Nuffnang Ads

Thursday, May 2, 2013

Langkah pertama bidadari syurga.

Minggu lepas. Tetiba seorang kawan ni hantar mesej kat WeChat. Pesanannya 'Kak, teruskan menulis'. Oh mungkin kerana itu tetiba juga aku rajin hari ini. Tahniahlah kat kau Sila Bambam.

Aku harus berhenti untuk bercerita tentang sedih dan sayu. Apa lagi tentang sesuatu yang sudah tiada. Persetankan! Kerana aku lebih bahagia dengan hari ini.

Aku ada seorang bidadari syurga yang sentiasa menemani aku 24-7 di dalam hati. Melihat dia membesar dengan karenah dan telatah yang kadang-kadang boleh menaikkan darah aku memang sangat membahagiakan. Walaupun ada masanya boleh mencabar kesabaran.

Langkah pertamanya aku kenang sampai hari ini. Di penghujung bulan Februari dia mula melangkah setapak demi setapak sehinggalah aku berjaya merakam langkah demi langkah yang lebih tersusun pada 2 Mac 2013. Walaupun terkengkang-kengkang. Sejak hari tu dia semakin laju berjalan. Hari ini? Aku dah tak larat nak kejar. Boleh jadi jugak tetiba dia hilang masuk bilik sana sini.

Alhamdulillah untuk sebuah kesempurnaan yang Kau berikan pada bidadari syurga ini. Aku bersyukur walaupun ujian yang Kau berikan terlalu berat untuk ditanggung hingga aku hampir tersungkur namun anugerah yang satu ini telah menyedarkan aku bahawa hidup ini lebih bermakna walaupun saat ini aku cuma berdua.

Nafas baru.

Post terakhir aku pada bulan 3 yang lepas. Lepas tu aku terus senyap dan menghilang. Jenguk pun tak. Hari ni aku cuba untuk mencuci segala sampah sarap dan sawang yang ada.

Lewat waktu ini aku terlalu banyak berfikir. Berfikir tentang apa saja. Apa saja yang boleh aku fikirkan bilamana ianya mengganggu rutin harian dan kehidupan aku. Aku jenis manusia yang sentiasa berfikir. Terlalu berfikir jika punya masalah yang menghimpit. Mungkin kerana itu aku sering ditegur sejak sekolah sebab suka berkerut. Kadang tu tak berfikir pun dahi tetap berkerut jugak. Malang nasib kau dahi kerana tua sebelum waktunya. Errrr.

Kehidupan baru yang aku lalui hari ini dan seterusnya. Memungkinkan 1001 dugaan dan ujian untuk menguji ketabahan dan kesabaran aku. Berdepan dengan karenah anak yang harus aku tangani seorang diri. Itu belum lagi berdepan dengan perangai manusia yang sentiasa menyakitkan hati. Sengketa tetap ada.

Nafas baru yang Allah berikan pada aku waktu ini menyedarkan aku bahawa hidup ini lebih tenang dengan apa adanya. Kehilangan sesuatu bukan bermakna aku mati. Kehilangan sesuatu bukan bermakna aku perlu berhenti berlari. 

Kau berlari sendiri tetapi aku berlari sambil berpegangan tangan dengan Dhia Zara. Siapa yang untung siapa yang rugi?

Friday, March 8, 2013

Tinggalkan aku.


Katamu cinta telah tiada
Sendiri aku menahan pedih ini
Hilang semua rasa
Habis begitu saja
Untuk bersama buat selamanya

Katamu dia yang lebih sempurna
Dialah di jiwa 
Dia lafaz asmara

Bisikan kata-kata akhirmu itu menusuk jiwaku
Kini kau datang untuk kembali padaku

Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini

Ku bahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku
Tanpamu ku temukan sinarNya

Bisikan kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang kembali padaku lagi

Pergi sudah tinggalkan aku
Tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini

Ku bahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya
Tanpamu ku temukan sinarnya

Usah lagi kau guris hatiku
Ku tak mahu lagi merasakan hadirmu dalam duniaku
Pergilah dari hidupku

Oooooo… Tak ingin kau ada

Kerana tanpamu ku temukan sinarNya

Wednesday, February 20, 2013

2 tahun.

Hari ini 20 Februari 2013. Dah 2 tahun saya bergelar seorang puan.

Satu nikmat yang saya bersyukur dengan perkahwinan ini bila Dia menganugerahkan Dhia Zara dalam hidup saya. Itu satu anugerah dan amanah yang tak terbanding nilainya. Membekalkan saya satu kekuatan untuk terus tegak berdiri. Memberikan saya satu semangat untuk terus melangkah.

Dalam kehidupan selama ini, saya dah terlalu banyak kali terjatuh dan tersungkur. Kadang-kadang tak perlu berlari. Sambil berdiri pun saya boleh terjatuh. Tapi amanah yang Allah berikan pada saya banyak mengajar saya untuk jangan sesekali berasa lemah.

Bangkitlah semula walaupun terpaksa bertatih daripada mula. Ada orang kata, kalau saya terlalu risaukan itu ini sangat itu maknanya saya tak percayakan Allah. Saya perlu belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri. Belajar untuk melakukan semuanya sendiri. Sebenarnya dah lama saya seperti itu. Antara sedar atau tidak je.

Mungkin ada yang saya kesalkan tapi seperti apa pada awalnya, saya tetap bersyukur sebab saya dikurniakan Zara. Sekurang-kurangnya 2 tahun yang berlalu ini bukan semuanya pahit.

Alhamdulillah untuk kehadiran Dhia Zara. (^___^)

Heheheh.


Hahahaha tetiba ada orang kasik lagu nih.

Tuesday, February 19, 2013

Tenang please.

Tenang. Tenang. Tenang.

Hati yang tenang boleh buatkan kita selalu senyum dan rasa aman damai. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan. Jangan pernah berhenti berzikir padaNya. Kau akan dapat merasakan betapa dekatnya Dia dengan diri.

Istighfar. Satu zikir yang tak pernah lekang daripada bibir. Zikir pembuka pintu rezeki. Aku percaya. Dah terlalu banyak kali terbukti. Rezeki tak pernah putus. Bersyukurlah aku tanpa henti atas rezeki yang diberiNya.

Aku kembali mendekatkan diri denganMu. Mencari ketenangan yang telah lama sirna. Mencari semula kedamaian yang sudah lama hilang. Mencari kembali santun diri yang telah ku lupakan.

Harinya semakin hampir. Aku harus bangkit. Melangkah mencari seribu kekuatan yang harus aku kumpul. Mahu atau tidak, suka atau tidak, sedih atau gembira. Itu satu takdir yang perlu aku semuka.


Zara, mommy tujukan lagu ni untuk Zara. I love you.




Monday, February 18, 2013

Saje je teringat. Heheheh.

Hari ni mood aku semua nak mengimbas.

Kenangan.
Memang untuk diimbas kan?

Kenangan manis-manis jelah. Yang pahit aku campak ke longkang.
Persetankan. Kau boleh blah. Syuhhhh~

Makanya habis segala ceruk almari youtube aku search. Lagu-lagu yang lepas.
Yang pernah buat aku tersenyum. Yang pernah membahagiakan.

Aku tahu kenangan-kenangan itu sudah punya hidup sendiri.
Hidup yang bahagia. Hidup yang gembira. Aku tahu.

Aku dengar lagu-lagu tu sambil tersenyum. Kadang-kadang tersengih.
Memberikan aku nafas bahawa aku juga pernah bahagia. Sangat bahagia.
Tapi cukuplah sekadar aku mendengar dan mengenang. Tak lebih daripada itu.
Walaupun ada rasa macam nak gelak. Ketawa.
Adoi menyucuk-nyucuk rasanya semua kenangan tu.
Takpelah Farz. Chill. The time is just not coming yet.

Its okay.
Kerana aku juga bahagia. Bersama Dhia Zara. Cukuplah.

Planning.

Better. Feel so much better. Its called stronger.

Ye lah kot. Heheheheheh.

Beberapa hari melalui hidup berdua dengan Zara. For the first day i'm not okay. Seriously. I'm just not okay. Dunno how to deal with with it. Not the situation but the feelings here and there. Tapi sehari je. Heheheheheheh lagi.

Last thursday saya nekad untuk kembali ikut show ofis. Ikut dorang pegi outstation tapi saya mintak yang dekat-dekat je dulu. Yang jauh tu saya kena fikir banyak since saya ada Zara. Boleh je nak bawak tapi macam tak relevan sebab nanti mcmana nak buat kerja? Kan? So jumaat lepas tu saya mulakan dengan show kat Puchong Perdana. Hmmm Zara sangat suka. Siap joget-joget tepuk tangan. Bila pergi jauh daripada pentas dia tunjuk-tunjuk ajak pergi tempat tu balik. Zara, benda-benda lagha ni yang kau suka kan? Eheh.

So lepas ni saya akan mencari peluang untuk cari duit lebih lah. Kita pun dah bincang dengan bos kat ofis dan diorang okay je. Cuma kalau yang jauh-jauh tu saya kena plan lebih contohnya suh mak jaga Zara jap ke. Tapi saya rasa macam tak sanggup je nak tinggal lama-lama. Kalau sehari dua pun tetap gak tak sanggup. Ahaks~

Saya juga terfikir untuk kerja lebih masa tiap hari. Mungkin saya boleh balik lewat dalam sejam tiap-tiap hari. Buat dan siapkan je kerja yang ada. Kalau buat hari-hari selama sebulan dah dapat banyak jam jugak kan? Plus saya kena bagi susu lebih kat pengasuh so that kalau ambik Zara lambat sikit pun saya takdelah risau dia haus ke apa. Hmmm asalkan boleh tambah income sikit-sikit pun dah okay.

So last weekend kita habiskan masa dengan tengok tv, layan Zara main. Malam minggu hari tu saya bawak Zara jalan-jalan kat Presint 2 pastu kita pergi Dataran Masjid Putrajaya tu. Seronok sangat dia tengok orang lari sana sini. Zara cuma mampu tengok je sebab tak boleh jalan lagi. Hahaha. Kita bawak sekali beskal dia then kita main tolak-tolak sambil tembak pistol buih. Zara happy, so do i.

Memang nampak orang macam pelik bila tengok kitorang jalan berdua je. Tapi? Buat tak tau je.

Friday, February 15, 2013

Kuatkan aku.

Kuatkan aku, Ya Allah..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui". (QS. Al-Baqarah : 216)

Detik, minit, jam, hari,
Tak perlu ku menghitungnya, diantara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata..
Biarkan ia berlalu dengan senarioMu..
Biarkan ku jalani, ku nikmati segala yang telah Kau tuliskan untukku..
Dengan segala asa dan angan..
Dengan segenap keyakinan..

Sulit jika harus menyembunyikan tangis pada diri sendiri..
Sulit jika harus menyembunyikan segala rasa yang berkecamuk dalam hati..
Menata hati hanya untuk mengharap cintaMu..
Mengunci hati untuk tetap di jalan yang Engkau redhai..

Tersenyum..
Hanya demi mereka yang ku sayang..
Hanya demi ketenangan hati mereka yang ku sayang..
Namun, hatiku tak akan pernah berbohong jika memang ia sedang rapuh..

Ya, rapuh..
Rapuh untuk segala yang aku rasakan..
Rapuh untuk setiap langkah yang ku harungi..
Rapuh untuk setiap asa yang pernah ku impikan..
Rapuh untuk desiran nafas yang ku hembuskan..
Aku sedar, sedar akan segala apa yang ku rasakan..
Kerna memang hatiku takkan pernah berbohong pada diriku sendiri..
Biar ku rasa sendiri, dalam muhasabahku padaMu..

Ya Rabb..
Ampuni aku..
Jika hari ini ada kerapuhan di jiwaku, tegarkanlah..
Jika hari ini ada keputus asaan, bangkitkanlah jiwaku kembali untuk melangkah..
Jika hari ini ada kesulitan,
Mudahkanlah semua urusanku..
Jika hari ini ada kesedihan,
Gantilah dengan senyuman..
Jika hari ini ada keraguan,
Yakinkan hatiku untuk tidak ragu-ragu,
Jika hari ini ada kerinduan,
Pertemukanlah aku dengannya..

Ya Rabb..
Tetap sabarkan hatiku dan kuatkan langkah ini,
Tuk tetap tegar serta tabah dalam setiap ujianMu,
Bimbinglah aku,
Yang mendamba redhaMu..

Thursday, February 14, 2013

Tak akan ada.

Hari ini memang kita gembira. Tiada sedih, tiada duka. Kita bahagia dengan apa yang Dia berikan. Kita hargai, kita bersyukur.

Tapi bahagia hari ini bukan bermakna esok pun kita bahagia. Bukan bermakna lusa kita gembira. Bukan bermakna tulat kita bersuka ria. Hidup ini macam pantai. Ada masa pasang, ada masa surut. Bila ombak kecil datang kita boleh lagi main-main kat tepi tu. Tapi bila ombak besar atau tsunami datang, kalau kita tak lari, kita boleh mati.

Teruskanlah beristighfar bila diuji dengan dugaan. Jangan pernah berhenti mengingati Dia tak kira susah dan senang. Kekhilafan aku yang lepas tak pernah aku jadikan pengajaran. Sering melupakan Dia bila aku sedang bahagia. Sekarang bila diuji sekali lagi, aku tersungkur menyembah bumi.

Dhia Zara, percayalah mommy takkan rebah lagi. Percayalah mommy takkan jatuh tersungkur lagi. Percayalah mommy takkan mengaku kalah lagi. Kali ini, kita bangkit bersama. Kita bangun berdua. Kita berlari bersama. Kita hidup berdua. Percayalah kita tetap akan bahagia.

Kekuatan ini aku peroleh selepas segala daya usaha aku curah. Semaksima sudah aku beralah. Sesuatu yang tak pernah aku lakukan selama 30 tahun bernafas di bumi Allah. Maka cukuplah dengan itu. Mengemis aku biarlah pada yang memberi. Menerima aku biarlah pada yang menghargai.

Kali ini, aku lepaskan kau pergi. Terbanglah setinggi mana pun yang kau mahu. Berlarilah selaju mana pun yang kau mampu. Tiada lagi kudrat yang aku ada untuk menghalang setiap langkah yang kau pacu. Namun satu yang kau harus tahu, takkan ada lagi peluang yang akan hadir dalam hidupmu.

Tiada penyesalan, tiada kerugian. Tak akan ada.