Nuffnang Ads

Monday, September 6, 2010

Setahun Yang Sama

Setahun yg lps perasaan yg sama wujud di dalam diri. Setahun yg lps rasa yg tak pernah aku mahu hadir mengiringi setiap langkah. Puas aku usir agar ianya pergi jauh. Namun tidak mahu ianya berganjak walau sedikit pun. Kini, setahun yg sudah berlalu ku kira akan membawa pergi segala rasa yg hanya menyakitkan hati. Tp tidak. Rasa itu kembali. Selepas setahun.

Setahun yg lalu. Bulan Ramadhan aku lalui dgn 1001 kepedihan. Bulan yg aku anggap akan memberikan kebahagiaan. Memberikan keinsafan kepada setiap insan yg melaluinya. Namun ianya tak seperti yg aku harapkan. Seminggu sblm berpuasa keadaan semakin meruncing dan itu adalah yg terakhir kali. Hari lahir yg berlalu juga menjadi hambar. Tawar seperti tiada gula. Hari lahir yg sepatutnya menjadi kenangan manis dlm hidup kita. Setahun hanya sekali. Peritnya aku telan dalam kepayahan. Bulan Syawal yg tiba juga menjadi kenangan yg terpahit di dalam hidup. Dan aku katakan tahun 2009 adalah tahun malang dan terburuk sepanjang aku menghirup nafas di muka bumi ini.

Setahun sudah berlalu. Knp rasa yg sama masih ada? Knp rasa yg sama berulang semula? Knp rasa yg sama kembali bersama? Knp rasa itu kembali wujud di waktu dan ketika yg serupa. Bulan Ramadhan, hari lahir dan bulan Syawal tahun ini aku rasakan seperti tiada apa. Hanya kesedihan yg menjadi santapan harian. Saat ini apa yg ada di dalam hati hanya kosong. Sungguh aku menduga ianya akan menjadi yg terindah. Kononnya yg terbaik. Kononnya yg terhebat. Seperti apa yg pernah didengar. Seperti apa yg pernah dikata. Namun sekali lg. Aku pasti kenangan terpahit akan berulang semula. Sama seperti setahun yg lalu.

Aku benar-benar sabar, redha dan tawakal saat ini....

0 comments: