Nuffnang Ads

Friday, September 28, 2012

Pok amai-amai.

Rutin setiap pagi saya sesudah sampai ofis adalah call kampung! Saya nak tahu Zara tengah buat apa, dah bangun ke belum, dah mandi ke belum, dah susu ke belum.

Biasanya bila saya call mak ngan Zara mesti tengah tengok tv rancangan Tanyalah Ustaz pastu sambung pulak dengan Pesan Atuk. Mak memang suka bagi Zara tengok rancangan keagamaan macam tu. Mak bagi dia dengar orang mengaji, azan dan sebagainya. Even masa mak solat Maghrib ke kadang-kadang tu Zara mesti akan dok kat sebelah guling-guling sambil main. Satu pendedahan yang sangat suci untuk budak kenit macam Zara yang baru nak mengenal dunia dan persekitaran, baru nak adapt dengan keadaan sekeliling, baru nak belajar malah cepat belajar dengan apa yang dia nampak.

Pagi tadi macam biasalah saya akan call untuk tanya Zara. Mak cerita malam tadi Zara bangun menyusu pukul 1 pagi. Selalunya lepas nyusu dia mesti akan tidur balik. Tapi malam tadi tak. Habis je nyusu dia terus campak botol tu dan tepuk tangan pok amai-amai tak berhenti sampai pukul 3 pagi. Dengan kaki-kaki dia sekali ikut bertepuk. Just imagine 2 jam non stop dan mak tension! Hahaha. Mak cakap mak tak layan pun. Mak biarkan je dalam gelap tu sebab ingatkan dia akan penat dan tidur balik tapi dia tetap dok pok amai-amai tak benti. Mak cakap sekarang ni musim dia asyik nak tepuk tangan je.

Akhirnya mak give up dan bawak Zara tidur luar dengan abah. Sudahnya semua orang tidur kat luar hanya kerana Zara. Bagusnyaaaaa. Anak sapelah tu!

Zara, tak baiklah buli nenek ngan atuk. T_____T

Thursday, September 27, 2012

Momen dalam perut.


Saya rindukan detik-detik ini. Saya rindukan saat-saat itu. Waktu itu kalau saya seorang sekali pun saya tak pernah berasa seperti sendirian. Saya ada peneman yang setia. Saya ada dia yang bagaikan mengerti dan memahami setiap rasa dan perasaan yang saya ada. Dia yang sentiasa mendengar segala bisikan hati dan tangisan jiwa.

Saya rindukan detik ketika Zara masih di dalam perut. Benar kata orang, usai bersalin kita pasti akan merindukan saat-saat sewaktu mengandung. Memang betul. Momen sepanjang 9 bulan tu terlalu indah untuk dikenang. Terlalu berharga untuk dilupakan. Setiap kesakitan dan kegembiraan yang dilalui sepanjang tempoh itu tak pernah berganjak daripada ingatan saya.

Zara, mummy rindu Zara. Rindu sangat. Pedih sungguh rasanya.

(-____-)


Mungkin cinta aku tak seagung cinta Nabi Muhammad pada Siti Khadijah. Tak sehebat cinta Zulaikha pada Nabi Yusuf. Tapi apa yang aku tahu, aku perlukan kamu.

Wednesday, September 26, 2012

Oh makcik cleaner.

Ini bukan satu rungutan. Tapi satu luahan perasaan.

Hari-hari makcik cleaner akan datang setiap pagi untuk amik tong sampah saya dan buang isinya. Hari-hari juga makcik cleaner akan datang lebih kurang pada jam 2.30 petang untuk cek semula tong sampah saya sambil membawa kertas untuk saya tanda / tick dan kemudian tandatangan dan kena cop. Kalau saya tak cop nanti dia akan tanya 'Cop?'. Huhhhhhhh

Just imagine betapa boringnya saya buat benda yang sama hari-hari. Memanglah kerja saya senang je. Ambik borang tu pastu tinggal tanda je kat Sangat Memuaskan atau Memuaskan atau Tidak Memuaskan. Dan hari-hari juga saya akan tick kat Memuaskan. Kotak nak tick tu ada banyak daripada atas sampai bawah. Dahla tu ada dua mukasurat plak tu. Blerghhhhh

Saya tak faham perlu ke hari-hari ada komen? Dulu saya komen suh lap meja, lap habuk, lap itu lap ini takde pun diorang buat. Buat 2-3 hari je pastu dah takde. Tak boleh ke dia buat conclusion tu untuk seminggu terus pada hari Jumaat? Dahlah bangunan ni ada dekat 40 tingkat. Lepastu hari-hari kena buat borang soal selidik. Membazir betul kan.

Makcik cleaner, saya dah boring sangat sebenarnya nak tick borang makcik tu. Tolonglah faham. Sobssssss

Jangan sampai aku tahu.

Jangan sampai aku tahu,
Memang matilah kau.

Jangan sampai aku tahu,
Memang tak selamatlah hidup kau.

Jangan sampai aku tahu,
Memang terbaliklah dunia ini.

Jangan sampai aku tahu,
Memang selamatlah aku maki.

Jangan sampai aku tahu,
Memang muka kau aku bagi kaki.

Jangan sampai aku tahu,
Memang aku tak pandang belakang lagi.

Babai.

Daripada dulu masa saya bujang bila saya bercinta dan putus saya tak suka nak berkawan dengan mereka-mereka itu. Sebab pada saya bila dah putus tu dahlah. Aphal nak jadi kawan plaks? Sounds so kerek kan? Eheh.

Tapi entahlah sebab saya memang takde rasa macam nak kawan dengan mereka-mereka itu. Sebab saya percaya dengan kata-kata bestfriend boleh jadi boyfriend tapi ex boyfriend susah nak jadi bestfriend. Kalau ada memang saya salute sebab diorang boleh buang segala perasaan yang ada dan selambakan muka bila berhadapan dengan ex tu macam orang buta, tuli dan bisu. Kan? Kan? Kan? Plus kita pun dah kahwin dan macam tak manis sangatlah kot sebenarnya untuk kita nak baik sangat dengan mereka-mereka itu. Jadi kawan tak, jadi musuh pun tak.

Susah bila jadi orang yang pendendam ni. Lagi-lagi kalau hati lebih banyak sakit daripada happy masa tu. Macam mana nak jadi just friend apa lagi bestfriend? Dalam fb saya sendiri takde mereka-mereka itu. Ada tu adalah tapi biasa-biasa je dan kita pun memang tak bertegur. Masing-masing dah ada hidup sendiri. So biarkan saja dan tak perlulah kita ganggu. What i mean is mereka-mereka ni type of yang matang dan boleh berfikir lah kan. Yang rasa okay tak payahlah kita nak delete mereka itu kalau mereka tak kacau pun hidup kita. Unless yang memang nak cari pasal macam kau best memang babai la dah selamat aku unfriend.

Yang macam tak best tu kalau kita boleh jadi kawan dan tak pernah ada masalah dengan dia then tetiba dia remove kita. Pastu kita jd macam 'Eh aku ada salah pape ke?' I dun care at all kalau dia kawin pun tak jemput. Kalau dia jemput pun saya memang TAK NAK datang. Saya kan pendendam. Haha. Cuma saya rasa terkilan sebab before that kita okay je. Boleh contact and gurau-gurau macam kawan. Boleh sembang like nothing happen. Then tetibe aku kena remove pastu kau senyap sebab rupanya kau nak kawin dan macam kau takut sangat aku bukak segala rahsia dengan wife kau. So the conclusion is macam yang kawan saya cakap 'dia takut bini'. Saya kena delete tapi ex yang lain takde plak dia remove. Nampak sangat. But i'm okay. Kita ingat dia tergolong dalam orang yang matang dan boleh fikirlah kan. Rupanya macam budak-budak je.

