Nuffnang Ads

Wednesday, May 9, 2012

Mulanya Kehidupan Zara

Cerita tentang anak adalah cerita yang tak akan sesekali membosankan kita. Maka dengan itu saya seronok sangat nak cerita pasal Zara. Eheh.

27 Disember 2011. Hujung tahun lepas saya kena admit di Hospital Putrajaya satu malam sebab saya mengadu pergerakan baby tiba-tiba senyap. Saya kacau, saya usap, saya usik macam mana pun tapi dia tetap diam. Saya risau dan dia terus capai beg dan bawak saya ke hospital. Doktor nak induce tapi dengan segera saya kata tak nak sebab saya tak nak bersalin di hujung tahun. Kesian baby sambut birthday lambat. Hahaha. Tambahan pula pergerakan dah kembali normal dan aktif macam biasa. Dan lagi tiada bukaan pada jalan keluar baby. Jadi saya minta untuk pulang ke rumah.

6 Januari 2012. Sekali lagi saya dibawa ke hospital sebab sakit yang amat sangat. Sakit kat perut, pinggang dan tempat-tempat tertentu. Pergi ke Hospital Putrajaya tapi wad penuh. Okay saya cuak. Dan kami terus ke Hospital Serdang pulak. Tapi macam yang lepas memang tiada bukaan lagi. Okay balik rumah semula. Harapan dia untuk sama birthday dengan baby pada 7 Januari tak kesampaian. Ahad tu sempat lagi kitorang pergi KL dan Putrajaya dengan Fasha. Jalan-jalan dengan perut ada baby. Mengah~

12 Januari 2012. Due date yang kebanyakan doktor bagi. Klinik kesihatan yang pertama memberikan 16 Januari sebagai due tapi kebanyakannya memberikan 11-12 Januari. Jadi saya memilih hari itu sebagai due date saya. Tiada apa-apa yang berlaku. Cuma ketegangan di bahagian perut ke bawah makin dirasakan.

13 Januari 2012. Sakit lagi. Ke Hospital Putrajaya tapi masih lagi penuh. Terpaksa ke Hospital Serdang walaupun hati saya meronta-ronta tak nak kat situ. Sebab teringatkan keadaan wad yang sentiasa penuh dan keselesaan yang kurang pada saya. Bukaan saya sudah 1cm waktu ini. Okay saya dah takut sekarang. Tapi saya diminta balik ke rumah sebab bukaan masih kecil. Haihhh~

15 Januari 2012. Saya pergi menyerah diri ke Hospital Putrajaya. Doa saya dimakbulkan bila mana pada waktu itu ada pesakit dah nak discharge. Alhamdulillah Allah mengizinkan permintaan saya untuk bersalin di hospital yang lebih selesa. Saya ditahan di wad dan disahkan akan di induce keesokan paginya. Bukaan jalan masih lagi 1cm walaupun sudah 2 hari berlalu. Malam itu saya tidur di wad dengan 1001 macam perasaan. Cuak weh!

16 Januari 2012. Seawal pagi saya dah bangun dan mandi. Menunggu kehadiran doktor. Aku seram! Saya dipanggil ke satu bilik kecil yang ada di wad tu. Pil sebesar hujung jari kelingking dimasukkan. Ya itulah induce. Dan saya perlu baring selama satu jam bagi memastikan pil itu menjalankan tugasnya dengan baik. Selang beberapa jam jalan bukaan diperiksa tapi masih 1cm! Tapi saya sudah mula merasakan pengecutan rahim atau dalam bahasa yang sering digunakan adalah contraction. Sumpah sakit! Tapi sakit tu masih lagi belum sekerap mana. Dalam satu jam saya cuma merasakan 2-3 kali sahaja. Menangis tak boleh nak kira sebab saya tak tahan sakit. Bukaan masih lagi 1cm dan keputusan untuk memasukkan induce yang kedua dilakukan. Terima kasih doktor!!!! Blerghhhh~ Tapi bila masuk petang sakit dah mula berkurangan dan malam tu saya boleh tidur lena walaupun dengan hati yang penuh kerisauan.

17 Januari 2012. Saya di induce lagi. Tak lama selepas itu jalan dibukaan diperiksa. Barulah ada pergerakan tapi cuma baru 2cm saja. Doktor pakar datang untuk memeriksa dan saya jadi bahan eksperimen lagi. Dia melakukan VE pada saya. Apa itu VE? Ohhh taubat saya tak nak rasa VE tu lagi! VE tu satu cara paksaan jalan bukaan dengan menggunakan jari sambil mengira 2,3,4. Ya Allah sangat sakit! Bila saya dah menjerit tak tahan doktor tu terpaksa berhenti. Masa tu saya dengar suara dia kat luar. Leganya hati sebab saya tahu dia baru sampai hospital. Maklumlah dia tak boleh nak temankan kat wad. Doktor bagi saya pilihan nak bersalin normal atau operate sebab dia tengok saya macam dah tak boleh tahan sakit. Lama saya diam. Kalau nak kenangkan sakit tu saya memang laju je nak jawab operate tapi saya tawakal dan nekadkan hati dengan jawapan 'doktor, saya nak cuba bersalin normal jugak..'. Then that's ur choice. Tapi kalau saya tak boleh tahan sakit lagi saya boleh report terus kat nurse yang ada.

Masih 17 Januari 2012. Kesakitan yang saya rasakan semakin kuat dan kerap. Lebih kurang 1-2 kali dalam 10-15 minit. Tangan dia saya genggam dan kadang-kadang rasa macam nak gigit sebab tak tahan sakit. Kalau boleh berguling dah lama saya buat. Menangis tak payah nak cakap lah. Perut saya sentiasa bertampal dengan wayar untuk check heart bit baby. Lebih kurang pukul 3.00 petang doktor datang lagi untuk cek jalan bukaan. Dah 3-4cm lebih kurang. Yang saya tak boleh terima dia pun nak buat VE jugak! Aduhai sakit yg pagi tadi pun saya masih terasa lagi. Lepas dia buat VE datang pulak doktor perempuan untuk pecahkan air ketuban. Okay saya nak pengsan jap bila tengok satu plastik panjang nipis tu. Tak sakit pun masa pecahkan air ketuban tu. Doktor tu pelik bila tengok tak ada air yang keluar. A'ah memanglah kan. Bila saya bangun nak ke tandas masa tu lah air ketuban keluar sebanyak-banyaknya. Saya persiapkan diri seadanya. Siapkan baju baby yang perlu dan terus duduk kat wilcha. Saya ingat lagi pukul 4.00 petang bermulanya contraction 5 minit sekali. Masa tu sakitnya memang tak boleh nak tahan. Tersangat sakit yang amat sakit. Takde yang tak sakit melainkan sakit belaka.

Masih lagi 17 Januari 2012. Saya hampir tewas sebab dah tak tahan sakit. Saya request nak ambil epidural. Walaupun saya dah terbaca di sana sini tentang keburukan epidural. Tapi masa tu dah tak boleh nak berfikir lagi dah. Saya suruh dia panggil doktor tapi doktor kata nanti dulu. Diorang suruh saya sabar sebab belum masanya lagi. Bila saya suruh tanya pasal epidural diorang kata doktor bius tak sampai lagi. Alahai mana kau pergi doktor oiii~ Sampai ada sekali tu saya TER marah dia sebab dia asyik suruh saya sabar. Yelah orang tengah tak tahan sakit dia asyik suruh sabar je. Haha kesian dia. 2 jam saya bertarung melawan sakit tu. Bila jam dah 6.15 petang lebih kurang tiba-tiba saya terasa macam nak meneran. Saya buat bodoh lagi. Tapi bila dah rasa kali kedua saya terus suruh dia panggil doktor. Barulah doktor dan kawan-kawan terhegeh-hegeh nak datang. Dan doktor bius nasihatkan saya supaya tak boleh lagi ambil epidural sebab dah ada rasa nak meneran. Epidural hanya untuk penahan sakit sebelum rasa nak bersalin. Okay doktor! Dalam hati sumpah saya lega.

Bila cek bukaan jalan dah 6-7cm. Dan doktor tu paksa lagi jalan bukaan ke 8cm. Ada sekali saya terjerit dan sorang nurse tu tegur saya supaya jangan menjerit kalau tak nak hilang tenaga. Mulut saya memang tak berhenti-henti baca segala ayat al-Quran yang saya tahu dan juga surah Nabi Yunus. Saya cuba aplikasikan cara-cara bersalin dan meneran yang betul yang saya tahu. Dan selepas lebih 10minit saya berjuang akhirnya baby berjaya dilahirkan pada 6.32 petang.

Soalan pertama yang doktor tanyakan pada saya. 'tengok baby awak baby apa?' 'Baby girllllllll..' tu je jawapan yang mampu saya cakap masa tu sebab terlalu letih dan mengantuk. Baby diletakkan di atas perut saya dengan keadaan masih lagi berdarah. Subhanallah. Satu perasaan yang susah nak digambarkan terbit dalam hati saya waktu itu. Saya tengok baby saya. Mata dia terkedip-kedip. Putihnya kulit dia. Tapi hidup pulak yang macam kembang sikit. Alamak~ Lepas tu baby diambil dan dibersihkan. Saya, dia dan baby ditinggalkan kejap kat bilik bersalin tu lepas semuanya selesai. Saya diberi minum milo o panas untuk kembalikan tenaga. Mak, kakak dan adik ana dah tunggu lama kat wad sampai dekat pukul 9.00 malam terpaksa balik sebab waktu melawat dah lama habis. Pukul 9.00 lebih tu la baru saya turun ke wad. Punyalah lama kat bilik bersalin kan?

Malam tu saya tidur sorang sebab baby macam tak okay lagi. Sebab kadang-kadang macam nak termuntah. Esok pagi tu baru dihantar kat saya. Wah seronoknya tengok baby tu. Semalam dalam perut hari ni dah kat luar perut! Pagi tu doktor cek kitorang dan saya dibenarkan untuk discharge pagi tu juga sebab mummy dan baby takde masalah apa-apa. Tapi saya minta tangguh sampai tenghari sebab nak tunggu family sampai. Lepas discharge tu terus balik Tg. Karang. Dan sejak itu bermulalah hidup saya sebagai seorang ibu kepada seorang baby girl yang nomey nangat tu.

Eh panjangnya entry! Saya kalau dah menaip. Begitulah.

0 comments: