Nuffnang Ads

Thursday, February 14, 2013

Tak akan ada.

Hari ini memang kita gembira. Tiada sedih, tiada duka. Kita bahagia dengan apa yang Dia berikan. Kita hargai, kita bersyukur.

Tapi bahagia hari ini bukan bermakna esok pun kita bahagia. Bukan bermakna lusa kita gembira. Bukan bermakna tulat kita bersuka ria. Hidup ini macam pantai. Ada masa pasang, ada masa surut. Bila ombak kecil datang kita boleh lagi main-main kat tepi tu. Tapi bila ombak besar atau tsunami datang, kalau kita tak lari, kita boleh mati.

Teruskanlah beristighfar bila diuji dengan dugaan. Jangan pernah berhenti mengingati Dia tak kira susah dan senang. Kekhilafan aku yang lepas tak pernah aku jadikan pengajaran. Sering melupakan Dia bila aku sedang bahagia. Sekarang bila diuji sekali lagi, aku tersungkur menyembah bumi.

Dhia Zara, percayalah mommy takkan rebah lagi. Percayalah mommy takkan jatuh tersungkur lagi. Percayalah mommy takkan mengaku kalah lagi. Kali ini, kita bangkit bersama. Kita bangun berdua. Kita berlari bersama. Kita hidup berdua. Percayalah kita tetap akan bahagia.

Kekuatan ini aku peroleh selepas segala daya usaha aku curah. Semaksima sudah aku beralah. Sesuatu yang tak pernah aku lakukan selama 30 tahun bernafas di bumi Allah. Maka cukuplah dengan itu. Mengemis aku biarlah pada yang memberi. Menerima aku biarlah pada yang menghargai.

Kali ini, aku lepaskan kau pergi. Terbanglah setinggi mana pun yang kau mahu. Berlarilah selaju mana pun yang kau mampu. Tiada lagi kudrat yang aku ada untuk menghalang setiap langkah yang kau pacu. Namun satu yang kau harus tahu, takkan ada lagi peluang yang akan hadir dalam hidupmu.

Tiada penyesalan, tiada kerugian. Tak akan ada.

3 comments:

asdazairidaut said...

Tinggi mana dia boleh pergi... Laju mana dia boleh lari....itu je persoalannya...hehe

helmi said...

Nape Ni nor? :( mcm berat sgt je aku tgk...

helmi said...

Nape Ni nor :'( mcm brt sgt je aku tgk....