Nuffnang Ads

Friday, July 13, 2012

Facebook bosan.

3 hari saya deactivated akaun facebook saya. 3 hari okay! Selama 3 hari itu juga saya macam takde perasaan je. Macam tak kisah pun kalau takde facebook. Macam tak peduli langsung.

Sampailah dia tegur tak bukak facebook ke? Kan ada order perfume tu. Eh ala kena bukak balik ke? Okay sampai je ofis tadi saya terus active balik. Tapi kenapa saya rasa bosan ye? Saya dah tak seronok nak ngadap facebook tu. Tak taulah kenapa. Mungkin sebab facebook tu banyak menyusahkan saya. Sangat!!

Memang betul facebook lebih banyak bagi kita keburukan. Siapa yang bercinta ke berkahwin ke apa ke mesti faham kenapa saya cakap macam ni. Yang belum ada kekasih ke gopren ke bopren ke pun masalah gak dengan facebook sebab nanti asyik tengok gambar kahwin orang lain je lama-lama 'aku stress!'.

Habis tu perlu sangat ke facebook ni? Lama-lama rasa macam dah takde nilai dah. Macam dah takde kepentingan lagi. Kadang-kadang tu saya online pun sebab nak tengok gambar Zara. Atau pun cuci mata tengok online shopping tu. Haih bosannyalah kau ni facebook.

Salahkah?

Kosong bila sesuatu itu tak menjadi seperti yang kita harapkan. Kosong bila apa yang kita mahu tak pernah berada dalam genggaman. Kosong bila berulangnya sesuatu yang kita benci.

Bukan senang kita nak mengandaikan sesuatu itu berubah sepenuhnya. Walau diletakkan pedang di leher itu juga belum cukup untuk menjadikan seseorang itu akan berubah seperti yang kita mahu. Pertama, tiada keikhlasannya bila dipaksa. Kedua, berubah itu perlu daripada hati. Ketiga, perlu ada kesedaran sendiri. Lalu kita cuma mampu melihat dan menunggu bila saat itu menjengah hari kita.

Kenapa manusia sukar untuk berubah ke arah kebaikan? Fitrahkah namanya kalau manusia itu lebih sukakan keburukan, kejahilan, kemaksiatan, kekhilafan apa lagi dosa. Perlukah diberikan peluang yang entah untuk ke berapa kalinya hanya kerana dia bergelar manusia? Justeru itu perlukah juga setiap masa kita berpegang pada kata-kata tiada manusia yang sempurna atau pun tiada manusia yang lepas daripada melakukan kesilapan? Mudah kan kalau begitu? Semua manusia bebas untuk melakukan apa saja khilaf dengan alasan 'aku hanya manusia biasa..' atau 'aku tak sempurna mana..' atau mungkin 'semua manusia buat silap..' Habis tu? Perlu ke kita sentiasa melakukan kesilapan dek kerana ayat-ayat tu? Sampai bila? Bukankah kesilapan itu adalah satu landasan untuk kita memperbaiki diri sendiri? Bukankah kesilapan itu adalah satu pengajaran untuk kita tidak mengulangi khilaf yang pernah berlaku?

Satu peringatan untuk kita semua termasuk diri sendiri juga. Mati itu tak pernah berganjak daripada kita. Takkan cepat sesaat dan takkan lambat walau seminit. Masing-masing sudah ada ketentuan, waktu dan tarikhnya. Cuma kita tak tahu bila. Jadi salahkah kalau kita berubah ke arah yang lebih baik?

Monday, July 9, 2012

Obses.

Saya gila shopping online. Kenapa? Sebab saya tak payah pergi shopping complex. Dok diam-diam tekan itu tekan ini pastu tetiba barang dah sampai. Shopping online ni memang memudahkan kita tapi sebenarnya banyak buruknya jugak! Urghhhh~

Kadang-kadang rasa macam nak terminate je maybank2u.com tu. Tapi mustahil la sebab bil-bil saya semua dibayar guna tu. Susah nak kawal sebenarnya bila dah jadi macam addict ni. Pantang ada new arrival saya mula tak senang duduk mengelabah depan laptop. Weh, sangat buruk ok!

Dia banyak kali bising tapi saya buat macam tak dengar. Walaupun dalam hati sebenarnya mengakui kebenaran setiap bebelan tu tapi keegoan diri siapalah yang bisa menghalang. Yang bertuah pulak bukan orang lain. Siapa lagi kalau bukan Zara. Sampai hari ni baju dia je dah 3 boxes. Itu belum campur mainan dia lagi. Zara boleh bukak kedai mainan kat kampung. 'Anak sape nak main bayo 2 hengget sejam.'

Obses pada barang Zara dah lama berlalu sebab saya nak tunggu dia besar lagi. Untuk dia memang sangat membazir sebab baby cepat besar. Melainkan adik Zara keluar tahun depan. Cakap saja ok. Oleh itu yang bertuah seterusnya adalah diri saya sendiri. Obses terbaru saya sekarang ni pada satu website iaitu thepoplook.com. Saya selalu nampak kawan saya share new arrival kat facebook dia tapi saya tak pernah nak ambil tahu sampailah satu hari entah macam mana saya TER bukak website tu. Dan saya menyesal sampai sekarang sebab berkenalan dengan thepoplook. T___T

Yang ada pun tak pakai lagi saya dah beli yang baru. (ketuk kepala dengan hammer)

Friday, July 6, 2012

Rindu seorang mummy.

Tak mampu untuk menjaga anak sendiri bukan sesuatu yang menggembirakan hati ini. Tak mampu yang dimaksudkan bukan dalam segi kewangan tetapi dalam erti kata tak punya pengasuh yang sesuai, tidak berkeyakinan untuk menghantar anak ke nursery dan sebagainya. Apakan daya saya.

Anak saya dijaga emak kat kampung. Tahu macam mana sakitnya perasaan ni bila anak takde depan mata? Bila balik kampung sampai sekarang saya akan menangis bila tiba masa untuk balik ke KL. Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan saya bila berjauhan dengan dia. Saya kesian dengan dia. Dia perlukan saya tapi saya tak mampu untuk bersama dengan dia.

Satu kerugian besar dalam hidup saya. Sebab saya tak berpeluang nak melihat perkembangan dalam pembesaran dia. Bila dia berguling kali pertama, bila dia meniarap kali pertama, bila dia pandai mengangkat punggung kali pertama. Segala yang pertama bukan berlaku di depan mata saya. Kecewanya hati saya tak dapat nak digambarkan dengan apa perkataan sekali pun. Dan skype video call adalah rutin harian saya bila balik dari kerja. Kadang-kadang sambil video call pun saya akan menangis.

Saya dan dia memang mencari peluang yang lebih baik lagi untuk menjaga Zara sendiri. Tak dapat lagi nak ditentukan bila masanya tapi seawal yang boleh sebab saya tak nak sampai satu tahap Zara tak kenal mummy dan daddy dia sendiri atau pun boleh jadi kurang rapat dengan kami. Memang menangislah saya 24 jam.

Entry ni saya tulis dengan rindu yang sarat dalam hati. Air mata nak keluar tapi saya tahan. Gambar dan video dia jelah yang jadi peneman saya setiap hari bila rindukan dia. Bantal dan baju memang sentiasa dalam pelukan saya sebelum tidur. Bercakap sorang-sorang dalam kereta, kat rumah pun dah jadi kebiasaan saya. Seolah-olah dia ada di sebelah saya. Dialah nyawa saya. Mana mungkin saya bernafas tanpa udara yang menghidupkan setiap aliran darah di tubuh ini. Rindunya.


Thursday, July 5, 2012

Dung dang dung dang!

Sejak semalam hidup saya di pejabat memang tak tenang. Tak lagi sunyi sepi. Semuanya kerana arahan yang meminta preview diadakan di luar studio di kawasan luas yang berada bersebelahan dengan bilik saya. Wuuu wuuu wuuu~

Pening kepala saya dengan bunyi muzik yang tak berhenti-henti. Nak dok kat surau tak boleh nak dok kat bilik ni pun tak aman. Tapi tak apalah. Dah memang kerja diorang kan. Maka saya dengan pasrahnya tadah jelah telinga ni.

Rutin harian saya membuat stok susu untuk Zara pun dah terganggu. Nak buat kat surau tak boleh, kat tempat saya lagilah tak boleh sebab orang keluar masuk. Bos pun ada dalam bilik dia. Aduhai kacau betul lah! Cuma pagi tadi jelah saya kunci bilik ni sebab bos takde ada meeting. Bape kali orang try bukak saya buat tak tahu je. Hihihihi. Sesi petang pulak saya minta izin kat Mama, Jurusolek kat pejabat ni untuk pinjam plug kat bilik dia. Okay line clear walaupun terpaksa berjaga-jaga jugak sebab orang keluar masuk. Cuma selamatlah sikit sebab orang tengah sibuk preview.

Macam nilah hidup saya di pejabat. Kalau tak dengar diorang preview, dengar diorang buat latihan pulak. Dung dang dung dang lah kat studio tu. Tak payah bukak radio ke youtube ke apa dah. Dengar jelah diorang menyanyi. Show free tau. Kita enjoy!

Oh nak rompak ye?


Baru-baru ni ada sesuatu yang berlaku pada mak dan abah. Kat sini ingin saya menyeru kepada pakcik makcik supaya berhati-hatilah walau di mana jua pakcik makcik berada. Kerana sesungguhnya bahaya itu berada di mana-mana. Apabila bahaya sudah datang maka malanglah nasib pakcik makcik kelak dek kerana terleka dengan permainan manusia yang hati perutnya letak di lutut. Eh tetiba?

Ada lah 3 orang lelaki ni jumpa abah dan mak saya dan pujuk diorang kononnya nak sewa tapak kebun untuk dirikan pencawang. Yang peliknya sorang tu cakap macam tu. Yang sorang lagi pulak cakap nak tumpang letak kontena. Tak ke pelik? Itu satu hal lah. Yang kedua peliknya tu 'ai beso pulak laman umah aku korang nak letak kontena?' Nampak sangat membongak!

Tapi biasalah orang tua. Senang dipujuk apa lagi bila dijanjikan dengan wang yang kononnya bolehlah menambah pendapatan serba sikit kan. Tapi tanpa apa-apa perjanjian hitam putih biru merah kuning, tanpa sebarang uniform atau kenderaan syarikat dan lain-lain, ternyata telah menimbulkan keraguan yang munasabah di fikiran mak dan abah sejurus diorang beredar. Tetapi malangnya mak abah dah terbagi nombor akaun bank!

Maka berdesup lah mereka berdua pergi ke bank untuk menamatkan riwayat akaun bank tersebut dan duit mak telah berjaya diselamatkan. Pelik ketiga pulak mungkin diorang tak sempat songlap duit tu sebab mak dah tutup akaun tapi diorang boleh lagi telefon rumah tanya nombor akaun ASB? Tak ke pelik? Apahal korang nak ASB mak aku? Nak tolong topup tiap-tiap bulan ke? Pastu dividen ujung tahun boleh share gitu? Vangang! Diorang ingat kita vangang macam diorang ke? Mak saya pun tak layanlah dan diorang terus letak telefon. Mungkin diorang tahu tembelang diorang dah pecah.

Maka saya sebagai anak yang bekerja di Putrajaya terpaksalah pergi ke Bahagian Pencen, JPA untuk menukar nombor akaun mak dan abah yang baru sebab kalau tak nanti diorang tak dapat duit pencen bulanan. Hai lah emak, hai lah abah. Janganlah terpedaya lagi dengan syaitan seperti ini.

Dengan itu sekali lagi saya ingin membuat seruan supaya pakcik makcik lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak menerima nasib yang sama seperti cerita di atas. Sekian, terima kasih.


Sakit itu nikmat?


Sejak dua tiga menjak ni macam-macam dugaan yang datang menyinggah dalam hidup saya. Bermula dengan sakit mata, sakit perut, sakit dahi benjol tumbuh jerawat tapi rupa macam kena tumbuk. Lepas tu kelmarin saya terpijak kaca. Semalam pulak jari saya melecet terkena tombol pintu sampai nak makan pun susah sebab pedih sangat. Apakah?

Setiap sakit yang datang itu sebenarnya menghapuskan dosa-dosa kecil. Ye saya faham tapi bila dah berturut-turut macam ni kepala saya mula fikir lain. Kenapa tak berhenti musibah yang melanda saya? Apa yang saya buat sehingga diuji macam ni? Sudahlah hati tak tenang sejak 2-3 minggu ni.

Saya tak mengeluh cuma tertanya-tanya. Cuai sangatkah saya? Kurang berhati-hati mungkin? Entahlah. Sebab saya sendiri tak pasti punca setiap yang berlaku tu. Ianya cuma datang dan pergi sesuka hati. Eh kenapa macam lirik lagu plak ni? Okay boring.


Monday, July 2, 2012

Saya tak gagah.

Kenapa saya rasa macam serba tak kena je sejak akhir-akhir ni? Saya rasa macam nak marah. Saya rasa macam tak adil. Saya rasa macam-macam. Semuanya rasa macam menyusahkan. Itu tak kena ini tak kena. Apa yang ada segalanya menyakitkan hati saya.

Ya Allah, dimanakah ketenangan yang dicari? Bagaikan ada sesuatu yang membebankan perasaan saya waktu ini. Sesuatu. Tapi saya tak tahu apa. Jangan cuba mengganggu saya walaupun sedikit. Mudah benar saya naik angin.

Saya letih dengan orang yang tak memahami. Saya letih dengan orang yang menilai membuta tuli. Saya letih dengan orang yang mementingkan diri sendiri. Bosannya saya rasa bila dikelilingi dengan manusia begini. Saya mahu menjerit melepaskan geram dan marah yang terbuku dalam hati. Saya mahu tumbuk muka orang yang menyakitkan hati saya! Macam gagah kan?

Tapi saya tenang bila Zara ada di sebelah saya. Zara, mummy rindu sangat. Nangis~

Teruknya emosi kau?

Kadang-kadang saya akui saya tak mampu untuk mengawal emosi sendiri. Saya tak mampu untuk meletakkan perasaan tertekan itu di tepi jalan. Errr? Oh kenapa? Sampai satu tahap bila saya dah terlalu tertekan saya akan marah, marah, marah dan marah. Syaitan!

Kebiasaan bila kita tak ada kerja kan? Jadi bila tiba-tiba kerja datang macam puting beliung. Memang habis jahanam segala yg ada. Kita jadi stress dan kelam kabut. Lepas tu tak tahu yang mana nak dibuat dulu. Terasa sangat vangang diri ini.

Entah. Sudahnya saya akan melepaskan marah saya pada insan yang akhirnya akan menjadi malang. Kasihan kan? Siapa? Siapa? Siapa? Bukan pertama, kedua atau ketiga kali tapi sudah banyak kali. Kekadang niat saya cuma mahu bercerita, berkongsi dan mengadu tapi itulah kalau syaitan tengah pasang air cond saya pun jadi makin geram dan geram dan geram dan lagi geram dan geram lagi dan lagi dan lagi dan lagi maka saya dengan si mangsa tu pulak yang bergaduh. Ohh kasihan.

Sebenarnya saya sendiri keliru kadang-kadang tu. Pada apa dan mana keutamaan saya sebenarnya. Keadaan boleh jadi kelam kabut dan tak tentu hala. Dan bila hal tu berlaku, saya sangat benci dengan diri saya. Lepas tu saya nangis. Blerghhhhh~

Kekadang

Kekadang aku menidakkan katamu
Kekadang aku meragukan tingkahmu
Kekadang aku melepaskan amarahku
Kekadang aku mendahulukan cemburuku


Kekadang aku merindukan dirimu
Kekadang aku mendambakan romantismu
Kekadang aku memerlukan belaianmu
Kekadang aku mahukan gurau sendamu


Namun begitu tahukah dirimu
Diwaktu kekadang itu sering bertamu
Jauh di sudut hati ini
Ada simpati dan kasih yang tersembunyi

Khilafku tak pernah ku mahu
Dosaku tak mungkin ku tahu
Acapkali sengketa menjengah
Namun diri tak pernah menyerah

Waktu melewati usia perjalanan ini
Seiring langkah menciptakan ceritanya sendiri
Saat aku terjatuh dan mahu berdiri
Huluran jari jemari mu yang dinanti