Nuffnang Ads

Thursday, June 16, 2011

Penipu Yang Bodoh

Menipu. Seriously i hate this. Susah sangat ke nak jadi jujur? Bukan kena bayar pun kalau kita jujur kan. Kadang-kadang orang tu tak tahu yang kita sebenarnya tahu dia menipu. Tapi kita layankan je. Saja nak tengok apa lagi penipuan yang dia nak sampaikan. Memang kita sakit hati bila semakin kita layan semakin kita tahu. Tapi sekurang-kurangnya kita puas hati. Walaupun kebencian makin menyala-nyala macam api kena simbah dengan minyak? Ah ini bukan semudah kite bako je. Hakikatnya manusia memang tiada yang jujur. Alasannya? Untuk menjaga hati lah. Untuk tak nak gaduh lah. Untuk tak nak panjang-panjangkan masalah lah. Bodohnya alasan tu. Macam-macam yang kita tahu dan macam-macam yang akan jadi kalau kita layan SI PENIPU YANG TAK TAHU NAK MENIPU. Kesudahannya? Diam, perhatikan dan makan hati. Sorang2.

Saya Benci AirCond


Sejuk. A'ah mmg sejuk! Aku tak tahu kenapa ofis ni sebegini rupanya. Kalau aku pejam mata aku boleh rasa yang seolah-olah aku tengah berbulan madu di Korea. Pandang atas kepala oh macam best je lubang aircond ni dok kat atas aku! Kalaulah aku boleh ubah semua lubang aircond yang ada dalam ofis ni lepas tu buh dalam bilik bos. Errr. Habis tu takkanlah aku nak beli jaket daripada kedai baju sejuk pulak. Semata-mata? Lepas tu disebabkan tak nak rugi dan membazir aku pegi jalan-jalan dekat I-City masuk dekat rumah ais? Ataupun pergi dekat rumah iklim Bukit Cherakah? Lepas tu tiap-tiap minggu naik Genting (walaupun dulu memang selalu pergi pun..) pakai baju yang sama lepas tu bagitahu semua orang aku beli baju tu sebab pejabat aku terlalu sejuk. Orang gila pun tak macam kau.

Ok tukar topik kejap.

Sedapnya bila dapat melelapkan mata walaupun sekadar satu jam cuma. Tapi tidur aku akan terganggu walaupun tempohnya belum sampai satu jam dek kerana bunyi tangan-tangan yang memusing-musingkan tombol pintu yang dah aku kunci tu. Eee sebok btul la dorg nih. Itu maknanya aku kena bangun sambil membawa bantal coklat empat segi beli kat jusco bukit tinggi. Sambil mengesat-ngesat mata dan buat-buat muka comel. Tapi bila keluar bilik fail tu tak ada seorang pun yang nak puji. Apa lagi nak ambil peduli. Sampai sekarang aku berfikir kenapa agaknya.

Bosannya bila tengok kiri kanan tapi tak ada seorang pun kawan pejabat yang ada. Mana pergi semua orang? Pintu bilik bos dah tutup. Lampu dah padam. Eh? Ooo hari ini ada preview dekat studio. Patutlah aku tengok si Jamil sedap tidur atas meja sambil mengeluarkan bunyi yang.. Yang apa ye? Takpelah. Nampak macam polar bear pulak bila aku tgk dia. Heee.

Ok sambung balik pasal sejuk.

Seronoknya bila dapat melekapkan tapak tangan aku yang lembut ni dekat dinding kaca pejabat. Panas dan hangat. Kesan daripada cahaya matahari yang sipi-sipi. Aku sgt seronok! Ye memang aku agak batak dgn matahari sejak kerja dekat bangunan ni. Tak ada rasa simpati ke daripada Sime Darby untuk orang yang tiada lemak macam aku ni? Kenapa mesti nak buat centralize untuk satu bangunan tinggi macam ni? Susah lah nak adjust tau tak. Lagi-lagi sekarang ni semua orang tak ada. Terpaksalah aku sedut semua angin aircond ni sorang-sorang.

Monday, June 13, 2011

Satu Persatu Perubahan

Lama. Sangat lama. Perubahan status tidak membawa kepada kepantasan jari jemari untuk terus menulis di sini. Tidak sama sekali. Apabila terlalu banyak cerita yang berlaku pada diri mahupun di sekeliling aku jadi bingung dan tidak tahu apa lagi yang mahu dikongsi. Sedangkan sebenarnya berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus cerita yang ada. Ketiadaan masa atau ketiadaan laptop yang hampir menjadi arwah turut menjadi sebab. Perlukah aku kenang? Oh tidak. Kerana pasti akan membuatkan darah aku naik ke kepala dan kulit aku bertukar menjadi hijau. Serta merta. Kerana itulah wujudnya pepatah 'barang yang lepas jangan dikenang..'

Hari ini sudah 13hb 6 2011. Sudah 4 bulan daripada cerita terakhir dulu. Sibuk? Boleh tahan. Bersiap, menyiapkan diri. Sekelip mata sahaja semuanya berlaku dan berlalu. Memilih dia untuk menjadi pendamping diri bukan satu keputusan yang mudah. Dugaan? Hanya orang gila seperti aku sahaja yang mampu. Memang aku gila. Gila kerana mengambil keputusan ini. Namun siapalah aku untuk melawan satu kenyataan yang telah ditakdirkan oleh Dia untuk diri ini. Segalanya berjalan seperti yang dirancang walaupun manisnya tidak seperti insan lain. Ada sesetengah perkara yang aku tidak mampu untuk merasa seperti mana yang dialami oleh mereka-mereka di luar sana. Jangan ditanya apa salah diri sehingga diuji dgn dugaan sebegini. Mereka itu lebih mengerti. Apa yang pasti kisah ini akan aku kenang hingga ke akhir hayat nanti.

Jari jemari ini masih merah. Merah menyala lagi. Untuk kali kedua selepas Februari. Mei menghadirkan diri agar aku mampu merasa manisnya sekali lagi. Walaupun berbeza kisahnya. Tapi masih dengan dia. Haruslah! Mungkin ada yang mengharapkan aku untuk memiliki kebahagiaan yang lebih bersama yang lain. Aku tak punya kudrat untuk mengubah persepsi, pendapat, pandangan ataupun kemahuan orang sekeliling. Sekadar mengharapkan apa yang ada ini dapat dihargai dan diterima dengan senang hati. Kerana aku juga manusia biasa. Mengharapkan perubahan akan tiba juga akhirnya dan bahagia sentiasa mendampingi aku dan penyambung cinta.

Tuesday, February 8, 2011

Hilangnya Segala Perasaan

Dikelilingi persekitaran yg sebegini telah menjadikan aku spt itu. Bagaikan sudah tidak tahu bagaimana mahu menghargai sesuatu. Memungkinkan timbulnya satu rasa. Sudah tidak kisah apa2 dan tak mengapa andainya mahu menamatkan cerita.

Di sana aku lihat dia spt tidak kenal mana yg salah atau yg benar. Leka dgn kehidupan di dalam dunia. Langkahnya semakin luas seluas langit yg tak bertepian. Pandangannya tidak terhalang dgn apa jua tembok yg ada. Kehidupan ini benar2 dinikmati sepuas2nya.

Di sini aku lihat mereka bagaikan manusia yg tak punya jiwa. Tidak kenal yg mana dosa yg mana pahala. Dalam keserba salahan diri, langkah ttp seiring. Walaupun hati sering berkata. Benarkah ini kehidupan kita? Apakah ini yg kita minta?

Segalanya menjadikan aku spt tak punya rasa. Rasa utk menghargai. Rasa utk mengenang. Apa yg ada hanya rasa kosong. Tidak kisah andai ianya berakhir. Tidak peduli kiranya segalanya tak berlaku. Aku bagaikan tidak pasti dgn diri sndr. Tak pasti dgn keputusan ini.

Wednesday, January 26, 2011

Kembalikan Indah

Setitis air mata gugur ke bumi
Menjadi lautan kaca
Harus ku renangi
Di mana kau menghilang
Kasih ku rindu
Biar apa pun menghalang
Janganlah kau membisu

Inikah cinta menghiris jiwa
Kau biar hidupku jadi melara
Sucikah cinta kau cemar janjinya
Bertarung aku dengan sengsara

Tak rela ku bersedih dihimpit duka
Berkaca hati merintih pecah telah ku duga
Ingin ku meluahkan segugus rindu
Kembalilah keindahan cahaya di hatiku

Oh kasih terbayang kenangan lalu bersamamu
Berjanji setia tak ingin berpisah berdua kan selamanya......

Tuesday, January 25, 2011

Kerana Mimpi

Mimpi bertandang lg. Hampir hari2. Knp mesti mimpi2 itu yg hadir? Knp mesti mimpi2 begitu yg menjengah lena mlm aku? Saat dinihari menjengah, kekeliruan menemani jaga yg membuka hari baru. Kelirunya aku. Sgt2 keliru.

Petanda apakah ini? Haruskah aku kira itu sbg satu petunjuk? Jauhkan segala perkara yg buruk agar ketenangan sentiasa menemani hari2 yg berlalu. Sungguh aku mahu pergi dr segala duka. Aku mahu menghilang dr segenap rasa yg hanya mengundang air mata. Namun knp mesti hadirnya mimpi2 itu.

Semakin aku cuba menjauh, semakin mendekat rasanya. Semakin aku cuba utk melupa, semakin kuat ingatannya. Sukarnya membuang segala kenangan. Lantas aku masih berdiri tanpa langkah yg pasti.

Bila Kosong Menjadi Pendamping

Tak tau knp. Sblm atau slps sama sahaja. Tak rasa apa2. Bercampur baur rasanya apa yg ada dlm hati. Kdg2 rasa keliru. Kdg2 rasa mcm tak tahu. Kdg2 rasa jemu. Kdg2 rasa mcm tak mahu. Knp mesti ada rasa mcmni? Ini bkn pertama kali. Tp entahlah. Perasaan2 itu yg ada.

Jam di kanan aku menunjukkan pukul 4.23 pagi. Terjaga di waktu begini memberikan satu perasaan kosong yg ketara. Benar2 tak tahu apa yg dirasa. Melihat sekeliling. Sunyi dan sepi. Terbit satu rasa kesal dlm diri ini. Kesal dgn apa yg terjadi. Kesal dgn apa yg dimiliki. Kesal dgn apa yg dijalani selama ini.

Katanya aku harus redha. Harus akur dgn satu hakikat. Mesti rela dgn sebuah kenyataan. Ini yg telah dipilih. Maka redha dgn rela seharusnya menjadi sandaran dlm setiap langkah yg diatur. Redha dan rela semestinya menjadi pegangan dlm setiap kata. Walaupun mungkin hati tak seia sekata dgn tingkahnya. Biarpun jelas hati tak pernah seiring dgn kata yg terluah.

Knp mesti aku yg menghadapi semua ini? Knp mesti aku yg ditimpa dugaan sebegini? Mlm2 yg dihiasi dgn mimpi2. Hari2 yg disulami dgn kenangan2. Resahnya hati. Menghitung hari yg semakin hampir. Langkah bagaikan terhenti. Terhenti dan serasa tidak mahu melangkah lg.

Friday, January 14, 2011

Petua Perut Muncet

Utk menyempurnakan diri. I cari mcm2 petua utk diamalkan. Bknlah sempurna mana. Sekadar utk mencantikkan diri. Drpd dulu lg i suka sgt baca petua2 org tua kat majalah. Baru2 ni i beli satu majalah tu pastu ada mcm2 petua dia bg. Salah satunya petua utk merampingkan perut. Haaa menarik kan? Sape2 yg perut muncet tu boleh la cuba. Heeee~

Majalah tu tulis kalau nak kecikkan atau kempiskan perut petua dia mcmni. Rendam sedikit kapur sireh dlm air masak. Pastu amik air mendapan tu dan perahkan dgn sebiji limau nipis. Pastu minum stp pagi slps bgn tido. Amalkan selama 2 mgu. Kalau lbh 2 mgu i pun tak tau apa jd. Takpe kita cuba dulu utk 2 mgu tu ok.

Semalam i try utk pertama kali. Mula2 tu i pun buat la. I tak tau pun mcmana rasanya kapur sireh tu. Bajet ok la kan. Lg plak dah campur dgn limau nipis mestila masam2. I suka mknn yg masam2 mcm limau tu. So takde mslh la kot. I pun minum la dgn yakinnya. Tp bila i dah btul2 telan air mendapan dia yg berserbuk kapur sireh tu. Warghhhhhh!! Pahit gila! Siyes tak bole nak ckp mcmana dia punya pahit tu. Pastu i termuntah blk air tu. Alamak! Buat penat je minum. Cpt2 minum air masak utk elak dr muntah lg. Urghhhh~ Hari ni hari kedua. Barula dpt feel btul2. Ya Allah mmg pahit gila la. Abis idung sume i tutup. Tanak nafas pastu terus telan je. Mmg rasa nak terkuar blk tp tahan je. I minum berselang seli dgn air masak baru ok. Nak ramping punya pasal sume sanggup. Huhuhu. Tp kalau bole nak buat tu skali la dgn senaman. Mcm skrg ni i rajin buat pilates, sit up dan aerobik. Biarla balance. Bdn tu kena la jgk bg berpeluh. Barulah sihat dan cantik. Nak cantik je tp tak sihat pun tak guna jgk kan.

Sbnrnya ada mcm2 lg petua yg i tau. Utk muka, bdn dll. Tp antara rajin atau tak je nak amalkan. Selalu mcmtu kan? Benda bkn ssh pun. Sume guna bahan2 semulajadi. Guna brg2 kat dapur umah kita je. Tp mcm yg i ckp td la. Antara rajin atau tidak. Nak dgn tanak je. Jd skrg ni nak try yg ni dulu. Lps 2 mgu nnt i update berkesan atau tak. Kalau berkesan bole la buat lg. Kalau tak, tak payah!

Wednesday, January 12, 2011

Antara Sabar & Iman

Utk melangkah ke satu kehidupan yg jauh berbeza dr apa yg kita biasa lalui sbnrnya sgt2 menduga kesabaran dan menguji keimanan. Walaupun sabar tak bape nak ada. Iman plak lg nipis dr kulit bawang. Kehidupan tu terlalu berbeza. Satu fasa yg akan dilalui. Satu jalan hidup yg kita tak pernah rasa sblm ini. Antara sama atau tidak dgn manusia yg lain.

Cepat atau lmbt, semua manusia akan lalui. Pendek atau panjang jambatan yg mesti ditempuh bergantung kpd takdir masing2. Ada yg bernasib baik. Ada jgk yg kurang bernasib baik. Malah mungkin jgk ada yg langsung tidak bernasib baik. Cerita hidup kita semua kan berbeza? Kanvas yg terbentang di depan mata. Di tangan sudah ada berus dan warnanya. Corakkan saja mengikut keinginan hati diiringi ketentuan yg sudah tertulis di dalam Loh Mahfuz kita.

Dugaan yg mengetuk pintu hidup sering saja menggugat nipis iman diri ini. Sabar? Andai kesabaran yg dipertikaikan. Takkan mungkin akan sampai ke tahap ini kan? Kdg2 rasa spt memahami. Tp kdg2 spt tidak. Kdg2 rasa syg. Kdg2 rasa benci. Sukarnya membuang perasaan cemburu pd sesetengah pihak. Sama ada dulu atau skrg, rasanya ttp sama. Aku ttp cemburu. Lalu harus diapakan lg. Membuang segenap rasa yg bisa menghancurkan hati. Benci!

Cerita Hari Ini. Bukan Cerita Hari Esok.

Smgu berlalu slps post terbaru. Knp i tak update? I pun tak tau. Nak conteng kat blog ni sbnrnya kena ada mood. Kalau saja suka2 pun bole tp mungkin bkn dgn jiwa. Kdg2 satu post pun pg start nak blk keje tu baru siap. Kejap2 benti. Pastu smbg blk. Idea takde, mood kurang, jiwa kosong. Sungguh. I menaip ni pun dgn mood yg ala2. Bosan sgt. Tak taula knp. Alamak! Ada org masuk ofis. Hmm diam saja tak ckp apa2. I pun diam la. Biarlah. We just start our new beginning. In a different way. :)

Hari ni i masuk ofis lmbt sikit. I nak pegi bank BSN kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Tp sampai2 sistem offline pulak. Alah tensionnya. Penat je i dtg sini. Dahla dah lewat sgt nak masuk ofis. So better i pegi keje je terus. Malas nak tggu sistem ok blk. Adeh! Parking tak sampai 15 minit ttp kena byr RM1.50. Tp i pelik la. Knp makcik dpn i td kena byr RM0.50 je? Mcmana dia bole dpt murah mcmtu? Takkan dia parking 1 minit je kot? Hmmm. Tau td i tanya makcik tu. 'Makcik,makcik ada share ke dgn Kompleks PKNS ni? Bape peratuskah saham yg makcik pegang?' Errrr. Tepat pkl 12.00 i sampai ofis. Buat muka selamba je. Pastu riuh rendah satu ofis. Knp? Sbb tgk i pakai shawl arab dgn cepek mata. Dorg ckp i mcm cekgu, lecturer. ABC. 123. Alif Ba Ta. Ttp nak masukkan nama Alif kan. Well. Then mntk tlg adek2 i temankan pegi BSN Cawangan Jalan Raja Laut. Paksa sbnrnya. Suh jgk dorg ikut. Pdn muka mereka berdua. Tp pastu i belanja la dorg minum kat Old Town. Pastu jln2 masuk kedai sana sini tgk mainan. Kdg2 i rasa mcm dorg plak yg abg i ni adik. Bkn saja disbbkan faktor wajah yg kelihatan lbh muda (perasan ek i ni?). Tp perangai jgk kot. Spt baru saja keluar dr taska, tadika, tabika atau pusat asuhan kanak2. Pastu kitorg pegi buat name tag utk ofis plak. Tp tak puas hati! Sbb name tag i tak cantik! Dahla nama jarang2 pastu ada calar balar. Menci~

Haihhh i penat sgt jln kaki. Jauh sbnrnya BSN tu dgn ofis i. Tp takpela. Jln kaki kan bagus utk fitness. Eheh ye ke. Tp bkn dgn baju kurung la kot. Ades! Till now, i'm doing great. Tp knp ntah dr pg td i rasa tak best. Trying to figure out da reason why but still blur. Why? Just look at my hp then suddenly.. I hate my hp! Why? I really don't know. I takde mood la hari ni. Serius i tak tau knp. I rasa mcm ada rasa cemburu dlm hati ni dan perasaan ni sgt sgt sgt dibenci! Urgh! Damn!