Nuffnang Ads

Monday, June 20, 2011

Kerana Rokok

Ada orang suruh saya buat cerita pasal rokok. Rokok? Dah bosan dah kot. Saya pernah buat dulu tapi tak apa. Cerita kali ni lain daripada yang dulu. Cerita kali ini adalah mengisahkan tentang beberapa orang yang tak ada kesedaran sivik merokok di dalam pejabat sedangkan pejabat itu mempunyai pendingin hawa.

Di pejabat saya ini memang satu fenomena. Walaupun hampir kesemuanya sudah berumur dan berusia tapi masih nak buat kesalahan tu. Saya tak cakap saya benci kepada perokok. Tapi saya tak suka dengan asap rokok. Saya selalu cakap kalau korang nak sakit, sakitlah sorang2. Jangan libatkan orang lain. Betul kan? Bangunan pejabat saya ni kalau ikutkan bukan hak milik jabatan kami. Tuan punya bangunan ni pun cukup patuh pada peraturan dorang tau. Dorang memang tak dibenarkan merokok waima di dalam tandas atau pantry sekalipun. Kita boleh nampak staf-staf dorang akan turun kat luar cafe bawah tu dan hisap rokok beramai-ramai. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Tapi staf-staf pejabat saya? Dengan selambanya buat rumah orang macam rumah sendiri. Lepas tu menyusahkan orang lain.

Dengan kedudukan saya sebagai satu-satunya perempuan yang ada dalam pejabat ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Sudahlah saya ni duduk kat depan pintu pejabat. Itu bermakna saya berada betul-betul dalam suasana sejuk yang ber aircond. Jadi bayangkanlah kalau dorang merokok kat area saya tu? Dengan perasaan marah saya terpaksa sedutlah asap tu jugak. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Ada sambungan pada ayat kenapa tu tapi saya tengah kawal mulut dan jemari saya daripada melontarkan kesinambungan yang tak sepatutnya. Kadang-kadang kalau mulut lazer saya tak boleh nak dikawal saya sound je. Tambah pulak lagi dalam keadaan sekarang ni. Saya sayang baby saya okay. Tolonglah jangan nak merosakkan hidup orang lain dek kerana korang suka sangat nak berkawan dgn jin tu.

Dulu saya ada kawan yang menjadi pantang dia kalau kita tegur pasal habit dia yang suka merokok tu. Saya tak cakap saya marah dia merokok tapi saya tegur dia jangan halakan asap rokok tu pada saya kalau duduk dengan saya. Kelakar pun ada sebab lelaki boleh terasa hati kalau kita bising-bising pasal rokok. Sensitif tau. Tapi comel. Eh tiba-tiba puji pulak.

Lepas tu kawan pejabat saya ni cakap kalau kita nak sabotaj boleh je. Kita ambil gambar dorang tengah merokok dalam pejabat lepas tu bagi kat bos besar. Memang boleh sangat kalau nak buat. Kalau tak ambil gambar pun saya boleh petik satu-satu nama yang selalu buat kerja ni. Dah tua dah kerja berpuluh tahun tapi tak reti nak hormat orang lain. Tak reti nak hormat peraturan. Lagi sekali saya ulang eh. Saya bukan marah dorang merokok tapi saya marah bila dorang merokok dalam pejabat yang ber aircond. Agak-agaklah orang nak sedut oksigen bukan nak sedut asap.

selamat merokok!

Kerana Facebook

Saya ada facebook. Awak ada? Mesti ada. Pelik rasanya kalau zaman sekarang ni orang tak ada facebook. Atau paling tidak pun tak kenal apa itu facebook. Mak saya pun tahu pasal facebook walaupun dia tak tahu nak guna. Biarlah mak tak tahu guna sebab kalau tahu nanti dia bukak 'mesyuarat tingkap' dengan adik beradik dia, jiran-jiran, geng-geng mengaji mahupun kawan-kawan rewang kat kampung.

Saya suka update status saya tapi saya suka kias-kias. Tu kalau nak tuju kat seseorang lah. Saya tak suka nak terlalu direct sebab bukan semua orang boleh terima dengan cara tu. Kalau nak direct lebih baik kita cakap depan muka dia terus. Disebabkan suka kias-kias ni kadang-kadang si dia suka salah faham tapi tak apalah. Saya memang nak orang berfikir. Kadang-kadang kita tak tuju kat orang tu pun tapi orang tu masih terasa. Tu maknanya orang tu buatlah.

Saya tak kisah pun kalau orang nak update status dia dengan selamba tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Maksudnya sound direct la kan. Yelah sebab kalau kita cakap lebih-lebih nanti mesti dia akan jawab eh suka hati akulah nak tulis ape..wall aku..! Tapi biarlah antara kita je yang tahu. Maksudnya si pemerli dan yang kena perli. Kalau status tu tak mengaibkan tak apalah jugak. Tapi kadang-kadang ayat-ayat tu orang sekali baca je dah tahu dia tuju kat siapa. Dan saya lagi tak suka bila ada yang komen 'haaa aku tau ko ckp psl sape..' Bila dah macam tu sesetengah orang boleh tangkap dan faham. Kalau orang lain tak kenal yang kena perli tu tak apa lagi. Tapi ada yang kenal, tahu dan sangat cam. Seganlah member tu kan. Tapi tahu atau tidak bukan soalnya. Tapi apa niat kita bila update status tu? Kalau nak tegur betul-betul, tegurlah depan-depan. Kita bukan tak ada perasaan. Kita bukan buta. Kita bukan pekak. Dan selalunya kalau kita tegur dengan cara direct dan memalukan macam tu, keadaan bukan jadi makin elok tapi lagi buat kawan tu bengang, kecik hati, terasa hati dan seterusnya boleh buat gaduh. Haa masa tu barulah nak fikir eee menyesalnya aku tulis mcmtu td.. Ah tiada maaf bagimu!

Kadang-kadang orang ingat kita tak nampak. Tapi sebenarnya kita saja je buat-buat tak nampak. Sejujurnya saya tak berani nak keluar status yang direct sangat. Bahaya, boleh buat gaduh dan boleh tambah musuh. Apa lagi nak keluar ayat-ayat maki atau carut-carut. Tak kata saya ni baik sebab bila kat luar kadang-kadang emosi dan amarah saya pun melampaui segala-galanya tapi mana yang boleh dikawal kita cubalah kawal sebab nanti semua orang nampak dan baca. Susahlah nak cakap sebab takut nanti esok lusa kena kat kita. Takpelah kita anggap je sambil saya cakap-cakap macam ni samalah dengan saya tegur diri saya sendiri. Sebab selalu sangat keluarkan status berunsur pemerlian dan kekecewaan. Haha.

Kata dia, fb ni memang punca! Punca apa? Fikirlah sendiri.

Saya Ada Emak

Mak memang tak pernah boring + jemu + bosan + muak nak tolong anak-anak. Klise tak ayat tu? Tak kot. Mungkin tak semua orang boleh rasa benda yang sama. Ada yang okay ada yang tak. Tapi memang itulah ayat yang keluar dari otak saya, perasaan saya, hati saya, kalbu saya, jiwa saya. Eh semualah! Walaupun kita pernah dan selalu sakitkan hati mak?

Dulu saya degil. Sangat degil. Tak perlulah diceritakan tahap kedegilan saya waktu tu. Kalau nak bagi lagi faham. Macam level game Mario Brothers yang paling susah. Nak selamatkan puteri raja lepas tu dia kena kejar dgn bola-bola api lepas tu kena lawan dgn kura-kura jahat. Eh susah ke? Boleh tahanlah untuk saya yang tak pernah berjaya sampai ke hujung sebab masa habis lepas tu saya mati. Okay cukup.

Mak menangis? Selalu kot. Sumpah kalau saya diberi peluang untuk patah balik ke zaman lalu saya tak nak tipu-tipu mak. Saya tak nak lawan-lawan cakap mak. Saya nak duduk rumah je main masak-masak atau tolong mak tanam bunga. Eh yang tanam bunga tu tipu. Bila dah dewasa dah kerja dah itu dah ini. Mak yang selalu ada bila saya susah. Bukanlah secara directly tapi mesti ada. Saya cerita masalah saya tanpa minta apa-apa pendapat. Walaupun telinga mesti akan keluar asap sebab kena bebel dulu tapi kat hujungnya mak mesti akan tolong. Sebab saya tahu mak memang tak sampai hati nak tengok anak dia ni susah. Saya touching jap.

Bukan. Bukan nak ambil kesempatan atas kebaikan mak tapi itulah puncanya saya lahir ke dunia ni. Walau saya dah dipetik orang (skemanya ayat) tapi saya tak boleh ubah satu kenyataan yang dia tetap mak saya. Darah saya ada darah mak walaupun jenis tak sama. Mak darah O saya darah AB. Saya ikut abah sebab tu mata saya bulat dan besar. Eh apa kau merepek ni?

Dah banyak kali sangat rasanya mak tolong saya. Banyak kali. Kalau adik beradik saya tahu ni mesti diorang akan cakap haa baru tau ke? Alah jeles la tu mak asyik tolong saya. Betul kata orang tu saya memang nak harapkan mak je. Semua benda nak harap mak. Apa-apa semua nak ada mak. Sampaikan bersalin nanti pun saya nak request sebelah kanan ada Alif sebelah kanan ada mak. Sebab? Bila saya sakit nanti saya tahu saya tak akan menjerit 'SAYANG!!' tapi pasti 'MAKKKK!!'. Kukuh kan alasan saya nak bagi kat doktor nanti? Walaupun saya tahu saya cuma boleh berangan. Takpe saya akan teruskan berangan.

Kesimpulannya saya memang sangat berterima kasih kat mak sebab macam yang saya cakap tadi. Mak tak pernah boring nak tolong anak-anak dia. Walaupun saya degil.

Friday, June 17, 2011

Mamee Cup Oh Mamee Cup

Saban hari sejak itu saya cuba mencari dan mencari dan mencari. Tapi masih tak jumpa. Kelajuan menyuap makanan ke dalam mulut cuma berlaku sewaktu saya makan di Kedai Kerabu Kaki Ayam di Jalan Ipoh. Itu pun semua makanan mesti saya yang order. Dia jangan harap dapat bersuara. Bukan sebab nak tunjuk kuasa tapi saya perlukan makanan yang betul-betul2 akan berjaya masuk ke dalam perut. Tomyam putih dan kerabu kaki ayam dan kailan ikan masin benar-benar membuka selera hingga saya men tapau kerabu kaki ayam bawak balik rumah. Masam dan pedas makanan-makanan tersebut lah yang telah menyelamatkan perut saya untuk terus kekosongan dan kelaparan dek kerana tidak berjumpa jodoh makanan yang sesuai.

Beberapa hari lepas masa saya berkhayal sekejap daripada mencatit minit di dalam mesyuarat saya terbayangkan megi cup. Saya terus sms dia dan cakap yang saya nak beli megi cup tu balik kerja nanti. Dia kata ok. Singgah kat Carrefour Ampang kaki saya jalan laju-laju pergi kat tempat megi. Mana ni? Mana? Mana? Saya tak sabar! Sabar la b.. Tu ha tempat megi.. Waaa barulah saya boleh senyum. Yang peliknya saya tak nak megi peket. Saya nak megi cup dan megi itu mestilah cap Mamee Slurrppp. Sebab dari dulu lagi saya dah tahu yang mamee punya mee best sebab dia kenyal-kenyal. Saya ambik perisa kari dan ayam kampung. Lepastu dia pun ambik jugak tapi yang peket punya. Balik-balik tu terus rendam dengan air panas dan saya makan yang perisa kari dengan selera yang setinggi gunung daik bercabang tiga. Betapa sedapnya megi cup tu masuk kat dalam perut saya. Selain daripada nasi putih dengan kerabu kaki ayam tu, inilah satu-satunya makanan yang betul-betul saya boleh telan tanpa ada rasa mual, muak, loya, jemu, bosan atau tidak sudi. Inilah satu-satunya!

Esoknya saya bawa megi cup perisa ayam kampung tu ke ofis. Mulanya saya rasa macam tak selera sebab nama pun perisa ayam. Betapa bencinya saya dengan ayam pada waktu ini. Tapi bila saya makan? Oo Em Ji! Sedapnya megi ni. Tiba-tiba timbul satu kegianan di dalam hati. Saya turun kedai runcit bawah ofis dan cari megi cup tu tapi yang ada cuma perisa tomyam. Kecewa tapi saya beli jugak. Petang tu saya makan lagi. Dia masih sedap! Ya ya memang sedap. Esoknya saya beli lagi. Begitu juga esoknya. Dan lagi dan lagi dan lagi.

Mamee cup dah jadi igauan saya setiap hari. Tapi? Saya kena marah bila makan megi cup tu. Sebab megi tak elok untuk kesihatan. Tak elok untuk baby. Jangan salah anggap. Bukan saya tak sayang diri saya. Bukan saya tak sayang baby saya. Tapi saya tak ada selera pada makanan lain. Tolonglah faham keadaan tekak saya ketika ini. Saya cakap dengan dia kenapa u tak marah i makan megi sedangkan sume org tau megi tu tak elok.. Tau apa jawapan dia? Dia cakap macam mana dia nak marah. Nak marah pun tak boleh sebab dia kesian tengok saya yang tak boleh nak makan makanan lain. Kalau dia halang nanti saya dan baby lapar tak makan langsung. Nak atau tak dia terpaksa layankan selera saya tu. Dia macam ala-ala atas pagar la kan.

Contoh paling senang bila kita pegi pasar malam petang semalam. Sepanjang pasar tu kitorg jalan tapi tak ada satu makanan pun yang buat saya meleleh air liur. Nak keluar isi perut lagi ada. Sudahnya dia paksa saya makan kuew teow goreng dia dengan cara disuap. Eh-eh baru ada selera. Yang ini pun saya tak tipu. Saya lebih selera pada makanan orang lain. Contohnya makanan yang dia makan. Itu yang saya nak dan itulah yang saya rasa macam sedap sangat. Tapi kalau yang saya pilih dan beli nescaya makanan-makanan itu akan ditolak jauh-jauh ke tepi sambil saya mencebikkan mulut dan menggelengkan kepala. Walaupun makanan kitorg sama tapi saya nak makanan dia jugak! Mengada-ngada kah? Tapi memang macam tu lah tekak saya sekarang. Disebabkan itulah dia tak menghalang bila saya cukup berselera nak makan megi cup tu. Jadi siapa yang bersalah sekarang ni? Saya tak.

Saya Hilang Selera Makan Lalu Membenci Ayam Goreng

Saya tak punya selera makan sejak sebulan yang lepas. Selera makan saya benar-benar mati. Saya jadi benci dengan ayam goreng lagi-lagi ayam goreng berempah dan ayam goreng pasar malam. Apa lagi tengkorak ayam ataupun saya panggil ayam togel yang pada dulunya adalah kesukaan saya. Waaaa ayam goreng..!! Saya akan jadi macam Upin & Ipin kalau jumpa ayam tu. Air liur saya meleleh-leleh macam bayi yang kempunan sewaktu di dalam perut emak beliau. Jangan nak over sebab ni cuma khayalan aku je.

Sebelum saya ketahuan tentang itu selera makan saya seperti budak kelaparan tak makan 8 hari 9 malam. Semua saya nak makan. Semua saya nak telan. Semua saya nak baham. Tapi ada yang tak kena bila selera macam naga tu disertai dengan loya dan muntah. Jujur di dalam hati terdetik sesuatu. Tapi ah belum tahu lagi. Namun tak lama. Jangkaan dan tekaan benar-benar berlaku. Telah dijadikan DIA untuk hadir dan bakal menyerikan hidup ini. Telah diciptakan DIA untuk mengisi kekosongan rahim saya selama 28 tahun. Rahim? Ye rahim lah. Bukan Datuk Rahim Razali bukan Rahim anak Wak Bohari jiran rumah kampung saya. Tapi rahim perut saya! Kepala saya hampir mencecah ke siling sewaktu saya melompat-melompat bila melihat terbitnya 2 garisan di situ. Eh macam terbitnya fajar sidiq pulak. Oh ye yang melompat-lompat tu pun cuma khayalan je sebab saya bukan melompat atas spring sampai nak cecah siling pun.

Selepas saya tahu berita itu. Serta merta. Berkuatkuasa serta merta. Selera saya mati. Saya hilang selera pada nasi. Saya hilang selera pada semua makanan. Mood saya juga berubah. Turun naik macam jongkang jongket. Semuanya tidak kena di mata saya. Tiada satu pun makanan yang boleh membuatkan selera saya kembali seperti dulu. Ayam goreng? Tidak sama sekali. Saya akan berjalan laju bila melintas depan gerai ayam di pasar malam. Sambil tutup hidung dan kalau boleh nak tutup mata sekali sebab tengok ayam tu tengah digoreng dalam kuali pun tekak saya dah macam kembang semangkuk dalam air lai chi kang. Apa lagi bau dia. Jangan kata nak tengok atau bau. Terbayang ayam goreng tu pun saya dah loya dan nak keluar isi perut. Serius ni saya tak tipu. Ya Allah seksa sungguh rasanya. Tapi mestilah kena sabar kan. Sebab saya tahu di hujungnya nanti saya akan memiliki satu anugerah yang paling indah dalam hidup ini.

Jadi apa agaknya makanan yang betul-betul boleh masuk ke dalam mulut saya lepas tu saya kunyah lepas tu saya telan lepas tu dia jalan kat tekak dan masuk ke dalam perut dengan jayanya tanpa keluar semula..??

Well Done!

Okay. Sekarang saya bole tarik nafas seperti biasa. Hembus pun tak perlu laju-laju. Macam biasa je cukup. Sebab? Azab yang saya rasakan bila membayangkan presentation ceramah depan mentor sudah berakhir. Satu pagi tadi saya cuma fokuskan pada slide-slide tu je. Saya dah tak kuasa nak pandang-pandang apa lagi jeling-jeling orang kanan dan kiri walau dengan ekor mata sekali pun. Benar-benar fokus pada slide walaupun kejap-kejap tangan gatal klik kat google chrome tengok FB saya.

Hampir pukul 10.30 slide saya siap dan saya terus masuk bilik fail untuk praktis dan buat nota kecik. Otak jem sekejap tapi saya tak layan sebab saya kata pada diri walau macam mana sekali pun saya tetap akan lalui benda ni. Nak atau tak nak. Mahu atau tidak. Jadi usaha terus berjalan dan saya membebel-bebel sambil mengadap belakang almari sambil membayangkan konon-konon almari tu adalah tempat tuju LCD. Sambil cuba bercakap saya tulis nota-nota kecil sebagai panduan supaya tak lah terlalu bergantung pada slide. Itu yang lebih baik sebenarnya. Kenapa? Supaya orang tak bosan lah. Kalau setakat baca je slide tu lebih baik saya bagi je softcopy dekat mentor tu lepas tu suruh dia baca sendiri. Lepas tu saya balik ofis saya dan tidur dalam bilik fail. Macam biasa.

Pukul 12 lebih saya text mentor saya tanya dia kat mana then dia reply suruh saya naik ofis dia. Alamak! Berbekalkan keyakinan yang ala-ala sudi dengan tidak saya pun naik ofis dia dan sesi presentation terus berlangsung tanpa segan dan silunya. Sambil berceramah dia menyelit dengan komen dan teguran yang perlu. Lepas habis semuanya dia komen-komen lagi dan cakap dia bagi A+ untuk presentation tu. Fuh lega sangat. Saya dah tak tergagap-gagap dan asyik sebut 'aaa' 'aaa' 'aaa' macam masa kursus kat Melaka dulu. Dia cakap lagi saya ada keyakinan diri yang baik. Cuma saya perlu polish lagi skill yang saya ada. Dia suruh saya praktis lagi dan lagi dan lagi. Baeklah lepas ni saya akan cuma bagi ceramah depan Alif setiap hari. Tajuk yang akan saya sampaikan adalah Bagaimana Mahu Menjadi Suami Yang Romantik. Tak perlu tengok drama Nora Elena. Dengar ceramah saya je dah cukup.

Okay okay. Sekarang masa untuk siapkan minit mesyuarat yang terakhir pulak. Lepas tu barulah saya boleh betul-betul tarik nafas lega sambil buat tarian hula. Cukup dengan bayangkan tarian je. Tak perlu nak bayangkan menari pakai daun pisang dan tempurung okay?

Thursday, June 16, 2011

Aku Stress!

Minit mesyuarat. Kenapa mesti ada minit mesyuarat dalam dunia ni? Aku stress dan stress aku ketika ini taklah seteruk stress nak buat karangan Bahasa Melayu masa darjah 6 dulu. Terima kasih kepada Cekgu Mad sebab selalu jadikan karangan saya sebagai contoh karangan yang terbaik. Iklan bangga diri jap. Kenapa sampai nak kena stress? Sebab nak buat minit mesyuarat ni kena ada mood. Mood nak berfikir. Mood nak mencipta ayat. Mood nak menyusun ayat. Lagi-lagi mood nak fahamkan balik tulisan aku yang macam 18 ekor cacing diikat dan disambung-sambung ekornya supaya jadi panjang. Apa kau ingat aku tak geli ke?

Terima kasih kepada bos sebab buat mesyuarat dua hari berturut-turut. Setiap kali mesyuarat dia akan cakap minit mesti siap 3 hari selepas mesyuarat. Eh ye ke? Aku baru tau lah. Itulah yang membuatkan aku stress. Disebabkan itu pagi tadi setengah hari masa aku terbuang ke arah menyiapkan minit yang pertama. Minit yang kedua aku ingat nak buat petang macam ni. Tapi tiba-tiba aku terlupa lepas tu aku sibuk layan blog pulak. Aku ke yang salah? Takpe-takpe. Esok masih ada. Setengah hari lagi aku akan siapkan minit tu. Tapi aku rasa mesti aku siapkan petang esok sebab tengahari esok aku ada presentation. Satu apa slide pun aku tak buat lagi. Tahniah farz! Kau memang cemerlang.

Aku semakin stress bila mengenangkan slide presentation tu. Kenapa rakan-rakan yang lain tak kena? Kenapa aku sorang yang kena? Bila lah program ni nak berakhir agaknya. Aku dah tak nak ada perjumpaan lagi. Aku dah tak nak ada itu ini begitu begini lagi. Cerewet kah? Bukan bukan. Aku cuma kesian kepada diri sendiri je. Kesian kan? Kesian lah juga. Aku mana boleh stress sangat. Nanti kena tekanan darah rendah. Sangat kesian.


Penipu Yang Bodoh

Menipu. Seriously i hate this. Susah sangat ke nak jadi jujur? Bukan kena bayar pun kalau kita jujur kan. Kadang-kadang orang tu tak tahu yang kita sebenarnya tahu dia menipu. Tapi kita layankan je. Saja nak tengok apa lagi penipuan yang dia nak sampaikan. Memang kita sakit hati bila semakin kita layan semakin kita tahu. Tapi sekurang-kurangnya kita puas hati. Walaupun kebencian makin menyala-nyala macam api kena simbah dengan minyak? Ah ini bukan semudah kite bako je. Hakikatnya manusia memang tiada yang jujur. Alasannya? Untuk menjaga hati lah. Untuk tak nak gaduh lah. Untuk tak nak panjang-panjangkan masalah lah. Bodohnya alasan tu. Macam-macam yang kita tahu dan macam-macam yang akan jadi kalau kita layan SI PENIPU YANG TAK TAHU NAK MENIPU. Kesudahannya? Diam, perhatikan dan makan hati. Sorang2.

Saya Benci AirCond


Sejuk. A'ah mmg sejuk! Aku tak tahu kenapa ofis ni sebegini rupanya. Kalau aku pejam mata aku boleh rasa yang seolah-olah aku tengah berbulan madu di Korea. Pandang atas kepala oh macam best je lubang aircond ni dok kat atas aku! Kalaulah aku boleh ubah semua lubang aircond yang ada dalam ofis ni lepas tu buh dalam bilik bos. Errr. Habis tu takkanlah aku nak beli jaket daripada kedai baju sejuk pulak. Semata-mata? Lepas tu disebabkan tak nak rugi dan membazir aku pegi jalan-jalan dekat I-City masuk dekat rumah ais? Ataupun pergi dekat rumah iklim Bukit Cherakah? Lepas tu tiap-tiap minggu naik Genting (walaupun dulu memang selalu pergi pun..) pakai baju yang sama lepas tu bagitahu semua orang aku beli baju tu sebab pejabat aku terlalu sejuk. Orang gila pun tak macam kau.

Ok tukar topik kejap.

Sedapnya bila dapat melelapkan mata walaupun sekadar satu jam cuma. Tapi tidur aku akan terganggu walaupun tempohnya belum sampai satu jam dek kerana bunyi tangan-tangan yang memusing-musingkan tombol pintu yang dah aku kunci tu. Eee sebok btul la dorg nih. Itu maknanya aku kena bangun sambil membawa bantal coklat empat segi beli kat jusco bukit tinggi. Sambil mengesat-ngesat mata dan buat-buat muka comel. Tapi bila keluar bilik fail tu tak ada seorang pun yang nak puji. Apa lagi nak ambil peduli. Sampai sekarang aku berfikir kenapa agaknya.

Bosannya bila tengok kiri kanan tapi tak ada seorang pun kawan pejabat yang ada. Mana pergi semua orang? Pintu bilik bos dah tutup. Lampu dah padam. Eh? Ooo hari ini ada preview dekat studio. Patutlah aku tengok si Jamil sedap tidur atas meja sambil mengeluarkan bunyi yang.. Yang apa ye? Takpelah. Nampak macam polar bear pulak bila aku tgk dia. Heee.

Ok sambung balik pasal sejuk.

Seronoknya bila dapat melekapkan tapak tangan aku yang lembut ni dekat dinding kaca pejabat. Panas dan hangat. Kesan daripada cahaya matahari yang sipi-sipi. Aku sgt seronok! Ye memang aku agak batak dgn matahari sejak kerja dekat bangunan ni. Tak ada rasa simpati ke daripada Sime Darby untuk orang yang tiada lemak macam aku ni? Kenapa mesti nak buat centralize untuk satu bangunan tinggi macam ni? Susah lah nak adjust tau tak. Lagi-lagi sekarang ni semua orang tak ada. Terpaksalah aku sedut semua angin aircond ni sorang-sorang.

Monday, June 13, 2011

Satu Persatu Perubahan

Lama. Sangat lama. Perubahan status tidak membawa kepada kepantasan jari jemari untuk terus menulis di sini. Tidak sama sekali. Apabila terlalu banyak cerita yang berlaku pada diri mahupun di sekeliling aku jadi bingung dan tidak tahu apa lagi yang mahu dikongsi. Sedangkan sebenarnya berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus cerita yang ada. Ketiadaan masa atau ketiadaan laptop yang hampir menjadi arwah turut menjadi sebab. Perlukah aku kenang? Oh tidak. Kerana pasti akan membuatkan darah aku naik ke kepala dan kulit aku bertukar menjadi hijau. Serta merta. Kerana itulah wujudnya pepatah 'barang yang lepas jangan dikenang..'

Hari ini sudah 13hb 6 2011. Sudah 4 bulan daripada cerita terakhir dulu. Sibuk? Boleh tahan. Bersiap, menyiapkan diri. Sekelip mata sahaja semuanya berlaku dan berlalu. Memilih dia untuk menjadi pendamping diri bukan satu keputusan yang mudah. Dugaan? Hanya orang gila seperti aku sahaja yang mampu. Memang aku gila. Gila kerana mengambil keputusan ini. Namun siapalah aku untuk melawan satu kenyataan yang telah ditakdirkan oleh Dia untuk diri ini. Segalanya berjalan seperti yang dirancang walaupun manisnya tidak seperti insan lain. Ada sesetengah perkara yang aku tidak mampu untuk merasa seperti mana yang dialami oleh mereka-mereka di luar sana. Jangan ditanya apa salah diri sehingga diuji dgn dugaan sebegini. Mereka itu lebih mengerti. Apa yang pasti kisah ini akan aku kenang hingga ke akhir hayat nanti.

Jari jemari ini masih merah. Merah menyala lagi. Untuk kali kedua selepas Februari. Mei menghadirkan diri agar aku mampu merasa manisnya sekali lagi. Walaupun berbeza kisahnya. Tapi masih dengan dia. Haruslah! Mungkin ada yang mengharapkan aku untuk memiliki kebahagiaan yang lebih bersama yang lain. Aku tak punya kudrat untuk mengubah persepsi, pendapat, pandangan ataupun kemahuan orang sekeliling. Sekadar mengharapkan apa yang ada ini dapat dihargai dan diterima dengan senang hati. Kerana aku juga manusia biasa. Mengharapkan perubahan akan tiba juga akhirnya dan bahagia sentiasa mendampingi aku dan penyambung cinta.