Kehidupan
Sebuah penceritaan
Kehidupan
Sebuah pengalaman
Lakonan aku
Lakonan dirimu
Sandiwara dia
Sandiwara mereka
Keluhan kesah
Rintihan resah
Seribu satu masalah
Ligat datang menjengah
Semakin dunia berpusing
Semakin aku pening!
Nuffnang Ads
Friday, December 19, 2008
Kehidupan
Voice of MsGaijin at Friday, December 19, 2008 0 comments
Thursday, December 18, 2008
Kosong
Kosong. Itu yg aku rasakan sejak td. Kerana apa ya? Mungkin kerana keresahan melihat telefon bimbit yg hanya membisu. Tiada nada tiada deringan. Lalu harus aku apakan dgn telefon ini? Haruskah aku simpan saja di laci? Tidak! Penantian ini takkan pernah berhenti. Menunggu sang pungguk hadir ke sisi. Ke bulan bintang menyemai janji. Berdua bersama sentiasa sehati.
Apa yg aku rasa? Mungkin bosan. Kerana hampir setiap hari tiada kerja. Inilah kerja aku. Menghadap dunia khayalan yg dicipta sndr. Namun dlm dunia khayalan itu tersemai satu impian yg pasti. Aku tahu akan menjadi realiti. Rakan-rakan? Semuanya jauh mencari rezeki. Berperasaan sama spt aku. Tertekan ditekan menekan! Bingung selalu rasanya. Mengenangkan poket yg semakin nipis. Sungguh aku mahu menangis. Tp apa yg bole aku lakukan? Hanya menanti sesuatu yg tak pasti. Beribu janji ditabur. Semuanya bohong! Palsu! Tipu! Arghhhhhh bosanlah!
Eh2? Ada sms dr mickey mouse (bkn nama sbnr..heheh) Dia kata dlm akaun dia ada duit. Mungkinkah itu duit yg kami tggu2? Wahhhh spt ada sinar harapan dlm hati ini. Aku mahu cek skrg juge! Sekian, terima kasih.
Voice of MsGaijin at Thursday, December 18, 2008 2 comments
Perasaan
18 Disember 2008
3.42 pagi
Aku masih belum lena. Terjaga jam 2.30 pg td buatkan bulat mataku semakin luas. Terlalu byk perkara yg terlintas dlm fikiran waktu ini. Dan kdg2 aku cuma termenung kosong. Melihat keliling. Melihat stp satu perabot yg ada. Melihat hp ku yg baru dicas. Melihat kwn2ku yg sdg lena tergolek2 di ruang tamu. "Ah ape yg aku fikir ni?" Sungguh. Hidup ini terasa sunyi. Bagaikan ada yg tiada. Terasa begitu jauh aku drNya. Betapa aku sering melupakanNya. Dia yg Satu. Dia yg Maha Agung. Dia yg mencipta segala kehidupan. Segala perasaan. Dia yg Sempurna.
Mungkinkah aku terlalu mencari kesempurnaan? Tidak! Aku selalu berpegang pd kenyataan bahawa kesempurnaan itu hanya milik Dia. Cuma kita manusia yg tak pernah bersyukur. Malah masih meminta2 walaupun yg ada itu sudah melebihi dr segala2nya. Manusia mmg mudah lupa. Mudah leka! Spt aku. Kerdilnya diri ini. MencariMu disaat susah,melupakanMu disaat sng. Sungguh aku mengaku bahawa aku tak sempurna lima. Namun aku yakin,Dia sentiasa membukakan pintuNya.
"Aduh,ape tiba2 sakit dada ni? Alamak,makin kuat plak..Dah start dah dia buat blk sakit ni..Bosan btulla..Tak bole tgk aku sng sikit.."
Lihat. Betapa aku mudah lupa. Dia sekadar mahu menguji aku. Org pernah berkata,biarlah kita rasa sedikit sakit kerana itu tandanya Tuhan masih ingat dan sygkan kita. Sbb itu diturunkan ujian supaya manusia selalu ingat pdNya. Bukankah kesenangan itu dtg dr bersakit2 dahulu??
Tiba2 senyumku hadir. Didatangi dgn rasa bahagia. Kesusahan ini aku tempuhi bersamamu kerana aku tahu di penghujung jln ini nnt,kebahagiaan & kesenangan menanti kita di sana. Sdg aku berkira2, berfikir2, pen di tgn mengetuk2 buku. Tiba2... "bip bip..bip bip.."
"Eh? Sape plak yg bg msg pg2 buta ni?" Terpapar jelas nama panggilan si dia di skrin hp buruk ku. "Hah? Apo x tido laie ni? Mcm tau2 je aku tgh duk tingat kat dia"
Pantas aku mendail. Walaupun aku tahu baki kreditku dah nyawa2 ikan. Ah! Suara itu.... Ya,suara itulah yg mengikat perasaan ini. Yg sering mencetuskan tawa menguntumkan senyuman. Serta merta irama lagu 'Kerinduan' dr Sheila Majid berkumandang tanpa melodi yg nyata di telinga & fikiran. Senyum ini kian melebar mendengar suara rindumu. Sungguh. Kesabaran inilah yg mengiringi aku utk menantimu menyunting diri ini menjadi suri hatimu satu hari nnt. Lewatnya masa berjalan..
Berterbangan segala keresahan. Hilang segala kemusykilan. Musnah segala kerisauan. Yg hadir hanyalah rindu. Yg muncul cuma bahagia. Yg menyapa adalah cinta. Sungguh aku bersyukur. Dlm mendasari ketenangan yg kian berkocak, Dia memberikan aku khabar dr jauh yg memberikan aku senyuman. Seawal pg ini aku sudah merasakan keindahan. Betapa dia sdg rindu. Dan aku juga begitu. Terima kasih Tuhan. Kerana memberikan aku anugerah teragung ini.
Voice of MsGaijin at Thursday, December 18, 2008 0 comments
Tekad
Aku tak mampu
Utk berlalu pergi
Aku keliru
Tujuan hubungan ini
Kekuatan semakin hilang
Keimanan hampir goyang
Melangkah tanpa rela
Meskipun tiada lagi setia
Kejamkah diri ini
Zalimkah pilihan ini
Tetap dan pasti
Takkan ku menoleh ke blkg lagi
Voice of MsGaijin at Thursday, December 18, 2008 0 comments
Jaga
Terjaga dari lena
Membulat sepasang mata
Heningnya malam ini
Terasa dingin sepi
Samar-samar dalam mengantuk
Baju masih belum bergosok
Tidurku bagaikan mati
Dirimu tidak ku hubungi
Persalinan anggun dirapi
Entah utk ke berapa kali
Walau bosan memeluk hati
Esok tetap aku kerja lagi!
Voice of MsGaijin at Thursday, December 18, 2008 0 comments
Luka
Bodoh dan bangang!
Aku sudah lali
Tercengang-cengang
Ku telan dalam hati
Kau perempuan tiada maruah!
Sial celaka di seranah
Cuma diselebungi marah
Perasaan hati tidak diendah
Air jernih mula mengalir
Sakit di dada kembali hadir
Mengizinkan perit singgah di pipi
Melukai hati mengasari diri
Bodohkah diri ini?
Kerana masih bertahan lagi..
Voice of MsGaijin at Thursday, December 18, 2008 0 comments
Wednesday, December 17, 2008
Padamu
Usah bicara tentang cinta
Kerana aku percaya
Usah bicara tentang rindu
Kerana aku tahu
Curiga mu umpama angin lalu
Syak wasangka mu bagaikan bayu
Datang membawa harapan padamu
Lepaskan mereka dari hati resahmu
Jgn kau ragu tentang setia
Jgn kau ragu tentang rasa
Jgn kau ragu tentang cinta
Jgn kau ragu tentang percaya
Kasihku untuk dirimu
Rinduku hanya padamu
Setiaku tercipta utkmu
Cintaku terwujud kernamu
Sungguh..Diriku hanya milikmu..
Voice of MsGaijin at Wednesday, December 17, 2008 0 comments
Tahu
Aku tahu knp kamu cemburu. Aku mengerti knp kamu curiga. Aku faham knp kamu resah begitu. Sungguh aku tahu. Namun begitu perlukah setiap masa? Mestikah aku yg menjadi mangsa?
Tidakkah kamu percaya? Mungkin kerana jarak yg memisahkan kita. Harus bagaimana lagi ingin aku beritahu. Perasaan halus ini hanya milikmu.
Voice of MsGaijin at Wednesday, December 17, 2008 0 comments
Baru
Sungguh aku segan nak berkongsi rasa hati dgn kwn2 yg lain. Apatah lg utk berkongsi alamat blog aku. Ohhhhh malunye rase. Yelah,aku tak spt yg lain2. Pandai bermain kata ape lg berkongsi maklumat. Aku sekadar menjadikan blog ni sbg medan utk berbicara. Berbicara ttg perasaan khususnya. Bicara ttg luahan rasa. Apa saja yg aku rasa ttg sesuatu. Tak kiralah sama ada cinta,kehidupan dan lain2. Pengalaman? Mungkin ada dan selepas ini akan aku pastikan ianya menjadi satu cerita utk dikongsi bersama.
Sungguh catatan2 sblm ini mungkin akan mengundang tawa ataupun senyum sinis di bibir kamu. Namun itulah perasaan atau cerita seorang manusia bernama AKU @ MsGaijin. Sekiranya kamu kurang senang dgn kenyataan2 tersebut silalah abaikan. Namun seandainya ia mampu memberikan satu pengetahuan baru,nyatakan saja ia di situ.
Sehingga saat ini pun aku masih malu utk berkongsi. Bagi aku,perasaan halus ini adalah satu anugerah Tuhan yg terindah dan teragung. Terpulang pd manusia itu sndr bagaimana utk meluahkannya. Ini adalah cara aku. Cara kamu? Aku tak pernah peduli kerana siapalah aku utk menentukan kehidupan dan cara langkahmu. Teruskan apa yg kamu mahu kerana aku ttp di sini dgn perasaan ini.
Aku akan kembali dgn sisi yg baru...
Voice of MsGaijin at Wednesday, December 17, 2008 0 comments
Friday, August 22, 2008
22 August 2008
Setgh thn berlalu since da last touch for this blog. Nak tulis blog ni sama mcm tulis diary. Kalau tak rajin mmg bersawangla blog ni. Lgpun bkn ade cite best sgt nak story kat sini. In fact takde pun org yg nak baca. Sndr tulis sndr baca. Syok sndr? Heheh wut ever..
Ari ni epul kawin. Lps maghrib dia nikah. If kitorg tak sekolah teknik sama dulu maybe aku dgn dia takdela rapat sgt. Sampaila dia study oversea pun still contact cuma tp takla too close sbb bkn dkt n dia pun senyap jer. Tau2 dah bertukar gf sampaila yg da last one ni. Muda lg dan masih blum abis study. Tuela sngnye if jd anak org sng. Tak keje lg pun still bole kawin coz parent bole support everything. Tak taula mcmane dia pujuk family dia utk let her go. Lgpun dia anak bongsu dr dua beradik je. Nak ke mane lgla duit parent dia kalau tak ke dia kan? Epul plak mmg dah anak org sng la. Hmm ahad ni jela aku pegi umah dia. Hadiah tak beli pun! Huwaaa takde duit. Hukhukhuk....... Tp mcmane pun,i have to find something jgk for them..
Tulis blog ni sambil dgr suara amani yg tak abis2 nak merengek. Isk rasa nak cubit2 je bdk kecik ni tau! Ntah ape yg dia nak ntah. Susu dah bg,jln2 pun dah penat. So maknanya dia dah ngantukla tu. Hmm oklah. Till then........
Voice of MsGaijin at Friday, August 22, 2008 0 comments