Bodoh dan bangang!
Aku sudah lali
Tercengang-cengang
Ku telan dalam hati
Kau perempuan tiada maruah!
Sial celaka di seranah
Cuma diselebungi marah
Perasaan hati tidak diendah
Air jernih mula mengalir
Sakit di dada kembali hadir
Mengizinkan perit singgah di pipi
Melukai hati mengasari diri
Bodohkah diri ini?
Kerana masih bertahan lagi..
0 comments:
Post a Comment