Sorry to say la. I dun respect u 'man'. Kalau nak buang, buang daripada awal. Bukan dah baik dah boleh jadi kawan pastu tetiba nak buat musuh. Agak-agak best ke ada musuh instead of friend? What the fish.

Jom kita perabih duit kat IKEA.

Minggu lepas saya ternampak sorang kawan ni post gambar lampu IKEA. Haha kalau kau baca blog aku ni kau mesti tau kau sape. Tengok je gambar tu pastu tetiba terfikir.

Dengan pantas saya snap gambar dan bbm kat dia besertakan caption 'Jom pegi IKEA!'. Jawapan yang diterima cuma 'Okay'. Okay takpe saya tanak harap sangat pun sebab since dah pindah Putrajaya semua tempat kitorang rasa macam jauh sangat nak pergi. Sume tempat kena lalu highway. Sume tempat kena lalu tol. Sobsssss

Tak sangka plak rupanya dia memang betul punya okay. Sabtu lepas kitorang pun pergi. Arghhh ramainya orang. Takkan sume ni nak beli lampu tu gak kot? Niat kita cuma nak beli lampu je okay. Lampu sahaja!

Tapi sebelum sampai lampu tu dah terambik lampu tidur warna merah dua. Terambik lagi cawan warna warni. Sampailah jumpa lampu yang kita nak tu. RM35 je satu jadi kita ambik dua. Pastu terambik plak jam dinding kaler merah. Pastu ambik plak frame gambar. Pastu ambik plak tong sampah kaler merah. Eh terambik plak gambar dinding. Pastu ambik plak bunga kecik nak buh kat toilet pastu ambik lagi pasu nak buh bunga tadi tu. Pastu ada lagi sebenarnya tapi saya dah lupa. Hehe.

Nasib baik fikir nak jimat sikit. Kalau tak abis saya angkut semua yang saya nampak. Tu pun nak ambik lagi tapi dia tahan. Suh sabar sebab nanti dia plan nak pergi lagi. Haaaaaa suka!

Banyak lagik yang saya nampak, jeling dan mahu tapi simpan je dulu. Nanti kita habiskan duit lagi. Seronok nak hias rumah kali ni. Black, white and red. Ohh la la.

Tuesday, September 25, 2012

Volks Burger, Putrajaya

Pernah dengar Volks Burger tak? Kalau orang yang biasa dengan area Presint 15, Putrajaya mesti familiar dengan burger ni.

Saya dah cuba google tadi tapi memang tak jumpa samada gambar atau apa saja entry pasal burger ni. Burger ni memang best tapi tu pada saya lah. Tapi saya rasa pada orang lain pun best gak sebab saya tak pernah tengok kedai dia tu takde orang yang tunggu. Pastu ramai plak tu.

Apa yang istimewanya kedai dia ni kecik je sebab share dengan orang jual kepok lekor kat sebelah. Pastu dia design kedai dia dengan buh kepala kereta volks tu kat depan kedai. Bukan lah dia potong kereta tu ke atau curik kat kedai potong ke pastu buh kat situ tapi hari tu dia cakap diorang buat sendiri pakai fiber ke apa ntah pastu diorang cat cantik-cantik jadikan hiasan.

Volks burger ni ada jual burger biasa macam yang kita selalu makan tu. Tapi dia jual jugak burger homemade. Yang homemade tu memang tebal dan besar. Pastu sedap! Harga untuk homemade pun sedap untuk dilihat sambil menggaru kepala kalau dalam poket cuma ada RM5.00 sebab memang tak cukup nak bayar. Oleh itu beli saja burger yang biasa sebab harga dia cuma RM2.50 dan boleh jadi RM3.50 sebab saya suka makan cheese so kena tambah singgit.

Mula-mula pindah sini kitorang jalan-jalan dan explore apa yang ada tu yang nampak kedai ni. Pastu saja lah beli nak try tengok sedap ke tak. Sekali mula-mula makan tu eh sedapnya sehingga menggigit pastik burger dan macam biasalah ayat kami 'Okay boleh repeat lagik!'. Itu maknanya burger tersebut LULUS ujian rasa daripada juri Farz dan Alif. Sekian.

