Nuffnang Ads

Thursday, July 5, 2012

Oh nak rompak ye?


Baru-baru ni ada sesuatu yang berlaku pada mak dan abah. Kat sini ingin saya menyeru kepada pakcik makcik supaya berhati-hatilah walau di mana jua pakcik makcik berada. Kerana sesungguhnya bahaya itu berada di mana-mana. Apabila bahaya sudah datang maka malanglah nasib pakcik makcik kelak dek kerana terleka dengan permainan manusia yang hati perutnya letak di lutut. Eh tetiba?

Ada lah 3 orang lelaki ni jumpa abah dan mak saya dan pujuk diorang kononnya nak sewa tapak kebun untuk dirikan pencawang. Yang peliknya sorang tu cakap macam tu. Yang sorang lagi pulak cakap nak tumpang letak kontena. Tak ke pelik? Itu satu hal lah. Yang kedua peliknya tu 'ai beso pulak laman umah aku korang nak letak kontena?' Nampak sangat membongak!

Tapi biasalah orang tua. Senang dipujuk apa lagi bila dijanjikan dengan wang yang kononnya bolehlah menambah pendapatan serba sikit kan. Tapi tanpa apa-apa perjanjian hitam putih biru merah kuning, tanpa sebarang uniform atau kenderaan syarikat dan lain-lain, ternyata telah menimbulkan keraguan yang munasabah di fikiran mak dan abah sejurus diorang beredar. Tetapi malangnya mak abah dah terbagi nombor akaun bank!

Maka berdesup lah mereka berdua pergi ke bank untuk menamatkan riwayat akaun bank tersebut dan duit mak telah berjaya diselamatkan. Pelik ketiga pulak mungkin diorang tak sempat songlap duit tu sebab mak dah tutup akaun tapi diorang boleh lagi telefon rumah tanya nombor akaun ASB? Tak ke pelik? Apahal korang nak ASB mak aku? Nak tolong topup tiap-tiap bulan ke? Pastu dividen ujung tahun boleh share gitu? Vangang! Diorang ingat kita vangang macam diorang ke? Mak saya pun tak layanlah dan diorang terus letak telefon. Mungkin diorang tahu tembelang diorang dah pecah.

Maka saya sebagai anak yang bekerja di Putrajaya terpaksalah pergi ke Bahagian Pencen, JPA untuk menukar nombor akaun mak dan abah yang baru sebab kalau tak nanti diorang tak dapat duit pencen bulanan. Hai lah emak, hai lah abah. Janganlah terpedaya lagi dengan syaitan seperti ini.

Dengan itu sekali lagi saya ingin membuat seruan supaya pakcik makcik lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak menerima nasib yang sama seperti cerita di atas. Sekian, terima kasih.


Sakit itu nikmat?


Sejak dua tiga menjak ni macam-macam dugaan yang datang menyinggah dalam hidup saya. Bermula dengan sakit mata, sakit perut, sakit dahi benjol tumbuh jerawat tapi rupa macam kena tumbuk. Lepas tu kelmarin saya terpijak kaca. Semalam pulak jari saya melecet terkena tombol pintu sampai nak makan pun susah sebab pedih sangat. Apakah?

Setiap sakit yang datang itu sebenarnya menghapuskan dosa-dosa kecil. Ye saya faham tapi bila dah berturut-turut macam ni kepala saya mula fikir lain. Kenapa tak berhenti musibah yang melanda saya? Apa yang saya buat sehingga diuji macam ni? Sudahlah hati tak tenang sejak 2-3 minggu ni.

Saya tak mengeluh cuma tertanya-tanya. Cuai sangatkah saya? Kurang berhati-hati mungkin? Entahlah. Sebab saya sendiri tak pasti punca setiap yang berlaku tu. Ianya cuma datang dan pergi sesuka hati. Eh kenapa macam lirik lagu plak ni? Okay boring.


Monday, July 2, 2012

Saya tak gagah.

Kenapa saya rasa macam serba tak kena je sejak akhir-akhir ni? Saya rasa macam nak marah. Saya rasa macam tak adil. Saya rasa macam-macam. Semuanya rasa macam menyusahkan. Itu tak kena ini tak kena. Apa yang ada segalanya menyakitkan hati saya.

Ya Allah, dimanakah ketenangan yang dicari? Bagaikan ada sesuatu yang membebankan perasaan saya waktu ini. Sesuatu. Tapi saya tak tahu apa. Jangan cuba mengganggu saya walaupun sedikit. Mudah benar saya naik angin.

Saya letih dengan orang yang tak memahami. Saya letih dengan orang yang menilai membuta tuli. Saya letih dengan orang yang mementingkan diri sendiri. Bosannya saya rasa bila dikelilingi dengan manusia begini. Saya mahu menjerit melepaskan geram dan marah yang terbuku dalam hati. Saya mahu tumbuk muka orang yang menyakitkan hati saya! Macam gagah kan?

Tapi saya tenang bila Zara ada di sebelah saya. Zara, mummy rindu sangat. Nangis~

Teruknya emosi kau?

Kadang-kadang saya akui saya tak mampu untuk mengawal emosi sendiri. Saya tak mampu untuk meletakkan perasaan tertekan itu di tepi jalan. Errr? Oh kenapa? Sampai satu tahap bila saya dah terlalu tertekan saya akan marah, marah, marah dan marah. Syaitan!

Kebiasaan bila kita tak ada kerja kan? Jadi bila tiba-tiba kerja datang macam puting beliung. Memang habis jahanam segala yg ada. Kita jadi stress dan kelam kabut. Lepas tu tak tahu yang mana nak dibuat dulu. Terasa sangat vangang diri ini.

Entah. Sudahnya saya akan melepaskan marah saya pada insan yang akhirnya akan menjadi malang. Kasihan kan? Siapa? Siapa? Siapa? Bukan pertama, kedua atau ketiga kali tapi sudah banyak kali. Kekadang niat saya cuma mahu bercerita, berkongsi dan mengadu tapi itulah kalau syaitan tengah pasang air cond saya pun jadi makin geram dan geram dan geram dan lagi geram dan geram lagi dan lagi dan lagi dan lagi maka saya dengan si mangsa tu pulak yang bergaduh. Ohh kasihan.

Sebenarnya saya sendiri keliru kadang-kadang tu. Pada apa dan mana keutamaan saya sebenarnya. Keadaan boleh jadi kelam kabut dan tak tentu hala. Dan bila hal tu berlaku, saya sangat benci dengan diri saya. Lepas tu saya nangis. Blerghhhhh~

Kekadang

Kekadang aku menidakkan katamu
Kekadang aku meragukan tingkahmu
Kekadang aku melepaskan amarahku
Kekadang aku mendahulukan cemburuku


Kekadang aku merindukan dirimu
Kekadang aku mendambakan romantismu
Kekadang aku memerlukan belaianmu
Kekadang aku mahukan gurau sendamu


Namun begitu tahukah dirimu
Diwaktu kekadang itu sering bertamu
Jauh di sudut hati ini
Ada simpati dan kasih yang tersembunyi

Khilafku tak pernah ku mahu
Dosaku tak mungkin ku tahu
Acapkali sengketa menjengah
Namun diri tak pernah menyerah

Waktu melewati usia perjalanan ini
Seiring langkah menciptakan ceritanya sendiri
Saat aku terjatuh dan mahu berdiri
Huluran jari jemari mu yang dinanti

Wednesday, May 9, 2012

Mulanya Kehidupan Zara

Cerita tentang anak adalah cerita yang tak akan sesekali membosankan kita. Maka dengan itu saya seronok sangat nak cerita pasal Zara. Eheh.

27 Disember 2011. Hujung tahun lepas saya kena admit di Hospital Putrajaya satu malam sebab saya mengadu pergerakan baby tiba-tiba senyap. Saya kacau, saya usap, saya usik macam mana pun tapi dia tetap diam. Saya risau dan dia terus capai beg dan bawak saya ke hospital. Doktor nak induce tapi dengan segera saya kata tak nak sebab saya tak nak bersalin di hujung tahun. Kesian baby sambut birthday lambat. Hahaha. Tambahan pula pergerakan dah kembali normal dan aktif macam biasa. Dan lagi tiada bukaan pada jalan keluar baby. Jadi saya minta untuk pulang ke rumah.

6 Januari 2012. Sekali lagi saya dibawa ke hospital sebab sakit yang amat sangat. Sakit kat perut, pinggang dan tempat-tempat tertentu. Pergi ke Hospital Putrajaya tapi wad penuh. Okay saya cuak. Dan kami terus ke Hospital Serdang pulak. Tapi macam yang lepas memang tiada bukaan lagi. Okay balik rumah semula. Harapan dia untuk sama birthday dengan baby pada 7 Januari tak kesampaian. Ahad tu sempat lagi kitorang pergi KL dan Putrajaya dengan Fasha. Jalan-jalan dengan perut ada baby. Mengah~

12 Januari 2012. Due date yang kebanyakan doktor bagi. Klinik kesihatan yang pertama memberikan 16 Januari sebagai due tapi kebanyakannya memberikan 11-12 Januari. Jadi saya memilih hari itu sebagai due date saya. Tiada apa-apa yang berlaku. Cuma ketegangan di bahagian perut ke bawah makin dirasakan.

13 Januari 2012. Sakit lagi. Ke Hospital Putrajaya tapi masih lagi penuh. Terpaksa ke Hospital Serdang walaupun hati saya meronta-ronta tak nak kat situ. Sebab teringatkan keadaan wad yang sentiasa penuh dan keselesaan yang kurang pada saya. Bukaan saya sudah 1cm waktu ini. Okay saya dah takut sekarang. Tapi saya diminta balik ke rumah sebab bukaan masih kecil. Haihhh~

15 Januari 2012. Saya pergi menyerah diri ke Hospital Putrajaya. Doa saya dimakbulkan bila mana pada waktu itu ada pesakit dah nak discharge. Alhamdulillah Allah mengizinkan permintaan saya untuk bersalin di hospital yang lebih selesa. Saya ditahan di wad dan disahkan akan di induce keesokan paginya. Bukaan jalan masih lagi 1cm walaupun sudah 2 hari berlalu. Malam itu saya tidur di wad dengan 1001 macam perasaan. Cuak weh!

16 Januari 2012. Seawal pagi saya dah bangun dan mandi. Menunggu kehadiran doktor. Aku seram! Saya dipanggil ke satu bilik kecil yang ada di wad tu. Pil sebesar hujung jari kelingking dimasukkan. Ya itulah induce. Dan saya perlu baring selama satu jam bagi memastikan pil itu menjalankan tugasnya dengan baik. Selang beberapa jam jalan bukaan diperiksa tapi masih 1cm! Tapi saya sudah mula merasakan pengecutan rahim atau dalam bahasa yang sering digunakan adalah contraction. Sumpah sakit! Tapi sakit tu masih lagi belum sekerap mana. Dalam satu jam saya cuma merasakan 2-3 kali sahaja. Menangis tak boleh nak kira sebab saya tak tahan sakit. Bukaan masih lagi 1cm dan keputusan untuk memasukkan induce yang kedua dilakukan. Terima kasih doktor!!!! Blerghhhh~ Tapi bila masuk petang sakit dah mula berkurangan dan malam tu saya boleh tidur lena walaupun dengan hati yang penuh kerisauan.

17 Januari 2012. Saya di induce lagi. Tak lama selepas itu jalan dibukaan diperiksa. Barulah ada pergerakan tapi cuma baru 2cm saja. Doktor pakar datang untuk memeriksa dan saya jadi bahan eksperimen lagi. Dia melakukan VE pada saya. Apa itu VE? Ohhh taubat saya tak nak rasa VE tu lagi! VE tu satu cara paksaan jalan bukaan dengan menggunakan jari sambil mengira 2,3,4. Ya Allah sangat sakit! Bila saya dah menjerit tak tahan doktor tu terpaksa berhenti. Masa tu saya dengar suara dia kat luar. Leganya hati sebab saya tahu dia baru sampai hospital. Maklumlah dia tak boleh nak temankan kat wad. Doktor bagi saya pilihan nak bersalin normal atau operate sebab dia tengok saya macam dah tak boleh tahan sakit. Lama saya diam. Kalau nak kenangkan sakit tu saya memang laju je nak jawab operate tapi saya tawakal dan nekadkan hati dengan jawapan 'doktor, saya nak cuba bersalin normal jugak..'. Then that's ur choice. Tapi kalau saya tak boleh tahan sakit lagi saya boleh report terus kat nurse yang ada.

Masih 17 Januari 2012. Kesakitan yang saya rasakan semakin kuat dan kerap. Lebih kurang 1-2 kali dalam 10-15 minit. Tangan dia saya genggam dan kadang-kadang rasa macam nak gigit sebab tak tahan sakit. Kalau boleh berguling dah lama saya buat. Menangis tak payah nak cakap lah. Perut saya sentiasa bertampal dengan wayar untuk check heart bit baby. Lebih kurang pukul 3.00 petang doktor datang lagi untuk cek jalan bukaan. Dah 3-4cm lebih kurang. Yang saya tak boleh terima dia pun nak buat VE jugak! Aduhai sakit yg pagi tadi pun saya masih terasa lagi. Lepas dia buat VE datang pulak doktor perempuan untuk pecahkan air ketuban. Okay saya nak pengsan jap bila tengok satu plastik panjang nipis tu. Tak sakit pun masa pecahkan air ketuban tu. Doktor tu pelik bila tengok tak ada air yang keluar. A'ah memanglah kan. Bila saya bangun nak ke tandas masa tu lah air ketuban keluar sebanyak-banyaknya. Saya persiapkan diri seadanya. Siapkan baju baby yang perlu dan terus duduk kat wilcha. Saya ingat lagi pukul 4.00 petang bermulanya contraction 5 minit sekali. Masa tu sakitnya memang tak boleh nak tahan. Tersangat sakit yang amat sakit. Takde yang tak sakit melainkan sakit belaka.

Masih lagi 17 Januari 2012. Saya hampir tewas sebab dah tak tahan sakit. Saya request nak ambil epidural. Walaupun saya dah terbaca di sana sini tentang keburukan epidural. Tapi masa tu dah tak boleh nak berfikir lagi dah. Saya suruh dia panggil doktor tapi doktor kata nanti dulu. Diorang suruh saya sabar sebab belum masanya lagi. Bila saya suruh tanya pasal epidural diorang kata doktor bius tak sampai lagi. Alahai mana kau pergi doktor oiii~ Sampai ada sekali tu saya TER marah dia sebab dia asyik suruh saya sabar. Yelah orang tengah tak tahan sakit dia asyik suruh sabar je. Haha kesian dia. 2 jam saya bertarung melawan sakit tu. Bila jam dah 6.15 petang lebih kurang tiba-tiba saya terasa macam nak meneran. Saya buat bodoh lagi. Tapi bila dah rasa kali kedua saya terus suruh dia panggil doktor. Barulah doktor dan kawan-kawan terhegeh-hegeh nak datang. Dan doktor bius nasihatkan saya supaya tak boleh lagi ambil epidural sebab dah ada rasa nak meneran. Epidural hanya untuk penahan sakit sebelum rasa nak bersalin. Okay doktor! Dalam hati sumpah saya lega.

Bila cek bukaan jalan dah 6-7cm. Dan doktor tu paksa lagi jalan bukaan ke 8cm. Ada sekali saya terjerit dan sorang nurse tu tegur saya supaya jangan menjerit kalau tak nak hilang tenaga. Mulut saya memang tak berhenti-henti baca segala ayat al-Quran yang saya tahu dan juga surah Nabi Yunus. Saya cuba aplikasikan cara-cara bersalin dan meneran yang betul yang saya tahu. Dan selepas lebih 10minit saya berjuang akhirnya baby berjaya dilahirkan pada 6.32 petang.

Soalan pertama yang doktor tanyakan pada saya. 'tengok baby awak baby apa?' 'Baby girllllllll..' tu je jawapan yang mampu saya cakap masa tu sebab terlalu letih dan mengantuk. Baby diletakkan di atas perut saya dengan keadaan masih lagi berdarah. Subhanallah. Satu perasaan yang susah nak digambarkan terbit dalam hati saya waktu itu. Saya tengok baby saya. Mata dia terkedip-kedip. Putihnya kulit dia. Tapi hidup pulak yang macam kembang sikit. Alamak~ Lepas tu baby diambil dan dibersihkan. Saya, dia dan baby ditinggalkan kejap kat bilik bersalin tu lepas semuanya selesai. Saya diberi minum milo o panas untuk kembalikan tenaga. Mak, kakak dan adik ana dah tunggu lama kat wad sampai dekat pukul 9.00 malam terpaksa balik sebab waktu melawat dah lama habis. Pukul 9.00 lebih tu la baru saya turun ke wad. Punyalah lama kat bilik bersalin kan?

Malam tu saya tidur sorang sebab baby macam tak okay lagi. Sebab kadang-kadang macam nak termuntah. Esok pagi tu baru dihantar kat saya. Wah seronoknya tengok baby tu. Semalam dalam perut hari ni dah kat luar perut! Pagi tu doktor cek kitorang dan saya dibenarkan untuk discharge pagi tu juga sebab mummy dan baby takde masalah apa-apa. Tapi saya minta tangguh sampai tenghari sebab nak tunggu family sampai. Lepas discharge tu terus balik Tg. Karang. Dan sejak itu bermulalah hidup saya sebagai seorang ibu kepada seorang baby girl yang nomey nangat tu.

Eh panjangnya entry! Saya kalau dah menaip. Begitulah.

New Born

 Ini Zara masa betul-betul baru dilahirkan. Muka pun bengkak je. Hidung pun kembang. Hohhhh

Lepas lahir tak lama tu dia sambung tidur. Putih gebu sangat kulit dia masa tu. Ohhhh~

Dhia Zara


Inilah kekasih hati saya. Kekasih yang bermakna segala-galanya bagi saya. Kekasih dunia akhirat saya. Kekasih yang takkan terganti dengan apa saja harta yang ada dalam dunia ni.

9 bulan lebih dia berada di dalam perut saya. Akhirnya dia lahir juga. Dia yang saya sangkakan seorang bibird rupanya munga. Ok mari kita salahkan doktor tersebut. Tapi saya semakin gembira bila mula mengetahui dia adalah seorang munga. Harapan dan cita-cita nak grooming baby akhirnya tercapai juga. Ohhh~

Nama = Dhia Zara binti Abdul Alif Azhar
Tarikh Lahir = 17 Januari 2012
Waktu Lahir = 6.32 petang
Tempat Lahir = Hospital Putrajaya

Bahagia yang saya rasa sewaktu melihat dia diletakkan di atas perut sesudah dilahirkan hanya Allah yang tahu. Sungguh saya teringin sangat nak menangis macam orang lain bila tengok baby sendiri. Tapi saya tak boleh nak menangis. Sekadar sebak di dada pada waktu itu. Saya gembira. Sangat gembira. Situasi waktu itu akan saya ceritakan kemudian.

Zara, mummy sayang Zara sepenuh hati. Takkan ada benda dalam dunia ni yang boleh menandingi kasih sayang mummy pada Zara. I LOVE U SO MUCH!

Tuesday, April 17, 2012

Selamat Datang

Okay sangat lama sejak entry saya yang lepas. Tiba-tiba bila nak aktif semula konon-kononnya terus kasi entry marah. Eheh tak marah pun. Entah kenapa pukul 4.00 pagi ni saya jadi aktif. Mungkin sebab hati tengah panas. Sebelum tu susah hati. Susah hati lalu menangis tersedu sedan. Okay nanti kita cerita.

Ahhaaa menyepinya saya di sini adalah kerana saya telah pun berjaya mengempiskan perut saya. Huuuu saya tak nak cerita sangat dalam entry ni. Saya nak buat satu entry khas untuk kekasih baru saya. Kekasih yang paling dikasihi dalam dunia ni. Lebih daripada segala-galanya.

Banyak cerita lepas geram yang saya terlepas untuk tampalkan kat sini. Bila tak terus buat memang saya akan lupalah kan. Takpelah kalau bab yang lepas geram tu mesti tak bape nak best jadi biarlah terus berkubur. Tapi kalau ada yang teringat saya tetap nak tampal. Tunggu jelah.

Selamat datang kembali.

Bosan Dengan Kau

Susahnya hidup kalau bertemankan kisah silam. Memang susah. Susah bila kita masih tak melupakan semua tu. Oh ini bukan cerita saya. Tapi cerita orang lain.

Saya benci orang yang sentiasa nak mengimbas kenangan dulu sedangkan dia sudah berdua, bertiga, berempat dan seterusnya. Tak cukup bahagiakah dia dengan kehidupan yang ada? Perlukah memutar kembali masa hanya untuk mengimbas kenangan, lagu atau apa saja yang pernah dilalui? Okay kisah ini dikecualikan untuk sesetengah isu.

Ya, kenangan itu untuk dikenang. Tapi ada batasnya. Sampai satu tahap kenangan silam itu harus dilupuskan sekiranya memang boleh memusnahkan apa yang ada. Tak perlulah bersembang konon mengenang semula. Cukup dengan melihat daripada jauh dan meneruskan kehidupan masing-masing. Dan kalau perlu tengok pun tak payah.

Dan saya jadi makin benci bila orang lain yang lebih-lebih. Kawan takde pape tapi orang lain pulak yg offer untuk ingat balik yang lama-lama. Memang menempah maut ni. Memang aku aim habis nama kau lepas ni.

Bosan dengan kenangan.