Nuffnang Ads

Wednesday, February 17, 2010

Dua Hari Itu

Hari ni 17hb Februari 2010. Aku berjaya melalui dua tarikh itu dgn jayanya. 13 dan 14hb Februari. Terkenang juga kdg2 tp perasaan itu segera ditepis. Aku buang jauh2 dr hati kerana ianya tidak layak utk berada di situ. Tarikh itulah yg sepatutnya mengubah kehidupan seorang wanita. Tarikh yg telah direncanakan. Semgu dua sblm dua tarikh itu hati agak berdebar2. Bkn berdebar rindu tp berdebar sedih dan terkilan. Tiada kekesalan yg ada. Sekadar mengenang kealpaan diri kerana diperbodohkan. Fikir aku waktu itu,mampukah aku melalui tarikh itu? Bagaimana agaknya perasaan sewaktu hari itu? Berlegar2 mencari jawapan.

Spt yg telah aku katakan. Aku agak sibuk dua hari itu. Mungkin perasaan itu agak kurang terasa. Namun mmg ada terdetik dlm hati ini. Nombor an aku dail utk meluah rasa hati. Terkilan dan sedih. Knp dugaan tak pernah berhenti mengetuk pintu hidup ini. Knp ujian tak pernah jemu bertandang dlm diari hati. Rasa ini ada aku khabarkan pd dia. Dia memahami. Tp tidak melayan perasaan aku waktu itu. Harus dia melakukan begitu kerana semua itu hanya kenangan lama. Cuma satu perancangan yg tidak menjadi kenyataan. Hakikatnya skrg adalah berbeza. Aku sudah punya dia. Lantas perasaan itu segera aku buang demi menjaga sekeping hati yg terlalu aku puja. Benar. Segalanya terlalu berbeza. Dia benar2 menghargai dan menjaga. Tiada yg sptnya. Takkan ada.

Terkilan itu ada. Tp perlukah aku mengenang tanpa henti? Itu bkn mahuku. Tp kemahuan manusia itu. Kata mereka jgn diikutkan permintaannya. Kerana ini semua terjadi kerana kehendak dia. Bkn kehendak aku. Jd dia tak punya hak dan tidak berhak utk meminta semua itu. Kekuatan kembali diperolehi. Takkan aku tunduk dgn kemahuan dia. Dilepaskan oleh dia adalah satu rahmat yg sgt indah kurniaan dariNya. Tidak bersama dia juga adalah satu perkara terbaik yg pernah aku putuskan.

Lalu,13 dan 14hb Februari 2010 hanya sama spt hari2 biasa yg aku lalui..

Thursday, February 11, 2010

Emosi Yang Sangat Marah




Kita kena kawal emosi kita! Tak kira walaupun apa emosi yg ada! Mesti! Harus! Wajib! Lg2 kalau emosi itu adalah emosi marah! Kawal! Kawal! Kawal! Errr tp tgk drpd ayat aku mcm tak bole kawal je. Heheheheh. Tp btul kan. Kita kena kawal emosi kita terutamanya emosi marah tu. Ntah knp aku nak bercerita psl marah hari ni. Mungkin sbb aku tgh marah tp aku cuba nak kawal. Aku tak bole nak marah org sesuka hati lg. Jd aku marah kat sini. Aku marah kat blog aku ni! Heeee marahnya rasa hati! Marah sgt2 ni!


Bila kita marah kita mesti rasa tak sabar. Semua benda jd mangsa. Semua benda semua org kita nak marah. Tak kira sape. Tak peduli apa. Knp mesti nak kena tggu? Knp mesti nak buat org tertunggu2? Tak baik tau tak. Tak suka la dgn org yg mcmni. Kang aku marah kang ckp aku over plak. Dah tu hak aku mestila aku marah. Sesuka hati je nak buat mcmtu. Drpd td aku dok tggu ni tp takde pun. Dok senyap je. Haishhh kalau aku turutkan hati aku dah mengamuk dah ni. Tp aku fikir la jgk. Tp tak puas jgk ni! Td kata kejap je. Dr pg aku tggu ni dah tghari tp bole buat tak tau je. Dah janji nak tel kan. Eeeeeee sgt marah ni!


Aku tak kira! Aku nak buat jgk! Nak jd apa ke jdla. Walaupun aku sedih sgt sbnrnya. Ralat sgt dlm hati ni. Serius! Serba salah sgt. Isk tiba2 rasa mcm nak menangis plak. Mmg pun aku ni cengeng, ciwek, gembeng sume ada. Eleh biarla kan. Aku yg susah2 itu ini. Bgtaula awal2 kalau ye pun. Mcm aku ni takde keje lain je nak dok tggu dia. Jgn sampai aku tel dia plak. Haaa teruk kena lazer nnt. Isk sabar sabar sabar. Org marah kena kawal emosi. Kena sabar. Yela aku mmg tgh sabar la ni. Grrrr~

Monday, February 8, 2010

Lewat Ini

Lewat ini kita sering sengketa
Bicara sudah tidak sama
Tawa sering bertukar duka
Kata juga tidak lagi serupa

Haruskah tetap di sini
Sedangkan hati sering menangis
Rindu juga tak pernah berhenti
Takkan terbias tak mungkin terhakis

Lewat ini kita sering begini
Mencari sebab menuding jari
Menahan rasa amarah hati
Cuba menghapus segala benci

Sayang seharusnya kau tahu
Satu tetap akan satu
Takkan dua tak mungkin tiga
Kau di hati kau juga di jiwa

Cancel Last Minute

Pagi td baca suratkhabar. Dia tulis ada seorang lelaki ni batalkan majlis kahwin dia di saat2 akhir. Huh! Hinanya rasa bila aku tgk cite tu. Hina pd lelaki tu. Tak bertanggungjawab. Takde otak. Takde akal. Knp aku emo? Sbb cerita aku dgn perempuan tu sama. Cuma aku bkn di saat2 akhir. Aku lbh bernasib baik mungkin. Bernasib baik kerana takdir menyebelahi. Benar. Aku menganggap ini adalah takdir yg baik. Kerana Allah menyayangi aku. Memberikan kesedaran kpd diri agak tidak terus diperbodohkan lg. Memberikan peluang utk memiliki yg terbaik. Dan dimiliki oleh insan yg lbh baik. Hoyeh~

Suratkhabar tu tulis lg. Perempuan tu tak kuar bilik selama 3 hari. Kalau kuar pun time rumah takde org atau bila sume org dah tido time lewat mlm. Kesian. Sgt kesian. Malu yg ditanggung pasti akan diingat dan dikenang sampai akhir hayat. Kerugian duit dan persiapan mungkin soal yg kedua. Tp hati dan perasaan yg hancur dan kecewa lbh pedih lg dia rasa. Sedangkan org yg putus cinta,putus tunang pun dah sedih dan kecewa yg amat sgt. Apa lg kalau cancel kahwin. Last minute plak tu. Kejamnya lelaki yg buat perangai mcmni. Mana la peginya akal dorg. Perbezaan antara kita adalah kamu punya 9 akal dan 1 nafsu. Kami pula punya 9 nafsu dan 1 akal. Tp hairannya aku rasa bila kamu langsung tak menggunakan walau 1 pun drpd 9 akal yg ada. Tp kalau nafsu yg 1 tu tak perlukan akal pun kamu tahu mcmana nak guna. Dasar kah? Mungkin agak kasar tp itu hakikat. Mungkin hakikat itu tak merangkumi kesemuanya. Tp kebanyakannya. Huhuhu aku pasti ramai perempuan yg bersetuju.

Mmg mungkin kita perlu mendengar drpd pihak lelaki jgk. Tp dlm tu dah terang2 ckp yg dia tipu psl sijil kursus pra-perkahwinan dia. Palsu semata2. Kalau benda penting mcmtu pun bole tipu,amik mudah dan tak amik berat lngsung mcmana nak kahwin? Dan apa gunanya nak kahwin dgn lelaki mcmtu? Blum apa2 lg dah tunjuk perangai tak baik. Tu soal tipu dan tak bertanggungjawab. Blum lg soal lelaki yg kaki perempuan,tak cukup dgn sorg,perasan bagus konon hensem sgt. Ego tak bertempat dan tak bole kena tegur. Kalau nak cite perangai manusia ni sampai kiamat pun tak abis. Tp kalau ye pun jgnla kejam sgt jd manusia tu. Fikirlah perasaan org lain jgk. Perempuan ni bkn anak ayam nak diambil dan dibuang sesuka hati. Cuba kalau situasi ni jd pd ahli keluarga sndr? Jd kat adik perempuan kita ke kakak kita ke? Confirm bengang tak hengat pastu konon nak tunjuk terror tp takdela hero sgt pun sbb perangai sndr pun 2x5 jgk. Haihhh niela dunia.

Tindakan apa agaknya yg akan mereka ambil slps ni ye? Kalau ikut sejarah2 dulu yg aku baca dlm suratkhabar la kan. Confirm kena saman punya. Dah bape byk kes cancel kahwin last minute ni kuar kat suratkhabar Malaysia ni. Semuanya naik mahkamah. Saman malu la,saman rugi la. Cancel kahwin kena saman,putus tunang pun kena saman. Kalau ikutkan hati aku ni,mmg aku nak buat jgk hari tu. Ada je kwn yg bole carikan lawyer. Kwn aku pun ada jgk lawyer. Tp aku kesian. Sbb aku tau nnt ada org terpaksa bergolok bergadai plak nak bayar court. Ooppss sorry! End~

Isnin Tak Best!


Isnin yg membosankan. Sama spt isnin2 yg lalu. Kecuali kalau isnin itu cuti. Mata sgt berat dan mengantuk. Lesu rasanya tubuh badan ni. Tidur lewat utk kesekian kalinya. Terima kasih kpd masalah yg dtg sehingga membuatkan aku tak bole tidur! Sudahla batuk tak berhenti2. Asal mlm je mesti aku batuk. Sakit dada aku rasanya. Dah berbulan2 aku batuk sejak sblm pegi Langkawi bln Julai 2009 ari tu. Bkn aku tak pernah check. Suspect batuk kering tp lps buat medical check up,siap dgn blood test,x-ray dan ujian kahak sumenye clear. Ok 100%! Tp knp batuk aku masih tak baik2. Baik tu baik tp on and off. Jap baik pastu tak lama tu batuk blk. Aku pantang jgk mkn ngan minum tp kdg2 tu ter la jgk minum ais. Tp bkn selalu pun. Haihhh. Oh tak baik mengeluh. Penyakit tu ujian dan tanda yg Allah masih ingat dan sygkan kita. Dan juga penghapus dosa2 kecil. Jd walau apapun aku ttp kena bersyukur.


Mata ttp jgk mengantuk. Melihat keadaan sekeliling. Aku seorang. Kebanyakannya outstation ke melaka. Ada yg sudah pulang mlm td tp hari ini sudah pasti off. Takkan mungkin mereka dtg ke ofis. Dan masih di atas katil lg. Pasti. Yaa pasti. Pasti aku jeles! Ada jgk yg lain tp sudah keluar bersarapan. Berkali2 dorg ajak aku tp aku menolak sbb malas sungguh rasanya nak berjalan ke Teratak Mek tu. Tidaklah jauh sgt tp dgn mata yg begini,rasa yg begitu. Ah lbh baik aku di ofis sahaja.


Dan utk kesekian kalinya,aku mahu landing atas meja ini. Bos takde. Ok bole tidur!


Thursday, February 4, 2010

Haram??

ATAU


Hari tu aku dpt tau tmpt mkn kesukaan kegemaran kefavouritean aku telah disahkan haram! Waaaa mcmana ni?? Dahla sy sgt suka! Sy sgt suka mkn kat situ! Sy sgt suka tau tak! Aku tak dgr direct la psl hal ni tp by da time aku call member aku tu news tu kuar kat tv3 then dia ckp la dgn aku. Agak terkejut sbnrnya. Sblm ni pernah gak dgr tp aku buat hati keras sbb kwn aku ckp kalau kita ada rasa ragu2 baru la tak bole. Tp aku takde rasa ragu2 pun. Tp bila dah kuar news kat tv3 plak tu aku terpaksa la tunduk mengalah. Cewah! Terpaksa la aku korbankan perasaan suka tu. Lupakan saja dirimu dan cari saja cafe lain. Ohh sungguh kecewa rasanya hati ini. Tergamak mereka menipu pelanggan tetap yg setia spt aku!

Kalau korg tak sure apakah tmpt mkn tersebut korg bole refer pd entry sblm ni. Pasti korg tau apakah cafe tersebut. Sungguh frust rasanya. Dan marah dan pelik dan bengang. Marah la jgk sbb selama ni aku dan manusia2 lain dah kena tipu. Pelik sbb mcmana selama ni dorg tak notice psl benda ni. Knp baru skrg nak announce? Sdgkan dorg publish logo halal tu kat cafe tu. Aku byk kali baca utk sahkan benda tu. Bengang la jgk sbb aku dah tak bole nak mkn kat situ lg. Dahla favourite place aku kat kota kemuning tu mmg terbaek. Lepak mlm2 kat situ feel dia lain mcm tau. Duk kat area yg kapet dia mcm kat padang golf tu. Wahhh sgt best rasanya. Dgn disapa angin sepoi2 bahasa di waktu malam. Sungguh tenang dan jiwang berada di situ apa lg jika bersama dgn bupren. Syahdu syahdan rasanya. Err agak poyo ayat aku kan? Ada aku kisah? Ngeee..~

Tapi skrg tiada lg. Aku dah tak bole pegi situ! Kerana telah disahkan haram! Sgt tak guna! Apa la salah aku sampai dorg nak tipu aku mcmni. Apa la dosa aku pd dorg sampaikan skrg ni aku dah tak bole nak mkn kat situ lg dah. Isk isk sob sob. Apa pun lps ni kena hati2 la. Sbb logo halal skrg ni dah mcm gula2 kat kedai. Bole beli dan dpt kat mana2. Takde pemantauan yg serius. Suka suki je dorg bole publish logo tu walaupun tanpa kebenaran dan pengesahan yg sah. Skrg ni abisla sume dah masuk dlm peyot aku. Ni nak kira mcmane ni?? Tp takpe sbb kita tak tau. Kita tak salah. Mcm skrg ni aku dah tau aku takde la pegi lg kat situ. Aku pegi kat kedai mkn yg halal je. Pasti!

Walau pape pun,aku nasihatkan hati2 la. Manusia zaman skrg ni fikir nak untung je tanpa mengira sensitiviti masyarakat sekeliling. Janji untung dah la kan. Dia bkn kira kita bole mkn ke tak bole mkn ke halal ke haram ke. Dah tau umat Islam ni tak bole mkn benda2 haram jgnla nak amik kesempatan plak dgn publish logo halal tu sesuka hati. Nak salahkan dorg 100% pun tak bole sbb pihak2 berwajib yg berlambak kat Malaysia ni pun kena la take part. Jgn nak buat bodo la kan. Selalu la cek cafe2 tu supaya halal tu sentiasa halal. Bkn kejap2 je ataupun palsu semata2. Yg jd mangsa nnt umat Islam jgk. Ter makan benda2 yg tak halal. Dahla nak jd darah daging kita. Kalau kita tau takkan la kita nak mkn kan. Tp kalau jd kes mcmni mcmana? Kita tak tau. Tp takkan la nak jdkan benda tu alasan stp masa. Kena la saling take part for this thing. Benda ni serius tau. Bkn bole buat main2. Ni soal sentiviti agama. Kalau dah kata haram tu haram la. Mana bole jd halal kan. Mcm yg aku ckp td. Nak jd darah daging plak tu. So kita kena la more careful dan lbh alert dgn hal2 mcmni. Ok!

Semoga kita sume lbh berhati2 dan berjaga2 supaya tidak terus tertipu dan ditipu.

Siapa Kawan Siapa Lawan

Bukan senang nak jadi senang. Tapi bukan susah nak jadi susah. Aku pilih untuk jadi senang walaupun aku tahu bukan senang nak jadi senang. Serius! Tak mudah rupanya. Aku sedang berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Lebih senang. Tak mewah takpe tp jangan sampai terlalu susah. Kesusahan minggu lepas sangat2 dirasai oleh aku, alif dan diyana. Berusaha untuk mendapatkan sesuatu sampailah berjaya sangat2 menguji kesabaran we all. Pada mulanya we all rasa nak tunggu je tapi tiba2 alif call dan cakap dia nak fight jugak. Aku dah tension dah. Mana nak cari dalam masa 2-3 hari. Tapi takpe sbb itu semua adalah dugaan. Cuba sana sini. Contact org sini sinun. Semuanya tak boleh tolong. Ada saja alasan yang dorg bagi. Takpe,sabar. Yang konon nak tolong tapi lepas tu buat keras sms tak reply langsung pun ada. Tergamak betul. Berdentum kecoh konon nak jadi best friend aku. Da best buddy i ever had. Will help you in what ever situation. Ayat yang aku tak pernah nak dengar apa lagi nak mintak tapi dia sendiri yang kecoh. Ahh beria! Daripada masalah nie la aku kenal siapa kawan aku yang sebenarnya. Boleh nak kata tiada! Semua tak boleh pakai. Tuela kan. Masa nak,masa nak jual cinta macam2 korg boleh cakap. Janjikan langit bumi gunung ganang pelangi laut semua ada. Tapi bila aku mintak tolong sikit je semua lari. Semua penuh dengan alasan. Lepas ni jangan harap la aku nak percaya dengan dorg tu lagi. Tak sudi aku nak berkawan dengan dorg. Kalau kawan pun,hati2 jerla. Mintak tolong dengan org terdekat pun sama. Aku sms tak reply. Aku call tak angkat. Buat aku ni macam org luar. Its ok. Fine with me. Time aku tengah susah bolehla nak pandang aku sebelah mata. Time ko susah nnt,ko tadah la langit tu sambil ingat balik apa yang ko pernah buat kat aku.


Jalan terakhir yang ada aku mintak tolong dgn mak. Satu2nya mak yang aku ada dalam dunia ni. Dan tak sampai 5 minit mak bagi persetujuan. Yes! Mak memang terbaekkk! Hoyeh! Hoyeh! Hoyeh! Dengan pantas hari ahad lepas bersamaan 31 Januari 2010 we all rushing balik ke tg karang. Isnin tu aku tak kerja sebab cuti Hari Wilayah so settle kan semuanya hari tu jugak. Punya la jauh aku pergi. Macam2 org aku try tapi akhirnya mak sendiri yang bantu. Mulanya mak memang risau tapi aku cuba yakinkan dia yang aku akan cover balik. Aku pasti akan selesaikan segala2nya dalam masa 5 hari. Aku berani mati letak janji takkan sampai seminggu aku akan settle semuanya. Dan hari ni, 4 Februari 2010 semuanya dah selesai. Aku telefon mak dengan bangganya dan bagitahu dia benda tu aku dah settle tanpa rasa ragu! Lega sangat rasanya. Terima kasih mak! Mak lah penyelamat org. Walaupun org ni anak yang paling degil,tapi satu hari nanti org akan tunjuk dgn semua org yang degil2 org ni bukan degil yang kosong dan tak guna. Tengoklah nanti.


Terjadinya benda ni banyak mengajar aku. Siapa yang sentiasa di sisi. Siapa yang hanya bersama bila kita ketawa. Siapa yang lari bila kita menangis. Siapa yang jadi makhluk 2 alam, talam 2 muka, hipokrit! Aku dah tahu. Tapi takpela sebab kalau tak jadi mcmni aku pun tak tahu sampai sekarang siapa sebenarnya manusia2 kat sekeliling aku ni. Bukanlah aku nak mengharapkan setiap kali aku mintak tolong tu semua org boleh tolong aku tapi biarlah berlapik dan berpada. Kalau betul tak boleh tolong cakap betul2. Bahasa tu baik la sikit. Cakap elok2 kan boleh. Bukannya susah sangat kan. Ni dah cakap konon boleh tolong tapi lepas tu boleh pulak senyap je hilangkan diri macam tu je. Sms tak reply buat keras pulak. Aku ni dok tunggu je sebab dok ingat dia boleh bantu. Nasib baik aku tak harapkan dia je. Dahla kalau sembang tu nak menang je. Berlagak serba serbi. Konon kaya,mewah. Harta menggunung,aset berlambak. Eksen tahap dewa saja kalau berborak dgn aku. Sudahnya? Cakap tak serupa bikin. Nak ikutkan aku takde hal pun kalau korg semua tak boleh nak tolong tapi macam yang aku cakap tadi la kan. Macam mana aku berbahasa dengan korg,berbahasa la jugak dengan aku. Janganlah main kasar. Memang aku akan ingat sampai bila2 la. Terima kasih la kan.


Walau apapun benda dah selesai. Pengalaman ni sangat2 mengajar dan membuka mata aku dalam melihat warna2 sebenar di sekeliling aku. Terima kasih sangat2 kat diyana sebab sanggup ikut aku balik kampung mengadap makcik sutinah. Heheheh. Dapat makan2 kat pondok buruk aku tu kan. Lepak2 kat luar rumah sambil berangan2. Huhuhu. Dan terutamanya pada u alif. Thanx for everything. Ingat apa yang kita buat ni bukan mudah. Be responsible and struggle for it ok. I love u both! Support! Ngeee..~


(aku agak penat bila taip entry kali ni dgn ejaan penuh..terkial2 sungguh rasenye..hah malas aku..!!)