Nuffnang Ads

Wednesday, October 7, 2009

Dalam Setiap Masalah Sebenarnya Ada Peluang

Ada satu ayat yg agak memotivasikan diri ini. Semlm. Bos ketiga aku mengajak sarapan pg bersama. Agak malas dan takde mood sbnrnya. Selera pun bkn ada. Tp aku pernah dipesan kalau bos ajak kuar mkn atau minum jgn terlalu kerap menolak. Sesekali kena diikut. Maka aku pun ikut jerla. Sepanjang mkn dia menasihati aku. Ttg kerja. Ttg masa dpn. Ttg kejayaan. Ttg diri sndr. Kdg2 aku perlu mementingkan diri sndr. Utk kebaikan aku, bkn utk menjatuhkan pihak lain. Aku perlu memajukan diri. Bkn di tahap ini sampai bila2. Peluang aku adalah di sini. Segala2nya ada berhampiran. Namun rasa hati ttp aku pertahankan didlm diam. Mana mungkin dia mengerti apa yg aku rasa.

Ada satu ayat yg diberikan pd aku. Aku agak terfikir dan berfikir. Katanya "Fazlina, dalam setiap masalah tu sbnrnya ada peluang. Cuma kita ni nmpk dgn tak. Sedar atau tak sedar je." Aku diam dan senyum. Dlm hati dlm fikiran agak terganggu. Dlm masalah ada peluang? Kalau ingin aku huraikan ttg masalah yg melewati hidup aku sejak akhir2 ni pasti ramai yg mengatakan ini adalah satu peluang. Pengalaman dan pengajaran. Drpd masalah itu juga mungkin adalah satu peluang utk aku memajukan diri. Utk ttp dan kekal di sini. Membina hidup yg lbh baik. Mencari peluang utk terus bertapak. Utk melangkah dan terbang lbh tggi. Meninggalkan sesiapa saja jauh ke blkg. Membuktikan bahawa kemajuan dan kejayaan itu mampu aku capai walaupun setelah melalui kekecewaan yg terlalu. Tp itukah yg aku mahu? Mmg aku mahu berjaya. Tp utk melupakan insan yg teramat2 aku sayangi bkn agenda dlm hidup aku skrg. Biarpun aku dipaksa tp hati ttp tidak rela. Aku mahu bersama-samanya. Susah dan senang, suka dan duka, perit jerih dan segala kepayahan. Aku mahu mengharunginya bersama. Namun, mampukah aku?

Berbalik kpd ayat tersebut. Mmg kita manusia menganggap stp masalah itu adalah satu beban. Bila kita dah ada masalah kita akan give up dan fed up. Kita tak berusaha utk menyelesaikan masalah tu. Terlalu mudah utk goyah dgn dugaan dan ujian yg datang. Kemudian lari drpd berhadapan dgn masalah tu sedangkan sepatutnya kita tempuh semua dugaan dan berusaha utk memperbetulkan keadaan. Kita sepatutnya cari peluang tu. Peluang utk muhasabah diri. Peluang utk memperbetulkan kekhilafan diri. Salah dan silap diri kita. Inilah peluang kita utk mencari di mana silapnya kita selama ni dan mengubah diri kita utk jd yg lbh baik. Kalau kita tak buat silap kita takkan tau apa yg perlu diperbetulkan dgn diri kita. Ttg soal kerja. Mungkin masalah kerja yg dtg baru2 ni mampu mengubah aku utk jd pekerja yg lbh baik kan? Kalau aku tak buat salah bos takkan tegur dan aku pun tak tau yg sbnrnya selama ni aku dah buat silap. Kat situla peluang aku utk mengubah kesilapan kpd kejayaan. Bos aku ckp "carilah peluang tu farz..naikkan diri kamu..tonjolkan kebolehan kamu..buktikan pd org lain.." Oh mudahnya kau berkata bos. Berikan aku masa dan peluang itu. Sptmana aku sering meminta pd dia. Berikan masa dan peluang pd kita. Kerana masa dan peluang kita tak pernah sempurna. Masa dan peluang kita tak pernah diberi atau digunakan sebaik2nya. Kesabaran kita terlalu rapuh dlm mengharungi perhubungan ini. Mungkin kita lupa ttg janji utk saling berpaut tgn dlm menempuh dugaan ini bersama. Jgn biarkan ianya terlerai mahupun longgar dgn ujian yg sekadar mahu menduga. Mungkin cinta dan kasih sayang kita belum cukup hebat. Hmmm.

Aku percaya apa saja yg dtg mengetuk pintu kehidupan kita pasti ada sebab. Pasti ada hikmahnya. Kita cuma perlu memohon kekuatan dan ketabahan hati. Dlm godaan syaitan yg senantiasa berbisik menghasut utk menghanyutkan aku dr jalanMu yg lurus, kadangkala aku tertewas juga. Namun doa yg tidak pernah putus sering aku panjatkan padaMu agar Kau sering melindungi aku. Memberikan yg terbaik selepas aku gagal. Menganugerahkan bahagia selepas aku melalui kekecewaan. Melimpahkan gembira selepas aku berduka.

Cerita Bosan

Hari ni 7 Oktober 2009. Hari lahir Anor (promote nama dia kat sini..). Mlm td dah sms wish birthday. Selamat Hari Tua kpd beliau. Pg td rutin bermula spt biasa. Jam 5.15 alarm berbunyi tp aku dok snooze. Uikss cpt2 bgn bila aku teringat yg aku blum iron baju pun lg. Haihhh mengantuknya mata hari ni. Tuela dok ym lg tak abis2. Pdn muka. Nak tel kwn aku ajak sembang tp mcm awal sgt la plak dok kacau dia pg2 buta mcmtu. Dlm perjalanan ke ofis ari ni aku berjumpa dgn 2 kemalangan. Yg pertama dkt highway baru area sek.19. Tgh mengantuk2 tu tiba2 keta dpn benti. Tgk2 ada org dah tersandar kat divider tepi tu. Aku tak pastila keta langgar dia atau apa. Sian dia pg2 dah eksiden. Aku cuma mampu memandang saja. Yg kedua plak kat highway kesas. Dlm 5 minit slps melalui tol batu 3. Eksiden keta kot tp tak bape nmpk la mcmana sbb still gelap lg. Yg aku hangin tu sume keta dok benti nak tgk. Kan dah kata kalau ada eksiden tak pyhla dok tgk2. Lainla kalau kat lorong yg sama ke. Ni yg eksiden lorong blah ke Shah Alam tp yg menghala ke KL pun ikut jam jgk sbb sume sibuk la nak benti nak tgk. Haihhhhh. Tuela org kata nak prihatin tp tak bertempat. Pastu kan lately ni aku selalu terbayangkan eksiden. Tak tau knp. Ada rasa risau yg bersarang di hati. Sbb dulu masa aku selalu terbayang2 mcmtu tak lama tu mesti aku eksiden. Sbb tu skrg ni bila aku terbayang2 benda2 gitu je mesti aku cpt2 buang fikiran tu pastu fikir benda lain. Menakutkan.

Sampai parking blum pkl 7. Mmg aku pekerja yg berdedikasi. Naik ke tgkt 11 melihat pintu ofis aku yg masih blum dibuka. Tgk pintu 11 barat tmpt aku punch card hari2. Aikk??? Tak bukak jgk lg? Hmm masuk ofis dulu la jwbnya. Dah 20 minit baru nmpk Angeline dtg bukak pintu. Cpt2 pegi punch card! Sampai pkl 7 tp punch card pkl 7.20. Okla tu janji tak lbh dr 7.30. Hari ni aku seorang saja di ofis. Sayunya hati. Rindu kwn2 ofis. Bila sume pegi show mmg aku bosan. Takde yg nak mengusik. Takde kwn nak berborak. Takde lg gelak ketawa. Takde lg aku kena buli. Senyap. Sunyi. Sepi. Ofis ni spt dilanggar garuda. Ada 2 org artis baru lapor diri mgu lps. Dah smgu duk kat ofis ni. Tp tak bole plak nak cope sbb dua2 lelaki pastu mcm tak bole ngam. So aku buat hal aku dorg buat hal dorg.

11.00 pg mata aku makin layu dan sayu. Dgn bangganya aku pun landing kepala aku kat meja pastu aku tido. Ym ke, skype ke, facebook ke yg duk blink2 tu aku biar je. Dah tak larat nak membalas. Dkt sejam gak aku tertido. Cewaahhhh konon TER. Kot kalau ada org dtg ke ape ke sia2 je. Dahla aku dok dpn pintu. Heheheh selamber. Jam 12 aku terjaga sbb hp berbunyi. Alahhhh kacau la kakak aku ni. Tel bertanyakan username n password utk website Malaysia Airlines. Aku jgk yg tlg ingatkan bg pihak dia. Pastu konon nak smbg tido lg tp tanak lelap plak. Apa lgla yg aku nak buat ni yer. Lapar tp takde selera. Nak mkn pun bkn ada kwn. Tak best lngsung nak mkn sorg2. Nak order McD tp aku mcm kesian plak kat org yg hantar tu nnt. Setakat order chicken porridge ngan fillet o fish je mcm tak berbaloi je dia nak anta. Tp aku lapar. Mlm ni aku mahu ke Old Town lg. Aku tak peduli. Aku nak paksa bdk umah aku ikut. Ada aku kisah?? Heheheheheh.

Monday, October 5, 2009

Old Town White Coffee

Old Town White Coffee. Bkn nak promote cafe ni. Tp sejak akhir2 ni aku selalu ke sana utk mengisi perut. Dah bape hari berturut2. Tak kira siang atau mlm. Haihhh betapa aku selalu terkenangkan springy noodle with chicken ham and egg di situ. Fuhh sungguh aku jatuh chenta kpdnya. Ada seseorang yg mengajar aku utk menjamu selera di sana. Old Town pertama yg aku jejak adalah di Kuantan, Pahang. Sarapan? Menunya mmg mknn utk bersarapan tp nak dkt time lunch baru pegi. Huhuhu. 1st menu adalah Prawn Mee. Ermm masa tu rasa mcm okla jgk. Takdela best sgt walaupun yg tukang bwk tu sibuk dok promote kata Old Town tu best. Tp nak jaga hati dia punya psl. Ye ye best best. Layan jerla. Huhuhu. Seterusnya aku pun dah tak ingat Old Town mana lg aku jejak. Terlalu byk. Kat klang, jusco bkt tggi, area pantai dalam, kuantan sekali lg, kota kemuning dan byk lg. Tak kira lunch, dinner mahupun berbuka puasa. Wahhh giler sungguh aku dgn Old Town. Heheheh.

Mlm ni? Aku mahu ke sana lg. Old Town branch Kota Kemuning. Sms berbunyi dan aku saja2 mahu mengajak. Lalu rakan tersebut terus setuju. Sy belanja! Weee itu yg aku mahu dgr! Huhuhu aku tau dia pasti akan membaca entry ini satu masa nnt. Heheheh time kaceh la ye. Susah2 je belanja nenek kebayan ni mkn. Almaklumlah dah lama tak jumpa. Huh ada hati konon nak paksa aku mkn. Elehhhh takat kat Old Town tu tak pyh paksa pun aku mmg nak mkn la. :P

Smlm kan aku sudah ke sana? Aiii ke sana lg mlm ni. Apa yg mau dimkn sudah diconfirmkan di dlm fikiran. Waaa sudah terbayang2 dah ni. Lapar! Lapar! Lapar! Jco Donuts yg di depan mata ni pun masih blum aku habiskan. Smlm ke sunway pyramid. Semata2 utk membeli donut? Haihhh. Mata sudah menjeling2 ke arah kotaknya yg btul2 berada di sblh Baby Lappy aku ni. Errr benti dulu la nak mkn Jco. Sekian,terima kasih.

Thursday, October 1, 2009

Aku Benar-Benar Rindu

Semlm. Menangis lg. Entah utk ke berapa kali. Tiada perkataan lain yg dpt menggambarkan apa yg aku rasa. Kecuali satu. RINDU. Tp aku tahu. Hanya aku yg punya rasa itu. Sungguh aku benar2 rindu. Semua rasa marah, benci, tak suka, kecewa hilang ditelan rasa rindu yg teramat. Aku lupa apa yg pernah dia suarakan. Aku lupa semua yg dia pernah katakan. Aku lupakan semuanya. Segalanya aku telan walaupun perit. Sakit tp aku redha. Demi kasih sayang ini. Yg tak pernah berpenghujung.

Apa kesudahannya? Aku tak punya sebarang idea, alasan atau jawapan utk soalan itu. Benar2 stuck. Tak mampu utk melangkah. Aku tak bole nak ke kiri, tak bole nak ke kanan. Aku tak mampu utk melangkah ke dpn. Utk berundur dan berpatah blk? Lgla tak mungkin. Itu bkn tujuan atau kesudahan yg aku mahukan. Setelah aku lalui segala sakit dan air mata. Mana mungkin aku hanya bertahan setakat ini. Tidak mungkin aku hanya berhenti separuh jln.

Knp kau tak pernah memahami? Knp kau tak pernah cuba utk menyelami hati ini? Betapa aku terlalu syg. Rindu yg tak pernah berhenti. Mati rasanya hati ini jika kau tiada. Hilang semangat ini andainya kau hilang. Aku benar2 tidak mampu utk berdepan dgn keadaan itu.

Wednesday, September 30, 2009

08/09/2009

Kek yg Jedah ngan Naz suprisekan aku mlm sblm birthday.. Tgh lepak2 lps buka pose tu tiba2 toing! Naz muncul dr dapur pegang kek ni dgn lilin yg menyala2 mntk ditiup.. Fuh fuh fuh! Bestnye.. Huhu time kaceh! Takpela celebrate awal sehari sblm.. Maklumla kan sambut birthday di bln pose jd dpt celebrate mlm jela.. Ape yg penting? Adalah ingatan dorg.. =)

Yg ni plak kek birthday celebrate kat kg.. Beberapa hari slps birthday aku on weekend.. Lps buka pose tu kitorg kuar pegi pekan.. Blk tu letih terus lupa.. Maka kek ini dipotong sewaktu bersahur.. Huhuhu tak penah dibuat org.. Tp takpe.. Berkat di bln pose la kunun..

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum..


Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin! Itu yg pertama aku nak tulis kat sini. Busynya aku mencuci dan membuang sawang yg menyeliputi blog aku ni. Labah2 ada,tikus ada,gajah pun ada. Dkt 2 bln aku tak post new entry. Mmg terlalu byk cerita yg terlepas utk dikongsi bersama. Kalau nak diingat mmg aku tak ingat. Dua bln tu mcm2 yg jd. Mcm2 tmpt aku pegi. Sumenye tak dpt nak dikongsi. Huhu takpelah aku akan cuba mengaktifkan semula jari jemari ku yg dah semakin keras ini. Nak rendam dulu kasi lembut blk. Barula bole menari semula. Weee~~


Walau pape pun, Selamat Hari Raya sekali lagi!

Friday, August 7, 2009

Serabut!

Skrg. Aku berada di Johor. Segamat. Itu destinasi show bulan ini sblm Ramadhan menjengah. 2 malam di sini. Atau mungkin semalam. Kemudian ke Tampin. Bkn aku giat berjalan atau lupa diri. Tp utk mencari duit lbh. Raya makin hampir. Itu saja yg terlintas dlm hati. Bkn utk bersuka ria atau bergembira sesuka hati.

2 mgu lps? Aku di Langkawi. Genap smgu di sana baru pulang ke KL. Have fun tp hati tak tenteram. Mengenangkan dia. Susahnya hati. Knp begini ye? Seribu kemaafan benar2 aku pohon dr hati ini. Apa yg berlaku kali ini benar2 mengajar. Serik. Menyesal. Sungguh rasa itu benar2 wujud.

Aku serabut. Bingung. Hati tak tenang. Hanya pada Dia aku memohon. Doa yg tak pernah henti selalu mengiringi diari harian. Semoga dikuatkan hati dan semangat. Ditetapkan hati dan keimanan ini agar tak berubah. Hanya padaMu yang Satu. Hanya pada dia yg tiada dua.

Benar2 serabut!

Thursday, July 23, 2009

Saya Yang Demam

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak menulis. Tak menaip mksdnya. Nak kata takde masa tak pulak. Ada je masa nak melepak2 nak berjalan2. Nak kata takde idea pun tak jgk. Sbb tiap kali aku drive keta mesti byk giler idea yg dtg dlm fikiran ni utk dikongsi dlm blog. Tp bila dah ngadap laptop ni aku mesti lupa apa yg aku nak post. Mungkin disbbkan oleh tahap kesihatan yg tak bape nak ok smgu ni. Hari tu aku pegi Maju Junction. Pegi tgn kosong tp blk bwk plastic bag. Ni yg aku tak suka ni. Org pempuan ni kalau pegi shopping complex tak bole ke kalau pegi tgn kosong blk pun tgn kosong? Apa mslhnya kaum pempuan ni? Cewahhh mengata diri sndr plak. Heheheh.

Cuaca kat KL lately ni teruk sikit. Dgn jerebu, asap keta + motor lg. Blk2 ofis tghari tu aku terus sakit tekak. Esoknya terus rasa tak sdp bdn. Tp dlm tak sdp bdn tu aku masih larat lg pegi Ole-Ole kat Seksyen 18 utk bermain bowling. Pegi senyap2 tp blum sempat sampai lg dah kantoi. Skali dia 3G la pulak. Kalau tak angkat kang lgla dia syak yg bkn2. Maka dgn muka tak bersalahnya aku pun angkat jela. Tgk2 tgh driving plak. Kena bebel jap sbb kuar tak bgtau. Ampun yanggggg.. Pasni tak buat lg! Promise!

Kebiasaannya bila aku demam takdela teruk sgt. Sbb aku ni sng dpt sakit jd bila sakit tu takdela teruk sgt. Tp kali ni lama gile aku demam sampai smgu. Takut la plak sbb selalunya demam takdela lama gini. Ari sabtu tu plan nak pegi lawat nenek sbb dpt tau dia tak sihat. Dah siap2 tggl nak pakai tudung tiba2 bdn rasa makin lemah plak. Baring je kat sofa sampai terlelap. Terpaksa la call bgtau tak jd nak dtg sbb demam makin melarat. Esoknya aku terus pegi klinik swasta kat Kota Kemuning. Tp bengang gile sbb dia tak cek pape pun. Blood pressure aku pun tak cek. Dahla mahal sampai RM50! Esoknye aku pegi klinik kerajaan kat Pendamaran plak. Aku mntk utk cek darah sbb rasa mcm tak best plak demam sampai smgu ni. Tggu punye tggu bila keputusan darah kuar doktor ckp darah aku ada kuman. Erkk?? Mcmane bole ada kuman plak ni? Aku tanyala takde pape ke darah ade kuman ni? Doktor kata InsyaAllah takde pape. Dia suh aku abiskan antibiotik yg dia bg. Jd dgn rasa rendah dirinya aku pun ikut jela nasihat doktor tu. Dptla MC satu hari. Huh kedekut gile doktor ni! Esoknye aku rasa mcm tak best je nak pegi keje. Mula2 nak cuti tp rasa mcm bosan plak duk umah. Aku pun decide utk amik half day. Time lunch baru aku masuk keje. Selambe gile buat mcm ofis sndr. Hihihihi.

Skrg ni demam mcm dah ok sikit. Selesema dah ilang cuma batuk je yg tak ok2 lg. Haihhh bosannye! Tp takpela. Mkn jela ubat yg ada tu. Hmm org kata sakit ni penghapus dosa2 kecil. Alhamdulillah.

Monday, July 13, 2009

Aku Mahu Sedikit Gemuk

Salammmmmmmmmmm.....

Mgu lps blk kg. Walaupun rasa sgt malas tp aku gagahkan jgk. Dahla jumaat mlm sabtu tu tido pkl 5 pg. Pkl 7 abah dah call suh bgn blk kg. Aduhaiii mana la aku terdaya dgn tido cuma 2 jam je. Pkl 8 tu aku terbangun then terus bgn mandi n siap2. Kalau aku baring lg confirm terlajak tido sampai ke ptg. Sampai kg terus bwk mak abah pegi kenduri pastu pegi umah pakcik pun ada kenduri jgk sempena nak puasa bln dpn. Pkl 2 tu mata dah tak bole blah aku mntk nak blk umah. Tp kat umah bkn tido pun. Main facebook je. Heheheh. Tido pun kejap2 je. Dlm pkl 4 lbh kurang mak tel suh amik dorg nak blk. Bgnla dgn rasa malas yg teramat sgt. Lps amik mak abah terus anta pegi kenduri org lain plak. Haaa masa nak tggu dorg abis mkn niela aku singgah umah makcik aku yg lain plak. Umah dia tak jauh cuma selang 2 umah je. Kat umah tuela aku nmpk satu benda yg aku carik2.

Apa dia? Penimbang berat badan! Hihihi. Aku pun dgn confidentnya melompat la atas penimbang tu. Dlm hati aku sblm tu berkata2 'heee mesti berat aku dah naik..' Tp bila aku tgk jarum penimbang tu pegi kat mana mmgla aku terkejut. Aku turun blk dr penimbang tu pastu aku naik blk. Aku turun aku naik. Pastu tak puas ati pegi kat sepupu aku tanya blk. 'Penimbang ko ni btul ke tak? Rosak ke weh?' Knp aku ckp mcmtu? Sbb berat aku turun 4kg! Dr 49-50kg pegi ke 46kg plak. Aduhhh mcmana bole makin turun plak ni. Aku punya la mkn byk takkan la takde langsung lemak2 yg lekat kat bdn aku?? Siyes mmg rasa tak puas hati. Aku cek byk kali penimbang tu. Tgk jarum sume btul. Tak lbh tak kurang dr angka 0 tu. Haihhh mmg btulla ckp org aku ni terlalu kurus.

Maka,azam aku dr skrg ini adalah aku nak gemukkan bdn! Eh tak gemukla. Aku nak tambahkan berat bdn! Ditambah lg dgn ugutan2 yg aku terima supaya berisi sikit,maka terpaksalah aku mengikut dan mendengar nasihat. Yolahhh nasihat huhuhu. Mcm2 idea aku dpt utk naikkan sikit bdn ni. Ada yg ckp mcmtu,ada yg ckp mcmni. Takpe2 aku akan cuba mana yg aku rasa ok dan logik. Yg tak logik dan ntah pape tu dipersilakan nyah kau dr sini! Ngeee~~

Cikjin ckp ~ Semoga aku berjaya!

Monday, July 6, 2009

Lovely Niece

Org kata kita ni hidup kalau ada benda yg best jgn happy sgt. Tp kalau dah mmg happy takkan nak sedih plak kan. Mungkin pesanan tu supaya kita beringat2 je. Jgn terlalu happy sgt sbb takut nnt berduka plak. Btul jgk tu. Aku selalu marah dgn anak2 buah aku. Kalau main tu sana sini ketawa gelak suka2. Terkekek2. Cekiki'an org jawa ckp. Bila aku dah sound dorg gitu tak lama pastu nnt mesti ada yg 'huwaaaaaaaa'. Heheh pdn muka. Tu jela yg aku bole ckp. Tp kalau takde dorg mesti bosan kan? Anak buah 4 org tp mcm ada 40 org! Hmm i love them. :)


Aku tak tau knp aku tingat kat dorg plak. Lg2 kat Nur Amani Baiduri anak abg aku. Bln 8 ni umur dia 2 tahun. Degilnya tak taula nak ckp. Rasa mcm nak ikat kaki dia,pastu gantung kat kipas,pastu on suis kipas tu tekan speed no.5. Pastu tgk jela dia terpusing2 kat kipas tu. Mcm iklan eskem popper. Hahahah mmg dorg bertuah dpt makcik baik hati mcm aku. Rindu sgt dgn amani. Gender pempuan tp perangai mcm lelaki!


Aku tingat satu hal yg jd antara aku dgn dia. Masa tu bole plak kitorg gaduh. Aku lepik dia, dia lepik aku. Aku pukul dia, dia pukul aku. Pastu dia nangis majok lari kat mak dia. Aku biarkan jela kan. Tak kuasa aku nak pujuk dia. Pastu dah lama tu tiba2 dia dtg dkt dgn aku. Aku plak tgh belek2 hp barula konon. Aku biar jela dia dtg kat sblh sbb aku mati2 ingat dia nak tgk apa yg aku belek kat hp tu. Elok je dia dtg dkt sblh aku relax je tiba2 dia lepik aku pastu lari nyorok dkt mak dia. Cissssssssssssssssssssss! Bertuah punya bdk kecik! Menjerit2 aku tp pastu bantai gelak gila la tgk perangai dia mcmtu. Dgn kakak ipar aku,dgn mak aku sekali gelak tak hengat punye.


Aku cuma pelik mcmana dia bole terfikir nak bls dendam dgn aku? Bole plak dia pukul aku pastu dia lari nyorok blkg mak dia. Konon nak mntk bekap ar tu. Cehh ampeh btul bdk kecit tu. Dahla rambut gulung2! Nasib baikla aku ni suka bdk2 kecit. Tp takpela aku tak kisah pun. Aku ttp syg dorg sume.
Niela Nur Amani Baiduri.. :)