Nuffnang Ads

Friday, March 13, 2009

Tarikh Itu

Aku terlalu serabut utk melalui tempoh mgu ni. Aku bencikan tarikh ujung mgu ni. Spt ada batu besar yg menghempap dada. Nafas aku sesak dgn 1001 perasaan. "Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu. Sesungguhnya aku tak mampu utk menghadapi semua ini."

Aku tak tau perlukah aku menangis? Perlukah aku kesal? Perlukah aku menyesal? Tidak! Inilah keputusan aku dulu. Inilah yg aku kena tempuh slps membuat keputusan tu. Aku kena kuat! Aku kena lawan kesedihan ni! Yakin boleh! Ngeeee...

Aku cuma bole termenung. Menghitung detik menghampiri tarikh2 tu. Aku masih tak tau mcmana nak melalui 2 hari ni. Spt biasa atau...? Aku rasa mcm nak pengsan 2 hari dan bgn blk hari isnin tu! How i wish! Huhhhh!!!

Semakin masa berlalu semakin sesak dada ni. Fikiran aku makin bercelaru. Otak aku pun makin serabut! Aku tak tau mcmana nak buang perasaan ni. Tak tau nak lari ke mana. Takde yg menggembirakan hati. Takde yg menenangkan hati. Kesunyian yg aku rasa sejak akhir2 ni makin menjerut perasaan. Kesedihan ni makin terasa tp aku cuma mampu berdiam diri. Jiwa aku rasa kosong tp mcm biasa aku pujuk diri sndr je. Btul kata org, org yg kita nmpk sentiasa happy dan ketawa tu sbnrnya hatinya penuh dgn kesedihan. Ketawanya cuma utk menutup segala kekecewaan. Aku percaya dgn kata2 tu.

0 comments: