Nuffnang Ads

Friday, December 19, 2008

Maafkan Aku

Ini adalah ayat dr org yg aku syg.
Saat itu aku merajuk dgn dia.
Terkeluar perkataan yg tak sepatutnya.
Yg aku tahu menghiris hatinya.
Lalu dikirimkan ayat-ayat ini.
Membuatkan aku berfikir.
Betapa keegoan diri melukai dia.

Mudah untuk merasa bosan
Belum lagi bersama setiap masa
Manusia mmg susah utk lari dr membuat silap
Masa dan kesabaran perlu seiring
Dan berkat kesabaran
Batu yg keras akan menjadi pasir
Maafkan aku sayang.....

Tunggu

Sunyi sepi pagi ini
Hanya lampu jalan menerangi
Yg ada di kanan dan kiri
Cuma dingin subuh melewati

Pagi diredah kesejukan menjamah
Menelan kata yg tak terluah
Tenang bersilih ganti resah
Menunggu dia tak dtg menjengah

Mengapa ia tak muncul lagi?
Sungguh amat menyeksa hati
Aku dan mereka terus di sini
Wahai komuter
Jgnlah kau lewat lagi!

Di Medan Ini

Mereka bilang aku jiwang
Ah biarkan!
Mereka kata aku berangan
Huh pedulikan!
Bicara kita tak semestinya serupa
Luahan kita tak semuanya sama
Biarkan saja aku dgn caraku
Seperti mana aku
Yg tak pernah mengganggu dirimu
Ini medan bicara
Segala cerita semua rasa
Kerana aku jua manusia
Punya kisah suka duka
Kau masih ketawa
Melihat aku bermadah berjela
Semakin galak kau berkata-kata
Tidak ku pandang
Walau hanya sebelah mata

Runtuh

Tinggi bangunan itu
Mencakar langit bangunan ini
Tidakkah kau tahu sesuatu
Kemungkinan kebanggaanmu
Menyembah bumi
Satu hari nanti

Kau mudah lupa
Kisah lama dibiar saja
Tak pernah diambil kira
Seksa dan susah payah mereka

Tuhan, bukakan pintuMu
Agar mereka semua tahu
Tak semuanya akan kekal di situ
Kerana pasti waktu itu
Kami akan kembali padaMu

Kehidupan

Kehidupan
Sebuah penceritaan
Kehidupan
Sebuah pengalaman

Lakonan aku
Lakonan dirimu
Sandiwara dia
Sandiwara mereka

Keluhan kesah
Rintihan resah
Seribu satu masalah
Ligat datang menjengah

Semakin dunia berpusing
Semakin aku pening!

Thursday, December 18, 2008

Kosong

Kosong. Itu yg aku rasakan sejak td. Kerana apa ya? Mungkin kerana keresahan melihat telefon bimbit yg hanya membisu. Tiada nada tiada deringan. Lalu harus aku apakan dgn telefon ini? Haruskah aku simpan saja di laci? Tidak! Penantian ini takkan pernah berhenti. Menunggu sang pungguk hadir ke sisi. Ke bulan bintang menyemai janji. Berdua bersama sentiasa sehati.

Apa yg aku rasa? Mungkin bosan. Kerana hampir setiap hari tiada kerja. Inilah kerja aku. Menghadap dunia khayalan yg dicipta sndr. Namun dlm dunia khayalan itu tersemai satu impian yg pasti. Aku tahu akan menjadi realiti. Rakan-rakan? Semuanya jauh mencari rezeki. Berperasaan sama spt aku. Tertekan ditekan menekan! Bingung selalu rasanya. Mengenangkan poket yg semakin nipis. Sungguh aku mahu menangis. Tp apa yg bole aku lakukan? Hanya menanti sesuatu yg tak pasti. Beribu janji ditabur. Semuanya bohong! Palsu! Tipu! Arghhhhhh bosanlah!

Eh2? Ada sms dr mickey mouse (bkn nama sbnr..heheh) Dia kata dlm akaun dia ada duit. Mungkinkah itu duit yg kami tggu2? Wahhhh spt ada sinar harapan dlm hati ini. Aku mahu cek skrg juge! Sekian, terima kasih.

Perasaan

18 Disember 2008
3.42 pagi

Aku masih belum lena. Terjaga jam 2.30 pg td buatkan bulat mataku semakin luas. Terlalu byk perkara yg terlintas dlm fikiran waktu ini. Dan kdg2 aku cuma termenung kosong. Melihat keliling. Melihat stp satu perabot yg ada. Melihat hp ku yg baru dicas. Melihat kwn2ku yg sdg lena tergolek2 di ruang tamu. "Ah ape yg aku fikir ni?" Sungguh. Hidup ini terasa sunyi. Bagaikan ada yg tiada. Terasa begitu jauh aku drNya. Betapa aku sering melupakanNya. Dia yg Satu. Dia yg Maha Agung. Dia yg mencipta segala kehidupan. Segala perasaan. Dia yg Sempurna.

Mungkinkah aku terlalu mencari kesempurnaan? Tidak! Aku selalu berpegang pd kenyataan bahawa kesempurnaan itu hanya milik Dia. Cuma kita manusia yg tak pernah bersyukur. Malah masih meminta2 walaupun yg ada itu sudah melebihi dr segala2nya. Manusia mmg mudah lupa. Mudah leka! Spt aku. Kerdilnya diri ini. MencariMu disaat susah,melupakanMu disaat sng. Sungguh aku mengaku bahawa aku tak sempurna lima. Namun aku yakin,Dia sentiasa membukakan pintuNya.

"Aduh,ape tiba2 sakit dada ni? Alamak,makin kuat plak..Dah start dah dia buat blk sakit ni..Bosan btulla..Tak bole tgk aku sng sikit.."

Lihat. Betapa aku mudah lupa. Dia sekadar mahu menguji aku. Org pernah berkata,biarlah kita rasa sedikit sakit kerana itu tandanya Tuhan masih ingat dan sygkan kita. Sbb itu diturunkan ujian supaya manusia selalu ingat pdNya. Bukankah kesenangan itu dtg dr bersakit2 dahulu??

Tiba2 senyumku hadir. Didatangi dgn rasa bahagia. Kesusahan ini aku tempuhi bersamamu kerana aku tahu di penghujung jln ini nnt,kebahagiaan & kesenangan menanti kita di sana. Sdg aku berkira2, berfikir2, pen di tgn mengetuk2 buku. Tiba2... "bip bip..bip bip.."

"Eh? Sape plak yg bg msg pg2 buta ni?" Terpapar jelas nama panggilan si dia di skrin hp buruk ku. "Hah? Apo x tido laie ni? Mcm tau2 je aku tgh duk tingat kat dia"

Pantas aku mendail. Walaupun aku tahu baki kreditku dah nyawa2 ikan. Ah! Suara itu.... Ya,suara itulah yg mengikat perasaan ini. Yg sering mencetuskan tawa menguntumkan senyuman. Serta merta irama lagu 'Kerinduan' dr Sheila Majid berkumandang tanpa melodi yg nyata di telinga & fikiran. Senyum ini kian melebar mendengar suara rindumu. Sungguh. Kesabaran inilah yg mengiringi aku utk menantimu menyunting diri ini menjadi suri hatimu satu hari nnt. Lewatnya masa berjalan..

Berterbangan segala keresahan. Hilang segala kemusykilan. Musnah segala kerisauan. Yg hadir hanyalah rindu. Yg muncul cuma bahagia. Yg menyapa adalah cinta. Sungguh aku bersyukur. Dlm mendasari ketenangan yg kian berkocak, Dia memberikan aku khabar dr jauh yg memberikan aku senyuman. Seawal pg ini aku sudah merasakan keindahan. Betapa dia sdg rindu. Dan aku juga begitu. Terima kasih Tuhan. Kerana memberikan aku anugerah teragung ini.

Tekad

Aku tak mampu
Utk berlalu pergi
Aku keliru
Tujuan hubungan ini

Kekuatan semakin hilang
Keimanan hampir goyang
Melangkah tanpa rela
Meskipun tiada lagi setia

Kejamkah diri ini
Zalimkah pilihan ini
Tetap dan pasti
Takkan ku menoleh ke blkg lagi

Jaga

Terjaga dari lena
Membulat sepasang mata
Heningnya malam ini
Terasa dingin sepi

Samar-samar dalam mengantuk
Baju masih belum bergosok
Tidurku bagaikan mati
Dirimu tidak ku hubungi

Persalinan anggun dirapi
Entah utk ke berapa kali
Walau bosan memeluk hati
Esok tetap aku kerja lagi!

Luka

Bodoh dan bangang!
Aku sudah lali
Tercengang-cengang
Ku telan dalam hati

Kau perempuan tiada maruah!
Sial celaka di seranah
Cuma diselebungi marah
Perasaan hati tidak diendah

Air jernih mula mengalir
Sakit di dada kembali hadir
Mengizinkan perit singgah di pipi
Melukai hati mengasari diri

Bodohkah diri ini?
Kerana masih bertahan lagi..