Nuffnang Ads

Sunday, November 8, 2009

Munajat Cinta

Lama aku tak berada di sini. Mungkin laluan kehidupan agak sibuk kerana slps kursus di Melaka, aku menyambung kursus di Perak. Nnt saja aku ceritakan kisah2 selama itu. Kerana waktu ini, malam ini aku spt tak punya rasa utk bercerita. Sekadar mahu meluah rasa yg aku tak pasti apa. Mungkin bingung kerana segalanya tetap begitu. Masa berlalu tanpa sebarang kenyataan yg pasti. Tiada jawapan yg tepat. Soalan itu hanya terbiar begitu saja. Lagu Munajat Cinta menjadi halwa telinga ketika ini. Spt mengerti isi hati yg mahukan sesuatu. Kamu juga manusia kan? Manusia biasa. Mengharapkan kekasih yg baik hati. Yg mencintai kita apa adanya. Aku cuma mahukan satu kehidupan yg boleh aku banggakan. Yg boleh aku katakan pd semua. AKU SUDAH BERJAYA. AKU SEDANG BAHAGIA. Namun segalanya jauh. Sudah aku gapai tp menghilang tiba2. Sudah hampir aku genggam tp terlerai akhirnya. Menghalusi perasaan yg kosong ini, sekeliling terasa begitu sunyi. Sepi. Tiada yg menemani. Tiada yg menghiasi.

Sejak akhir2 ini, rutin harian aku penuhi dgn segala aktiviti yg aku mampu. Penat dan letih. Tp aku perlu begitu. Supaya rasa itu segera pergi. Supaya gembira dtg kembali. Semlm aku bahagia. Slps 10 tahun, senyuman itu kembali pada aku. Terasa begitu dekat dlm hati ini. Jarak dan masa yg pernah memisahkan spt hilang saat aku pasti dgn perasaan yg hadir. Waktu ini, rasa itu kembali. Perlukah begini? Berat tp aku rela. Senyum di bibir mengiringi hati yg berbunga. Namun ada yg aku kurang pasti. Samakah kita? Atau hanya aku saja?

Ke manakah menghilangnya itu? Apa agaknya kesudahan pd satu cerita yg bkn aku yg memulakannya? Terlalu sukarkah utk memberikan aku satu kepastian? Berdiam diri bknlah satu tindakan yg bijak dan terbaik. Mungkin nasib mmg tidak pernah menyebelahi. Hanya satu perkataan yg mahu aku katakan di sini. Pengecut.

2 comments:

ciknep said...

hmmm...sehingga kini aku telah menemukan dua kali Cinta dlm hidup aku..bermula tanpa aku sedari dan berakhir tanpa aku sedari juge..dan ianya meninggalkan kesan yg amat mendalam dlm hidup aku..dan akhirnya aku fobia dgn Cinta..huh! dan utk mase dpn, aku serahkan segalanya kpd Allah yg maha berkuasa...kita merancang,begitu juga dgn Allah..tetapi ketentuan drp Allah yang pastinya akan menentukan segala2nya...

MsGaijin said...

hmmm btul..kita cuma merancang je..mungkin dia itu hadir hanya sekadar untuk mengisi ruang2 pengalaman dlm hidup ni..