Nuffnang Ads

Thursday, March 8, 2007

Harga Sebuah Jawapan

aku selalu menilai org drpd jwpn kpd stp soalan dan persoalan yg aku bg. selalu sgt. dr situ jgk kdg2 aku bole membezakan apa perasaan ataupun pndgn dia pd satu2 benda tu. kita bole tau sejauh mana dia ambik berat, dia jaga hati kita dan mcmane dia syg kat kita sampai tak sggp nak lukakan hati kita. tp aku pun bknlah pakar sgt nak menilai org tp pengalaman kan mengajar kita utk lbh mengenali sesuatu tu. aku ambik contoh pd seorg perempuan yg tak pandai memasakla kan. dan dia bertanya soalan pd 2 lelaki yg berbeza utk mengenali sejauh mana kesanggupan atau pun keikhlasan seseorang itu pd perempuan yg ada kekurangan tu.

dia bertanya soalan.. 'kalau aku masak tp tak sedap apekah penerimaan atau tindakan kamu?'.
lelaki pertama jwb.. 'masak jelah. nnt org bgtaula ape yg kurang ke ape yg tak best ke ape yg xde ke.'

soalan yg sama dia tanye kat lelaki kedua.. 'kalau aku masak tp tak sedap apekah penerimaan atau tindakan kamu?'
lelaki kedua jwb.. 'aku tetap akan makan walaupun tak sedap. sbb kamu dah penat memasak. aku akan tetap telan dan tidak akan sesekali mengecilkan hati kamu dgn mengatakan mknn itu tak sedap apelg utk menyatakan segala kekurangan yg ada pdnya..'

nmpk kan? kdg2 drpd jwpn pun kita tau kesanggupan dan kesungguhan seseorang tu menerima kita seadanya atau tidak. sejujurnya aku dpt merasakan segala kepedihan yg perempuan tu rasa bila mendengar jwpn dr lelaki pertama tu. tp dia tak memprotes ataupun bersuara kerana dia sedar segala kekurangan yg dia ada. dia terlalu sedar akan kelemahan dan kekurangan diri dia.

LOVE IS A GAME OF CHANCE. sememangnya cinta itu sering memberikan kita peluang. peluang utk berubah atau berusaha utk menjadi yg lebih baik. tapi peluang selepas kata2 yg menyakitkan sbnrnya bukan satu peluang utk kebahagiaan. tp lebih kpd peluang yg menghancurkan satu2 hubungan. dan juga peluang yg sgt luas utk melukakan hati insan lain.

kdg2 bila aku sakit aku akan selalu mengadu. dan aku akan menunggu apakah jwpn yg akan keluar. dan kebanyakannya hanya jwpn yg akan buat aku kecewa dan bersedih. seolah2 aku ni takde nilai dan aku rasa mcm hidup sorang2 dlm dunia ni. takde nak ambik berat atau pun menunjukkan rasa risau. aku tak perlukan rasa simpati. aku tak nak rasa belas kasihan dlm satu2 perhubungan. jgnlah sampai kehilangan baru kita nak sedar betapa perlunya rasa ambil berat pd org yg kita syg. dan betapa dia memerlukan rasa prihatin dr kita sbg org yg dia syg. dan sekali lagi aku akan menilai.... hmm....

sbb tu kdg2 kita kena berhati2 dgn jwpn kita. takut2 akan buat org lain sedih, terasa dan kecik hati. lebih2 lg kalau berckp dgn org yg suka berfikir dan psycho. heheheh. dia sentiasa mencari sesuatu utk diutarakan sbg satu masalah ataupun satu kelebihan utk meng 'attack' seseorang tu. kdg2 kita mmg tak sedar ape yg kita ckp tu sbnrnya dah buat org lain kecik hati. aku pun mcmtu. segala yg berlaku mmg aku tak sengaja sekiranya benda tu dah buat org lain terasa atau kecik hati. sambil aku menilai aku pun mencari kesalahan diri sndr jgk. diri sndr yg tak pernah sempurna. yg selalu sedar segala kelemahan dan kekurangan itu sememangnya dtg dr diri aku sndr.

kawan, sesungguhnya SEMPURNA itu hanyalah milik DIA..

0 comments: