Nuffnang Ads

Thursday, May 28, 2009

Mutiara Kata

Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(1957 - 1970)

"Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.."


Tun Abdul Razak Dato' Hussein
(1970 - 1976)

"Marilah kita membanggakan Negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman kebangsaan yang sempit.."


Tun Hussein Onn
(1976 - 1981)

"Masa depan ekonomi negara tidak akan membawa apa-apa makna jika keselamatan tidak terjamin, keselamatan adalah teras keutuhan ekonomi dan kestabilan politik."


Tun Dr Mahathir Mohamad
(1982 - 2003)

"Kita mesti giat serta kemampuan untuk menjadikan diri kita sebagai rakyat yang cintakan negara dengan segala pengorbanan dicurahkan bagi kebahagiaan negara dan masa depannya. Biarlah setiap Hari Kebangsaan kita mencatit kejayaan yang bole dibanggakan terhadap Malaysia yang kita sayangi ini."


Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
(2003 - 2009)

"Marilah kita bersama-sama menilai erti kemerdekaan dengan cara yang berbeza, supaya kita dapat menghayati nilai kebebasan yang dikecapi."



Mengenang sejarah kemerdekaan..?

"...bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan..."

Tuesday, May 26, 2009

Sekeras hati yang lembut..


Bermula smlm 25hb Mei, hati aku jadi keras sgt. Sekeras batu. Nak tulis sekeras kerikil tp mcm tajuk drama plak. Takpe. Sekeras batu pun ok jgk. Knp? Aku tak tau knp. Semuanya kerana hal ptg smlm. Bila perasaan aku diperlekehkan. Hati aku dipijak-pijak sesuka hati. Seolah-olah aku dipandang rendah. Hati? Terluka. Kecil hati. Menangis. Punca? Tak perlu diberitahu di sini. Haihhh knp la aku begitu sensitif sejak akhir-akhir ni. Aku yg sensitif atau org lain yg tidak peka? Soalan itu aku jwb dgn senyuman sinis. Senyuman yg menggambarkan betapa dlmnya luka yg tersimpan. Menahan tangis. Duka itu terlindung di sebalik senyuman yg lahir. Ianya terhenti di situ. Cukup. Setakat itu.

Aku berkeras utk tidak mempedulikan handphone yg ada di dlm laci. Bkn setakat tidak mempedulikan. Tp aku tutup terus. Pesanan aku sampaikan pd yg penting. Cari aku di nombor yg satu lg bila perlu. Selain dr itu? Hanya seorang dua yg tahu. Dan dia la yg menghabiskan kredit dan bateri hp aku. Melayan berborak dr pg sampai ke ptg. Rajin sungguh beliau mendengar aku membebel dan aku juga terlalu penat menjawab stp soalan yg wajib ada dlm stp sms yg dikirim. Sudahnya aku mrh dia. 'Bole tak ko simpan je soalan2 ko tu? Nnt jumpa ko tanya la.. Aku dah penat nak jwb ni..' Heheheh. Ntah pape ntah. Ketawa saja membaca sms beliau. Sengal jgk bdk ni. Terima kasihla ye sbb nak kwn dgn aku. ;)

Mujur masih ada yg mahu memberikan aku senyuman. Kalau tidak? Bole jd gila dgn mslh yg ada. Knp semuanya membisu? Knp semuanya tak bersuara? Aku ni dlm dunia atau di dlm mimpi? Nak sebut alam yg satu lg tp tak baik. Aku selalu doa aku dipanjangkan usia. Hehe. Amin.
Pelikla. Dorg tu lahir mmg takde perasaan ke? Mmg takde hati perut? Sampai hati btul nak menyakitkan hati org lain.

Tiba-tiba aku termenung kejap. Apa salah aku agaknya? Knp aku tak dipedulikan langsung? Aku ada buat salah ke? Kejamnya dunia ni! Dunia mmg kejam! Manusia pun sama jgk kejam! Sume2 la kejam! Takde yg tak kejam melainkan kejam belaka! (emotional sgt ni..aku tak peduli..!) Mcm2 perangai manusia yg ada dlm hidup aku skrg ni. Yg takde perasaan. Yg senyap tiba2. Yg emo tak bertempat mcm bdk2 kecik tak cukup umur! Bosanla. Perangai ntah pape. Malas aku nak komen byk. Suka hati mereka la.

Monday, May 25, 2009

Lelaki!

Aku copy? Mmg pun. Apa saja yg bole menjadi panduan atau ilmu lbh elok utk dikongsi. Utk pengetahuan dan pengajaran. Hmmm.

CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN
1. LELAKI YANG PRIHATIN

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yg pempuan ni merepek la mengarut la apela..pastu ckp serabut dgn kita..kesalahan sendiri tak perasan..
2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.
3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak. Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai tu. Lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.
4. LELAKI YANG BERHATI-HATI

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab? Ketahuilah ye.. Apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap.. Makan jerla...!!!
5. LELAKI YANG WANGI

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O; apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi. ;P
6. LELAKI YANG PEMURAH

Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.
7. LELAKI YANG TIDAK KISAH

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!
8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. Sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tetangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!
9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN

Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya. Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..
10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan. Jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita, mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brad Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita. Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri, tunangan atau kekasih mereka.
"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

Cemburu Wanita

Memahami Kecemburuan Seorang Wanita

Kebanyakan lelaki berkata mereka tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan oleh wanita yang cemburu. Menurut mereka, walau apa sekalipun yang mereka buat, isteri mereka yang cemburu tetap juga cemburu. Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber kepuasan wanita yang pertama ialah tingkah-laku suaminya kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah-laku positif. Setiap kali si suami membasuh pinggan selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna, untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak perkara-perkara yang positif.

Sumber kepuasan wanita yang kedua datang daripada makna yang diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah-laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada isteri.

Suami-suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya, maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh, perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita, maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat tidak puas.

Tetapi lelaki ingin tahu, bagaimanakah wanita memberikan nilai tinggi ataupun nilai rendah ke atas perbuatan dan tingkah-laku suami? Beginilah cara wanita memberikan makna dan nilai ke atas tingkah-laku suami mereka. Sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh lelaki, mereka hanya melakukan perkara itu dengan isteri sahaja. Sebahagiannya pula mereka tidak pernah melakukannya dengan isteri. Manakala ada pula perkara-perkara yang mereka lakukan baik dengan isteri mahupun dengan orang-orang lain. Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami:

1. Eksklusif dengan isteri
Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja, diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks, dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya. Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang sangat tinggi.
Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang dianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa wanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.
Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada isteri.

2. Eksklusif tanpa isteri
Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun, ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia, ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.
SUSAH SANGATKAH KAMU UTK MEMAHAMI WANITA WAHAI LELAKI???

Keluar bandar

Wuuuu malasnye nak taip. Bole tak tlg taipkan? Ngeee~~

Ari ni 1st day masuk keje lps dah smgu tak masuk ofis. Bestnye! 15hb ari tu aku pegi outstation ke pahang. Mula-mula tu plan nak pegi terengganu sekali tp tak jd plak. Heheheh knp? Sbb pahang lg best. Knp? Hihihi sbb pahang ada dia. ;P.. So decide utk stay kat pahang jerla..

1st show 16hb Mei kat area sg isap perdana. Ramai jgkla. Mcm biasa aku kenala agihkan borang kaji selidik. Dah half show baru aku edar sbb kalau bg awal-awal mana la dorg fhm lg apa yg ada dlm show tu. Utk 1st show ni ada benda yg tak best jd. Huh memendam lg aku mlm tu. Tp takpela buat bodo je suda. Mula-mula tak tau nak stay dgn sape tp akhirnya dtgla si polan 3 org tu maka aku telah dijemput utk satu bilik dgn dorg. Yahoo! Kitorg stay kat hotel murah-murah je. Janji bersih dan selesa. 2nd show 17hb Mei plak kat felda sg lepar. Gile jauh! Dkt 3 jam baru sampai. Kejam btul buat tmpt show jauh-jauh mcmni. Pening kepala aku naik bas jauh-jauh mcmtu. Nasib baik aku beli jeruk byk gile. Heheheh. Dahla nak pegi tu tertinggal bas pastu kitorg pun kejar. Dah kejar tu bole plak terlajak. Dgn pantas kitorg buat u-turn pastu u-turn lg sekali pastu parking keta kat shell pastu larik naik bas. Hahah kelakar. Mcm sengal je kitorg berempat time tu. Empat org anak dara dlm satu keta? Just imagine mcmana kecohnya at that time. Mmg kenangan yg best. Kg felda sg lepar ni best sbb ramai org. Mat bangla la paling excited sekali dok kat dpn pentas. Pastu bila lagu Koi Mil Gya kuar bkn main kecoh lg bersorak tepuk tangan. Rindu Bangladesh la tu. Hihihihihi. Tp malangnya show yg paling ramai org ni tak dpt nak diteruskan sbb hujan lebat tiba-tiba turun. Teramat la lebatnya. Show terpaksa dipendekkan dan dihentikan serta merta. Kalau diteruskan kang nnt abisla pemuzik kat pentas tu keras kena karen. Frust? Mmg dan sangat frust. Tp nak buat mcmana. Tu kuasa Tuhan. Esoknya bgn awal sbb nak check out pegi hotel lain. Heheheh travel jln2 nak rasa sume hotel kat kuantan tu. Hikhikhik.

3rd show 19hb Mei kat kg panching. Ramaila jgk tp tak seramai felda sg lepar. Kat sini pun ok sbb aku dok kat bwh khemah. Nmpk jelas. Heheheh. Sekali ada lagu Gelora la plak. Terus aku record tanpa rasa ragu. Wuuu bestnye. Kat sini org siap panjat-panjat pagar dok atas tembok. Budak-budak yg tgk pun sporting. Abis dikejarnya artis masa dorg nyanyi kat bwh tu. Seronok tgk budak-budak tu excited. Yela walaupun artis tu tak popular tp bkn selalu ada show mcmni kat kg dorg. Janji hiburan mesti dorg suka.

Show ke 4 20hb Mei plak kat kg merchong. Kat tepi jalan pekan - rompin. Heheh saje je state nama jalan tu ;). Sampai-sampai tu terus pegi minum kat tepi jln. Lama tggu pastu tiba-tiba ada satu keta satria lalu pastu dia benti. Heheheheh yeayy! Dpt jumpa tp tak lama pun. Cedey :(. Show kat sini pun not bad jgk kuantiti yg dtg. Teruja sungguh mereka. Aku pun teruja. Dok bwh khemah lg. Pemandangan mata yg sgt best dan best dan best dan best.

Hmmm sampai show ke 4 je aku dpt tgk. Esoknya aku blk naik van dgn 4 org artis lain yg kena blk KL utk show pengisahan. Lps show tu nnt dorg akan rushing blk pahang semula. Sian dorg penat. Patutnya aku blk hari rabu tu tp tak jd sbb ada mslh yg tak dpt dielakkan. Punyala beria dah sedih-sedih babai pahang, dah check out, dah nak masuk highway. Tiba-tiba kena patah blk. Haihhh kena la check in blk tp kat hotel lain plak. Lg best dr hotel kedua tu.

Nak dijdkan cite mlm show ke 4 tu aku tiba-tiba sakit perut. Mmg teruk gile sakit dia. Terbaring la aku kat kerusi tu dan kak nani terpaksa la mengalah dgn rela utk duduk kat tmpt lain. Syg jgk dia dgn aku. Sampai hotel pun still tak ok2 lg. Dpt mkn nasik pastu mkn ubat terus aku tido. Esoknya kemas-kemas baju blk semula ke KL dgn hati yg sgt berat. Wuuuu cedey~~

Dan skrg? Aku kat ofis blk buat keje-keje yg terbengkalai selama semgu ketiadaan aku. Hah mmg best! Meja punyala bersepah. Surat-surat byk nak mntk cop. Tp takpe. Aku ceria. Tak taula knp tp aku happy sgt. Dr td senyum jer. Terima kasih Tuhan. Pelangi yg dianugerahkan selepas mendung dan hujan yg berlalu sgt2 membahagiakan diri. Walaupun aku tahu mungkin hanya utk sementara. :)

Empat Segi

Tawar hati
Sepenuh masamu
Tercurah hanya pada dia
Aku yang memandang
Kau biar sepi

Tawar hati
Kau bijak bermain kata
Memanipulasi hati dan diri
Yang keliru dan rindu

Tawar hati
Kau sudah punya dia
Lalu untuk apa lagi
Terus bermain hati denganku

Tawar hati
Mungkin itu yang perlu
Menjauh dan membawa pergi
Hati yang pernah
Kau curi dulu
Jiwa yang pernah
Kau belai malu

Agar aku tak terus keliru
Agar aku tak terbahagi rindu
Agar aku berpegang satu
Setia padanya
Dan melupakanmu...

Thursday, May 14, 2009

Blur~~

Assalamualaikum..

Hari ni cikjin bgn lmbt. Consider awal tp dikira lmbt sbb cikjin kan keje jauh. Sepatutnya cikjin bgn pkl 5.30 tp cikjin bgn pkl 6. Dahla cikjin tetido kat ruang tamu. Yg pelik tu langsung tak terjaga. Dgn tido atas sofanya. Lampu terang benderang plak tu tp bole tak sedar langsung. Isk penat btul cikjin ni. Mula-mula tu dah terbangun pkl 5 tp cikjin pegi smbg tido blk dlm bilik. Spoil btulla. Cikjin lupa yg cikjin tak iron baju lg. Sekali bgn tido tgk jam dah pkl 6. Masa tu baru teringat yg baju tak prepare lg. Kelam kabut! Sudahnya dkt pkl 7 baru kuar umah. Masuk federal dah 7 lbh. Bosan giler ngadap jalan jem! Kat traffic light jln raja laut tu bdk ofis tel tanya kat mana. Sume pelik knp tak sampai2 ofis lg. Haha kelakar plak. Dorg ckp takutla kalau jd pape. Kot tayar pancit ke, tak sihat ke. Jahat2 dorg ni baik jgk amik berat kat 'bunga sekuntum' tgkt 11 timur ni. Huhuhu. Sampai ofis pkl 8 lbh! Buat muka selambe jerla. Heheheheh.

Sudahnya? Cikjin agak blur hari ni. Haihhhhh....

Ari ni exam jabatan kat tgkt 15. Sape je yg ade ek. Ramaila jgk. Seronok je jumpa dorg. Lunch pun sama2 td. Aku jela yg tot tet tot tet. Happy bila kwn2 dtg tmpt keje kite. Bkn senang nak dpt kumpul blk ramai2 mcmtu. Esok pun dorg ada jgk. Tp cikjin ingat nak cuti. Isi jerla borang dulu. Tak sure lg nak cuti ke tak sbnrnya. Standby je. Nak kena sorok borang ni. Ingat nak buat cuti kecemasan la sbb ni dah pkl bape. Mana sempat nak mntk sign. Dorg sume tgh meeting. Nnt mesti cikjin kena mrh sbb buat last minute. Heheheh. Hmm tu pun kalau nak cuti la. Kalau tak dtg jela mcm biasa.

Ptg ni pegi angkasapuri. Ada preview group mana ntah. Nak jgk tgk sesekali. Best gak kdg2 tu. Tp mmg best pun sbnrnya. Sbb kita antara org pengurusan. So bole tgk sambil goyang kaki tanpa memikirkan apa komen bos atau apa yg bos nak mrh ke ape. Kita bole komplen bole kritik apa yg patut dan perlu. Huhu. Seronoknye! Seronoknye! Sejak akhir2 ni cikjin rasa bahagia sgt. Walaupun tak selalu tp ada jgkla dgr apa yg dah jarang cikjin dgr sblm ni. Syukur. Adala jgk drpd takde kan? Ihiksss. ;)

Monday, May 11, 2009

Nokia E66

Handphone siapa??? Heheheheheheheheheheheheheheheheheheh......

Friday, May 8, 2009

Lagu

Cakk! Weee~~ Aku dah ubah lagu dlm playlist aku. Knp? Sbb lagu-lagu tu mcm dah takde makna lg. Bila dgr bkn lg membahagiakan tp cuma makin menyedihkan. So aku dah update playlist aku dgn lagu-lagu yg walau dgr beratus-ratus kali pun ttp best. Ttp menjadi pujaan hati. Lagu yg selalu aku nyanyi bila stress. Bila aku stress? Adala masa dia. Aku nak cite 4 lagu pertama tu mmg lagu-lagu favourite aku. Hmm sape yg tak suka lagu P.Ramlee ngan Saloma kan? Semuanya best. Lagu yg ke 5 tu pun favourite jgk. Sbnrnya lagu tu lagu dah lama. Aku siap cari kat youtube pastu post kat friendster aku. Masa tu time aku keje kat unisel lg. Kalau tak silap masa tu tahun 2007. Tp lagu tu baru-baru ni je famous. Elehhh lmbt btul korg ni update dgn lagu tu. Lagu tu aku dah bosan dah dgr hari-hari time keje dulu. Eheh eksen plak. Lagu tu tajuk dia Kekasih Yang Tak Dianggap. Tajuk mmg sentap la. Jd kekasih tp mcm tak dianggap. Mcm takde kekasih ke? Atau kita ni atas nama je jd kekasih tp tak rasa mcmtu pun. Haihhhh. Tgk jerla lirik dia ni.

aku mentari... tapi tak menghangatkanmu...
aku pelangi... tak memberi warna dihidupmu...
aku sang bulan... tak menerangi malammu..
akulah bintang... yang hilang ditelan kegelapan...
selalu... itu yang kau ucapkan padaku...
sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba mengalah...
menahan setiap amarah...

aku sang bulan... tak menerangi malammu..
akulah bintang... yang hilang ditelan kegelapan...
sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba mengalah...
menahan setiap amarah...

sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba bersabar...
ku yakin kau kan berubah...
p/s : masalahnya skrg ni bole berubah ker???

Dah takde!

Dlm entry sblm2 ni cikjin ada cite psl keta cikjin kena langgar dgn org itam sampai patah side mirror. Smgu cikjin 'patah kaki' sbb tak berani sgt nak kuar bwk keta. Bahaya tau bwk keta takde side mirror tu. Selain drpd cikjin diarahkan utk menjalani perintah berkurung, cikjin sndr yg tanak kuar sgt apa lg time mlm. Tu pun ssh sbb pg2 cikjin pegi keje kan still gelap lg. 100% bergantung kpd cermin pndg blkg jer. Tak pun seksanya cikjin tertoleh-toleh kalau nak kuar simpang ke ape. Tawakal jerla drive keta tu dlm tempoh ketiadaan side mirror. Ptg sblm repair side mirror tu cikjin larik kuar umah jap amik gamba. Kenangan la konon. Kenangan yg menyakitkan hati! Tp sbnrnya mmg nak amik gamba pun. Nak letak kat blog. Heheheh. So,here the pictures.

Terluka hati ini melihatnya!
(eh2 kantoi plak ada byg2 cikjin..wahahahah..comot giler pakai baju kelawar jer kuar umah..)



Huwaaaaaaaaaa..........


Kat tingkap keta pun ada scratch jgk.. :'(
(sibuk ar keta org sblh umah ni pun nak jgk masuk dlm gamba..)


Isk isk.. Sob sob..
(sian baby blue cikjin..)