Nuffnang Ads

Tuesday, January 25, 2011

Bila Kosong Menjadi Pendamping

Tak tau knp. Sblm atau slps sama sahaja. Tak rasa apa2. Bercampur baur rasanya apa yg ada dlm hati. Kdg2 rasa keliru. Kdg2 rasa mcm tak tahu. Kdg2 rasa jemu. Kdg2 rasa mcm tak mahu. Knp mesti ada rasa mcmni? Ini bkn pertama kali. Tp entahlah. Perasaan2 itu yg ada.

Jam di kanan aku menunjukkan pukul 4.23 pagi. Terjaga di waktu begini memberikan satu perasaan kosong yg ketara. Benar2 tak tahu apa yg dirasa. Melihat sekeliling. Sunyi dan sepi. Terbit satu rasa kesal dlm diri ini. Kesal dgn apa yg terjadi. Kesal dgn apa yg dimiliki. Kesal dgn apa yg dijalani selama ini.

Katanya aku harus redha. Harus akur dgn satu hakikat. Mesti rela dgn sebuah kenyataan. Ini yg telah dipilih. Maka redha dgn rela seharusnya menjadi sandaran dlm setiap langkah yg diatur. Redha dan rela semestinya menjadi pegangan dlm setiap kata. Walaupun mungkin hati tak seia sekata dgn tingkahnya. Biarpun jelas hati tak pernah seiring dgn kata yg terluah.

Knp mesti aku yg menghadapi semua ini? Knp mesti aku yg ditimpa dugaan sebegini? Mlm2 yg dihiasi dgn mimpi2. Hari2 yg disulami dgn kenangan2. Resahnya hati. Menghitung hari yg semakin hampir. Langkah bagaikan terhenti. Terhenti dan serasa tidak mahu melangkah lg.

0 comments: