Nuffnang Ads

Monday, May 25, 2009

Keluar bandar

Wuuuu malasnye nak taip. Bole tak tlg taipkan? Ngeee~~

Ari ni 1st day masuk keje lps dah smgu tak masuk ofis. Bestnye! 15hb ari tu aku pegi outstation ke pahang. Mula-mula tu plan nak pegi terengganu sekali tp tak jd plak. Heheheh knp? Sbb pahang lg best. Knp? Hihihi sbb pahang ada dia. ;P.. So decide utk stay kat pahang jerla..

1st show 16hb Mei kat area sg isap perdana. Ramai jgkla. Mcm biasa aku kenala agihkan borang kaji selidik. Dah half show baru aku edar sbb kalau bg awal-awal mana la dorg fhm lg apa yg ada dlm show tu. Utk 1st show ni ada benda yg tak best jd. Huh memendam lg aku mlm tu. Tp takpela buat bodo je suda. Mula-mula tak tau nak stay dgn sape tp akhirnya dtgla si polan 3 org tu maka aku telah dijemput utk satu bilik dgn dorg. Yahoo! Kitorg stay kat hotel murah-murah je. Janji bersih dan selesa. 2nd show 17hb Mei plak kat felda sg lepar. Gile jauh! Dkt 3 jam baru sampai. Kejam btul buat tmpt show jauh-jauh mcmni. Pening kepala aku naik bas jauh-jauh mcmtu. Nasib baik aku beli jeruk byk gile. Heheheh. Dahla nak pegi tu tertinggal bas pastu kitorg pun kejar. Dah kejar tu bole plak terlajak. Dgn pantas kitorg buat u-turn pastu u-turn lg sekali pastu parking keta kat shell pastu larik naik bas. Hahah kelakar. Mcm sengal je kitorg berempat time tu. Empat org anak dara dlm satu keta? Just imagine mcmana kecohnya at that time. Mmg kenangan yg best. Kg felda sg lepar ni best sbb ramai org. Mat bangla la paling excited sekali dok kat dpn pentas. Pastu bila lagu Koi Mil Gya kuar bkn main kecoh lg bersorak tepuk tangan. Rindu Bangladesh la tu. Hihihihihi. Tp malangnya show yg paling ramai org ni tak dpt nak diteruskan sbb hujan lebat tiba-tiba turun. Teramat la lebatnya. Show terpaksa dipendekkan dan dihentikan serta merta. Kalau diteruskan kang nnt abisla pemuzik kat pentas tu keras kena karen. Frust? Mmg dan sangat frust. Tp nak buat mcmana. Tu kuasa Tuhan. Esoknya bgn awal sbb nak check out pegi hotel lain. Heheheh travel jln2 nak rasa sume hotel kat kuantan tu. Hikhikhik.

3rd show 19hb Mei kat kg panching. Ramaila jgk tp tak seramai felda sg lepar. Kat sini pun ok sbb aku dok kat bwh khemah. Nmpk jelas. Heheheh. Sekali ada lagu Gelora la plak. Terus aku record tanpa rasa ragu. Wuuu bestnye. Kat sini org siap panjat-panjat pagar dok atas tembok. Budak-budak yg tgk pun sporting. Abis dikejarnya artis masa dorg nyanyi kat bwh tu. Seronok tgk budak-budak tu excited. Yela walaupun artis tu tak popular tp bkn selalu ada show mcmni kat kg dorg. Janji hiburan mesti dorg suka.

Show ke 4 20hb Mei plak kat kg merchong. Kat tepi jalan pekan - rompin. Heheh saje je state nama jalan tu ;). Sampai-sampai tu terus pegi minum kat tepi jln. Lama tggu pastu tiba-tiba ada satu keta satria lalu pastu dia benti. Heheheheh yeayy! Dpt jumpa tp tak lama pun. Cedey :(. Show kat sini pun not bad jgk kuantiti yg dtg. Teruja sungguh mereka. Aku pun teruja. Dok bwh khemah lg. Pemandangan mata yg sgt best dan best dan best dan best.

Hmmm sampai show ke 4 je aku dpt tgk. Esoknya aku blk naik van dgn 4 org artis lain yg kena blk KL utk show pengisahan. Lps show tu nnt dorg akan rushing blk pahang semula. Sian dorg penat. Patutnya aku blk hari rabu tu tp tak jd sbb ada mslh yg tak dpt dielakkan. Punyala beria dah sedih-sedih babai pahang, dah check out, dah nak masuk highway. Tiba-tiba kena patah blk. Haihhh kena la check in blk tp kat hotel lain plak. Lg best dr hotel kedua tu.

Nak dijdkan cite mlm show ke 4 tu aku tiba-tiba sakit perut. Mmg teruk gile sakit dia. Terbaring la aku kat kerusi tu dan kak nani terpaksa la mengalah dgn rela utk duduk kat tmpt lain. Syg jgk dia dgn aku. Sampai hotel pun still tak ok2 lg. Dpt mkn nasik pastu mkn ubat terus aku tido. Esoknya kemas-kemas baju blk semula ke KL dgn hati yg sgt berat. Wuuuu cedey~~

Dan skrg? Aku kat ofis blk buat keje-keje yg terbengkalai selama semgu ketiadaan aku. Hah mmg best! Meja punyala bersepah. Surat-surat byk nak mntk cop. Tp takpe. Aku ceria. Tak taula knp tp aku happy sgt. Dr td senyum jer. Terima kasih Tuhan. Pelangi yg dianugerahkan selepas mendung dan hujan yg berlalu sgt2 membahagiakan diri. Walaupun aku tahu mungkin hanya utk sementara. :)

0 comments: