Dah lama tak keluar outstation. Disebabkan dia bercuti seminggu saya rasa macam tak best sangat kalau dia kat rumah tapi saya pergi kerja. Nanti saya akan terfikir-fikir makan minum dia macam mana. Saya yang tak senang hati kat ofis ni nanti. Disebabkan minggu tu ada show kat Klang jadi saya pun nak join supaya boleh selaraskan waktu yang ada dengan hari cuti dia.
Hari cuti yang ada memang kita gunakan sebaik-baiknya. Kita pergi scan baby, beli baju baby 2-3 helai, makan pizza hut yang dah lama teridam diidam mengidam. Semua hal yang tertangguh dek kerana ketiadaan dia kitorang selesaikan semuanya dalam satu hari. Servis kereta, tukar tayar kereta, bayar duit kereta, semua-semua lah. Lega~ Seminggu saya horay-horay.
Walaupun tiba-tiba dah dapat tahu minggu ni dia mungkin akan ke Melaka pulak tapi tak apalah sebab tak jauh sangat. Saya dah cakap awal-awal masuk je bulan 12 janganlah keluar outstation lagi. Saya tak nak duduk rumah sorang-sorang dalam keadaan tengah menunggu hari. Kenapa? Sekarang ni pun kondisi saya dah makin huru hara. Sana sini sakit serba serbi sakit. Ohhh~
0 comments:
Post a Comment