Nuffnang Ads

Tuesday, September 21, 2010

Pelangi

Apa yg berlaku benar2 mengajar aku makna kehidupan. Betapa manusia mudah berubah. Mudah berpaling tadah. Mudah mengingkari janji sndr. Awalnya mmg sukar utk diterima. Terlalu sukar. Hampir setengah tahun berkeras dgn diri. Melawan kata hati. Nasihat dan pandangan sekeliling aku pandang sepi. Segalanya aku tepis bagaikan hidup seorang di dunia ini. Keyakinan bagaikan tak pernah wujud dalam diri. Kebahagiaan juga spt menjauhkan diri bagaikan tidak sudi. Kebodohan yg sering dituding pada aku dahulu aku telan dan lupuskan jauh dr pandangan mata hati.

Hari ini pelangi menunjukkan diri. Knp baru skrg aku perasan bahawa pelangi sbnrnya wujud sudah terlalu lama? Knp baru skrg? Mungkin waktu itu awan mendung yg menyusahkan telah byk menutupi pandangan mata kasar. Menyaksikan segala keindahan pelangi yg ada aku nafikan sejak berkurun lama.

Benar kata org. Kita selalu merungutkan awan mendung dan hujan yg dtg slps panas teriknya mentari. Namun kita lupa Dia akan gantikan mendung dan hujan itu dgn pelangi yg indah. Warna yg terbit bkn satu dua. Warna warni yg melambangkan perasaan dan hati kita. Sungguh aku mahu seindah pelangi. Jika bkn aku sndr yg menganggap diri begitu. Ada dia yg memandang aku spt pelangi hatinya.

0 comments: