Nuffnang Ads

Wednesday, January 12, 2011

Cerita Hari Ini. Bukan Cerita Hari Esok.

Smgu berlalu slps post terbaru. Knp i tak update? I pun tak tau. Nak conteng kat blog ni sbnrnya kena ada mood. Kalau saja suka2 pun bole tp mungkin bkn dgn jiwa. Kdg2 satu post pun pg start nak blk keje tu baru siap. Kejap2 benti. Pastu smbg blk. Idea takde, mood kurang, jiwa kosong. Sungguh. I menaip ni pun dgn mood yg ala2. Bosan sgt. Tak taula knp. Alamak! Ada org masuk ofis. Hmm diam saja tak ckp apa2. I pun diam la. Biarlah. We just start our new beginning. In a different way. :)

Hari ni i masuk ofis lmbt sikit. I nak pegi bank BSN kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Tp sampai2 sistem offline pulak. Alah tensionnya. Penat je i dtg sini. Dahla dah lewat sgt nak masuk ofis. So better i pegi keje je terus. Malas nak tggu sistem ok blk. Adeh! Parking tak sampai 15 minit ttp kena byr RM1.50. Tp i pelik la. Knp makcik dpn i td kena byr RM0.50 je? Mcmana dia bole dpt murah mcmtu? Takkan dia parking 1 minit je kot? Hmmm. Tau td i tanya makcik tu. 'Makcik,makcik ada share ke dgn Kompleks PKNS ni? Bape peratuskah saham yg makcik pegang?' Errrr. Tepat pkl 12.00 i sampai ofis. Buat muka selamba je. Pastu riuh rendah satu ofis. Knp? Sbb tgk i pakai shawl arab dgn cepek mata. Dorg ckp i mcm cekgu, lecturer. ABC. 123. Alif Ba Ta. Ttp nak masukkan nama Alif kan. Well. Then mntk tlg adek2 i temankan pegi BSN Cawangan Jalan Raja Laut. Paksa sbnrnya. Suh jgk dorg ikut. Pdn muka mereka berdua. Tp pastu i belanja la dorg minum kat Old Town. Pastu jln2 masuk kedai sana sini tgk mainan. Kdg2 i rasa mcm dorg plak yg abg i ni adik. Bkn saja disbbkan faktor wajah yg kelihatan lbh muda (perasan ek i ni?). Tp perangai jgk kot. Spt baru saja keluar dr taska, tadika, tabika atau pusat asuhan kanak2. Pastu kitorg pegi buat name tag utk ofis plak. Tp tak puas hati! Sbb name tag i tak cantik! Dahla nama jarang2 pastu ada calar balar. Menci~

Haihhh i penat sgt jln kaki. Jauh sbnrnya BSN tu dgn ofis i. Tp takpela. Jln kaki kan bagus utk fitness. Eheh ye ke. Tp bkn dgn baju kurung la kot. Ades! Till now, i'm doing great. Tp knp ntah dr pg td i rasa tak best. Trying to figure out da reason why but still blur. Why? Just look at my hp then suddenly.. I hate my hp! Why? I really don't know. I takde mood la hari ni. Serius i tak tau knp. I rasa mcm ada rasa cemburu dlm hati ni dan perasaan ni sgt sgt sgt dibenci! Urgh! Damn!

Sunday, January 2, 2011

1/1/11


Happy New Year. Selamat Tahun Baru. 1/1/11 - wut a nice date kan? Sorry for da late wish. Mcmana i bole lupa nak post entry new year ni. Oh mlm tu i tertido awal. By da time i sedar pun dah 12 lbh sbb baby i call. Tp sblm tu mmg dgr la jgk dentam dentum here and there. Tp sbb mamai i smbg tido la. But after a lovely call i terus bgn then online but still forgot my blog. Huhuhu its ok then. Here i am. Selamat Tahun Baru utk semua. Semoga tahun baru ni akan memberikan kita kebahagiaan dan kejayaan. Do da best to get da best. Improve ourselves, achieve our target and gain da happiness ever. I hope so. Happy New Year!

Kenangan Dancing-Dancing

Pg td i kat kg. Skrg i dah kat s.alam. Pg td i lipat baju. Kemas2 nak blk s.alam la. Tgh best lipat kemas lipat kemas tiba2 kat radio kuar lagu. Lagu Walinong Sari yg dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Terus saja i tersenyum. Knp? Teringat kenangan lama. Kenangan hampir 12 thn dulu sewaktu di sekolah teknik. Lagu tu sgt2 membuatkan i ter flash back pd waktu tu. Huhuhu.

