Nuffnang Ads

Monday, March 16, 2009

Beza

Dulu kau sering memujuk.

Tak pernah kau biar aku merajuk.

Dulu kau sering membelai.

Tak pernah sekali kau lalai.

Jika aku mengatakan berpisah.

Kita berdua resah gelisah.

Jarang kau bersikap endah tak endah.

Mencuba menguatkan kasih itu kembali.

Berusaha agar aku tak pergi.

Tapi itu dulu.

Kini kau hanya buat tak tahu.

Kau mendinginkan diri.

Tika aku sekadar menguji.

Mungkin sudah tiada apa lagi.

Di dalam hatimu ketika ini....

Friday, March 13, 2009

Tarikh Itu

Aku terlalu serabut utk melalui tempoh mgu ni. Aku bencikan tarikh ujung mgu ni. Spt ada batu besar yg menghempap dada. Nafas aku sesak dgn 1001 perasaan. "Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu. Sesungguhnya aku tak mampu utk menghadapi semua ini."

Aku tak tau perlukah aku menangis? Perlukah aku kesal? Perlukah aku menyesal? Tidak! Inilah keputusan aku dulu. Inilah yg aku kena tempuh slps membuat keputusan tu. Aku kena kuat! Aku kena lawan kesedihan ni! Yakin boleh! Ngeeee...

Aku cuma bole termenung. Menghitung detik menghampiri tarikh2 tu. Aku masih tak tau mcmana nak melalui 2 hari ni. Spt biasa atau...? Aku rasa mcm nak pengsan 2 hari dan bgn blk hari isnin tu! How i wish! Huhhhh!!!

Semakin masa berlalu semakin sesak dada ni. Fikiran aku makin bercelaru. Otak aku pun makin serabut! Aku tak tau mcmana nak buang perasaan ni. Tak tau nak lari ke mana. Takde yg menggembirakan hati. Takde yg menenangkan hati. Kesunyian yg aku rasa sejak akhir2 ni makin menjerut perasaan. Kesedihan ni makin terasa tp aku cuma mampu berdiam diri. Jiwa aku rasa kosong tp mcm biasa aku pujuk diri sndr je. Btul kata org, org yg kita nmpk sentiasa happy dan ketawa tu sbnrnya hatinya penuh dgn kesedihan. Ketawanya cuma utk menutup segala kekecewaan. Aku percaya dgn kata2 tu.

Kaum Yang Satu

Ntah knp tiba2 timbul rasa tidak selesa di hati. Knp ye? Ada rasa ragu2 dan curiga muncul dlm perasaan ni. Terlalu byk persoalan yg dtg secara tiba2. Aku benci keadaan mcmni! Curiga dan prasangka yg dtg bole membunuh seribu bahagia! Mengeluhkah aku? Tp apa lg yg mampu aku buat? Membangkitkan perkara mcmni cuma akan mencetuskan perselisihan. Mungkin kerana aku seorang perempuan. Sentiasa berfikir melangkaui had dan batas. Terlalu menitik beratkan tentang satu2 perkara. Tidak spt kaum dia yg kdg2 hanya mengambil mudah. "Errmmm pasti aku akan disokong oleh perempuan2 lain. Aku yakin! Hihihihih."

Wahai kaum yg satu. Tidak pernahkah kau terfikir ttg perasaan kaum kami? Betapa kaum kami ataupun dgn lbh jelas lg seorang perempuan itu perlu dibelai, dimanja dan diberi perhatian. Sesungguhnya itulah naluri dan lumrah seorang perempuan. Sekeras manapun hatinya ttp terselit seribu kelembutan. Yg mungkin tidak kau nmpk. Yg mungkin tidak terzahir. Tp itulah tugasmu wahai kaum yg satu. Mendasari dan memahami kami. Memujuk dan membelai kami. Walau setinggi mana ego kamu kaum yg satu. Kau ttp memerlukan kami. Dan tanpa rasa ego aku juga menyatakan. Seperti mana kami memerlukan kamu.

"Ahhh fhm ke dorg ni? Ermm kalaulah dorg fhm,takkan ada pempuan yg asyik bersedih. Mmg dorg tak penah fhm pempuan!". Bkn niat hati utk mempersoalkan dirimu wahai kaum yg satu. Sekadar berkongsi rasa. Cuma menzahirkan jiwa. Kau jarang memahami. Kerana itulah terlahirnya suara ini. Hati ini ttp hati seorang perempuan. Halus dan mudah terluka. Air mata itulah ubatnya sekiranya kau hanya sekadar memandang kelukaan ini yg kau sndr hiriskan. Lantas, siapakah dirimu dikalangan kami? Siapakah kamu di hati ini?

Aku terlalu mengagungkan kehadiranmu sbg pelindung diri ini. Tp jgnlah kau sia2kan kepercayaan itu. Hati ini ttp milikmu walaupun kdg2 goyang dihembus angin lalu. Dugaan yg dtg hampir merobohkan dinding kekuatan, tembok kesabaran. Tp, sampai bilakah diri ini mampu bertahan? Masihkah aku sekuat dulu? Wahai kaum yg satu, jgn kau tanya diriku. Tp tanyalah hatimu. Hanya dirimu yg tahu.

Tuesday, March 3, 2009

Tulang Rusuk

Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, bukan dari kepala utk dijunjung. Bkn pula dari kaki utk dijadikan alas. Melainkan di sisinya utk dijadikan teman hidup, dekat pada lengannya utk dilindungi dan dekat di hati utk dicintai..

Andainya kau menganggap aku bkn lg sebahagian daripada tulang rusukmu, berikan aku kepastian itu. Jangan biarkan aku menunggu dan mengharap kau masih pemilik diri ini dan aku adalah separuh dr nyawamu..



Wednesday, January 14, 2009

Dia

17 Januari 2009 ni aku menunggu kehadiran seseorang yg terlalu berharga dlm hidup. Dia ingin dtg ke pondok buruk aku di kg. Bertanya khabar membawa makna. Membawa syg utk sehidup semati. Berkenalan dgn mak dan abah. Sungguh aku berdebar2 bila teringat. Betapa pelangi tak pernah berhenti mewarnai langkah perjalanan ini. Sejak dia aku kenali. =)

Hmm sejak mgu lps aku agak takde mood. Emosi tak stabil dan asyik nak mrh2 je. Yg jd mangsa? Juga dia. Namun,dia terus berjalan mengiringi di sisi. Memahami dan mengenali. Simpati yg terlalu pd dia kerana menjadi tempat aku melepaskan mrh dan emosi. Tp harus diapakan lg? Tabiat buruk ini terlalu sukar utk dihalusi. Sering saja dia yg menjadi mangsa. Kejamnya aku membiarkan keegoan menguasai diri. Apa salah dia agaknya? Tidak! Bg aku dia terlalu sempurna utk dicari cacat celanya. Terlalu indah utk dipertikaikan keburukannya. Dia terlalu sempurna di mata ini.

Semlm, 13 Januari 2009 sesuatu berlaku. Perasaan berperang emosi bertingkah. Betapa aku mrh kerana dia menyembunyikan itu dr pengetahuan aku. Aku dpt rasa ada yg tak kena dr mula sejak dia sering mengingatkan aku ttg takdir. Ttg bkn semua perancangan akan berjalan spt yg kita mahu. Ttg tidak semua yg kita mahu akan berlaku. Tapi bila difikirkan aku tahu dia risau. Risaukan perasaan aku yg pasti akan memberontak. Risaukan aku yg pasti tak setuju. Aku yg akan mrh. Aku yg akan mengamuk sesuka hati.

Aku cuba. Ya,betapa aku sedang berusaha utk menerima kenyataan itu. Walaupun ada air mata yg mengalir tp aku tak mampu utk menolak. Aku terpaksa terima. Belajar utk menerima hakikat dan takdir. Saat ini aku dikuasai rasa kasihan yg terlalu dlm. Perlahan-lahan ianya berganti dgn rasa syg yg teramat. Aku selalu meminta dia berjanji utk menempuh arus dugaan tp knp aku sndr tak boleh memberikan janji yg sama? Knp aku tidak mampu utk membahagiakan dia?

Wednesday, January 7, 2009

Dilema

Bukan aku minta
Tidak aku duga
Betapa perilaku manusia
Memberikan satu dilema
Ku khabarkan pada dia
Setia mengadu bercerita
Bukan memohon simpati
Sekadar berkongsi nasib diri
Air mata yang tumpah
Melahirkan kemelut resah
Sungguh diri pasrah
Walaupun yang ku dapat hanya marah
Salahkah aku
Atas dilema itu
Haruskah aku
Menjadi mangsa amarahmu?

Wednesday, December 24, 2008

Pilihan

Putus? Kahwin? Cerai?

Kesukaran memilih pilihan2 di atas? Mungkin kerana stp satu drpdnya mempunyai risiko masing2. Tp apa saja yg ada atau apa saja keputusan dlm dunia ni semuanya dikelilingi risiko. Baik kecil atau besar risikonya. Berani atau tidak? Tanyalah pd hati.

Di saat manusia menginginkan kebahagiaan merajai hati, terlalu byk cerita perceraian yg terpampang di dada akhbar. Lalu kerana apa manusia lbh sng utk menyendiri? Mungkin kerana tidak mahu mengambil risiko. Kesukaran dan kepayahan menerima satu-satu kenyataan terlalu menghantui diri seseorang. Lbh baik jgn langsung drpd terjadi. Logikkah? Atau hanya manusia itu sndr yg bermain dgn perasaan?

Dalam membuat pilihan, betapa keyakinan itu terlalu penting. Yakinlah bahawa ini adalah yg terbaik. Inilah yg terakhir. Inilah yang muktamad. Dan pastikan pilihan itu akan berakhir dgn keindahan. Bkn kekecewaan. Sptmana aku melihat begitu rapuhnya institusi kekeluargaan di zaman ini, dgn cerai di sana sini, ahh takkan la begitu susah alam perkahwinan ni?

Mudahnya sang suami melafazkan talak pd si isteri. Senangnya sang isteri memohon cerai dr si suami. Perlukah begitu? Itukah janji2 yg dipatri semasa bercinta? Sumpah yg diikat sebelum berkahwin? Taklik yg dibaca selepas akad? Ketakutan mengikat hati saat melihat berita kekecewaan lbh byk kelihatan drpd berita kebahagiaan. Hmmmmm....

Siapalah aku utk bercerita ttg sesuatu yg belum pernah aku alami. Perkahwinan? Jauh di dpn tp semakin hampir menjengah diri ini. Kecewa? Masih baru lagi tp aku bangkit setelah Tuhan memberikan aku harapan. Aku percaya. Aku pasti. Dia menghilangkan matahari dr hidup aku dan mendatangkan hujan. Tp selepas hujan berlalu, Dia anugerahkan aku dgn pelangi nan indah.

Diagnosis

Asap rokok jejas kesuburan wanita


Wanita yang sering berada di persekitaran individu yang merokok mungkin mengalami lebih kesukaran untuk mengandung berbanding mereka yang tidak berdekatan dengan perokok, menurut satu kajian terbaru.

Kata penyelidik, penemuan itu menawarkan satu lagi alasan untuk wanita menghindari atau menghentikan tabiat suka merokok.

Kajian tersebut mendapati bahawa wanita yang merokok meningkatkan kadar risiko terhadap komplikasi sewaktu kehamilan sama seperti risiko kesihatan bayi yang dikandung.

Ramai masih tidak menyedari akan bahaya menghidup asap rokok walaupun mereka tidak melakukan tabiat tersebut, walaupun beberapa kajian telah mengaitkan pendedahan sewaktu kehamilan boleh menyebabkan risiko keguguran.

Sumber : Reuters Health


p/s : tak reti2 lagi ke kanda ku fazli??

Monday, December 22, 2008

Senyuman Langit Malam


Beberapa bahagian di dunia termasuk di Malaysia pada minggu lalu dapat melihat langit malam yang tersenyum. Fenomena cakerawala yang berlaku pada Isnin minggu lalu itu menyaksikan keselarian dua planet yang paling cerah, Musytari dan Zuhrah memancari bulan, menjadikan wajah gembira di langit malam.

Fenomena itu yang dinamakan conjunction, boleh dilihat dari banyak tempat di dunia berlaku apabila dua planet yang berkenaan 'mengasak' bulan. Namun bukan semua tempat mendapat mesej imej yang serupa. Di Asia, India dan Australia, bulan dan dua planet tersebut membentuk wajah tersenyum, sementara di Eropah dan Amerika Utara, gambaran yang kelihatan kepada mereka ialah wajah seakan muram.

"Ia merupakan satu perkara yg indah untuk dilihat di langit," kata John Percy, seorang profesor astronomi di University of Toronto, Kanada. "Jika anda melihat kembali kepada sejarah, perkara seperti ini selalunya membawa impak yg amat kuat tentang bagaimana manusia mentafsirkannya."

Secara saintifiknya, keselarian yang membentuk segi tiga ini bukanlah membawa fenomena yang membimbangkan, tetapi dia memahami mengapa manusia begitu tertarik dengannya.

"Ia boleh dilihat oleh semua orang. Anda tidak perlukan teleskop untuk melihatnya. Adalah baik untuk anda melupakan segala masalah dan konflik yang berlaku di bumi dengan melihat sesuatu yang boleh dihargai dengan keindahannya di langit," ujarnya.

Fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 18 November 2052.

Friday, December 19, 2008

Jejantas!

Aku tak fhm knp jejantas kat KL ni menyusahkan org. Aku tak fhm knp dorg nak buat jejantas tu melengkung camtu? Knp la tak buat straight je? Dorg fikir tak mcmane susahnye nak daki jejantas tu? Aku ni takpela lg sbb pegi keje aku pakai seliper je sbb heels aku tggl kat ofis. Cuba bygkan pempuan ngandung mcmane? Org tua? Org kurang upaya? Heeeee tak praktikal lngsung design jejantas kat dpn wisma sime darby ni la. Kat bank negara tu pun sama. Mcm nak naik turun bukit je.

Semlm baru aku terjumpa sorg makcik ni dgn anak dia. Aku pelik tgk knp makcik ni slow je ni. Pastu aku terdengar dia ckp dgn anak dia lutut dia sakit. Bygkanla naik jejantas pun masih nak mendaki lg. Naik tangga tu dah satu hal la kan. Ni dah sampai atas pun still nak mendaki lg jejantas yg bertingkat2 tu.

Sepatutnya benda2 mcmni dah difikirkan dr awal lg. Praktikal atau tak. Sesuai atau tak. Menyusahkan atau tak. Bkn sume org larat nak daki jejantas mcmtu. Tgk jejantas kat selangor. Ok je aku tgk. Eh sempat lg puji negeri sndr ek. Tp btulla aku ckp tu. Bkn kita tak bersyukur dgn kemudahan yg ada. Tp biarlah kemudahan tu btul2 memudahkan kita. Btul2 memberikan kita kemudahan. Bkn lg menyusahkan. Mcm yg aku ckp td la. Pd yg muda dan sihat lg mungkin ok tp mcmane dgn org yg dah tua, pempuan mengandung dan org kurang upaya? Bkn ke menyusahkan namanya?

Hmmmm. Tak perlulah nak menuding jari pd sesiapa kan. Benda pun dah ada dpn mata. Nak tanak, jejantas tu jgkla yg aku 'kaki' tiap pg tiap ptg. Fuh!