Nuffnang Ads

Saturday, September 25, 2010

Rasa Yg Tiada

Seawal 6.30 pg hari mengucapkan salam pd aku. Aku bersyukur kerana diberi peluang sekali lg utk menghirup udara ini. Di luar masih gelap. Agak mamai kerana waktu tidur aku hanya 3 jam shj. Kosong. Benar2 kosong. Hati dan jiwa aku kosong. Tak punya rasa. Tak punya apa. Entah apa sbnrnya yg ada di dalam fikiran aku. Entah apa juga sbnrnya yg ada di dalam hati. Aku tidak tahu apa yg aku fikirkan. Aku tidak pasti dgn apa yg aku mahukan.

Slps apa yg berlaku aku benar2 keliru. Ahh aku ni mmg tak pernah berhenti dr merasa keliru. Asyik2 keliru. Semuanya keliru. Aku benar2 mengharapkan akan ada jawapan utk setiap pertanyaan. Akan ada kepastian utk setiap persoalan. Aku tidak suka menyembunyikan. Aku juga tidak suka berpura2 bagaikan tiada apa. Aku sekadar meluah apa yg aku rasa. Aku cuma bercerita tentang masalah yg ada. Segalanya tulus dan telus. Tidak berdusta dan tiada rahsia. Mungkin ada lg yg belum aku cerita. Tp itu harus kerana ianya baru saja mengetuk pintu hati kita. Mungkin takkan ada kecewa. Atau mungkin kita biasa saja. Mungkin kita akan kembali seperti dulu.

Knp harus rasa ini yg wujud slps ianya baru saja bermula. Knp mesti rasa ini yg hadir slps ianya baru saja menjengah setiap hari yg dilewati. Benar,aku tidak mengharapkan apa2. Cukup sekadar satu pengertian. Nyatakan segera andai kau tidak mampu kerana harapan yg aku bina masih belum setinggi kayangan. Jauhkan simpati dr hatimu kerana aku tidak mahukan itu. Jelaskan segalanya padaku kiranya dirimu pasti tidak selayaknya utk aku berada di situ. Jgn kau bilang aku tak punya rasa. Jgn kau bilang aku tak punya apa yg kau ada. Rasanya sama. Kita serupa. Aku hanya tidak mahu menyusahkan. Dan aku sekadar tidak mahu sakit di kemudian hari dan akhirnya aku tersungkur. Sekali lagi.

0 comments: