Nuffnang Ads

Wednesday, April 15, 2009

BAD MOOD!


Hari ni rasa mcm @#$%^&*^$ sgt! Rasa mcm nak mrh giler! Rasa mcm kena tipu dgn semua org. Aku tak suka la org dah janji beria2 tp pastu tak buat. Dr dulu janji tp tak buat2 sampai skrg. Dlm keadaan skrg ni aku mmg dah ssh nak percaya sape2 lg. Cukupla dgn pengalaman pahit yg jd baru2 ni. Sakitnya tu sampai mati aku akan ingat. Bg aku semua org yg berkenaan cuma pandai menabur janji jer. Ayat manis ckp mcm2 tp auta! Setakat nak amik hati aku nak jaga hati aku nak tackle aku. Tp buatnye tak pun. Hish! Panasnya hati! Aku tak peduli sape pun yg buat aku mcmni. Semua sama jer! Termasukla org yg bg ayat manis mcm2 tp sbnrnya kat hati lain. Huh!

Aku tau nnt mesti ada yg ckp tak perlu la nak marah2. Alah ckp senang la. Cuba diri sndr kena mcmtu. Heee knp la hati aku rasa mcmni? Aku rasa mcm dah takde rasa percaya lg. Mcm dah tanak percayakan sape2 lg! Knp eh ada org bersikap mcmni. Aku jer yg jaga hati org lain. Aku jer yg kena ikut ckp kena mengalah dgn seribu kehendak dan kemahuan org lain. Tp org lain takde pun nak fhm kehendak dan keinginan aku. Unfair!

Aku menci dgn org yg cuma tau nak bg harapan kat org lain tp pastu tak buat pape. Aku menci sgt2! Menci! Menci! Menci! Susah sgt ke nak jaga hati aku ni..? Susah sgt ke..???

Tuesday, April 14, 2009

Kucen!

Mgu lps MsGaijin @ Cikjin blk kg. Sedara aku pangkat cucu kawin. Isk cucu aku kawin? Tp aku plak tak kawin2 lg. Heheheheh. Aku blk lewat sikit ari sabtu tu tggu abis basuh baju. Nak blk tu rutin aku mcm biasa kemas2 baju,punggah brg2 masuk dlm keta. Kakak aku suh bwk blk mesin air kat umah tu kasik kat mak. Bersusah pyh la aku mengangkut masuk dlm keta.

Dlm kemalasan nak blk tu tidak aku sangka yg aku akan menjadi seorang pembunuh! Yaaa aku telah membunuh seekor kucen! Tp aku tak sengaja. Huwaaaa ciannyer dia! Sblm aku gerak tu aku start keta kasik panas enjin. Pastu dr dlm keta tu aku mmg nmpk kucen ni melintas blkg keta aku pastu aku buat derk jerla. Dlm masa yg sama aku perasan parking aku dkt sgt dgn pasu bunga dan dlm hati ni dah terdetik "isk kang aku reverse ni terkena pasu plak kang.." Pastu aku undur jela keta tu pastu aku mcm terasa yg keta aku bergoyang sikit. Dan aku mmg tak terfikir ape pun melainkan "ehh? knp keta aku bergoyang nih? kena pasu ke? alaa abisla calar.." Dan aku pun tak benti terus jela nak jln sbb aku fikir takde pape kot. Sblm nak masuk gear satu tu aku tgkla cermin pndg blkg. Ehhhh??!!! Aku nmpk kucen puteh kelabu tu terlompat2! Tergedik2! Menggelupur mcm ayam kena sembelih! Yg paling aku takjub tu kucen tu bole melompat setinggi bumbung keta. Sbb tu aku bole nmpk dia dr cermin pndg blkg. Isk masa tuela aku teringat yg keta aku bergoyang tu rupanya sbb aku telah melenyek kucen tersebut! Dah panik mcmtu aku terus jln jerla. Aku tak tau nak buat ape dah. Pastu aku terus nangis. Wuuuu..wuuu..wuuuu~~ Serius nih! Masa tu menggigil je tgn nih. Terbayang2 mcmane kucen tu menggelupur terlompat2. Aku nmpk kepala dia berdarah2 pastu mcm ada mende tersembul ntah telinga ke ntah otak ke aku pun tak tau. Aku tanak tgk lama2. Heee jahatnye aku nih! Tp aku tak sengaja. Sampai2 kg aku cite dgn mak aku pastu aku tanyela "mak,nnt kat sana nor kena kira bulu kucen tak?" Mak aku tercengang2 jer. Eee rasa mcm ade darah je tgn aku ni tau. Terbayang2 laaaa.. Huhuhu..

Blk shah alam tu aku tgk dah takde pape pun kat dpn umah aku. Mesti org sblh aku dah tlg kebumikan kucen tu. Aku pun tak sure tu kucen sape sbb byk sgt kucen kat perumahan tu. Huhu pastu ada org bising ckp knp tak patah blk selamatkan kucen tu bwk pegi klinik kucen. Erkkk aku tgh menggelabah ketakutan kengerian mcmtu mmg tak fikir ke situ plak. Ampunkan cikjin ye kucennn..

Cian sgt kucen tu. Alaaa cikjin tak sengaja la meow. Cikjin mntk maap laaaa.. :'(


Gambar Sekadar Hiasan


Tuesday, April 7, 2009

F1 Circuit, Sepang

Ari ahad lps aku plan nak pegi Kompleks PKNS ngan JJ Bkt Raja nak suping jeans. Tp pagi2 buta kakak aku dah tel suh aku dtg umah dia utk tolong abg aku amikkan keta kat stor laki dia. Aduuuuu aku dahla penat giler seharian suping dgn 'my sayang'. Da nite b4 pegi JJ Bkt Tinggi karaoke sampai lebam. Tgh mamai2 nak mandi tu tiba2 abg aku tel tanya kalau aku nak ikut dia pegi tgk F1 kat Sepang. Errr? Ni yg dah rasa berbelah bagi ni. Dia ckp kalau aku tanak dia ajak kwn dia. Ciss tak bole jd ni. Dia hasut aku ckp tiket bkn murah n senang dpt. Aku pun terus ckp nak ikut. Cpt2 mandi n siap2 pegi Seksyen 7. Blum pkl 11 kitorg dah terpacak kat sana. Pusing2 tgk baju, tgk keta, tgk gadis. Hihihihi. Aku ingatkan dah nak start tp rupa2nya pkl 5 baru F1 start! Adehhhh lama giler nak tggu! Dahla tiket kitorg kena separate. Abg ipar aku ade projek baekk punyer kat litar sepang tu then ada sorg Datuk tu kwn dia then bg tiket free. Bg plak tak tgk dulu. Tgk2 tiket tu lain2 plak. 2 tiket grand stand RM1500 pastu yg lg 2 tike grand stand RM500. Alamakk tak bole masuk skali la. Bdk2 kecik tu tanak ngalah plak pegi yg kat RM500. Kitorg kalau bole nak duk yg kat RM1500 barula best. Seat btul2 kat starting point tu. Aduhaaiiiii frust giler! Pkl 2 tu kitorg pegila kat Gate F naik bus yg dorg sediakan. Giler jauh dr gate utama. Dr parking keta lgla berkilo2 meter dia. Tp bila sampai kat Gate F tu rupenye kat area parking keta kitorg kat PF. Sampai2 aku dgn abg aku terus pegi carik mknn. Huh lapar! Beli air yg mahal nak giler sampai 5 hengget dia bubuh. Burger satu RM10 mcmla aku mkn burger daging kuda babylon! Sementara tggu pkl 5 tu ada 2 race yg aku pun tak tau dr mana. Layan jerla. Sakit tinger aku wehhh. Bingit giler munyik keta2 tu. Tp mmg best sbb 1st time aku pegi tgk F1 tu. Tp tension la kan sbb game tak abis. Dlm separuh pusingan dah kena stop sbb cuaca tak mengizinkan. Hujan lebat sgt. Dgn aku2 sekali lencun kena ujan sblm tu. Ingat nak tggu la kot2 dia smbg race tp bila kitorg tgk kat skrin tu masing2 dah kuar dr keta then siap dah tukar baju pakai t-shirt n short kitorg pun terus blah. Frust la jgk sbb race tak fight lngsung. Tak btul2 compete. But its ok. Da experience tu yg penting. Heheheh. Ok,here the pictures..!

Bangga? Mestilah. Melihat bendera Malaysia di situ.


Abg ngan anak2 buah aku.


Dorg baru panas enjin then nak beratur blk.


Mmg laju tak hengat punyer!


Heheheh. Saje je amik gamba keta Hamilton yg jauh tercicir kat blkg nih. Tp siyes ssh giler nak amik gamba keta2 tu. Laju sgt! Bila aku snap pastu tgk tggl jalan jer. Keta dah ilang. Hahahah.

Kehebatan Mereka

Hari tu bos aku suh aku potostet satu fail ni. Sambil tggu mesin tu running aku tertarik dgn 2 helaian kertas yg ada. Aku amik dan potostet satu salinan utk aku. Sgt menarik!


TUN HUSSEIN ONN
di Kongress Ekonomi Bumiputera
di UTM Kuala Lumpur - 1 Jun 1980


Kita mesti lebih mengutamakan masa depan negara serta mementingkan keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan rakyat. Dasar Ekonomi Baru memang telah dirangka dan digubal sedemikian rupa bagi mencapai perpaduan negara yang berkaitan. Tiap-tiap rakyat mestilah menjayakan diri sendiri. Sekiranya huru-hara dan perkara yang tidak diingini berlaku, siapakah yang akan rugi dan yang akan menanggung akibatnya?


TUN ABDUL RAZAK
Dewan Rakyat 1971
Petikan buku TUN RAZAK PUTERA TITIWANGSA


Saya yakin bahawa tidak seorang pun rakyat yang taat setia suka melihat bahawa perkara keduukan Raja-Raja itu menjadi bahan perbahasan dalam gelanggang politik. Inilah perkara-perkara yang termaktub di dalam perlembagaan kita yang boleh disifatkan sebagai soal-soal yang sensitif yang mesti dilarang siapa-siapa jua pun mengadakan perbincangan awam mengenai dengannya iaitu perkara-perkara yang bole digunakan oleh anasir-anasir untuk merosakkan perpaduan rakyat.


Bangga? Mestilah. Walau mcmana sekalipun mereka berdua tetap pernah menjadi pemimpin kita satu masa dulu. Mereka adalah pemimpin-pemimpin kita yg sgt hebat! Takkan terbanding dgn yg skrg2 ni. Pd aku la kan. Aku suka sgt dgn Tun Abdul Razak. Knp? Sbb nama atuk aku Abdul Razak! Heheheheheh dulu aku suka eksen ckp Tun Abdul Razak tu atuk aku. Eleh biarla aku nak perasan punnnn..! Ngeee~~~ Sbnrnya artikel2 ni aku amik dr buku skrip yang akan digunakan utk kempen Malaysia Perkasa bln Mei ni dan akan diarahkan oleh Meor Hashim Manap. Kenal? Dia salah seorang pelakon / pengarah kat Malaysia ni. Acara tu akan dilaksanakan di KLCC pd 10 Mei 2009 kalau tak silap. Kalau tak menyusahkan aku,aku nak pegi jgk! Syg Malaysia tau..

Balik lambat.. Huhuh!

Dah pkl 5.55 ptg. Aku masih kat ofis lg. Knp? Pelik kan sbb selalunye time nih aku tgh baekkk punyer tido dlm komuter. Tp apakan daya aku ada bengkel fail meja kat ofis nih. Tp aku mls nak join. Aku kena tggu je dorg meeting dlm bilik tu. Takpela sbb td cek mat ckp nak suh driver antakan aku blk. Feel like a princess! Huhuhu wink2! ~~ siap la kalau dorg tak jadik nak anta aku! Huh! Aku cikik-cikik cek mat tu!

Hari ni rasa boring sgt. Pg td sepatutnya ada meeting tp tunda ke pkl 12.30. Tu yg bengkel fail meja nih jd tunda sampai ke ptg. Tgh meeting td rasa ngantuk sgt. Tp terpaksa tahan jerla sbb aku catit minit. Takkan nak tido lg plak. Kang ada lg catatan minit terlampau "cari mee udang yg lazat". Hahahahah sengal la aku nih! Tp meeting kali ni best sbb kejap jer. Pastu kena puji dgn bos. Dia ckp
keje aku setakat ni ok and seorang manusia yg cpt belajar. Komen yg biasa didgr. Ihikss! (Heppp tak baik riak..!) Skrg ni kan aku kena duk ofis jer so kat sini jerla aku bole prove performance aku pd keje. Bknkah MsGaijin mmg terer bab2 admin ni sejak dr zaman dulu lg? Eheheh weeee~~~ Pastu yg lg best bos suh mntk sorg PT N17 masuk ofis nih. Dgn selambenyer aku ckp dgn bos kedua aku "saye sokong!". Hahahah pastu dia sound aku "hah nak larik dr keje la tu!". Aku buat bodo sambil tersengeh2. Huhuhuhuhu. Bkn apela kan,sekurang2nya aku bole ikut dorg outstation lps nih. Penat je aku beli seluar dgn kemeja tiap2 kali lps gaji. Khas utk attire time kuar tu. Yerla takkan nak pakai baju kurung plak keje sampai 1-2 pagi. Pastu bole jgk carik duit lbh. Skrg kena fikir psl duit jer. Mana nak fikir bln 6 mana nak fikir majlis. Sume tu kena pakai duit. Usaha la!

Rindu.. Erm pd siapa? Pd dia. Masa sgt2 mencemburui aku. Haihhhh! Terlalu singkat masa yg diberikan. Tp takpelah. Bkn sng nak mengajar hati utk jd lbh memahami. Apa lg dia masih baru aku kenal. Seiring dgn usia aku bekerja kat sini. Masih baru lg. Tp rindu dan syg pd dia bagaikan sudah wujud sejak aku blum terlihat di dunia ini. (indahnye bila aku berkata-kata =P..)

Tuesday, March 31, 2009

Lif Oh Lif

Hari ni 30hb Mac 2009. Pagi2 lg aku dah melalui satu peristiwa yg sgt2 best! Aku terperangkap dlm lif hari ni. Huh. Pengalaman pertama aku dan yg takkan aku lupakan. Tp bila ingat blk rasa kelakar sgt. Mula2 sampai kat bwh sime darby tu aku dah nmpk satu lif tu ready nak naik tp aku malasla nak beria2 sgt terkejar2. Aku bgla lif tu naik dulu baru aku tekan punat up tu. Terbukakla satu pintu lif yg lain ni then aku pun masuk. "Eh aku sorg2 je yg nak naik? Ermm takpela lg best sorg2." Cewahh konon2 nak eksen la tu dpt naik lif sorg2. Aku pun dgn confident nye tekan la punat tgkt 11. Tak sampai 2 saat tiba2 lif terbenti and stuck. Aku terkesima sekejap. Pastu tiba2 pintu lif tu terbukak sikit. Just nmpk dinding jer. Fuhhh mcm2 yg aku terfikir time tu. "Err aku ni dlm keadaan terperangkap dlm lif ke nih? Ke aku tgh bermimpi?"Aku terus menggelabah giler. Wehh aku dahla sorg2 dlm lif tu. Aku pun terpusing2 dlm lif tu mcm org giler. Hahahah siyes menggelabah tak hengat. Tp yg kelakar tu bila tgk pintu tu terbukak aku bole intai dan terfikir "Ohh mcmni rupanya rupa dinding kat luar lif. Baru aku tau." Pastu siap terfikir mcmni agaknye keadaan org yg terperangkap dlm lif yg selalu aku tgk dlm tv tu. Dah tu aku jd blur tak tau nak buat ape pastu tiba2 aku tingat kalau dlm cite2 tu selalu kalau lif stuck dia tekan loceng. Aku pun menggelupur carik button loceng pastu aku tekanla. Aku tekan byk2 kali dlm keadaan ketakutan (hahahahah..). Pastu tiba2 ada suara. "Hoh sape plak ni? Mcmane dia bole berckp dlm lif ni?" Aku tercarik2 dr manakah dtgnya suara tersebut. "Hantu kah? Ohh penyelamat aku rupanya!" Pastu org tu tanya aku kat lif yg mana. Aku ckpla manala aku tau sbb aku dlm lif. Dlm lif ni mana tulis number. Number dia kat tgkt G nun. Pastu dia ckp "Sabar ye. Sabar. Sabar" ~~ "Ciss aku tgh menggelabah tahap gaban ni mcmana nak sabar? Kang kalau tak bole kuar sampai 8 hari mcmane?" Pakcik tu plak tak abis2 suh aku sabar. Yela2 aku sabar. Mula2 dia suh aku tekan button tgkt 11 tp tak bole. Pastu dia buat lif tu turun G blk. Aku siap pose baik punye sblm pintu lif tu terbukak. Siap tgk cermin kat dinding lif tu pastu sengeh sorg2. Tgk muka sndr yg kecuakan dek kerana terperangkap dlm lif. Bukak2 je 2 org tukang lif dah tggu aku sambil tersengeh2. Aku dahla malu gile tp nak cover malu punya psl aku pun sengeh jerla ngeeee~~. Ada bape org lain kat luar tu pun senyum2 jer tgkkan aku. Cissss~~ Pastu aku pun terus naik lif yg lain. Dlm lif tu aku mmg tahan nak gelak jer. Debo hati dahla tak ilang lg. Kuar je dr lif kat tgkt 11 aku terus ketawa. Adoilaaa mcmanela aku bole kena mcmtu. Tp best gak rasa sbb pengalaman kali pertama tu. Rasa mcm dlm filem plak. Hahahahah. Sampai skrg aku nak tergelak kalau ingat blk. Mcm sengal jer rasa. Huhuhuhu~~

Moral of the story? Dah tak pyh nak moral2. Buat aku hangen jer. Hoh..!

Tuesday, March 24, 2009

Balloon Fiesta 2009























22 Mac 2009 ~ aku,jedah ngan naz pegi Putrajaya nak tgk balloon fiesta..pagi2 lg dah bgn punyela semangat nak pegi tgk..sblm terus ke Putrajaya tu aku singgah umah dulu tukar baju..gile panas2 nnt nak pakai short sleeve..itamla tgn aku..sampai2 sana tu dlm pkl 11 lbh..mak aiii ramainye org..sana org sini org..situ org sinun org..belon? eh mane belon? takde belon pun? btul ke tmpt belon ni? si jedah plak pegi petik jgn2 ni family day mane2 company..hek elehh takkanla family day org bertempiaran mcmni..dahla ramai gile org..ada yg kumpul kat satu2 tmpt..ingatkan ape rupanya tgh beli belon yg kecik2 tu..laaaa mcmtu pun nak berebut..ntah pape ntah dorg ni..pastu kitorg pun jln2 la tgk ada jual apa kat situ..ingatkan nak carik apa2 souvenir yg ada tulis fiesta balloon..takat yg biasa2 tu buat ape..kat kedai tepi jln pun ada jual..aku carik punye carik punye carik..hahhh nmpk tuala! dia ada sulam tulis2 fiesta balloon 2009..okla ni..murah plak tu..beli 2 RM15 jer..pastu mamat tu ckp bole tulis nama la plak..hah lgla aku teruja..nak buat! nak buat! nak buat! ingatkan nak letak nama lain2..tp akhirnya aku decide utk letak dua2 nama sekali..barula cunnn..huhuhu suka! suka! suka! dah decide kaler benang sume kakak tu suh jln2 dulu sbb lama lg baru siap..ramai org nak tulis nama jgk..mula2 tu amik towel tu satu coklat satu putih..
pastu tgh jln tu tiba2 terfikir "eh knp aku nak buat lain2 ek? buatla sama kaler barula lawa.." aku pun terus patah blk pegi kedai tu..sblm tu aku tel la dia dulu tanya nak coklat ke putih..tercengang2 dia tiba2 aku tel tanye suka yg mana..pelik je..huhuhu..dlm hati ni doa dia pilih kaler putih..fuhh nasib baik dia pun decide putih..tp aku tak bgtaula knp aku tanya walaupun dia sibuk dok tanya..bdk berdua tu plak tggu kat keta jer..

tp panas terik btul Putrajaya ari ahad tu..mula2 aku pakai sandal je..tp pastu aku risau kaki aku itam aku tukar pakai kasut..barula selesa jln..pastu pkl 1.15 plak nak naik lake cruise..wuuu bestnye naik bot! dah lps naik bot kitorg pegila amik towel aku tu..dah siap! ngeeee canteknye! mesti dia suka..pastu tiba2 dpt info yg belon panas akan naik dlm pkl 5.30 / 6.00 ptg sampai maghrib..hohh??!! skrg baru pkl 2.30! aduuuu lamanya nak tggu..ermm mmg tak dpt la..kitorg decide terus blk jer..aku pun ada plan lain ni nak pegi pkns plak..naz membebel frust tak dpt tgk..tp nak buat mcmana..lg 3 jam nak tggu tak sggp aku..kalau kitorg tau awal2 schedule dia mmg aku pegi lmbt tp malangnya kitorg tak tau..so kitorg blah n terus menghala ke shah alam..tp sblm tu kitorg beli belon jgk! yahoo bestnye..tak dpt belon tp beli pun oklaaaa...kat entry ni aku masukkan sekali gamba2 aku kat Putrajaya tu..dan belon MinnieMouse aku..yeayyyy..

Sunday, March 22, 2009

Cerita

22 Mac 2009
00.47 am

Mata tak ngantuk lg. Tp esok plan nak bgn awal. Konon2 nak pegi Putrajaya tgk pameran belon udara. Tp mcm byk sgt mslh plak. So still not sure yet. Tak kisahla pegi ke tak. Nak tido tp tgh tggu dia. Dia ckp tgh main game. Hmmm game lg best kot. Takpela,its all about time. Masa yg aku bg lbh dr yg dia nak. Ruang? Lbh dr tu. Kdg2? Jarang2? Mmg perlu tp knp mesti stp hari eh? Sesekali rasa mcm terabai. Beban sgt rasanya tp nak buat mcmana. Kena terima.

Cuti mgu ni agak membosankan. Sgt2 membosankan sbnrnya. Feel so empty inside. Seriously. Ada satu kekosongan yg tak terlihat dgn mata kasar dlm diri. Tp demi memenuhi permintaan dan kehendak org,ini lah yg aku terpaksa turutkan. Mencari berus lukisan utk kanvas hidup kita bknnya senang. Kdg2 walaupun hasilnya berwarna-warni tak semestinya corak tu yg kita mahu. Tak semestinya warna tu yg kita nak. Tp oleh kerana itulah pilihan kita,lg sekali kenala terima. Haiii.. Niela kehidupan kan? Apa yg kita nakkan tak semestinya tu yg kita dpt. Unfair? Kdg2 rasa jgk mcmtu tp mungkin ni jln hidup kita.

