Nuffnang Ads

Tuesday, April 7, 2009

Kehebatan Mereka

Hari tu bos aku suh aku potostet satu fail ni. Sambil tggu mesin tu running aku tertarik dgn 2 helaian kertas yg ada. Aku amik dan potostet satu salinan utk aku. Sgt menarik!


TUN HUSSEIN ONN
di Kongress Ekonomi Bumiputera
di UTM Kuala Lumpur - 1 Jun 1980


Kita mesti lebih mengutamakan masa depan negara serta mementingkan keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan rakyat. Dasar Ekonomi Baru memang telah dirangka dan digubal sedemikian rupa bagi mencapai perpaduan negara yang berkaitan. Tiap-tiap rakyat mestilah menjayakan diri sendiri. Sekiranya huru-hara dan perkara yang tidak diingini berlaku, siapakah yang akan rugi dan yang akan menanggung akibatnya?


TUN ABDUL RAZAK
Dewan Rakyat 1971
Petikan buku TUN RAZAK PUTERA TITIWANGSA


Saya yakin bahawa tidak seorang pun rakyat yang taat setia suka melihat bahawa perkara keduukan Raja-Raja itu menjadi bahan perbahasan dalam gelanggang politik. Inilah perkara-perkara yang termaktub di dalam perlembagaan kita yang boleh disifatkan sebagai soal-soal yang sensitif yang mesti dilarang siapa-siapa jua pun mengadakan perbincangan awam mengenai dengannya iaitu perkara-perkara yang bole digunakan oleh anasir-anasir untuk merosakkan perpaduan rakyat.


Bangga? Mestilah. Walau mcmana sekalipun mereka berdua tetap pernah menjadi pemimpin kita satu masa dulu. Mereka adalah pemimpin-pemimpin kita yg sgt hebat! Takkan terbanding dgn yg skrg2 ni. Pd aku la kan. Aku suka sgt dgn Tun Abdul Razak. Knp? Sbb nama atuk aku Abdul Razak! Heheheheheh dulu aku suka eksen ckp Tun Abdul Razak tu atuk aku. Eleh biarla aku nak perasan punnnn..! Ngeee~~~ Sbnrnya artikel2 ni aku amik dr buku skrip yang akan digunakan utk kempen Malaysia Perkasa bln Mei ni dan akan diarahkan oleh Meor Hashim Manap. Kenal? Dia salah seorang pelakon / pengarah kat Malaysia ni. Acara tu akan dilaksanakan di KLCC pd 10 Mei 2009 kalau tak silap. Kalau tak menyusahkan aku,aku nak pegi jgk! Syg Malaysia tau..

0 comments: