Memang. Aku juga pernah menipu. Menipu kalau aku tak pernah menipu. Knp aku menipu? Utk menyelamatkan diri? Utk menutup kesalahan diri? Atau utk menjaga hati? Kesemuanya mungkin. Tiada yg tak mungkin. Menelan sebuah kepahitan kpd sebuah penipuan teramatlah perit. Pahit dan pedih rasanya. Tak terungkap dgn apa juga perkataan yg ada di dalam dunia. Betapa kepahitan itu membina satu dendam jauh di sudut hati ini.
Kononnya dr awal lg tidak suka org yg menipu. Kononnya dr dulu lg cukup bencikan si penipu. Kononnya sejak dahulu lg sgt pantang dgn sang penipu. Tp kalau diri sndr pun bergelar penipu bagaimana? Itu dinamakan CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Aku tak perlu berbicara tentang pantang aku pd apa2. Cukup sekadar aku tak suka dgn kewujudan org ketiga. Lebih menekan jiwa bila penipuan berdasarkan apa yg aku tidak suka. Menipu, menipu, menipu dan terus menipu. Bagaikan malaikat bila di depan org lain. Bagaikan kau yg paling setia di dalam dunia ini. Kononnya kau manusia yg paling jujur dan naif di alam ini. Tp kau lupa, Allah itu Maha Adil.
Aku hanya punya 1 akal dan 9 nafsu. Tp kau mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Namun malangnya kau memperbodohkan 9 akal yg kau ada lantaran tidak mampu nak mengawal hanya 1 nafsu yg kau punya. Di mana agaknya letaknya kesempurnaan kpd sebuah kurniaan dr Allah S.W.T yg memberikan kau 9 akal utk kau gunakan ke arah kebaikan? Di mana agaknya kau letakkan 9 akal itu? Mungkin di lutut? Di siku? Di buku lali? Atau mungkin di tapak kaki? Malangnya dirimu kerana memperbodohkan diri sndr yg sebenarnya turut diperbodohkan oleh empunya 1 akal dan 9 nafsu itu. Namun kau tak pernah tahu. Kan aku sudah bilang? Jgn memperbodohkan org lain kerana takut kita juga akan diperbodohkan dan mungkin lbh teruk lg dr apa yg kita lakukan. Siapa tahu kan? Dan aku di sini hanya tertawa melihat dirimu yg turut diperbodohkan di dalam diam.
Aku tahu kau menipu. Hanya itu yg mampu aku katakan. Sbb itu aku kata, jgn menipu dgn penipu. Walaupun aku sudah tak begitu, tp aku punya rasa dan pengalaman. Apa saja alasan yg kau berikan pernah aku guna pakai dahulu. Katalah aku angkuh sekali pun. Aku tahu kau mmg menipu. Itu saja.
0 comments:
Post a Comment