Masa tu umur i 16 tahun. Kat sekolah teknik i aktif dlm Unit Pertahanan Awam utk badan beruniform. Sgt aktif. I sgt suka berkawad time tu. Haha sbb bf i ada skali. Dlm stp pertandingan kawad ataupun camping mesti i join. Masa tu form 4 yg aktif cuma bape org je. Sbb UPA tak bape familiar sgt dgn kita masa tu. Yg org tau pengakap, puteri islam, pandu puteri, KRS and so on. I plak tak minat pengakap. Tak tau la knp. Dr sekolah dulu mmg tak suka. Hehe sorry for those yg join pengakap. So disbbkan i terlalu aktif bkn kata kawad je i join. Aktiviti kebudayaan dia pun i join. I mean dlm stp camping mesti akan ada Malam Persembahan kan so i sgt minat dgn sume tu. Dulu last menari masa sekolah rendah je. Aktif nasyid la, mini orkestra la dan mcm2 lg. Then dlm camping UPA kat Ulu Bendul masa tu kitorg buat lagu apa ntah then menari lagu Walinong Sari tu. Td sambil i lipat baju tu i ter buat la kejap step2 yg i masih ingat. Hahahah nasib baik mak tak nmpk. Rindu weh~

Yg tu masa form 4. Then masa form 5 plak i jd Ketua Kebudayaan. Haha bangga jap. I yg jd ketua so suka hati i la nak buat mcmana kan. So i decide nak buat Tarian Zapin secara berpasang-pasangan. Huuu best2. Masa tu kalau tak silap ada 5 pasangan kot. I mesti la dpn skali. I kan ketua so suka hati i la. Kitorg amik lagu Dondang Dendang nyanyian Noraniza Idris & Siti Nurhaliza. Ada satu lagi lagu kot tp i dah lupa la. Masa tu i jd puteri. Haha lg skali. I kan ketua so suka hati i la nak arrange. By that time sume org ingat we all yg menang masa tu. Sbb sekolah2 lain sume buat tak best. Bdk2 sume dah bg moral support kat i. I plak dah berdebar2 tak hengat. Tp dlm hati ni mcm rasa tak best je. Sbb dlm persembahan ada kena nyanyi lagu patriotik. Time tu we all buat just nyanyi je. Mcm thn sblmnya we all buat ada nyanyi dan ada lakonan. There's extra mark maybe. Tp i terlepas pndg psl tu utk thn tu. Bila announce masa mula2 tu mmg markah sekolah i highest. But not for da last one. Sekolah tu cuma lebih satu markah je! Arghhh unacceptable! Nak terduduk nak terbaring nak terpengsan nak terkoma sume ada. Sumenye berusaha utk menenangkan hati i. I pun control jiwa la kejap. Serius tak bole terima. Malah sampai skrg pun. Hahahah.

Hmm tuela kenangan lagu tu. Dah lbh 10 tahun dah pun. Seronok kalau diingat blk. Bila i cite dgn kwn2 skrg ni sume tak caye i dulu menari. Isk taula i garang kan. Tp jgn ingat takde sisi lembut dlm diri ni ok. Siap jd ketua lg tau. Huhu tak percaya kan? Nasib baikla dah lupa mana letak sume gamba2 menari tu. Kalau tak dah lama dah tunjuk kat fb. Dan kdg2 kalau i teringat blk atau pun kuar lagu2 tradisional yg i suka, dpn tv pun jd. Hwahwahwa~

Thursday, December 30, 2010

Masihkah Sama?

Semusim berlalu membawa cerita
Cerita tentang kita
Tentang kita berdua
Berdua mengukir cinta

Semusim berlalu memberi tanda
Tanda suka dan duka
Gembira juga bahagia
Bersama mengukir cinta

Selepas semusim kita berdua
Jarak memisahkan langkah kita
Cerita bertukar cerita
Menahan rasa memendam duka

Selepas semusim kita bersama
Bagaikan sudah tidak biasa
Hanya mahu percaya
Rasa itu masih lagi sama

Harimau Geget Garuda!

Bola lg. Lg bola. Bola lg2. Lg2 bola. First of all, congrats to HarimauMalaya sbb menang match Piala AFF Suzuki 2010 smlm. 1st final kat Malaysia kita menang 3-0. Tp 2nd final kat sana smlm kita kalah 1-2. But still we win da cup! Menang agregat 4-2. Katanya slps 14 tahun inilah kemenangan sulung kita. Proud to be Malaysian. Bkn sbb menang bola je baru nak proud ok. I'm already proud since dlm perut my mom lg. Ahaks!


Agak sadis sbnrnya peristiwa nak tgk match smlm. Just because of i stay kat umah my fren yg astro dah kena potong. I thought mmg takde chance la nak tgk match tu. So damn frustrated at da 1st place. Tension gila rasanya masa tu. Kwn sana sini dah ajak i join dorg. Ajak lepak dataran la ajak dtg umah la siap nak masak utk i. Urghhh jem kejap! I tgk je news feed kat fb tu. Dorg sume update status bout da match. Makin stress la plak. Pastu i plak yg update status tension i kat fb. Then maybe atas dasar simpati, my cousin fb-ing suh i online skype so dat dia bole video call. Hah dgn pantas! Hahaha. Dia call then put da camera in front of his LCD tv. Gila besar tv umah dia. Nasib baik gamba clear. Tu yg best kalau guna skype. Kalau guna ym slow then asyik stuck. Mula2 tu miss la around 15 minutes of da game. But its ok. I pun layan jela sampai game abis. Even takla dpt tgk mcm org lain tp puas hati sbb dpt jgk tgk. Takdela terkebil2 bila org cite nnt. Muahahaha gile sedih tgk bola cara mcmtu. Well, dunia dah canggih apa.


It was so funny actually. Sampai mcmtu skali tahap nak tgk team Malaysia. Don't u have that spirit too? Maybe for certain match i think. Sbb kalau ikutkan i tak minat bola pun. Selalu tu tgk team Selangor je tu pun jarang2. Kdg2 je follow my nephew pegi stadium Shah Alam. Apa2pun congrats again to them. Walaupun blah sana tu suka sgt kutuk dan caci maki negara kita but then just ignore and say 'ada aku kesah?' Yg penting kita dah menang! Harimau dah geget garuda then kita masak garuda goreng kunyit. Hahaha. I love Malaysia. Peace!

Wednesday, December 29, 2010

New Year & Love

2011. Dah tak lama je lg. Dua hari saja lg kerana hari ini sudah 29/12/2010. Thn ni umur i 27 tahun. Jd ini bermaksud thn dpn i dah 28 tahun. Haha wut a good info rite? Arghhh! Betapa masa tak pernah memberikan kita peluang walau sesaat pun. Ttp berlalu, berjalan dan bertambah. Kita? Masih sama atau sudah berubah?

Stp kali kita melangkah ke thn baru org mesti sibuk b'ckp psl azam. Sikit2 azam. Mcm2 azam. Azam itu azam ini azam begitu azam begini. Knp eh? Penting ke azam tu? Perlu ke kita berazam? Kalau takde azam tak bole masuk thn baru ke? Kalau takde azam tak sempurna ke hidup kita sume? Seriously i tak penah ada azam. Bkn sbb takde matlamat, impian, cita2 or wut so eva. Tp i rasa kalau ada azam tp tak tertunai pun tak guna jgk. Just be urself then do da best i think that's enuff. Cthnya if kita nak berubah ke arah yg lbh baik tu tak perlu la kena ada azam atau tggu thn baru kot. Sbb rasanya kalau tak thn baru pun kita kena gak berubah kan. So just let it be and cheer up urself!

I harap sgt thn 2011 ni bole bg berjuta2 kebahagiaan dlm hidup. Smile and happy always. No more tears. No more sadness. How i wish that! Ermm can i consider that one as my azam? Dun think so kot. Sbb bahagia tu bkn azam tp kehendak every single person in this world. I tanak jd mcm thn ni dan thn lps lg. Cukup la for da past 2-3 years ni yg sgt2 menyakitkan. I'm still a normal person. Ask for my happiness and lots of love in my life. I have to change! Its a must.

Hmmm frankly speaking masuk je thn baru ni i dunno how's to fill in. Bkn sbb takde azam yg buat i jd mcmni. Mmg la i ada plan sndr. Yes i do. But everything still just a plan. Not more than that. If i could make it true that will be my big and so damn precious moment in my life. I really hope we can make it happen. I love this feeling so much. As much as i love you. And still. I love you for the rest of my life.

Tuesday, December 28, 2010

Finally~

Heheheheh~

Pertama kali. Byk yg i buat pertama kali. Antaranya apa yg jd mgu lps. Memandu sndr jauh keluar dr Selangor pegi ke utara. Huhh benar2 pertama kali. Sblm ni paling jauh pun sekadar Melaka dan Perak utk berkursus. I feel good for this 1st time. Pengalaman yg best la kot. Hmm maybe. Tp tuela kan. Area KL pun bkn main ssh i nak jejak n explore. Tak suka bcoz of da jam n crowded of people and so on. But this time i'm ok. Learn how to out from here. Hahaha feels like stay at hell la plaks.

Motif ke utara? I dunno. Just listen to my heart. Just do wut i want and wut i feel. Masa drive tu rasa mcm filem Gila-Gila Remaja plak. Ku jejak? Haha yup! But after at all, i'm doing for nothing. There's nothing. Its really nothing. Hmm forget it. Its ok la kan. At least i berani utk ke sana sini kat tmpt yg i tak penah drive to be there. Selamba je main redah. Selagi i kat negara Malaysia kira selamat lg la tu kan. Huhuhuhu.

Ptg ahad tu i sampai shah alam. Rugi? Menyesal? Hmm a bit. Tujuan dan niat disalah erti. Tidak diterima baik maybe. That's wut i feel. I see da reaction. I can feel it. After all of this time, i'm trying so hard to heal da wound by myself. I'm persuading myself without u. Without him. But when da times i feel like to stay in da same way. Its happened again. And now, da memory remains. Sigh~

p/s: Today is Wednesday. Here, Wednesday is English Day. Hahahah that's why.

Wanita Ini

"sesungguhnya wanita seperti tulang rusuk..jika kamu cuba utk meluruskannya ia akan patah..tetapi jika kamu membiarkannya maka kamu akan menikmatinya dengan tetap dlm keadaan bengkok.."

jgn memaksa dlm sesuatu kesalahan..jdlah seorang pembimbing yg bisa membimbing dia..btulkan dia jika dia salah..sedarkan dia jika dia terleka..jagakan dia andai dia terlebih lena..jgn begitu mudah menghukum..jgn terlalu mudah menilai..jasadnya, nalurinya dan sifatnya adalah mmg spt itu..

jika dipaksa utk diluruskan maka akan patah lah dia..akan kucar kacir dan huru hara lah jadinya..dia seorang wanita..perlukan sokongan di saat hampir rebah..perlukan bimbingan di kala salah..perlukan bantuan di waktu susah..

jgn biarkan dia sendirian..jgn tgglkan dia begitu saja..kerana sakitnya akan lbh memaksa dia utk lbh kecewa dan memendam rasa..Allah tak penah meletakkan had dlm sesuatu peluang..spt mana Dia yg sentiasa memberikan peluang pd hambaNya..dan seperti mana dia yg tak pernah teragak2 utk memberikan kamu peluang walau entah utk ke berapa kalinya..

Friday, December 17, 2010

Sy Masih Biasa-Biasa Sahaja

Sy ni biasa2 sahaja. Sekadar biasa. Tiada apa yg luar biasa. Segalanya biasa. Mungkin di mata dia ataupun siapa saja sy hanya manusia biasa yg bergelar wanita. Menarik tiada. Istimewa juga tiada. Apa saja yg sy lakukan mungkin tidak mampu utk menarik perhatian sesiapa pun. Kerana apa? Kerana sy cuma biasa saja.

Sempurna juga sy tiada. Kerana sy biasa2. Mudahnya hati sy terluka kerana perkataan manusia yg lain. Hati wanita mungkin. Bicara yg terluah tanpa berfikir mungkin telah melukakan hati sy secara tidak sengaja. Sy cuba utk berlagak spt tiada apa. Anggap saja itu cuba biasa2. Tp hati tak mampu utk menidakkan satu rasa. Ntah apa yg terluka. Ntah apa yg terasa. Lalu apa yg mampu dilakukan hanya berlakon spt tiada apa2.

Sukarnya meluahkan rasa. Sesukarnya utk meluahkan bicara di sini. Rasa kecewa tiba2 muncul melihatkan sandiwara manusia yg spt tak punya rasa dan jiwa. Mengabaikan sy yg menumpukan segenap rasa dan hari. Hanya utk menjaga dan memberi. Lalu sy berbalik kpd yg asal. Berlakon spt tiada apa2.

Wednesday, December 1, 2010

Biasa

Dingin. Mencengkam ke tulang. Sehingga kebas jari kelingking yg spt chopstick ini. Kebas di bahagian kuku. Kelihatan putih. Arghhh serasa mahu segera keluar dr sini. Di luar hujan. Semakin lebat. Menambah kedinginan yg sudah sedia ada. Kdg2 rasa spt berada di dalam peti ais. Tmpt simpanan daging. Sesungguhnya tidak mampu utk bertahan. Kerana jgn kata daging. Lemak pun aku tak punya utk memanaskan diri. Haihhh kejamnya bgnn ini menyeksa insan 'slim' spt aku.

Lama rasanya tidak di sini. Byk yg tak tertulis. Mungkin kerana ketiadaan masa atau masa itu yg hilang entah ke mana. Hanya senyuman yg menemani waktu itu. Hari-hari dilalui spt biasa. Pergi kerja. Pulang dr kerja. Malam tidur. Biasa-biasa saja. Makan jgn dilupa. Itu satu kewajipan saban hari.

Waktu ini aku masih di pejabat. Menunggu waktu utk pulang ke rumah. Betapa mata ingin segera lelap. Ditemani perut yg sudah kenyang. Indahnya dunia bila dpt makan. Aku suka makan. Walaupun berat sudah bertambah beberapa kg. Ada pro n kontranya. Antara suka dan tidak. Asalkan aku sihat. Itu sudah cukup. Skrg masa utk mengemas. Aku mahu pulang.