Pedih plak mata ni. Cuti tggl sehari je. Aduuu rasa mcm tak cukupla. Kan best kalau cuti lama2. Tp mana bole kan? Keje ttp keje. Tmbh plak skrg ni aku kena fokus pd byk benda. Sampai mkn minum pun lupa. Bole tak pernah sampai 2 hari aku tak sentuh pape. Tak mkn tak minum. Lngsung tak sedar pun psl tu. Yg aku perasan bila aku minum lps 2 hari tu sekali sedut je air yogurt tu abis! Ehhh masa tu barula aku sedar betapa hausnya tekak ni. Huhuhu teruknya! Busy sgt ke keje aku? Bole tahan la tp mungkin ada benda lain yg mengganggu ketenangan hati. Tp takpela. Abaikan jer. Buat sakit hati je ingat blk. =)

Kena mrh sbb tak mkn? Uuuu dah selalu sgt dah. Yg baru2 ni pun kena jgk tp nak buat mcmana. Aku mmg tak sedar. Yg pasti berat aku mesti dah turun! Yes! Yes! Ari tu kwn2 aku dtg ofis. Sorg tu tegur aku nmpk cengkung dan makin kurus. Then dia ckp muka aku nmpk tak bermaya sgt. Oh really? Ada rasa suka tp bila fikir blk ada rasa sayu dlm hati ni. Tak bermaya? Cengkung? Muka nmpk letih? Tuela aku sepanjang mgu ni kot. Tak cukup tido n tak cukup rehat. Sian sgt rasanya dgn bdn sndr tp benda2 tu semua aku tak paksa2 pun. Tau2 je org dah nmpk keadaan aku mcmtu. Ala takpela janji berat bdn aku turun. Best kan?

Thursday, March 19, 2009

Pengangkutan Kita

Semlm 18 Mac 2009, tren pertama komuter jam 5.35 pagi dr pelabuhan klang dibatalkan. Tak tau apa sbb musababnya. Aku dgr pun dr announcement je. Aku buat derk jela sbb tren aku pkl 5.55 pagi. Tu pun lmbt sikit sampainya. Naik2 jer aku tak fikir ape dah. Terus melelapkan mata jela. Sambil aku buat head banging tersengguk2 tu tiba2 aku dgr ada org kecoh2. Masa tu kalau tak salah aku kat stesen Pantai Dalam. "Isk apela bising2 ni. Org nak tido pun tak bole tau."

Aku tak tgk pun sbb bila aku bukak mata je makk aiii penuhnya tren ni. So kalau aku intai2 pun mmg tak nmpk la sape yg buat kecoh tu. Aku cuma dgrkan jela pergaduhan tu. Puncanya? Mcm biasa la kalau tren cancel sape2 yg naik lps stesen Subang biasanya akan bole tgk jela pintu tren tu terbukak tertutup. Sbb org mmg crowded gila. Kalau bole nyelit pun mesti ada jgk yg tercicir tak dpt naik. So at that time dah sampai kat Pantai Dalam plak mmg jgn harapla nak dpt naik. Antara yg aku dgr?


Lelaki A : Eh sudahlah! Jgnla tolak2 lg. Sudah tak bole masukla weh!
Lelaki B : Masukla sikit. Sy mau naik!
Lelaki A : Mcmana mau masuk?! Org dlm tak nak penuhkan yg tgh2!
Lelaki B : Sape dorg tu?!
Lelaki A : Dorg la!!
Lelaki B : Yg u mrh2 sy apsal bai?!
Lelaki A : Siapa mrh u?!
Lelaki B : Abis tu yg u mrh2 sy knp? Kecoh ar lu bai!!
Lelaki A : U la kecoh!
Lelaki B : Argh pegi mampus la lu bai!!
Lelaki A : U la pegi mampus!

Ermm lbh kurang mcmtu la dialog dorg. Telan air liur jgkla dgr tu. Bangsa? Ermm sensitif tak bole kasitau tp sorg tu org melayu. Isk memalukan aku org melayu jerla. Dahla tu yg mula2 berkasar tu org kita plak tu. Adehhh! Psl tren pun bole gaduh ke? Dah tak bole tu dahla. Tggu jela next tren. Dahla jd tu kat gerabak aku. Risau je kang kalau dia bertumbuk kat situ. Aku nyuruk bwh kerusi ar. Sy tak salah cek! Sy tak tau pape! Kihkihkih.. Dan secara automatiknya mata aku yg ngantuk tu terus segar bugar. Huh! Dah tak bole tido dah tau. Ermm takpela dah nak sampai dah pun.

Kesimpulannya? Aku pun tak tau nak simpulkan mcmana. Sikap ke? Tp bkn salah dorg tren tu lmbt. Salah tren? Tren tu tak tau papela wehh. Salah sape ek? Aku rasa tak perlu la nak menuding jari pd sesiapa kot. Kalau tren la yg menjadi punca maka siapakah owner kpd tren tu? Haa itulah dia! Sepatutnya pembatalan tren tak patut berlaku pd waktu2 kemuncak mcmtu. Cthnya time pergi kerja dan blk kerja. Kalau nak batalkan skalipun batalkan la time tghari ker tgh mlm ker. Org tak ramai nak naik. Dan yg aku pun jd bengang ptg smlm pun tren batal jgk?! Ciskek btul la. Time dia? Time kemuncak org blk kerja. Heee aku tak taula apa mslh company tu. Dan nak kasik aku lg bengang pg td pun tren pertama batal? So skrg ni kita nak blame sape? Kalau sesekali takpela kan. Mungkin adala hal2 yg tak dpt nak dielakkan. Tp ni dahla pg ptg pastu dah 2 hari berturut2 plak tu. Sape tak bengang. Dah tau mcmtu carila jln penyelesaian utk solve problem tu. Jgnla melampau sgt sampai menyusahkan org lain. Kita naik bkn free. Byr tau. Tet tit tut touch n go aku munyik hari2.

Kpd company tuela kan. Perlukah kami pengguna2 komuter ni mencabut, menjual atau menjahanamkan rel ketapi anda sbg tanda protes?

Monday, March 16, 2009

Kebodohan!


KUALA LUMPUR - Mungkinkah tempat pembuangan sampah di Flat AU 3/1 di Taman Keramat dekat Ampang di sini dijadikan lokasi pembuangan mayat bayi?

Semalam polis menemui satu mayat bayi lelaki dan satu janin yang belum cukup sifatnya di dalam dua beg plastik.

Mayat dan janin itu dibuang di tempat pembuangan sampah di blok 13 kawasan perumahan itu.

Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu dibungkus dengan menggunakan kertas surat khabar sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik.

Mayat itu ditemui seorang pemandu lori yang hairan setelah melihat bungkusan tersebut ketika dia mahu membuang sampah ke tempat pembuangan sampah di situ pada pukul 8.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pemandu lori tersebut kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama unit forensik dihantar dan selepas pemeriksaan dibuat polis turut menemui satu janin yang dimasukkan ke dalam plastik lain.

"Janin dan mayat bayi lelaki itu dipercayai dibuang oleh orang sama,'' kata beliau.

Mayat bayi dan janin itu dipercayai dibuang kurang daripada 24 jam sebelum ia ditemui.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terkedu. Perasaan tu dtg blk. Ermm siyes aku tak bole baca citer2 psl buang bayi ni. Ada satu rasa yg lain mcm bila baca tu. Knp? Ermm mungkin sbb aku sukakan bdk2 kot. Suka baby yg comel2. Aku tak tau nak ckp apa bila tgk ada berita2 mcmni. Ssh nak komen. Tak taula knp. Apa agaknya yg ada dlm fikiran,hati dan perasaan manusia2 ni masa buat benda tu semua????