Errr takde komisen pape ke tolong promote burger ni?

Nanti bila-bila free saya nak curik ambik gambar kedai tu pastu buh kat sini.

Re-edit :


Taraaaa! Inilah Volks Burger tu!

Friday, September 21, 2012

Setahun sudah.

Dah setahun lebih berlalu. Pemergian dia masih saya rasakan. Sahabat itu.

Selalunya saya akan terasa kehilangan dan rindu pada dia bila waktu saya memerlukan seseorang untuk bercerita tapi takde sorang pun yang ada. Bila detik tu sampai cuma air mata je yang mampu saya luahkan sebagai ganti.

Saya mahu pendengar yang setia mendengar bila saya bercerita. Saya mahu kawan yang menyebelahi saya bila saya betul tapi tetap akan menegur jika saya benar-benar salah. Saya mahu kawan yang sentiasa berada di sisi saya walaupun panggilan saya di waktu dia sudah tidur apa lagi di waktu subuh hari hanya untuk menemani saya yang mengantuk bila tengah memandu. Saya mahu kawan yang sentiasa bersama saya di waktu saya menangis atau ketawa.

Sayang, saya dah tak punya kawan seperti itu sejak dia pergi meninggalkan saya. Selama itu juga terlalu banyak cerita dan kepedihan yang saya simpan sendiri. Menjadikan barah dalam hati ini bagaikan tiada ubatnya walau sekadar penahan sakit. Tiada lagi.

Saya benar-benar rindukan dia. Suara dan tawa dia masih terngiang-ngiang di telinga ini.

An, aku rindu sangat dengan kau. Aku dah takde tempat nak cerita nak gosip lagi. Sekarang ni aku jadi stalker sorang-sorang je dan semuanya aku simpan sendiri.

Ofis macam param jadu.

Tak habis-habis lagi isu pasal nak caras tempat kerja saya. Fed up kau tau tak?

Saya tak tahulah apa yang budak tu hadap sangat nak masuk ofis saya ni. Sampai nak ampu sana sini, pujuk orang sana sini supaya dapat masuk sini dan tendang saya keluar pergi ganti tempat dia. Perlu ke?

Mula-mula saya memang angin. Pastu saya marah. Pastu memang saya naik darah. Saya ingatkan dah takde lagi cerita pasal ni rupanya dia masih tak putus asa. Fine lah kalau kau terhegeh-hegeh sangat nak ambik tempat aku ni kan. Tapi tak perlu lah nak cucuk orang, tak perlulah nak hasut orang, tak perlulah nak buruk-burukkan orang.

Bos tak suka saya? Perlu ke saya kisah? Saya berada di sini bukan kerana dia. Saya diberi gaji bukan kerana dia. Saya dapat kerja ni bukan kerana dia. Rezeki saya bukan kat tangan dia. Desas desus ni bukan pertama kali masuk dalam telinga ni tapi takpelah saya tak kisah pun. Tapi kisahlah jugak sebenarnya. Kau nak benci dengan aku kau rasa orang-orang bawah kau suka sangat ke dengan kau? Kau rasa cara kau mengurus dan mentadbir ofis ni betul sangat ke?

Kemonlah. Kau pun macam lalang. Tinggal aku tak sembur racun rumpai je lagi.

Memang saya protes! Kalau disiplin dan soal kerja saya yang dipertikaikan, mehlah sini datang bersemuka dengan saya dan tanya apa masalah saya. Bukan nak judge saya ikut suka pastu main cakap belakang pastu ada hati nak tendang saya keluar dari sini tanpa beri saya peluang untuk menjelaskan keadaan atau apa saja persoalan. Ingat saya nak diam je ke? Kalau tak tahu tanya dan kalau nak tahu pun tanya jelah. Saya boleh jawab. Takde hal. Menyampah plak dengan opis param jadu ni.

Aku tumbuk muka kau nanti. Eh?