Nuffnang Ads

Monday, December 22, 2008

Senyuman Langit Malam


Beberapa bahagian di dunia termasuk di Malaysia pada minggu lalu dapat melihat langit malam yang tersenyum. Fenomena cakerawala yang berlaku pada Isnin minggu lalu itu menyaksikan keselarian dua planet yang paling cerah, Musytari dan Zuhrah memancari bulan, menjadikan wajah gembira di langit malam.

Fenomena itu yang dinamakan conjunction, boleh dilihat dari banyak tempat di dunia berlaku apabila dua planet yang berkenaan 'mengasak' bulan. Namun bukan semua tempat mendapat mesej imej yang serupa. Di Asia, India dan Australia, bulan dan dua planet tersebut membentuk wajah tersenyum, sementara di Eropah dan Amerika Utara, gambaran yang kelihatan kepada mereka ialah wajah seakan muram.

"Ia merupakan satu perkara yg indah untuk dilihat di langit," kata John Percy, seorang profesor astronomi di University of Toronto, Kanada. "Jika anda melihat kembali kepada sejarah, perkara seperti ini selalunya membawa impak yg amat kuat tentang bagaimana manusia mentafsirkannya."

Secara saintifiknya, keselarian yang membentuk segi tiga ini bukanlah membawa fenomena yang membimbangkan, tetapi dia memahami mengapa manusia begitu tertarik dengannya.

"Ia boleh dilihat oleh semua orang. Anda tidak perlukan teleskop untuk melihatnya. Adalah baik untuk anda melupakan segala masalah dan konflik yang berlaku di bumi dengan melihat sesuatu yang boleh dihargai dengan keindahannya di langit," ujarnya.

Fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 18 November 2052.

0 comments: