Hari ni 28 Januari 2010. Tak tahu apa yg mahu dikongsi di sini. Tiada apa yg menarik. Byk cerita sbnrnya tp spt yg pernah aku katakan. Mood dan idea itu tiada. Segalanya memerlukan kekuatan hati dan jari jemari. Semangat dan ketabahan. Cewah! Pagi ini. Mata spt ada batu bata! Tido selewat jam 3 pagi td hanya memberikan aku 2 jam sahaja waktu berehat.
Namun yg nyata hari2 yg dilewati sejak akhir2 ni adalah happy dan bahagia. Mencelikkan mata saat alarm berbunyi pd jam 5.25 pagi hanya memberikan aku sebuah senyuman. Bersyukur kerana aku masih bernafas utk hari ini. Dan bahagia kerana aku tahu aku ada dia di sisi. Mmg kata kakak, dia mahu aku berehat. Tenangkan hati dan bersabar. Tp pd aku knp mesti aku berehat utk sesuatu yg sgt tidak berbaloi utk aku lpskan? Aku percaya Allah sentiasa memberikan kita ruang dan peluang. Samada kita sedar atau tidak. Kita menghargai ataupun tidak. Apa saja tanggapan org sekeliling pd aku waktu ini aku biarkan saja. Mereka takkan pernah mengerti kerana tidak pernah merasai. Jika ada sekalipun, situasi dan cerita kita berbeza. Perasaannya juga tidak sama. Andai kekecewaan itu hanya akan memberikan aku satu pengalaman, pengajaran dan peluang utk yg lbh baik lg maka aku redha. Sgt redha. Malah bila difikir2 semula, aku sgt bersyukur. Kerana aku yakin Allah masih sygkan aku. Kerana itu Dia segera menyedarkan aku agar tidak terus terleka.
Hari2 yg berlalu benar2 memberikan aku satu nafas baru. Dinginnya udara yg dihela. Meresap hingga ke dalam hati. Jauh. Dinginnya juga menyegarkan kelesuan yg pernah membelenggu diri. Melangkaui batas2 fikiran yg tak terfikir, tadahan telapak tangan ini disambut dgn segala kasih sayang yg ada. Peluang itu hadir. Agak tidak waras andainya aku hanya memandang dan membiarkan ianya berlalu pergi. Grab! Yes! Dan cahaya itu kembali menyuluh lorong kehidupan wanita bernama Nor Fazlina.
0 comments:
Post a Comment