Nuffnang Ads

Monday, September 20, 2010

Ramalan Yang Tidak Benar ;)

Sejujurnya sangkaan aku benar2 meleset. Syawal yg aku kira akan memberikan kesedihan rupanya tidak begitu. Pd awalnya mungkin iya tp tak lama. Dua hari sblm 1 Syawal adalah hari lahir aku. Kesedihan di pg Syawal sbnrnya lbh kpd keluarga. Kerana kakak dan abg tiada. Beraya di rumah sndr dan rumah mertua. Sgt janggal dan pelik bila melihat kakak aku tiada. Ini adalah pertama kali sejak dia berkahwin 16 tahun dulu. Itulah senangnya bila berkahwin dgn org satu kg. Blk kg tak perlu bergilir2. Stp thn jgk dia akan beraya di rumah kami dulu. Tiba2 thn ini tiada. Sgt pelik. Adalah saki baki kesedihan namun aku ok sahaja adanya.

Benar2 tidak spt yg aku jangkakan. Syawal kali ini memberikan senyuman yg tak putus sejak Syawal ketiga yg lps. Tak berhenti hadir menceriakan hari. Hanya waktu tidur sahaja yg memisahkan. Selebihnya, telefon sentiasa di tangan. Kalau inilah ketentuan yg Dia berikan, sesungguhnya aku amat2 menyenanginya. Keadaan ini sgt2 aku nikmati. Aku benar2 menghargai apa yg aku miliki waktu ini. Tak pernah sekali pun terfikir apa lg terlintas akan jd spt ini. Soalan yg sama sering kita tanyakan pd diri sndr mahupun sesama kita. Apa yg sudah terjadi sbnrnya?

Walau apa pun yg berlaku. Perasaan ini sgt mendamaikan. Keadaan ini juga amat menyenangkan. Segala kesakitan dan kesedihan terbang dan hilang begitu saja. Semudah dan seawal ini. Bagaikan mustahil tp itu hakikatnya. Kerana itu aku benar2 tersenyum waktu ini. Aku berjaya bangkit dr kegagalan yg mengecewakan. Aku berjaya bangun dr kesedihan yg menyusahkan. Nekad yg ada di dalam hati benar2 aku genggam kemas. Takkan aku biarkan goyah walau sehina mana sekali pun ia dtg menyembah. Itu kenyataannya.

0 comments: