Nuffnang Ads

Thursday, December 18, 2008

Perasaan

18 Disember 2008
3.42 pagi

Aku masih belum lena. Terjaga jam 2.30 pg td buatkan bulat mataku semakin luas. Terlalu byk perkara yg terlintas dlm fikiran waktu ini. Dan kdg2 aku cuma termenung kosong. Melihat keliling. Melihat stp satu perabot yg ada. Melihat hp ku yg baru dicas. Melihat kwn2ku yg sdg lena tergolek2 di ruang tamu. "Ah ape yg aku fikir ni?" Sungguh. Hidup ini terasa sunyi. Bagaikan ada yg tiada. Terasa begitu jauh aku drNya. Betapa aku sering melupakanNya. Dia yg Satu. Dia yg Maha Agung. Dia yg mencipta segala kehidupan. Segala perasaan. Dia yg Sempurna.

Mungkinkah aku terlalu mencari kesempurnaan? Tidak! Aku selalu berpegang pd kenyataan bahawa kesempurnaan itu hanya milik Dia. Cuma kita manusia yg tak pernah bersyukur. Malah masih meminta2 walaupun yg ada itu sudah melebihi dr segala2nya. Manusia mmg mudah lupa. Mudah leka! Spt aku. Kerdilnya diri ini. MencariMu disaat susah,melupakanMu disaat sng. Sungguh aku mengaku bahawa aku tak sempurna lima. Namun aku yakin,Dia sentiasa membukakan pintuNya.

"Aduh,ape tiba2 sakit dada ni? Alamak,makin kuat plak..Dah start dah dia buat blk sakit ni..Bosan btulla..Tak bole tgk aku sng sikit.."

Lihat. Betapa aku mudah lupa. Dia sekadar mahu menguji aku. Org pernah berkata,biarlah kita rasa sedikit sakit kerana itu tandanya Tuhan masih ingat dan sygkan kita. Sbb itu diturunkan ujian supaya manusia selalu ingat pdNya. Bukankah kesenangan itu dtg dr bersakit2 dahulu??

Tiba2 senyumku hadir. Didatangi dgn rasa bahagia. Kesusahan ini aku tempuhi bersamamu kerana aku tahu di penghujung jln ini nnt,kebahagiaan & kesenangan menanti kita di sana. Sdg aku berkira2, berfikir2, pen di tgn mengetuk2 buku. Tiba2... "bip bip..bip bip.."

"Eh? Sape plak yg bg msg pg2 buta ni?" Terpapar jelas nama panggilan si dia di skrin hp buruk ku. "Hah? Apo x tido laie ni? Mcm tau2 je aku tgh duk tingat kat dia"

Pantas aku mendail. Walaupun aku tahu baki kreditku dah nyawa2 ikan. Ah! Suara itu.... Ya,suara itulah yg mengikat perasaan ini. Yg sering mencetuskan tawa menguntumkan senyuman. Serta merta irama lagu 'Kerinduan' dr Sheila Majid berkumandang tanpa melodi yg nyata di telinga & fikiran. Senyum ini kian melebar mendengar suara rindumu. Sungguh. Kesabaran inilah yg mengiringi aku utk menantimu menyunting diri ini menjadi suri hatimu satu hari nnt. Lewatnya masa berjalan..

Berterbangan segala keresahan. Hilang segala kemusykilan. Musnah segala kerisauan. Yg hadir hanyalah rindu. Yg muncul cuma bahagia. Yg menyapa adalah cinta. Sungguh aku bersyukur. Dlm mendasari ketenangan yg kian berkocak, Dia memberikan aku khabar dr jauh yg memberikan aku senyuman. Seawal pg ini aku sudah merasakan keindahan. Betapa dia sdg rindu. Dan aku juga begitu. Terima kasih Tuhan. Kerana memberikan aku anugerah teragung ini.

0 comments: