Nuffnang Ads

Tuesday, March 20, 2007

Cinta I

-jiwa kita adalah satu tmpt di mana pelbagai rasa akan muncul.. suka atau tak suka.. ianya tidak boleh bertakhta dlm hati pd satu masa yg sama tp ianya silih berganti.. kejap suka kejap tak..

-apabila rasa suka dlm hati dipertahankan.. ianya akan bertukar rasa syg, rindu, cinta dan sebagainya..

-there is one happiness in life.. TO LOVE AND TO BE LOVED..

-cinta tak pernah meminta tp cinta sentiasa memberi (faham tu???)

-di mana ada cinta di situ ada kehidupan.. manakala kebencian membawa kepada kemusnahan..

-Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.


-Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

-Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

-Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. (aku suka yg ni!)


-Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.. (paling suka!)

0 comments: