Nuffnang Ads

Friday, August 12, 2011

Yahoo Dot Com


Seronoknya bila tertinggal handphone kat rumah. Sedar pulak bila kita dah separuh jalan nak ke ofis. Seronok sangat ni sampai rasa macam nak cakap terima kasih sebab semut sebab jadikan saya seorang manusia yang pelupa.

Tapi! Kelam kabut hidup saya hari ni bila handphone takde. Keluar masuk bilik meeting sebab dia asyik telefon ofis tengah settlekan hal road tax kereta. Sampai orang cari saya dan kena panggil masuk bilik meeting sebab lama sangat hilang. Dahlah saya ni pencatat minit. Suka-suka je main keluar gitu. Rasa nak hempas-hempas telefon ofis ni bila semua orang buat saya jadi kelam kabut.

Belum waktu rehat lagi saya dah hilang lagi. Kelam kabut kerana dia jugak. Tiba-tiba telefon ajak pergi ambik peti ais dan mesin basuh kat rumah lama saya. Guna kereta ofis yang ada. Oh ambik kesempatan~ Lega sangat katanya usai semuanya terletak elok di rumah baru kami. Walaupun sekadar rumah sewa tapi saya okay je. Isi rumah tak sesempurna mana tapi cukup basic yang menjadi keperluan. Kehendak terpaksa diketepikan buat sementara waktu. Lokasinya takkan siapa pun tahu. Jawapan takkan sama dengan kenyataan. Selesa dengan hidup sekarang. Lega tak usah cakap. Saya dah tak perlu nak fikir tentang perasaan orang lain. Saya dah tak perlu nak terasa seperti hidup ni dah terlalu menyusahkan orang. Macam-macam lagi.

Agak blur tapi happy masa mula-mula tu. Rasa macam tak percaya. Semuanya berdua je sekarang ni. Kita belajar untuk berdikari untuk kehidupan bersama. Dia asyik pusing-pusing keliling rumah sebab excited dah duduk rumah sendiri. Nak tidur pun dua-dua dok ketawa gelak-gelak tak percaya je. Pelik tapi benar. Apa yang saya rasa waktu ini cuma yahoo.com.

Thursday, August 11, 2011

Aku Je Ke Yang Salah?


Kalau apa-apa jadi mesti kita tanya diri kita 'aku ada buat salah ke?' atau 'apa salah aku?' atau 'kenapa semua orang nak salahkan aku?' atau 'kenapa asyik-asyik aku je yang salah?'. Suka tak dengan keadaan macam ni? Urghhh saya sangat tak suka. Plus sangat tertekan dan rasa macam nak tarik rambut bos saya untuk tunjukkan rasa bengang tu.

Saya pun dah bosan dengan perkataan kenapa tu. Asyik soalan kenapa je yang keluar. Sekarang ni cuba kita pulangkan balik soalan kepada orang yang asyik nak menyalahkan kita tu. Tanyalah 'kenapa kau suka salahkan aku?' atau 'kenapa kau asyik cari salah orang lain?' atau 'kenapa kau suka sangat nak menyalahkan aku atas semua benda?' atau 'kenapa kat mata kau asyik aku je yang salah?'. Haa jawablah!

Cukuplah dengan kenyataan-kenyataan kat atas. Saya malas dan tak nak ulas lebih lanjut. Nanti orang kata kita nak salahkan orang lain pulak.

Dia Sakit, Saya Sakit

Lamanya saya tidur dan berdiam diri. Disamping ketiadaan waktu mahupun ketiadaan laptop untuk bersama. Seminggu lamanya saya teringatkan rumah saya yang tak bersapu, bermop dan dilap tingkapnya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku selama seminggu tu.

Bermula dengan dia yang disyaki dijangkiti demam denggi. Tapi dengan kepantasan ujian darah dan kemasukan air sebanyak 3 botol berjaya meningkatkan platelet darah dia yang dah turun kurang daripada 2.0. Keletihan menguruskan segala-galanya sendirian sangat-sangat menguji kesabaran dan kekuatan fizikan dan mental saya. Dengan keadaan diri yang tak seberapa normal lagi. 

Sudahnya berturut-turut saya dapat cuti sakit lepas balik kampung minggu lepas. Tekanan darah rendah saya betul-betul mengganggu kestabilan emosi dan keadaan diri. Asyik rasa nak pitam dan mata berpinar-pinar. Hari check up yang sepatutnya dibuat kat Langat terpaksa saya buat kat Sekinchan je. Sudahnya doktor nak masukkan air satu botol tapi saya tolak dek kerana kesiankan dia yang tak larat nak menunggu lama. Esoknya saya pergi balik dan mintak sendiri untuk masuk air sebab dah tak larat sangat nak tahan rasa nak pitam tu. Tapi keadaan masih sama jugak sebab petang masa kat bazar Ramadhan tu pandangan saya betul-betul dah gelap dan tinggal nak tumbang je. Dengan selambanya saya duduk kat tepi jalan tu sebab memang betul-betul dah tak boleh nak berjalan lagi. Penat rasanya nak melawan bila diri terlalu lemah.

Banyak lagi masalah yang menguji saya. Tuhan, sabarkan lah hati saya.

Thursday, August 4, 2011

Masak Sendiri, Makan Pun Sendiri

Hari ni untuk pertama kalinya di dalam bulan Ramadhan saya masak sendiri. Semuanya sendiri. Makan pun sendiri. Husband Nad dah balik jadi diorang dating makan kat luar. Saya tak nak kacau lagipun saya takde mood nak makan kat luar. Ditambah pulak dengan keadaan diri yang separuh normal separuh tak.

Saya jenguk apa yang ada dalam peti ais. Saya nampak ada banyak telur dan ada udang! Udang yang besar pulak tu. Oh ini sangat bagus sebab udang kan favourite saya. Saya plan nak buat telur dadar je. Mula-mula udang tu ingat nak goreng biasa tapi rasa macam malas sangat je kalau buat macam tu. Jadi saya ambik bawang besar, bawang putih dan cili. Saya tumis semua bahan tu dan lepas tu masukkan udang yang dah saya gaulkan dengan kunyit dan garam. Tak tahulah sedap ke tak tapi kalau dah namanya udang masak apa pun saya rasa sedap. Lagi-lagi kalau masak sendiri. Eh TERpuji diri sendiri pulak~

Okay saya dan baby pun dah lapar sangat ni. Nasi pun dah lama masak. Sempat lagi nak post satu entry sebelum waktu berbuka puasa. Itu saja menu saya untuk hari pertama masak sendiri dan makan pun sendiri. Sekian dan selamat berbuka puasa.

Jari saya cedera tercucuk hidung udang. Tajam kot. Ohh~

Low Blood Pressure Attacked

Low blood pressure memang telah saya alami sejak daripada waktu sekolah lagi. Saya tak boleh berdiri terlalu lama. Sekejap je saya akan rasa lain macam. Kaki rasa lemah lepas tu perlahan-lahan bibir saya akan rasa macam seram sejuk sampai ke kepala dan mata terus berpinar-pinar. Saya berada di tengah-tengah antara nak berdiri atau nak tumbang.

Saya dapat kesan situasi ni masa saya aktif berkawad masa sekolah teknik lagi. Bila terlibat dalam kawad dan perkhemahan ni mesti akan ada ucapan dan kita berada dalam keadaan jaga sedia. Kenalah berdiri tegak macam tu. Gatal ke lapar ke terpaksalah tahan tak boleh nak gerak. Sampai satu tahap tiba-tiba saya nak tumbang ke depan. Dahlah saya berdiri kat depan sekali. Terpaksalah kawan kat baris belakang pegang tangan dan ramas jari saya untuk melancarkan perjalanan darah. Ibu jari pun terpaksa digerak-gerakkan untuk tujuan yang sama. Dan situasi yang sama terus berulang bila saya terpaksa berdiri kalau tak dapat duduk dalam komuter. Atau apa-apa keadaan yang saya kena berdiri lama dan tak boleh nak duduk.

Semalam saya hampir tumbang kat bazar Ramadhan. Mula je masuk bazar tu saya masih cuba tahan dengan bau-bau masakan lagi-lagi bau ayam gorenglah ayam berempahlah. Saya pening tapi gagahkan diri jugak. Tapi bila dah makin lama saya kena berdiri diam tunggu Nad beli makanan saya dah rasa lain macam. Tekak loya rasa nak muntah dan badan saya mula seram sejuk. Kepala saya dah start berpusing dan berpinar-pinar. Cepat-cepat saya mintak kunci kereta kat Nad dan mintak balik kat kereta dulu.

Saya pernah baca low blood pressure ni lebih bahaya daripada high blood pressure. Kalau high blood pressure ni paling teruk pun boleh kena strok je tapi kalau low blood pressure dalam sesetengah keadaan bahayanya boleh sampai membawa maut. Dan keadaan ni sangat bahaya untuk ibu-ibu mengandung. Pagi tadi saya check dengan kawan saya yang bekerja sebagai Medical Assistant. Takut kena Anemia katanya. Kurang sel darah merah ke apa ntah. Dia suruh saya bagitahu doktor masa next check up nanti. Lemah~

Terlalu stress dan tertekan adalah puncanya. Itu saya sangat pasti.

Bila Kita Lupa Untuk Bersyukur

Saya dikelilingi dengan ramai kawan-kawan yang bertuah. Hidup senang dan sederhana, punya rumah yang selesa, suami atau isteri yang baik dan setia, anak-anak yang comel dan keluarga yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Saya tumpang bahagia melihat kebahagiaan mereka.

Tapi realiti hidup yang kita nampak kadang-kadang tak seindah zahirnya. Itulah yang dinamakan dunia. Untuk melihat dunia kita lihat atau tonton je drama-drama Melayu yang ada. Banyak kebenaran walaupun kadang-kadang ada yang tak logik dek akal kita. Tapi sebagaimana drama dicipta, begitu jugalah drama kehidupan kita. Kitalah pelakon di dalam kisah hidup kita sendiri. Wataknya? Lihat cermin dan renunglah wajah yang terlihat.

Dilema di dalam sebuah rumahtangga bila kejujuran dan kenaifan pasangan dipijak-pijak dan dipersendakan. Kepercayaan pasangan diperbodohkan secara diam. Mencari hiburan di luar melayan nafsu menambah dosa. Tak terfikirkah dengan rumahtangga bahagia yang sedia ada? Tak terbayangkah wajah anak-anak di rumah yang lahirnya daripada kasih sayang kita dan pasangan juga? Tak takutkah kita dengan dosa, balasan dan hukum Allah yang jelas dan nyata? Hari ini mungkin kita selamat dan berjaya melepaskan diri. Tapi esok? Lusa? Kiri dan kanan kita sentiasa melakukan tugasnya menghitung segala amalan, pahala dan dosa. Andai mata kita bisa melihat, saya pasti sang bahu kiri kita lebih rendah dan berat dari sang kanan.

Simpati saya tak terluah dengan kata-kata. Melihat pasangan cuba bertahan dan bersabar. Redha menerima dugaan daripadaNya. Masih setia di sisi dan sanggup menerima. Melupakan khilaf seolah tiada apa-apa. Mulianya hati dia dapat saya lihat. Berkorban segalanya demi anak-anak walaupun hati dan perasaan sendiri terkorban dan kecewa. Sungguh saya marah bila melihat ketidak bersyukuran manusia yang sebegini. Tidak menghargai apa yang ada. Saya tak tahu apa lagi yang mahu dicari dalam hidup ini andai saya punya kehidupan begitu. Punya segalanya dan sentiasa dirahmati Dia. Andai saya berada di tempatnya, saya hanya perlu melalui dan menghargai apa yang ada dengan sebaik-baiknya. Dengan penuh rasa syukur pada Dia.

Betapa dia bertuah. Malangnya dia tak punya rasa seperti saya.

Monday, August 1, 2011

Rumah Oh Rumah

Siang tadi saya cuba telefon bahagian perumahan untuk kuarters di Putrajaya. Sebab diorang cakap kena rajin call kalau nak dapat rumah cepat. Jadi saya pun call lah dengan harapan apa yang orang cakap tu betul. Tapi yang hado lah kan bila orang tu bagitahu yang nama saya berada di dalam senarai menunggu yang ke 700++. Oi sekian terima kasih. Bila saya tanya itu ini dia kata selagi saya tak pindah ke Putrajaya permohonan saya memang kena KIV. Keutamaan cuma diberikan pada staf kerajaan yang dah sedia ada bekerja di sana. Ini sangat tak logik kat pendengaran telinga saya. Berapa ramai budak ofis saya tak kira bujang atau dah kahwin yang dah dapat rumah tu? Takde pulak diorang kira kerja kat KL atau kat Putrajaya.

Oleh kerana hati saya dipenuhi dengan rasa ketidakpuasan dengan jawapan tu saya pun bagitahu lah yang kalau betul itu adalah alasannya kenapa ada staf jabatan saya yang mohon selepas saya dah pun dapat rumah tu? Tak payah pun nak tunggu ofis pindah Putrajaya dulu? Dan dengan mudahnya dia jawab 'oh yang tu saya tak pasti la pulak..'. Habis tu kau ingat aku pasti ke dengan jawapan kau tu? Saya jadi sangat stress dengan keadaan ni. Serius sangat stress. Dan orang tu cuma pesan suruh saya buat rayuan then hantar kat email. Terima kasih jelah. Saya faham sangat. Silap-silap tunggu anak saya dah masuk darjah satu kot baru dia nak respon email saya tu nanti.

Tapi saya tetap berusaha walaupun dalam keadaan yang sangat geram dan stress dan bengang. Saya percaya Allah itu Maha Adil dan akan memudahkan segala urusan kalau kita benar-benar ikhlas memohon padaNya. Alhamdulillah ada rezeki untuk saya. Segala keputusan terpaksa saya lakukan dengan cepat dan yakin dek kerana ketiadaan dia waktu ini. Saya terpaksa menekadkan hati dengan apa yang saya pilih ni sebab saya dah tak nak dengar orang mengata saya kat belakang lagi. Saya dah semak dan dah fedup dengan cakap-cakap orang yang tak faham keadaan saya. Dan dia cuma ikut apa je keputusan saya. Asalkan saya selesa.

Semuanya akan saya rahsiakan. Dan lenyap terus.

Saya Penat!

Saya dah penat berkecil hati. Sangat penat. Kalaulah hati saya boleh dikeluarkan dan ditunjukkan saiznya saya rasa semut halus pun lagi besar daripada hati saya.

Kadang-kadang orang kata saya ni tak reti nak bersabar. Tak reti nak tolak ansur. Macam mana saya nak sabar kalau orang sekeliling saya sendiri tak sabar? Hal saya, masalah saya tapi orang lain yang sibuk nak fikir itu ini. Orang lain yang sibuk nak rasa pelik rasa risau rasa busy body rasa stress. Kenapa? Saya kacau hidup diorang ke? Saya menyusahkan hidup diorang ke? Sekarang ni saya pulak yang pelik tengok orang-orang yang mulut macam pokemon tu. Lantaklah kalau takde kena mengena pun~

Saya dah sehabis baik dan sehabis daya bersabar dengan keadaan diri. Saya sentiasa cuba untuk muhasabah diri saya. Saya sedar sejauh mana kemampuan saya. Tapi kenapa orang tak boleh nak faham? Saya tak suruh diorang tolong selesaikan masalah saya. Tapi tolonglah faham. Bukannya semua benda saya boleh dapat hari ni. Saya usaha perlahan-lahan. Saya dahulukan apa yang lebih penting. Orang cuma tahu nak cakap. Konon bagi idea bagi pendapat. Tapi sebenarnya lebih kepada nak kondem kehidupan saya. Kenapa mesti ada pertikaian dengan siapa saya kawan? Dengan siapa saya kahwin? Suami saya lebih tua atau lebih muda? Kat mana saya tinggal? Apa yang diorang semua dapat bila mengata saya kat belakang macam tu? Seronok ke tengok saya susah? Seronok sangat ke bila tengok saya jatuh dan menangis?

Mak, walau macam mana pun dia membebel dan marah saya tapi dia tetap bantu saya. Dia tanya saya terus kalau ada apa-apa. Takde pun nak cakap-cakap belakang ke apa. Tak pernah nak main passing-passing. Orang cuma nak cari salah saya je. Diorang tak fikir ke inilah bahagian hidup saya yang Allah dah bagi. Inilah jalan kehidupan saya yang Dia dah tentukan. Kalau saya sentiasa mencuba untuk redha, menerima dan bersabar kenapa orang lain tak boleh? Kenapa susah sangat nak terima cara hidup saya? Salah ke saya memilih kehidupan saya yang sekarang ni. Kenapa diorang susah sangat nak terima yang Allah dah tentukan semua ni untuk saya. Ini hidup saya. Biarkan saya dengan cara saya. Biarkan saya dengan kehidupan saya. Siapa dia nak bising-bising tentang hidup saya?

Saya penat. Penat sangat. Saya ditikam oleh 'jari jemari' saya sendiri.

Antara Realiti & Tahajjud Cinta

Mengikuti drama Tahajjud Cinta di mediaprimatv.blogspot.com benar-benar memberikan saya 1001 perasaan. Cerita di dalam cerita. Banyak cerita dalam drama tu. Ada kisah anak tipu parent demi untuk memenuhi impian dan cita-cita, suami panas baran suka pukul isteri, suami kahwin empat, cemburu seorang perempuan, perjuangan untuk membela kaum wanita, sempitnya hidup bila terlalu banyak makan budi dan banyak lagilah. Itu baru 4 episod. Tak tahulah apa cerita lagi dalam 9 episod yang akan datang. Saya tak sabar nak tunggu ending drama tu.

Beribu pengalaman yang mungkin sememangnya wujud dalam kehidupan nyata dijadikan watak dan cerita. Saya percaya bila tengok tu mesti ada yang kata 'eh macam kisah hidup aku je..'. Saya pun sama. Ada sesetengah cerita dan babak yang bagaikan mengimbas kisah diri sendiri. Bagaikan menonton watak kehidupan diri sendiri. Kala itu bibir akan bersuara. 'kenapalah mesti jadi macam ni..kenapalah hidup aku macam tu..bla bla bla..'.

Saya suka melihat bagaimana empat madu itu melawan perasaan cemburu dan emosi tatkala melihat si suami melebihkan isteri yang lain. Sukarnya andai saya yang berada di tempat mereka. Empat? Ohh jangan kau mimpi. Berangan nak dua pun saya akan mengamuk dan boleh lupa diri nak pergi cucuk mata dia dengan garfu. Terus jadi Kassim Selamat dah tak boleh nak tengok perempuan lain. Hakikatnya walaupun setenang mana raut wajah mereka. Takkan sama dengan isi hati yang tak terzahir di mata. Cemburu itu sememangnya sifat seorang perempuan. Sukar atau tidak hendak mengawal kadang-kadang bergantung pada si lelaki jugak. Kalau dah tahu isteri tak suka tak payahlah nak cari pasal kan?

Kalau takde masalah, kita jangan cari atau create masalah. Itu beza antara realiti dan sebuah drama. Kita yang menentukan masa depan kita sendiri. Bukan penulis skrip atau pengarahnya.

Say No To Fish Together With Milk

1 Ogos 2011. Hari pertama untuk semua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Saya sendiri baru je lepas bersahur. Sahur pertama yang agak sadis sebab dia jauh dari sisi. Dibatasi Laut China Selatan. Ramadhan pertama ini benar-benar mengajar saya erti kerinduan. Baby, we have to be strong okay?

Saya nak cerita pasal lauk sahur hari ini. Bukan sebab takde benda nak cerita tapi saya rasa macam kena share je benda ni. Ala sebenarnya memang sebab dah takde cerita pun. Hari ni maid kakak cuma masak sardin, sayur kobis, telur dadar dan telur masin. Okay sardin is really my favourite. Tapi kesilapan saya menggandingkan beliau dengan susu telah membuatkan saya rasa macam nak keluarkan balik isi perut tapi saya cuba bertahan.

Sebenarnya kalau nak ikutkan kita tak boleh nak makan ikan iaitu hidupan laut dan kemudian minum dengan susu. Itu adalah diet Rasulullah S.A.W. Saya pernah baca dalam email satu waktu dulu. Saya tak tahu apa relevannya tapi yang saya tahu kita tak boleh nak gandingkan makanan laut dengan makanan darat sebab susu kan datang daripada lembu jadi itu bukan satu padanan makanan yang elok. Saya betul-betul lupa tentang itu. Bila dah makan baru teringat. Tekak saya terus loya tapi saya cuba control dan minum air suam perlahan-lahan. Okay lepas ni saya dah tahu macam mana nak manage susu dan asid folik tu. Masa makan saya cuma boleh minum air suam atau air kosong je. Dah siap makan semua barulah saya minum susu dan makan asid folik. Sorry baby, mummy salah.

Ada banyak lagi sebenarnya diet Rasulullah S.A.W yang saya baca tu tapi saya dah lupa. Nantilah saya cuba godek balik email-email lama tu dan saya akan share kat sini. Kita selalu ambik mudah dengan cara pemakanan kita kan. Diet pun dietlah jugak tapi biarlah yang betul. Bukan ikut cakap doktor semata-mata tapi kena rujuk jugak diet mengikut Islam.