Nuffnang Ads

Wednesday, December 1, 2010

Biasa

Dingin. Mencengkam ke tulang. Sehingga kebas jari kelingking yg spt chopstick ini. Kebas di bahagian kuku. Kelihatan putih. Arghhh serasa mahu segera keluar dr sini. Di luar hujan. Semakin lebat. Menambah kedinginan yg sudah sedia ada. Kdg2 rasa spt berada di dalam peti ais. Tmpt simpanan daging. Sesungguhnya tidak mampu utk bertahan. Kerana jgn kata daging. Lemak pun aku tak punya utk memanaskan diri. Haihhh kejamnya bgnn ini menyeksa insan 'slim' spt aku.

Lama rasanya tidak di sini. Byk yg tak tertulis. Mungkin kerana ketiadaan masa atau masa itu yg hilang entah ke mana. Hanya senyuman yg menemani waktu itu. Hari-hari dilalui spt biasa. Pergi kerja. Pulang dr kerja. Malam tidur. Biasa-biasa saja. Makan jgn dilupa. Itu satu kewajipan saban hari.

Waktu ini aku masih di pejabat. Menunggu waktu utk pulang ke rumah. Betapa mata ingin segera lelap. Ditemani perut yg sudah kenyang. Indahnya dunia bila dpt makan. Aku suka makan. Walaupun berat sudah bertambah beberapa kg. Ada pro n kontranya. Antara suka dan tidak. Asalkan aku sihat. Itu sudah cukup. Skrg masa utk mengemas. Aku mahu pulang.

0 comments: