Nuffnang Ads

Tuesday, July 12, 2011

Kerana Coleslaw

Setiap kali saya nakkan sesuatu mesti time tu lah benda tu takde. Tak jumpa lah, tak buat lah, dah habis lah. Kenapa dunia ni terlalu kejam?? Saya bukan nak benda yang susah. Saya cuma nak coleslaw je. Coleslaw yang macam kat KFC tu. Yang selalu ada kat chicken chop tu lah. Tapi mak saya tak bagi makan KFC. Jadi saya terpaksa cari alternatif lain.

Sejak akhir-akhir ni fikiran saya selalu terbayangkan western food. Hari tu saya nampak orang makan chicken chop. Saya cakap dengan dia yang saya nak tapi saya takut tak habis. Sebab sebelum tu kitorang dah makan nasi. Tapi dia cakap makan je sebab nasi saya pun tak habis sebab lauk tak sedap. Udang favourite saya terlebih kunyit + masin. Jadi untuk memberikan keadilan pada tekak dan perut saya. Saya cuma order fries je. Selalunya fries cuma dengan sos dan mayonis je kan tapi saya mintak nak coleslaw sekali. 

Masuk je kereta dengan penuh lahapnya saya terus makan. Masa tu nikmat makan memang 'tidak syak lagi!'. Dengan fries panas makan sekali dengan coleslaw tu memang couple yang sangat match. Saya makan macam orang yang tak pernah makan coleslaw. Tapi saya frust sebab dia bagi sikit je. Patutnya saya mintak 3-4 bekas baru cukup. Tu pun sikit pun saya tak bagi kat dia. Saya makan sorang. Dan sekarang ni saya nak makan coleslaw lagi. Saya nak ajak dia pergi kat kedai tu lagi tapi agak jauh dari rumah. Semalam try makan kat restoran lain tapi dia tak buat coleslaw! Dia cuma buh mayonis pastu tabur carrot dengan kacang pis. Selera saya terus hilang tapi terpaksa makan jugak sebab dah lapar. Sepatutnya kitorang pergi kat damansara tapi sebab saya tak sampai hati tengok dia penat drive, maka dengan berat hati tapi ikhlas saya request untuk pergi yang dekat-dekat je. Tapi hasilnya saya masih ngences.

Hari ni saya tak tahu lagi macam mana. Kalau dia penat saya nak offer diri untuk drive pergi restoran hari tu. Demi 4 bekas coleslaw yang akan saya mintak nanti. Apa saja untuk perut saya.

Am I? U Too!


What will you do if you're trapped in this situation? Should we shoot his face?

Cerita Dulu-Dulu


Saya teringat satu cerita masa saya sekolah dulu. Masa tu baru tingkatan 4. Duduk di asrama ni tiap-tiap malam kita kena prep. Study kat bilik kelas yang dah ditentukan antara aspura dan aspuri. Walaupun selalu bertukar-tukar kelas ikut suka hati tapi mesti akan ada meja yang dah kita cop kononnya tu tempat kita.

Bermulalah saja-saja nak try tulis nota kat atas meja tu. Tengok-tengok ada balasan pulak. Sejak tu dok tulis-tulis kat meja. Saya bukan serius pun. Saja nak suka-suka. Dahlah tak tahu siapa. Rupa pun tak tahu macam mana. Masa tu saya menggunakan gelaran Pepsi Girl sebab masa tu saya pakai kasut sekolah high cut jenama Pepsi kaler hitam. Satu hari tu saya cari helah nak intai siapa budak yang berbalas-balas nota dengan saya tu. Saya buat-buat lalu kat kelas dia. Saya nampak!

Jangan salahkan saya kalau masa tu saya terus berhenti daripada tulis nota-nota tu. Dengan serta merta jugak saya terus pindah tempat prep. Yelah saya nampak orangnya tinggi dan sangat besar. Dan gelap. Takut jap masa mula-mula nampak tu. Saya terus tak nak kawan dengan budak tu. Memilih eh saya? Ala masa budak-budak kan. Biasalah tu main-main masa sekolah. Nak kawan dengan yang hensem-hensem je. (-.-)

Sampai sekarang saya tak tahu sama ada budak tu tahu atau tak siapa Pepsi Girl tu sebenarnya. Kihkihkih.

Ketawalah Lagi


Awak tahu apa maksud ayat di atas? Sebelum tu saya nak tanya. Awak kanak-kanak ke orang dewasa? Saya? Saya remaja. Baru 22 tahun. Sekian. Soalan lanjutan tidak dibenarkan. Simpan je dalam hati korang.

Ayat tu kata kanak-kanak mampu ketawa sekurang-kurangnya 400 kali sehari sedangkan orang dewasa cuma 15 kali sehari sahaja secara puratanya. Cerianya kanak-kanak itu. Untuk kita-kita aje! Tapi kalau kita fikir balik memang logik pun. Diorang manalah ada masalah macam awak yang dah dewasa. Mana ada nak fikir pasal masalah tempat kerja, bos garang, bos kedekut, bos suka ngurat seketeri dia, sewa rumah, bil telefon, loan kereta, loan PTPTN. Tu belum kira kalau isteri gila shopping. Lampin anak susu anak. Kalau ada skandal? Sudah! Cerita tentang skandal diharamkan dalam entry ni. Seronoknya jadi kanak-kanak kan?

Tapi orang dewasa macam awak? Banyaknya benda nak fikir kan. Sampaikan kadang-kadang kita takde masa untuk diri sendiri. Apa lagi masa untuk orang lain. Sampai kita lupa macam mana nak ketawa. Kita lupa untuk hiburkan diri kita sendiri. Kritikal sungguh kalau nak dikira perbezaan kat atas tu. Beratus-ratus jarak dan bezanya. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Sebab kadang-kadang saya sendiri ketawa tak sampai 15 kali sehari. Errr~

Adam & Emma


Ini babak daripada filem No Strings Attached. Filem romantik. Satu genre filem yang saya suka. Come on. English punya romantik lain okay. Bukan macam hindustan atau cerita kita. Asyik cerita pasal kau kaya aku miskin lepas tu mak kau tak bagi kita kawan lepas tu dia nak kawinkan kau dengan anak orang kaya yang lain sebab kita tak sedarjat. Aku bukan anak Tan Sri, aku bukan anak Datuk. Aku cuma cucu kepada atuk. Atau mungkin sebab depan nama aku takde Syed Syarifah, Tengku Tengkujah. Lepas tu kereta kau semua mewah dan mahal. Aku pakai kelisa je. Kau bos besar kat syarikat tapi aku cuma kerani atau penjaga tol atau hanya seorang penjual pisang goreng. Duh~

Filem kat atas tu memang agak terlebih romantik lah jugak. Tidak sesuai ditonton oleh insan-insan yang belum cukup umur dan belum berkahwin. Dibimbangi boleh memberikan tekanan perasaan sehingga rasa macam nak kahwin petang ni jugak. Cerita tentang keegoan seorang wanita yang cuba untuk menolak perasaan yang dia ada. Sebab takut kecewa mungkin. Atau takutkan sebuah komitmen. Tapi akhirnya dia sedar dan terus cari lelaki tu balik. Lepas tu diorang bercinta lah! Tapi sebelum dia sedar tu, apa yang berlaku antara diorang tak perlulah saya cerita. Apakah nama hubungan diorang? Kau tengok sendiri. Just a simple and nice story. But enjoy to watch.

Haa takde pun cerita pasal mak kau kaya abah aku miskin? Tak payah pun nak tunjuk rumah kau ada kolam renang rumah aku cuma ada kolah bilik air? Tak perlu pun nak tayang yang kereta kau ada series kat belakang tapi aku cuma mampu tengok drama bersiri. Ini cerita tentang kasih sayang. Tak kiralah kasih sayang dengan siapa-siapa pun. Kasih sayang tak perlukan itu semua. Cukup dengan apa adanya dan bersyukur.

Monday, July 11, 2011

Jaga-Jaga Cik Salmah


Saya mahu senaraikan siapa yang saya mahu tembak! Kalau saya boleh. Kalau saya mampu. Memang saya nak sangat. Saya nak sangat buh nama diorang dalam entry saya ni. Tapi nama tu semua akan jadi invisible. Awak pejam mata, kelip-kelip mata 89 kali. Awak cuci skrin PC atau laptop awak guna Clorox pun takkan berjaya. Apa pun tak akan nampak. Jaga-jaga Cik Salmah. Nama anda mungkin ada dalam senarai tersebut. Tunggulah hari pembalasannya nanti. Saya akan membalas dendam!

Errr seram tak baca?



Apa Pun Tak Boleh


Kata orang bukan semua masa silam boleh kita kenang. Bukan semua masa silam jugak boleh buat kita senyum dan ketawa. Ini bukan cerita tentang masa silam saja. Tapi juga masa hari ini. Atau lepas ni. Atau lepas tu. Atau esok. Atau lusa. It can be anything.

Orang boleh cakap pada kita. Jangan kenang benda yang dah lepas. Pepatah pun ada cakap 'barang yang lepas jangan dikenang'. P.Ramlee pun pernah nyanyi 'barang yang lepas hai jangan dikenang, kalau dikenang meracun diri'. Itu kata orang. Kata mereka. Kan saya dah bilang. Bercakap memang mudah kecuali bila bercakap keluar emas pastu orang lain yang dapat. Mesti orang tak nak cakap. Nanti rugi orang lain ambik.


Almost. Yes! Almost! Saya sentiasa cuba untuk menerima kenyataan tentang itu. Saya cuba untuk tidak memikirkan tentang itu. Tapi saya gagal. Macam dalam gambar yang pertama kat atas tu. Saya rasa saya patut berhenti daripada fikirkan semua tu tapi saya, awak dan dia tahu yang benda tu memang susah. Susah tahu tak? Kau faham apa makna susah? Alah~

Sesusah budak darjah 1 yang baru masuk sekolah sehari lepas tu nak kena jawab soalan SPM budak tingkatan 5. Sesusah Sam Witwicky nak potong tali kat tangan dia yang dia guna untuk korek bijik mata robot Deception. Sesusah mekanik beskal nak tukar Kelisa jadi Vios. Oi ini sudah mengarut. Tapi mengarut ada makna. Sekian.

Apa pun tak boleh.

Mata Empat

Macam spec saya. Tapi saya lupa saya letak kat mana. Ada makhluk Tuhan yang tak seksi telah merembat lepas tu tak pulang kat tempat asal. Saya bukan collector jenama ni. Saya bukan collector spec apa-apa jenama pun. Cuma bila nampak gambar ni kat tumblr siapa ntah saya terus copy image URL dia. Maksud disebalik entry ni? Atau maksud disebalik spec? Atau mungkin maksud disebalik jenama? Atau maksud disebalik collector spec jenama ni? Aihh perlu ke saya bagitahu? Cukuplah kalau saya kata Biarlah Rahsia. Saya mahu awak senyum. Itu saja.

Hitam Putih Kehidupan

Saya tak sekuat itu untuk jadi seperti itu. Mungkin orang lain akan kata saya seorang wanita yang kuat dan tabah. Wanita besi yang pernah berkuku besi. Satu waktu dahulu. Saya cuba berubah demi orang yang saya sayang. Apa yang saya mampu. Tapi mampukah saya untuk jadi seperti ayat di atas? Menjadikan kepahitan sebagai satu kemanisan. Menjadikan kegagalan sebagai punca kejayaan. Menjadikan air mata sebagai senyuman.

Terima kasih untuk masa silam. Walaupun pahit tapi itu mungkin pengajaran pada diri kita. Mudahnya berkata-kata kan. Hanya yang makan jeruk kelubi saja yang tahu macam mana masamnya jeruk itu. Ngences lagi~

Past Is My Future

Saya tujukan ayat tu pada seseorang. Ya seseorang. Biarlah cuma saya dan Dia je yang tahu siapa dia sebenarnya. Tapi saya pasti dia pun tahu. Dengan sepenuh hati saya tujukan pada dia. Dia adalah SOMEONE. Bukan ANYONE.