Saya sedang berada di ofis waktu ini. Tapi otak dan fikiran saya dah melayang-layang entah ke mana. Ke mana? Ke sana, ke situ dan ke sinun.
Semuanya kerana ada manusia yang sengaja mahu membawa saya kembali ke zaman lalu. Disebabkan komputer yang lain semuanya sudah ketiadaan internet jadinya mereka hanya boleh mendengar lagu dan main game angry bird. Komputer saya sahaja yang masih boleh berdansa riang. Hahaha haruslah.
Ya lagu-lagu yang dipasangkan memang membakar jiwa remaja saya. Ya remaja! Semuanya lagu-lagu yang pernah kita tukar-tukar. Lagu yang kita pernah kongsi-kongsi. Bagaikan menaiki kapal 'Back To The Future'. Merentasi masa kembali ke masa lalu. Ohhh memang saya mahu! Sungguh saya mahu. Saya mahu mengulangi masa itu. Dan saya akan pastikan hari ni saya tak akan seperti ini. Dan waktu itu juga tak akan jadi seperti itu. Awak faham tak? Saya tahu awak faham.
Tapi tapi tapi. Saya tahu saya cuma berangan.
Tapi tapi tapi. Saya tahu saya cuma berangan.
0 comments:
Post a Comment