dan di dalam kegelapan suasana sekeliling itu saya bangun dan meraba-raba mencari charger handphone cap unta saya itu. Charger itu berjenis 2 pin. Jadi saya harus mencucuk lubang plug yang atas dahulu. Tapi saya rakus. Saya gunakan pin charger itu sendiri dengan niat lebih mudah dan cepat. Tiba-tiba........

Bzzzzzzzztttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt...!!!!

dan disusuli dengan......

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..!!!!

Saya kena karen. Dia terus melompat cari saya. Bila suis lampu dihidupkan, saya hanya dapat melihat hujung jari hantu saya ada satu titik putih. Macam kulit keras. Tangan kanan saya rasa bisa, pedih dan kebas. Ohhh seronoknya rasa kena karen. Saya kena marah lepas itu. Saya cepat-cepat usap perut untuk memeriksa baby di dalam perut. Dushhh! Dia menendang. Alhamdulillah baby saya okay. Nasib baik saya dan baby tak apa-apa.

Lepas itu? Saya kena marah lagi. Sekian, terima kasih. Kini, saya sudah serik nak pegang plug.

Manisnya Air Gula Itu.


Minggu ini adalah minggu yang sangat mencabar. Mencabar minda, hati, perasaan, emosi dan segalanya. Tapi apa yang perlu dalam diri cuma tahap kesabaran yang harus ditinggikan. Bukan makin direndahkan.

Bermula dengan check up pada 14hb yang lepas. Saya terlebih naik berat badan daripada yang sepatutnya. Nurse menetapkan hanya 2kg sebulan tapi saya naik berat 2.8kg. Saya tak faham macam mana kita nak kawal berat? Kalau saya tak makan dan kurang berat nanti kena jugak. Saya naik berat pun saya tetap jugak kena. Dan saya lebih tertekan bila saya diwajibkan untuk minum air gula balik pada 18hb ni. Ya Allah macam nak ketuk kepala nurse tu dengan buku pink.

Saya dah menadah tangan bersyukur sangat-sangat bila keputusan air gula saya yang lepas normal. Nurse klinik Sekinchan tu dah cakap saya takkan minum air gula lagi. Tapi kat PJ ni masih kena jugak. Itu pun dia cakap kalau masih normal lagi dia nak try check guna benda lain pulak. Eh apa yang kau tak puas hati sangat kalau aku takde kencing manis nih? Heeeeee~

Saya masih mampu menahan kemanisan terlampau yang bagaikan seguni gula tumpah ke dalam secawan air kosong. Tapi saya tak mampu nak menahan loya dan pening yang akan berkunjung tiba sejam selepas tu. Saya nak standy by air masak banyak-banyak. Help~

Tuesday, November 15, 2011

Seminggu Horay-Horay

Dah lama tak keluar outstation. Disebabkan dia bercuti seminggu saya rasa macam tak best sangat kalau dia kat rumah tapi saya pergi kerja. Nanti saya akan terfikir-fikir makan minum dia macam mana. Saya yang tak senang hati kat ofis ni nanti. Disebabkan minggu tu ada show kat Klang jadi saya pun nak join supaya boleh selaraskan waktu yang ada dengan hari cuti dia.

Hari cuti yang ada memang kita gunakan sebaik-baiknya. Kita pergi scan baby, beli baju baby 2-3 helai, makan pizza hut yang dah lama teridam diidam mengidam. Semua hal yang tertangguh dek kerana ketiadaan dia kitorang selesaikan semuanya dalam satu hari. Servis kereta, tukar tayar kereta, bayar duit kereta, semua-semua lah. Lega~ Seminggu saya horay-horay.

Walaupun tiba-tiba dah dapat tahu minggu ni dia mungkin akan ke Melaka pulak tapi tak apalah sebab tak jauh sangat. Saya dah cakap awal-awal masuk je bulan 12 janganlah keluar outstation lagi. Saya tak nak duduk rumah sorang-sorang dalam keadaan tengah menunggu hari. Kenapa? Sekarang ni pun kondisi saya dah makin huru hara. Sana sini sakit serba serbi sakit. Ohhh~

Dah Lepas Tapi Boleh Lagikk

Dah terlambat ke saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha? Memang dah terlambat dah pun tapi tak apalah. Saya tak punya ruang dan waktu untuk mengucapkannya tepat pada waktunya ketika itu.

Saya pulang ke kampung lebih awal waktu itu. 3 hari sebelum raya atau lebih tepat lagi malam Jumaat pada 3hb 11 tu saya dah sampai ke rumah di kampung. Hari tu adalah hari emak mengadakan kenduri doa selamat 7 bulan untuk saya. Emak upah orang untuk masakkan nasi ambeng, rojak dan air cendol untuk orang-orang surau. Disebabkan dengan confirmnya dia memang tak sempat balik masa Raya Haji tu jadinya saya nekad untuk balik malam tu jugak. Rasa ralat sangat kalau saya tak merasa makanan kenduri doa selamat untuk baby saya sendiri. Akhirnya separuh talam tu habis kat saya sorang je. Mak cuma temankan dan makan sikit je. Sedapnya nasi ambeng!

Hari Raya Aidiladha dilalui seadanya. Sekadar berkunjung ke rumah pakcik saya kat sebelah rumah tu je. Ketiadaan suami di sisi untuk Hari Raya Aidiladha pertama ini agak memberikan kesedihan tapi boleh kawal lagi. Dan lepas Isyak saya terus bergegas pulang ke KL menunggu kepulangan dia dari Sabah.

Dia cuti seminggu. Saya? Tiba-tiba cuti jugak. Ehh?

Hai Hai Hai

Hai kawan-kawan! Saya dah datang! Macamlah orang kisah kau datang ke tak kan?

Lama saya tak membuka pintu rumah sendiri. Tetamu masih ada yang sudi berkunjung tapi tuan rumah pulak yang takde eh? Takpelah minum jelah air paip kat luar rumah ye. Ahakss~

Banyaknya yang saya nak cerita tapi memerlukan masa sikit. Sekarang kat rumah saya dah boleh online dah tapi bila dah kat rumah tu rasa macam malas je. Sebab kadang-kadang tu berebut lappy. Lappy kita masih koma lagi jadi cuma ada satu jelah kat rumah tu. Dah banyak kali saya log in blog saya ni tapi lepas tu log out balik. Log in lepas tu log out. Sudahnya malas terus.

Sekarang masa untuk mengumpul cerita. Sekian.

Thursday, November 3, 2011

Apam Balik


Pagi tadi kawan saya bercerita tentang apam balik yang dijual di Precint 9, Putrajaya. Dia cakap apam balik tu sangat sedap, memang sedap, sedap gila. Okay saya faham. Hasilnya? Saya dah teringin. Lain kali jangan cakap pasal makanan depan aku boleh tak?

Kalaulah 23 tahun dulu abah masih meneruskan usahanya, percaya tak bahawasanya saya ini adalah anak seorang tokey apam balik yang berjaya? Itulah sebenarnya. Masa kitorang masih menetap di Kampung Parit Serong, Tanjung Karang dan saya masih bergelar anak bongsu pada waktu itu, abah berniaga apam balik kat pasar. Tapi bila kitorang berpindah ke Kampung Sungai Burung abah terus berhenti berniaga.

Saya masih ingat lagi macam mana abah memukul bahan-bahan nak buat apam balik tu dalam satu tong merah besar. Abah pukul dengan satu cekak rotan kecil yang bersaiz jari kelingking lebih kurang. Setiap kali berniaga sayalah yang akan dibawa. Sebagai pelaris kata abah. Alhamdulillah apam balik abah tu sangat laris.

Kata abah bukan senang dia nak dapatkan resipi tu daripada kawan dia yang berasal dari Acheh, Indonesia. Biasalah bab-bab resipi ni kadang-kadang orang berahsia sangat. Sekian lama abah memujuk akhirnya orang tu mengalah jugak. Apam balik abah jugak dimasak dengan menggunakan bekas tembaga. Bekas tu pun masih ada sampai sekarang. Rasa dia memang terbaik sumpah tak tipu. Sebab tu sampai sekarang kalau abah beli apam balik dia mesti tahu apa nak dikomplen pada apam balik tu. Kurang gula lah, tak lembut lah, itulah, inilah.

Sampai hari ini kalau sembang pasal hal ni mesti saya akan melahirkan rasa kesal bila abah berhenti berniaga apam balik tu. Cuba bayangkan kalau abah masih teruskan sampai sekarang? Betapa stabil dan kuatnya jenama apam balik Wak Tomim tu sekarang kan? 25 tahun kot kalau nak kira. Bukan senang kita nak menstabilkan satu jenama makanan ni sampai berpuluh tahun. Sayang sungguh.

Saya cakap dengan mak, kalau abah masih berniaga sampai sekarang paling tak pun kita mesti dah ada van, kereta 2-3 biji, rumah lagi besar daripada sekarang. Wah kau punya berangan kan? Tapi logik betul tak?

Wednesday, November 2, 2011

Macarons..Finally!

Yang ni kena cerita. Sejak beberapa bulan yang lepas saya terpandangkan satu gambar dalam laman web favourite saya tu. Gambar makanan bulat-bulat ada inti lepas tu dia warna warni macam pelangi. Mesti tau apa kan? Its macarons!

Nak kata saya teringin sangat tu taklah tapi macam nak tahu sangat macam mana rasanya. Orang cakap sangat manis dan ada macam-macam perasa mengikut kepada inti dia. Tapi saya lebih teruja nak rasa sebab shape dia macam burger. Saya suka makan burger. Itu je point nya. Heeee~

Dah berapa lama saya simpan je keinginan tu. Mintak tolong dia belikan kalau saya tak ikut sekali memang kempunan lah. Sibuk je memanjang. Lama-lama keinginan tu hilang sedikit demi sedikit. Tapi tu kalau saya tak tengok gambar macarons tu lah.

Tapi hari ni kawan ofis saya pergi post pulak gambar tu kat wall facebook dia. Saya orang pertama yang komen 'nak satuuuu..' kat gambar tu. Hasilnya? Memang tak sangka dan tak mengharap pun. Mungkin kerana kasihankan saya dan baby, tiba-tiba dia datang bahagian saya bawak satu bungkusan tisu kecik dan dalamnya ada macarons warna hijau muda. Hahaha dengan penuh rasa tamak dan haloba saya terus gigit macarons tu dengan rakus. Sumpah manis gila tapi sedap. Dia tak boleh makan terus. Kena makan sikit-sikit sebab kalau tak rasa mual je.

Hahaha akhirnya dapat jugak rasa. Yahoo.com.


Kredit to Azza Aziz. Macarons kaler hijau tu lah yang dah selamat masuk dalam perut saya.

Ciumlah

Wahai Sang Suami..


Kucuplah 8 tempat di muka isteri mu. Lebih-lebih lagi ketika hendak masuk tidur. Pasti dia akan KENANG diri mu sepanjang hayat.

#1 - dahi
#2 - kelopak mata kanan
#3 - kelopak mata kiri
#4 - hidung
#5 - pipi kanan
#6 - pipi kiri
#7 - dagu
#8 - bibir


Senyumlah bila orang yang disayang berada dalam pelukan anda sekarang dan jagalah supaya ia tidak di dalam pelukan orang lain kelak.

Kredit to Facebook Realiti Alam Perkahwinan.

Gejala-Gejala Tak Sosial


Masuk saja ke trimester ketiga kehamilan saya mula merasakan gejala-gejala yang tidak menyelesakan. 'Sabar Farz..' Kawan saya cakap macam tu. Baeklahhh~

1. Gatal perut semakin teruk.

Gatal yang sebenar-benar gatal. Sambil berurut pun tangan menggaru. Sambil online facebook pun sama. Sambil update blog pun begitu. Cuba bertahan untuk garu daripada luar saja sebab tak nak kulit buruk dan huduh di suatu masa nanti. Kerana sesungguhnya menyesal kemudian hari tidak berguna lagi. Kena marah dah berkali-kali tapi telinga saya ala-ala segan dan pemalu nak terima dan masuk dalam hati.

2. Semakin kerap ke rest room.

Rekod setakat ini 5 kali ke sinun dalam masa tak sampai satu jam. Kalaulah saya Doraemon, saya akan jadikan rest room itu seperti beg galas tepi yang boleh di bawa ke mana-mana. Letak je kat sebelah. Tak payah susah-susah saya nak kena touch pass ni kat pintu lepas tu kena berjalan lagi. Dekat pun rasa macam jauh. Saya rasa masa ni kepala baby tengah kat bawah kot sebab tu pundi kencing tu asyik ditekan lepas tu terasa berat je. Yelah baby kan berpusing kan? Logik tak teori aku nih?

3. Semput dan sesak nafas. 

Gejala ini akan ketara bila saya lepas makan. Atau bila saya letih dan penat. Atau bila saya stress. Kadang-kadang tak buat apa-apa pun boleh semput. Mungkin perut dah semakin penuh dan sempit. Ada penghuni sayang comel-comel mummy tu dok dalam tu. Siaplah bila dia keluar nanti, saya nak geget pipi dia. Duhhh~

4. Perut tegang, cramp dan mengeras.

Sekali dia datang, rasa macam nak letak pelembut Daia kasik lembut sikit. Apalah ke bengong sangat idea aku nih? Sakit memang sakit tapi apa yang saya boleh buat. Terpaksa tahan jelah atau pun saya usap-usap biar dia lembut cepat. Kadang-kadang tu bila saya dah boleh rasa dia baru nak mengeras cepat-cepat saya usap perut. Setiap masa lah pulak dia nak menggeliat kan? Tak apalah sebab itu tandanya dia aktif dan sihat.

5. Sakit pinggang

Saya nak bantal macam JLO dalam filem The Back-Up Plan! Daripada kepala sampai ke kaki akan beralas bila tidur. Memang best kalau dapat bantal macam tu. Sakit pinggang tu buat saya tak selesa nak berbaring dan membataskan pergerakan lebih-lebih lagi bila nak bangun daripada duduk. Tidur pun jadi tak berapa nak selesa. Ke kanan salah ke kiri salah. Pinggang kanan kiri dah penuh dengan bantal tapi masih lagi lenguh-lenguh. Nasib baik ada baju dia kat sebelah. Bau perfume yang masih ada tu buat saya senyum dan tidur. Rindu~

Sekian saja info Bukan Salah Ibu Mengandung untuk kali ini. Saya nak cari makanan. Bila perut lapar, komputer ni pun nampak macam Kek Coklat.

Tuesday, November 1, 2011

Makannnnnnnn

Tuhan telah membuka satu peluang kepada saya untuk sesuatu. Sesuatu yang saya sangat suka. Apa dia? Sesuatu itu ialah MAKAN.

Apakah yang dimaksudkan dengan makan? Sesungguhnya saya tak peduli walau apa pun maksud yang ada disebalik makan sebab yang lebih penting sekarang adalah saya boleh makan. Makan tu best. 

Kenapa? Sejak daripada dulu lagi saya agak berjimat bila nak makan kat luar di waktu bekerja. Selagi boleh jimat saya akan jimat. Apa lagi sesudah pindah ke Putrajaya. Walaupun dikhabarkan bahawasanya setiap bangunan telah diberikan subsidi dan para pekerja akan dapat makan dengan harga yang murah tapi ianya masih memerlukan saya membawa duit bila pergi ke cafe tersebut. Jadi? Kau tak payah nak berbahasa karangan sangat boleh tak?

Okay, bila dah pindah ni ofis bahagian saya semuanya telah disatukan di dalam satu tingkat. Malang bagi saya yang sering hilang sebab nanti akan mudah kantoi. Okay okay bahagian yang sebelah sana tu dia ada buat satu kutipan untuk pantry yang berjumlah RM20 seorang dan terbuka kepada sesiapa yang mahu join. Kalau tak nak pun tak apa. Kebaikannya adalah saya boleh makan apa saja makanan yang ada di dalam pantry tersebut! Tak kira pagi, tengahari, petang mahupun malam. Eleh macamlah kau rajin sangat nak stay sampai malam. Haaa menarik bukan? Saya memang tertarik.

Maka dengan pantas saya telah membayar RM20 pada tukang jaga duit dan dengan segera saya telah memakan nasi lemak, biskut, kuih cara dan cekedis-cekedis yang ada tanpa rasa segan silu. Eh aku bayar tau? 

Itulah jalan yang Allah permudahkan pada saya. Mungkin ini salah satu jalan untuk saya lebih berjimat di masa akan datang. Bukan mahal pun kan. Alhamdulillah untuk ruang dan peluang.

Meja Saya Ofis Saya

Susahnya bila komputer sendiri takde internet. Terpaksalah saya menumpang mana-mana komputer yang tak bertuan. Bukan tak bertuan terus tapi ada yang tuannya pergi Mekah untuk menunaikan haji, ada yang tak masuk ofis dan lain-lain sebab lagi. Almaklumlah bila baru berpindah ni alkisahnya semua benda masih tunggang langgang.

Saya agak buntu untuk memikirkan entry apa yang mahu dipost. Segala gambar dan info yang selalu jadi bahan rujukan semuanya ada dalam komputer saya. Gambar-gambar tu semua saya dapat daripada laman web yang banyak bagi saya idea untuk berfikir dan bercerita tentang sesuatu.

Meja saya masih lagi belum berkemas. Selagi internet takde kat tempat saya tu memang saya tak nak duduk situ. Bila dah cukup semuanya nanti barulah saya kemas, duduk dan jaga dengan penuh kasih sayang. Hias chantek-chantek lepas tu buh gambar saya, gambar boyfriend, bla bla bla. Masa tu segala benda saya akan lock, buh password biar semua orang tak boleh guna harta benda saya. Huuuu~

Gila kedekut kau nih. Time kau takde internet komputer orang lain gak yang kau belasah kan? Hahaha~

Cerita Dari Putrajaya Ke Jalan Klang Lama

Semalam saya menangis. Menangis sebab ingatkan balik rumah lambat. Bila kawan yang saya tumpang tu sms cakap dia nak balik pukul 7.00 petang serta merta drama air terjun Niagara bermula. Kawan saya gelak. Okay mari gelak beramai-ramai. Memang diorang tanya itu ini tanda ambil berat. Tapi yang peliknya lagi diorang tanya lagi kuat saya menangis. Eh diorang gelak lagi? Nasib baik printer sebelah ni berat jadi saya tak larat nak angkat. Kalau tak diorang semua dah kena baling dengan printer tu.

Tapi tapi tapi. Tiba-tiba kawan saya tu telefon cakap nak hantar saya balik dulu. Ehh tiba-tiba air terjun Niagara surut terus. Serba salah pun ada bila dia cakap dia kesian kalau saya tunggu lama jadi dia hantar saya dulu lepas tu datang ofis balik. Tapi bila kitorang tengok hujan lebat ribut petir melanda Putrajaya semalam dan ditambah dengan sedikit kesesakan lalu lintas, kawan saya tu tak jadi nak patah balik. Lepas hantar saya kat Pantai Dalam dia terus balik rumah. Hahaha hilang terus rasa serba salah aku.

Semalam saya lapar sangat. Pagi tu dah makan nasi goreng yang banyak lepas tu beli kuih 3 ketul. Tapi saya masih lapar. Jamil bagi saya roti 2 bungkus. Eh lapar jugak lagi? Saya tahan je sampai balik rumah. Lepas siap solat Maghrib semua saya terus tung tang tung tang kat dapur. Daripada tengahari lagi saya dah terbayangkan 3 ketul kepak ayam yang masih ada dalam freezer. Apakah nasib kepak-kepak ayam itu?

Selamatlah sudah kepak-kepak ayam tersebut berada di dalam periuk menjadi sup kepak ayam. Saya buat pekat sikit lepas tu hanguskan sikit bahan-bahan tumisan tu supaya rasa dia lebih terasa. Bawang merah tu pun dah jadi macam bawang goreng. Tu yang buat lagi best. Dua kali tambah tanda kelaparan yang kritikal dan pujian kepada diri sendiri sebab rasa sup tu macam sedap sangat. Biarlah aku nak puji diri sendirikkkk~


Hari ni saya bawa bekal ke ofis. Masih ada lagi 2 ketul kepak ayam yang memang saya tinggalkan untuk hari ni. Bangun pagi-pagi tadi terus panaskan. Jimat sikit makan tengahari nanti.

Monday, October 31, 2011

Biarlah Aku Muncet Pun.


Seorang wanita yang mengalami kemuncetan di bahagian perut.

Jangan Makan Cili Kalau Tak Nak Pedas

Ini blog saya. Bukan blog orang lain. Idea, cara dan gaya penulisan saya adalah hak milik saya. 100% terhasil daripada otak, fikiran dan hati saya sendiri. Tidak sesekali mencedok idea, cara dan gaya orang lain. Sekiranya ada ianya sekadar kebetulan dek kerana bahasa kita pada hari ini yang sudah pelbagai dan digunakan oleh kebanyakan masyarakattttt.

Saya jarang sangat nak view blog orang. Bukan sebab sombong tapi sebab saya lebih fokuskan pada blog sendiri. Cuma ada 2-3-4 blog sahaja yang saya view. Itu pun tak selalu. Sekadar kadang-kadang. Sampailah minggu lepas saya ter rajin untuk view satu blog ni. Errrr~

Pertama kali saya baca saya dah terdetik sesuatu. Dua kali baca masih lagi rasa yang sama. Tiga kali baca makin kuat pulak rasa tu. Saya tak suka nak tuduh tapi untuk menilai sesuatu tu saya perlukan kepastian daripada pihak lain jugak supaya saya tidak dikatakan sebagai syok sendiri. Saya hubungi 2-3 orang kawan saya dan suruh diorang baca blog tu dan kemudian saya nak diorang komen tanpa saya bagitahu sebab musababnya kenapa saya suruh diorang buat macam tu.

Tekaan saya memang tak salah. Semua kawan saya cakap gaya dan cara post dan entry blog tu sebijik macam saya. Kawan saya cakap baru baca 1-2 entry pun dah boleh perasan. Ketara sangat cara dia menulis macam saya. Nak kata apa eh? Itulah perasaannya bila saya mula-mula baca. Ehh kenapa aku terasa macam baca blog sendiri nih?

Saya nak komen lebih-lebih pun tak berani. Nanti orang cakap saya perasan artis pulak sampai ada orang yang nak tiru cara saya. Tapi kalau dilihat pada ayat, cara, gaya dan idea tu memang sangat serupa. Tak tahulah eh. Walau apa pun saya harap diri kita ni ada satu cara dan pendirian sendiri. Saya tahu orang tu rajin follow entry kat blog saya ni tapi janganlah sampai terlalu terikut-ikut. Sampaikan ayat-ayat pun dah serupa. Carilah identiti sendiri. Macam saya ni memang dilahirkan sebagai orang yang memang suka menulis dan mengarang. Kalau orang pernah baca entry saya pasal UPSR tu mesti tahu dan faham. Jadi nasihat saya cubalah jadi diri sendiri okay.

Yahoo Saya Dah Ada Blender!

Saya tak suka masak. Haaa kalau saya belum kahwin ada tak lelaki atau mak mertua yang berkenan bila dengar statement saya tu? Haha ada saya kesah? Sebab saya dah kahwin. Heeee~

Sejak saya kahwin saya sentiasa cuba untuk belajar. Macam-macam resipi yang saya print daripada internet. Kadang-kadang tanya kat mak. Tak boleh tanya selalu sebab nanti mesti kena perli, sindir dan kutuk. 'Tuela dulu tak nak belajar..sekarang baru kelam kabut..' Reaksi saya? Hehehe saja.

Bila belek-belek dan belajar satu-satu resipi tu bila saya tengok ada yang kena kisar halus mulalah saya rasa tak best. Sebab rumah saya tak ada blender. Sadisss~ Mula-mula tu ingat ala boleh je kalau pakai lesung batu. Tapi bila dah lama-lama barulah terasa betapa pentingnya blender tu untuk berada di dapur rumah. Dalam bercerita dengan emak pasal resipi-resipi tu tiba-tiba termasuk bab blender. Tau apa emak saya cakap?

'Tak payah beli..ambik je yang kat rumah ni..tak pakai pun..' Hehehehe saya sengih. Yahoo.com! Baik mak, esok jugak saya balik kampung! Mula-mula tu terfikir jugak mak ni nak bagi macam tu banyak la pulak blender kat rumah kampung tu kan? Rupanya mak ada 3 blender sebab beli masa kenduri kahwin saya dulu. Ada beberapa kesilapan teknikal yang membuatkan mak salah sangka pada blender lama dan kemudian terbeli lagi sampai dua. Sekarang rumah saya dah ada blender. Haha ada aku kesah kalau kau tak heran?

Mak, diorang semua cakap nor yang mintak. Padahal tak kan mak kan kan kan? Mak yang ikhlas nak kasik. Arghhhh diorang semua jeles. Sebab mak diorang tak kasik diorang blender.

Balik Kampung Deepavali

Dah seminggu lebih rasanya saya tak berada di sini. Kebosanan dan kesibukan untuk berpindah ke Putrajaya cukup mengekang waktu yang ada. Saya malas. Kan saya dah kata saya tak suka pindah sini? Satu hari je saya kerja dan saya sambung cuti Deepavali tu 2 hari terus untuk balik kampung.

Apa lagi yang boleh saya buat bila dia tiada di sisi? Mulanya saya tak terfikir pun nak sambung cuti. Eleh macamlah kau sambut Deepavali kan? Tapi bila balik daripada kerja hari Selasa lepas semput dan sesak nafas menyerang balik. Tambah dengan sakit pinggang yang melampau saya nekad untuk balik kampung. Petang tu jugak saya telefon emak dan cakap nak balik berurut.

Seronoknya bila kat kampung. Sejak saya mengandung ni emak memang melayankan je karenah saya. Saya nak makan itu ini mesti emak buat. Barulah terasa macam ada orang yang sayang dan ambil berat. Sadisss~ Walaupun ada beberapa makanan yang saya kempunan. Nak makan nasi ambeng tapi tak dapat sebab kenduri tu terlebih orang jadi abah tak dapat nak bungkus bawa balik. Nak makan ikan keli masak lemak cekur pun tak dapat sebab emak lupa bawak balik dari umah kenduri. Nak minum air kelapa pun tak dapat sebab semuanya malas nak pergi cari kelapa! Rasa macam nak nangis je bila abah tak layan request saya untuk cari air kelapa tu. Sampai hati abah. Rasa macam nak merajuk tapi saya tahan je.

Minggu ni balik kampung sambut raya Haji pulak. Saya nak urut lagi. Tak kira tak kira tak kira.

Saturday, October 22, 2011

Makan Itu Nikmat

Sejak saya kat Raub ni saya cuma tahu makan, makan dan makan. Sesungguhnya tiada yang lebih best selain daripada makan. Dah lama saya tak makan sebanyak ini. Kekurangan selera kerana tinggal sendirian disamping tak punya kawan untuk bersuka ria tentang makanan.

Daripada tengahari tadi saya dah terlebih makan waktu lunch di Marrybrown. Saya ambik menu burger yang double. Tak campur dengan kentang goreng dan tambahan coleslaw. Tak kira lagi saya curi makanan orang lain. Rasa bubur ayam Nad, makan roti cheese Kak Faiz, colet mashed potato Kak El, rasa ayam goreng Linda. Makan dengan penuh semangat!

Bila sampai ke tempat show, saya makan lagi pisang goreng. Lepas tu makan pulak mee goreng yang ditaja oleh Ayu dan emaknya. Tiba-tiba diorang cakap orang kampung dah masakkan ikan patin masak tempoyak. Haa silap besarlah kalau sebut lauk tu dengan saya. Perut dah penuh pun saya akan makan lagi demi untuk memenuhkan lagi ruang yang masih ada. Akhirnya saya tersandar di dalam kereta sebab dah mula rasa mengah dan semput sebab perut dah terlalu penuh.

Sesungguhnya makan itu adalah nikmat. Kan ke nurse suruh saya tambah berat badan 2kg sebulan bermula minggu ni? Jadi bukan salah ibu mengandung. Sekian.

Friday, October 21, 2011

Teh Tarik Pahit

Teh Tarik Kurang Manis. Itu telefilem yang saya tengok beberapa hari lepas. Saya memang suka nak komen cerita-cerita kat tv ni. Tapi bukanlah komen sebagai seorang yang profesional. Sekadar memberikan pendapat sebagai penonton dan cuba untuk mengaitkan jalan cerita sesebuah telefilem tu dengan realiti kehidupan sebenar.

Cerita tu mengisahkan tentang lelaki dan perempuan yang dijodohkan melalui family match. Kenal dalam 2 bulan je kemudian terus disatukan sebagai suami isteri dan kemudian berpindah ke rumah sendiri untuk memulakan kehidupan baru bersama. Si isteri berkorban untuk berhenti kerja demi menjaga makan, minum dan pakai suami dengan lebih sempurna lagi. Disebabkan perkenalan singkat tu hubungan diorang sekadar biasa. Maksudnya tiada apa yang menarik, tak tahu apa nak disembangkan bila bersama dan tiada aktiviti yang dikongsi berdua. Hidup diorang berutinkan jadual yang sama. Si suami bangun tidur, pergi kerja, balik kerja, makan dan tidur. Si isteri bangun tidur, buat kerja rumah, masak dan tidur. Akhirnya situasi tu telah membuatkan suami terpandang perempuan lain yang pada pandangan matanya lebih menarik dan membuatkan hidupnya lebih berwarna warni.

Sekali baca memang sakit hatilah. Dua kali baca pun masih sakit hati gak. Tiga kali baca pun sakit hati jugak lagi. Hahaha. Okay, pada siapa agaknya jari nak dituding dalam situasi seperti ini? Tak perlu nak tuding jari pada siapa-siapa. Kalau nak tuding jugak, tudinglah pada diri sendiri. 

Pertamanya kita tak boleh nak salahkan keluarga yang dah menjodohkan kita dengan pasangan. Sebab kalau Allah tak izinkan semua tu tetap tak akan berlaku jugak kan. Itulah jodoh. Setiap daripada kita dah pun ditentukan jodoh masing-masing. Cuma kita tak tahu apakah jodoh kita kekal lama, sampai ke syurga atau hanya di dunia dan sementara saja.

Keduanya sepatutnya pasangan tu sendiri yang cuba untuk memahami pasangan masing-masing. Cuba mengenali diri masing-masing contohnya minat, hobi dan lain-lain. Kalau nak ikutkan bukan susah pun nak berborak. Apa yang saya pernah baca, bila kita dah balik rumah tu berborak dan berceritalah dengan pasangan kita tentang apa yang kita lakukan hari ni. Beritahu dan berkongsilah cerita masing-masing. Itu adalah satu permulaan untuk kita menanamkan sikap sentiasa saling berterus terang, belajar memahami, mengenali dan jugak bersifat jujur dengan pasangan. Tak susah kan?

Dalam cerita tu isteri asyik telefon suami je tanya nak makan apa. Sedangkan suami tak kisah pun. Memang pada mulanya dia tak kisah langsung isteri tu nak masak apa sebab sudahnya dia tetap akan makan jugak. Tapi isteri terlalu nak menjaga hati. Terlalu nak menjadi isteri yang sempurna dalam menjaga makan minum suami. Akhirnya suami rasa rimas, bosan dan sudahnya tertarik pada perempuan lain kat ofis dia. Part ni memang haku hangin lah kan.

Akhirnya suami berpatah balik pada isteri jugak. Bila dia teringatkan isteri yang setia, buat kerja rumah, menjaga makan minum dan pakainya dengan sempurna sekali. Nak kata apa? Suami yang tak tahu nak menghargai sebab masih tak bersyukur dengan apa yang ada. Kalau dapat isteri yang tak tahu nak buat semua tu mesti akan komplen jugak kan? Ni dah dapat yang baik pun masih nak curang.

Ingat, jangan terlalu mudah nak menggantikan tempat pasangan kita dengan orang lain cuma disebabkan isteri / suami kita tu tak cukup atau terlebih memenuhi kehendak kita. Kalau ada yang terkurang tu belajarlah menegur dan menerima. Berbincang hati ke hati adalah lebih baik daripada mudah sangat nak cari hiburan luar kononnya nak cari tempat untuk menghilangkan rasa bosan atau nak bersuka-suka. Tapi kalau terlebih bagi perhatian pun nak curang jugak memang melampau lah. Tu namanya buta kayu, tak bersyukur dan tak menghargai.

Sekian saja ulasan saya pada hari ini. Banyak lagi nak cakap sebenarnya tapi sudah-sudahlah. Pendapat yang rasional pun boleh bertukar jadi emosional nanti.

Saya Bosan Tau

Saya bosan. Awak tahu apa maksud bosan? Mesti tahu kan. Itulah yang saya rasa sekarang. Saya bosan sebab tinggal sorang dalam bilik hotel ni. Oh ya, saya ada di Raub, Pahang. Dah lama tak ikut ofis saya outstation dan disebabkan minggu ni saya masih lagi tinggal sorang dan tak tahu nak ke mana jadi saya decide untuk ikut diorang pergi Raub.

Semuanya pergi training bola jaring katanya. Esok ada event apa entah. Saya tak ambik tahu pun. Saya ikut cuma nak hilangkan bosan dan sunyi dalam hati ni je. Saya tak join pun sebab kereta penuh dan malas lah nak tengok diorang semua main. Esok pun boleh tengok jugak.

Saya cuma tengok pintu. Tengok dinding. Tengok siling. Tengok tingkap. Tengok tilam. Tengok bantal. Jap lagi garu kepala. Garu dahi. Garu pipi. Garu hidung. Garu perut. Punyalah nak bagitahu betapa bosannya saya.

Agaknya kalau perasaan saya okay mesti saya tak bosan kan? Bosan + fedup.

Thursday, October 20, 2011

Ombak Dalam Perut

Suka hati sayalah nak kan cerita pasal baby saya. Ni kan blog saya. Dalam perut saya ni baby saya. Biarlah saya nak cerita. Heeee~

Sejak Isnin lepas saya memang tak makan nasi sampailah semalam. Saya tak lalu nak makan sangat bila tangan sakit tu. Balik kerja je saya terus masak nasi dan lauk telur masak kicap. Campak je apa yang ada tapi menjadi. Itu yang kita mahu bebeh~

Lepas makan adalah waktu yang saya kena berjaga-jaga sekarang ni. Sebab baby saya jadi cergas dan terlebih aktif. Selesai mandi dan solat saya cuma bersantai di depan tv sambil berbaring. Tahu apa yang saya rasa dan nampak? Demi Allah, sayalah antara manusia dan wanita yang bertuah kerana diberikan anugerah seindah ini.

Mulanya saya tak hiraukan pun bila tendangan dan pergerakan baby terlalu agresif tapi bila dah terlebih sangat tu saya pun baring menelentang dan perhatikan perut saya. Saya nampak perut saya bergerak! Warghhh tolong! Saya nampak kulit saya bergerak! Macam ombak! Eh apakah ini? Kejap saya nampak tiba-tiba kulit perut saya timbul kat sini. Kejap lagi kat sana. Kejap lagi kat sinun. Perut saya beralun-alun macam penyokong Selangor buat ombak bila player dia dapat score.

Hahahaha saya gelak, gelak dan gelak bila tengok. Rasa macam nak menangis konon touching tu memang ada tapi saya lebih kepada geli hati. Lagi saya usap, kacau dan respon dengan pergerakan dia lagilah dia berombak-ombak. Aduhai sayang Mummy. Tecik-tecik lagi dah buat perangai comel eh?

Tapi sayangnya saya melalui semua itu seorang diri. Hmmm~

Selamat Tinggal

Sengal-sengal tangan kiri saya akibat injection kancing gigi masih lagi belum hilang. Sejak hari Isnin lepas lagi. Terasa macam bukan daging saya yang kena cucuk tapi tulang saya! Rasa macam cedera parah sangat ni. Saya stress~

Ofis saya memang berada dalam keadaan santai sepenuhnya. Orang ke sana sini malah ada yang tak masuk ofis langsung. Ada kawasan yang sudah lapang dan ada yang bersepah-sepah. Sememangnya menunggu masa untuk berpindah ke Putrajaya. Saya tak tahu kenapa tiada sekelumit pun rasa happy dan suka nak berpindah ke sana. Saya memang tak suka. Tak tahulah kalau awal-awal memang rasa macam ni tapi bila dah kat sana boleh bertukar jadi riang ria. Tapi memang inilah perasaan saya sekarang. Saya tak ada mood langsung nak berpindah.

Sebulan dua ni saya boleh diumpamakan macam ombak pantai. Ada pasang surutnya. Hati saya boleh kata hampir setiap masa sentiasa tidak tenang dan tak pernah tenteram. Ya Allah, kenapa agaknya? Waktu ini juga begitu. Saya sudah penat dan bosan mungkin. Penat dan bosan dengan manusia yang masih sama. Tiada perubahan.

Selamat tinggal Wisma Sime Darby.

Wednesday, October 19, 2011

Move Move Move


Mulai semalam 18 Oktober 2011 saya dah mula diarahkan untuk membuat perkiraan pergerakan baby dalam perut. Pergerakan minima baby yang sihat jangan sampai bawah 10 kali sehari. Lagi banyak bergerak lagi baguslah maknanya. 

Caranya saya kena tick setiap kali baby bergerak daripada tempoh 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Dalam tempoh tu saya kena tandakan 10 kotak kecil dalam buku pink tu sebagai ingatan setiap pergerakan baby. Kurang daripada 10 pergerakan dalam tempoh 12 jam tu saya kena straight away pergi ke hospital. Sebab itu tandanya baby bermasalah, tidak aktif atau dikhuatiri terbelit tali pusat sendiri.

Kalau nak ikutkan hari pertama semalam sebelum tengahari lagi dah siap dah 10 kali tick tu tapi saya tak naklah nampak macam terlalu aktif sangat. Tapi bila difikirkan balik bukan ke itu lebih baik? Kalau saya buat tempoh tamat pergerakan ke 10 tu lewat sangat maknanya nanti nampak macam baby tak aktiflah pulak kan? Okay saya dah lebih faham dah. Jadi mulai hari ni saya takkan ignore walau satu pun tendangan atau pergerakan yang ada.

Kadang-kadang memang rasa sakit bila baby terlebih bergerak. Terutamanya bila dia mengeras. Rasa macam nak berguling-guling suh dia bawak bertenang sikit kat dalam perut ni. Bak kata mak, dia eksais kat dalam tu. Duhhh~

Back To The Future

Saya sedang berada di ofis waktu ini. Tapi otak dan fikiran saya dah melayang-layang entah ke mana. Ke mana? Ke sana, ke situ dan ke sinun.

Semuanya kerana ada manusia yang sengaja mahu membawa saya kembali ke zaman lalu. Disebabkan komputer yang lain semuanya sudah ketiadaan internet jadinya mereka hanya boleh mendengar lagu dan main game angry bird. Komputer saya sahaja yang masih boleh berdansa riang. Hahaha haruslah.

Ya lagu-lagu yang dipasangkan memang membakar jiwa remaja saya. Ya remaja! Semuanya lagu-lagu yang pernah kita tukar-tukar. Lagu yang kita pernah kongsi-kongsi. Bagaikan menaiki kapal 'Back To The Future'. Merentasi masa kembali ke masa lalu. Ohhh memang saya mahu! Sungguh saya mahu. Saya mahu mengulangi masa itu. Dan saya akan pastikan hari ni saya tak akan seperti ini. Dan waktu itu juga tak akan jadi seperti itu. Awak faham tak? Saya tahu awak faham.


Tapi tapi tapi. Saya tahu saya cuma berangan.

Antara Masa & Peluang

Sorang kawan ofis saya nak pergi menunaikan haji hari Ahad ni. Alhamdulillah dah sampai seru untuk dia menjejakkan kaki ke sana. Dia baru je lepas datang jumpa saya dan minta maaf. Saya doakan dia selamat pergi dan balik.

Tiba-tiba rasa macam sedih dan terharu. Bilalah agaknya peluang untuk kita pulak kan? Dulu saya nyaris nak ke sana untuk menunaikan umrah. Sungguh saya menyesal sebab memilih yang lain daripada itu. Peluang dah ada masa tu. Mak dan abah memang nak menjadi penaja sepenuhnya. Tapi saya mensia-siakan peluang yang ada.

Betapa ruginya saya kan? Saya terlalu mengejar duniawi masa tu sedangkan mak dan abah punya niat yang baik untuk membawa saya bersama. Kasihankan saya yang sering ditimpa masalah. Mereka mahu saya menghambakan diri padaNya. Berdoalah untuk segala kebaikan agar hidup saya berubah ke arah  yang lebih baik. Tapi saya bodoh. Sangat bodoh.

Mood saya sedikit down hari ni. Jangan tegur.

Entah. Kita Pun Tak Tahu.

Entah. Kita pun tak tahu.

Habis tu nak buat macam mana.

Kita Dah Penat


Penatlah nak cakap benda yang sama je. Penat nak tegur benda yang sama. Tak habis-habis daripada dulu macam tu lah jugak. Rasa macam bercakap dengan dinding. Macam bagi nasihat kat orang yang tak ada telinga. Sia-sia dan tak guna.

Kita tak cakap kita ni baik dan bagus nak nasihat orang je kerjanya. Tapi salah ke kalau kita cakap benda yang betul? Salah ke kalau kita tegur tu untuk kebaikan? Kita bukannya mintak duit berjuta. Kita bukannya mintak harta benda. Kita bukannya mintak bulan dan bintang.

Kadang-kadang kita rasa macam tak adil sangat. Kita cuba bagi perhatian sebanyak dan sebaik yang mungkin. Kita tak nak ada siapa-siapa pun yang rasa terabai. Kita tak nak ada siapa-siapa pun yang berkecil hati. Kita tak mintak pun dibalas dengan layanan yang sama. Tapi salah ke kalau kita pun nak rasa benda yang sama? Salah ke kita?

Kita penatlah. Penat sangat. Dan kita dah bosan.

Tuesday, October 18, 2011

Marahhhh!!!

Pagi-pagi dah buat orang marah. Ya Allah sumpah saya sangat marah waktu ini. Sangat-sangat marah. Kenapalah manusia ni gatal tangan sangat usik barang-barang saya? Kenapa??????????

Semalam saya tak datang kerja sebab pergi check up. Hari ni pulak ada meeting dan disebabkan itu saya dah siapkan semua dokumen yang berkenaan dengan meeting tu siap-siap masa hari Jumaat lepas untuk kemudahan saya hari ni. Tapi pagi tadi saya tengok semuanya dah tak ada. Dengan minit meeting, memo panggilan meeting, borang order makanan semuanya dah hilang.

Saya nak cakap terima kasihlah sebab diorang terlebih rajin nak tolong dalam keadaan kelam kabut nak pindah ke Putrajaya ni tapi saya tak cakap pun saya perlukan pertolongan diorang! Saya tahulah nak kemas tempat saya sendiri. Tak perlu nak tolong tapi sampai bagi hilang semua benda! Saya cukup bengang dengan orang yang suka nak memandai-mandai ni. Saya dah asingkan apa yang nak dibuang, apa yang nak dibawa dan apa yang saya masih KIV dan nak review balik minggu ni. Tapi semuanya dah tak ada!!!

Istighfar.

Friday, October 14, 2011

Ini Blog Saya



'Kak, kenapa blog akak sume sedih-sedih je ni?' Apa saya nak jawab eh? Saya pun tak tahu nak jawab apa dengan soalan tu. Sebab kadang-kadang saya tak perasan pun entry saya tu sedih. Apa yang saya tahu saya cuma post apa yang saya rasa, lihat atau nampak. Tak semuanya datang daripada saya. Ada juga daripada sekeliling. Justeru itu kepada yang bertanya tu 'kau jangan banyak cakap..kau nak baca,baca jelah..hahaha..'

Setiap hari saya akan check kat ruangan visitor sebelah kanan bawah sekali tu. Saya perasan ada beberapa visitor yang datang luar daripada Malaysia contohnya Taipei dan apa lagi entah. Saya pelik daripada manalah diorang dapat link blog saya ni agaknya. Dan siapakah mereka itu? Orang Malaysia ke? Kalau tak takkan diorang faham Bahasa Melayu kan? Daripada dulu lagi saya punyalah cover blog ni tapi ada jugak kawan saya yang terlebih terror. Dia tahu nickname favourite saya dan dia cuma taip je kat Google search dan terus keluar link ni. Dah terkantoi secara tak sengaja kan.

Serius saya bukan sengaja nak menjadikan blog ni satu blog yang cuma penuh dengan cerita sedih. Tak pernah berniat untuk menjadikan ini sebagai satu cara untuk menarik simpati apa lagi menagih belas kasihan sesiapa pun. Kadang-kadang saya juga perlu bercerita. Walaupun pendengar saya cuma diam tak bersuara tapi sudah cukup dengan jari menari berbahasa meluah rasa.

Thursday, October 13, 2011

Macam Dia Je Yang Ada

Suka tak bila kita tengah drive tiba-tiba kereta kat belakang yang jauhnya masih berpuluh-puluh kilometer tapi dah beria-ria bagi lampu tinggi kat kita? Kalau kita kat lorong laju takpelah kot sebab mungkin kita agak mengganggu kosentrasi orang kat belakang yang tengah memandu laju. Tapi kalau kita kat lorong tengah? Drive pulak slow and steady je. Masa memandu pulak lebih kurang pukul 1.00 pagi? Lorong kanan dan kiri memang langsung takde kereta? Sakitnya hati kan?

Saya tak fahamlah orang yang suka sangat main lampu tinggi ni. Lepas tu bawa laju macam nak langgar orang. Tak payahlah nak menggelabah sangat bawa kereta tu. Bukan awak sorang yang nak sampai cepat kat tempat yang dituju. Buat macam tu macam dia sorang yang ada kereta. Macam dia sorang yang ada lampu tinggi. Macam dia sorang yang bayar road tax. Kalau ye pun ada kecemasan ke tengok tempat dan keadaan lah jugak. Bukan semua benda boleh redah tak fikir orang lain.

Just relax and chill. Kalau tengah banyak kereta ke okaylah jugak. Tapi kalau dah pukul 1.00 pagi pun nak menggelabah dok main lampu sedangkan jalan sangat clear memang takde kereta langsung dan saya pulak berada kat lorong tengah masa tu. Ada nampak macam saya ni mengganggu lalu lintas ke? Waktu tu dia nak ke lorong laju boleh ke lorong perlahan pun boleh. Saya tak kacau dan tak kisah pun. Dan sikit pun saya tak heran walaupun bila tengok sebelah masa tu kereta BMW yang melepasi saya. Tak batak langsung. Kereta mahal tapi kalau tak tahu adab dan hormat orang lain pun tak guna jugak. Baik naik kereta lembu je senang.

Saya bawa kereta kelisa je pun. Tapi pernah ada orang panggil saya dan tanya 'dik, tu kereta mini cooper ke?' Wuuuu~

Hanya Dia Yang Tahu


Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Tiada apa yang Dia tidak tahu. Tiada apa yang terlepas daripada pandanganNya. Tiada apa yang dapat lari daripada pengetahuanNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui.

Dia tahu apa yang kita mahu. Bahkan dia tahu apa yang kita tak tahu. Tapi walaupun Dia tahu apa yang kita mahu, Dia mahu kita meminta dan berdoa sendiri. Mintalah apa saja. Pasti akan dimakbulkan. Ada orang pernah berkata dengan saya, kadang-kadang doa yang tak baik tu pun Allah makbulkan apa lagi doa-doa yang baik. InsyaAllah akan diperkenankan. Cuma satu je. Jangan pernah berhenti meminta dan berdoa padaNya. Jangan pernah berhenti mengingatiNya. Dia tak pernah melupakan kita, cuma kita je yang selalu melupakan Dia.

Saban hari saya berdoa dan meminta. Ini bukan meminta-minta sesuatu seperti kita tidak mampu atau malas berusaha. Saya meminta dengan Yang Mencipta saya. Yang memberikan segala ujian dan dugaan. Yang Maha Mengetahui segala apa yang tersirat dan terbuku dalam hati saya. Saya berusaha dan berikhtiar. Doa saya, Dia perkenankan segala usaha saya, Dia izinkan segala ikhtiar saya dan Dia makbulkan segala doa dan niat baik saya. Kerana segala-galanya hanya untuk bahagia.

Holiday, I Need You


Saya perlukan percutian. Please! Please! Please! Tak kisahlah pergi mana pun asalkan dapat dok kat bilik hotel diam-diam lepas tu bangun pagi pergi breakfast kat cafe house. Macam dulu-dulu. Ke Penang, Port Dickson, Kuantan, bla bla bla. Even dok kat Summit Hotel tu je pun dah okay dah. Pagi-pagi makan banyak-banyak lepas tu sambung tidur.

Dah lama sangat saya tak rasa quality time macam tu. Kadang-kadang dapat 2 hari 1 malam pun dah cukup best dah. Bersantai-santai dok kat balkoni. Jalan-jalan sana sini berdua. Pergi lain-lain negeri makan pun macam-macam. Sihat dan berkhasiat tubuh badan saya waktu tu. Aduhai bila agaknya saya berpeluang untuk rasa macam tu lagi?

Bali! Saya nak ke sana lagi. Tapi macam mana eh? Status saya di Imigresen telah menjejaskan peluang untuk ke luar negara. Huwaaaa saya benci PTPTipu tu. Dulu waktu bercinta cita-cita kitorang memang nak ke Bali berdua. Saya akan pastikan itu terjadi juga satu hari nanti. Lagipun saya dah pernah ke sana jadi okaylah jugak sebab masih ingat lagi jalan kat sana sikit-sikit. Lagipun rupanya terlalu banyak tempat yang saya tak pergi dulu. Satu hari nanti. Pasti!

Kadang-kadang rasa macam mengidam pulak nak cuti-cuti dok kat hotel tepi pantai. Macam teringin sangat ni. Apa punya pesen mengidam ni?

Mummy Sayang Baby..


Seronoknya bila tengok kawan-kawan yang dah bersalin post gambar anak-anak diorang. Yang girl yang boy semuanya comel-comel. Eh ada ke baby yang tak comel kan?

Saya rasa macam nak pusing jarum jam tu biar masa cepat berjalan. Cepatlah baby saya lahir. Saya sangatlah teruja bila mengenangkan jantina baby yang masih tak ketahuan sampai hari ini. Tapi saya lagi lagi lagi lah teruja nak tengok rupa baby saya. Macam manalah agaknya hasil acuan saya dengan dia. Ahaaa~

Macam mana nak cakap ni eh? Saya sangat teruja. Teruja sangat. Kalau kira-kira memang dah tak lama lagi dah. Sekarang dah pertengahan bulan Oktober. Saya dijangka bersalin pertengahan bulan Januari 2012. Lebih kurang 3 bulan je lagi baby saya nak melihat dunia. Apa yang saya doakan hari-hari semoga dia sentiasa sihat dan sempurna. Dan comel! Macam mummy je. Bukan macam daddy.

Sayang baby mummy..

Abah Tak Bersalah

Alhamdulillah. Dugaan yang menguji saya satu keluarga dah pun berakhir. Tak sampai setahun kami berjuang untuk menegakkan keadilan dalam membuktikan abah tak bersalah dah pun membuahkan hasil yang melegakan. Abah memang tak bersalah.

Fitnah yang dilemparkan oleh remaja berumur 16 tahun itu sudah pun sampai ke penghujungnya. Keadilan telah membuktikan semuanya memang tak pernah berlaku. Walaupun bukan sedikit duit dan masa yang telah dikorbankan untuk ini tapi itu tak menjadi masalah bila segalanya berakhir dengan senyuman.

Kadang-kadang kita tak fikir panjang sebelum nak mengenakan seseorang. Kita tak fikir dunia ni masih ada undang-undang yang boleh dirujuk dan sekiranya kita tak bersalah, insyaAllah keadilan dan kebenaran akan sentiasa berada di sisi kita. Berdoa jelah pada Allah semoga segalanya akan terbukti juga satu hari nanti. Dan semalam, kebenaran sememangnya berpihak pada kami. Hendak dipanjangkan untuk menyaman semula atas aib dan tekanan yang kami tanggung memang boleh tapi itu semua akan memanjangkan lagi masalah dan masa. Disamping kos pun akan bertambah. Tak perlulah nak membuang masa untuk manusia tak bertamadun macam tu. Biar Allah saja yang membalasnya untuk segala fitnah yang dilemparkan. Biar saja mereka menganiaya kerana orang yang dianiaya sentiasa dilindungi olehNya.

Doa selamat untuk abah dan untuk saya sekali akan diadakan nanti. Hanya lafaz syukur dan Alhamdulillah yang mampu diucap.

Monday, October 10, 2011

Check Up Lagi

Berat saya tak naik lepas check up terakhir sebulan yang lepas. Hari tu memang naik sampai 2-3kg tapi check up lepas berat tak naik pun tapi turun 100gram. Mungkin sebab demam jadi saya memang takde selera nak makan. Atau emosi waktu tu yang memang membuatkan saya takde hati nak makan atau nak jaga diri macam biasa.

Bermula bulan ni jugak check up saya dah bertukar ke 2 minggu sekali bersamaan sebulan 2 kali. Aduhai percayalah saya agak stress bila diberitahu pasal ni. Bukan sebab apa pun tapi sebab kemungkinan saya akan pergi check up sorang-sorang tu yang buatkan saya rasa macam tak bermaya dan tak berdaya sangat rasanya. Saya dah cakap dengan dia yang saya dah tak nak pergi check up sorang-sorang lagi dah. Sebab rasa macam hidup dalam dunia ni sendiri je bila dok menunggu sorang lepas tu macam blur tak tahu nak borak dengan siapa. Lebih kronik kalau angin nak pitam saya datang. Serba serbi rasa tak kena. Tapi apalah daya saya sebab saya bukan bos kat company dia.

Untuk next check up ni jugak saya akan kena injection kancing gigi yang kali kedua. Lagilah menambah stress yang ada sebab saya dah rasa yang kali pertama hari tu. Sakit masa kena inject saya boleh tahan lagi tapi tidak rasa sakit yang datang selepas kena inject tu. Lenguh, sengal dan sakit tulang yang dirasakan cukup buat saya hilang mood dan hilang keupayaan untuk memandu, bergurau senda, bermesra apa lagi tersenyum gembira bersama rakan-rakan. Duhhh~

Serasa mahukan masa berjalan dengan lebih pantas lagi. Kerana saya terlalu mengharapkan rahmat dan hikmah kehadiran baby ini.

Cerita Seminggu

Hari pertama di ofis selepas seminggu lebih berada di kampung. Bosan dan malas yang saya rasakan memang mencengkam jiwa. Hanya 45 minit selepas alarm telefon saya berbunyi baru saya bangun. Itu pun kerana tersedar dek waktu Subuh yang sudah hampir ke penghujungnya. Tenangnya saat dapat bersujud padaNya di waktu dinihari seperti itu. Namun ada rasa sayu yang singgah di sudut hati.

Sampai saja di kampung pada 30 September lepas tekak saya sudah mula terasa lain. Perit dan sakit. Semakin lama saya semakin kerap bersin. Dapat saya rasakan virus demam sudah mula memasuki tubuh badan saya! Dan akhirnya lepas pergi ke klinik dan dapat cuti sakit, seminggu saya berada di kampung sambil menenangkan hati dan fikiran yang penuh dengan semak samun serabut. Sebab itulah tiada entry baru dan facebook pun tak berapa aktif.

Check up bulanan saya terpaksa diawalkan pada 6 Oktober. Sepatutnya check up saya pada 10 Oktober tapi saya malas nak tunggu balik KL dan terus tumpang check up di klinik mak dulu kat Sekinchan. Saya dimestikan minum air gula untuk check up kali ini. Sebab mak saya ada sejarah kencing manis. Hanya sejam saya dapat bertahan dengan loya dan pening kesan air gula itu. Akhirnya terpaksa saya muntahkan semula sebab memang dah tak boleh nak tahan lagi dah. Terlalu pening dan tekak saya semakin kembang. Terpaksa saya menyorok di dalam tandas sebab tak nak kena minum air gula lagi sekali sebab dah muntah. Lepas 2 jam berakhir saya buat-buat macam tak ada apa-apa dan ambil darah sekali lagi. Keputusannya saya tiada kencing manis! Alhamdulillah.

Saya masih blur dan malas. Hati saya? Masih sama.

Thursday, September 29, 2011

Berubahlah Sebelum Terlambat


Hidup ini adalah satu perjalanan. Tiada jalan yang selamanya lurus dan tidak berpenghalang. Ada yang berbatu, berlopak, bengkang-bengkok dan macam-macam lagi. Apa yang harus kita tempuh sepanjang perjalanan? Bagaimana kita menempuhi perjalanan tersebut?

Kadang-kadang bila Allah berikan kita jalan yang lurus dan sempurna sedikit kita terlalu mudah terleka dan alpa. Mudah hanyut dengan nikmat yang diberikan Dia. Perasaan bongkak dan takbur mula merajai hati dan mula rasa seolah-olah diri sudah terlalu bagus. Baru saja dikurniakan sedikit nikmat kita sudah lupa diri dan melupakan waktu susah payah. Lupa asal usul. Lupa orang yang sentiasa bersama waktu kita terjatuh dan tersungkur.

Bila berduit sikit diri sudah mula terasa bagaikan dunia ini kita yang punya. Pantas saja mengambil kesempatan dengan peluang yang ada. Hidup sudah tenang dan aman tiada masalah tapi masih mahu mencari masalah. Bila sudah terjatuh mulalah menggelabah. Bila diri sudah terperangkap otak ligat mencari helah untuk menyelamatkan diri. Tapi Allah itu kan Maha Adil. Tiada sebarang kejahatan yang boleh terlindung daripada pengetahuanNya. Tiada sebarang ketidakjujuran yang akan terselamat daripada menerima balasan daripadaNya.

Tapi itu pun kita masih tidak sedar. Masih tak bersyukur. Masih nak buat hal. Insaf, bertaubat dan berubahlah sebelum terlambat.

Sabarlah Hati


Kata kawan saya, ujian daripada Allah datang kadang-kadang untuk mengingatkan kita padaNya. Supaya kita sedar dan kembali ke jalanNya. Agar kita sentiasa mengingatiNya. Mungkin ada waktunya kita terleka seketika dengan dunia. Mungkin juga kita hanya mencariNya bila kita susah dan bersedih tapi melupakanNya bila kita suka dan gembira.

Kata kawan saya, banyakkanlah bersabar dalam menempuh segala ujian tersebut. Apa saja ujian yang diberikan pada kita adalah mengikut kemampuan kita. Allah takkan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Andainya Allah percaya yang kita boleh dan mampu melalui, menempuhi dan menyelesaikannya, kenapa tidak kita percaya pada diri sendiri yang kita juga boleh?

Kata kawan saya, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Allah sentiasa bersama dengan orang yang selalu mengingatiNya. Lupakan masalah saya sekejap dan kembalilah padaNya. Cubalah mengingati dan bersama denganNya sebentar. Mohonlah petunjuk, hidayah dan jalan penyelesaian untuk segala permasalahan.

Kata emak, dugaan dan ujian itu umpama penyakit. Dalam Al-Quran sudah tertulis setiap penyakit itu ada ubatnya. Begitu juga dengan dugaan dan ujian. Pasti ada cara untuk menyelesaikannya cuma kita kena cari apakah jalannya. Jangan pernah berhenti bersabar, berdoa, tawakal dan berusaha. Kerana Allah pasti akan sentiasa bersama dengan orang yang tidak melupakanNya.

Kata orang, doa orang-orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah. Doa saya cuma terisi yang baik-baik saja. Memohon orang yang menganiaya saya diberikan keinsafan dan kesedaran. Memohon perlindungan dan ketabahan hati yang berterusan hingga hujung nafas saya. Memohon semoga satu hari nanti akan ada perubahan dalam hidup yang memungkinkan saya boleh tersenyum bahagia seperti insan lain.

Kata saya? Saya sudah tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Perkongsian saya hanya bersama dengan anak di dalam kandungan. Semoga dia dijadikan Allah sebagai anak yang sentiasa membahagiakan. Baby, tolong mummy....