Nuffnang Ads

Wednesday, December 24, 2008

Pilihan

Putus? Kahwin? Cerai?

Kesukaran memilih pilihan2 di atas? Mungkin kerana stp satu drpdnya mempunyai risiko masing2. Tp apa saja yg ada atau apa saja keputusan dlm dunia ni semuanya dikelilingi risiko. Baik kecil atau besar risikonya. Berani atau tidak? Tanyalah pd hati.

Di saat manusia menginginkan kebahagiaan merajai hati, terlalu byk cerita perceraian yg terpampang di dada akhbar. Lalu kerana apa manusia lbh sng utk menyendiri? Mungkin kerana tidak mahu mengambil risiko. Kesukaran dan kepayahan menerima satu-satu kenyataan terlalu menghantui diri seseorang. Lbh baik jgn langsung drpd terjadi. Logikkah? Atau hanya manusia itu sndr yg bermain dgn perasaan?

Dalam membuat pilihan, betapa keyakinan itu terlalu penting. Yakinlah bahawa ini adalah yg terbaik. Inilah yg terakhir. Inilah yang muktamad. Dan pastikan pilihan itu akan berakhir dgn keindahan. Bkn kekecewaan. Sptmana aku melihat begitu rapuhnya institusi kekeluargaan di zaman ini, dgn cerai di sana sini, ahh takkan la begitu susah alam perkahwinan ni?

Mudahnya sang suami melafazkan talak pd si isteri. Senangnya sang isteri memohon cerai dr si suami. Perlukah begitu? Itukah janji2 yg dipatri semasa bercinta? Sumpah yg diikat sebelum berkahwin? Taklik yg dibaca selepas akad? Ketakutan mengikat hati saat melihat berita kekecewaan lbh byk kelihatan drpd berita kebahagiaan. Hmmmmm....

Siapalah aku utk bercerita ttg sesuatu yg belum pernah aku alami. Perkahwinan? Jauh di dpn tp semakin hampir menjengah diri ini. Kecewa? Masih baru lagi tp aku bangkit setelah Tuhan memberikan aku harapan. Aku percaya. Aku pasti. Dia menghilangkan matahari dr hidup aku dan mendatangkan hujan. Tp selepas hujan berlalu, Dia anugerahkan aku dgn pelangi nan indah.

2 comments:

CIVIC Power said...

Teman bujang lagi, tentu teman pilih kawin.
Tapi dulu teman ade juge cinte berok..putus aje..
harap da kawin nti x dela yang terputus dan tercerai.

MsGaijin said...

Ye ye. Moge2 makbul lah doa tu. Aminnnn.