Nuffnang Ads

Sunday, January 2, 2011

Kenangan Dancing-Dancing

Pg td i kat kg. Skrg i dah kat s.alam. Pg td i lipat baju. Kemas2 nak blk s.alam la. Tgh best lipat kemas lipat kemas tiba2 kat radio kuar lagu. Lagu Walinong Sari yg dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Terus saja i tersenyum. Knp? Teringat kenangan lama. Kenangan hampir 12 thn dulu sewaktu di sekolah teknik. Lagu tu sgt2 membuatkan i ter flash back pd waktu tu. Huhuhu.

Masa tu umur i 16 tahun. Kat sekolah teknik i aktif dlm Unit Pertahanan Awam utk badan beruniform. Sgt aktif. I sgt suka berkawad time tu. Haha sbb bf i ada skali. Dlm stp pertandingan kawad ataupun camping mesti i join. Masa tu form 4 yg aktif cuma bape org je. Sbb UPA tak bape familiar sgt dgn kita masa tu. Yg org tau pengakap, puteri islam, pandu puteri, KRS and so on. I plak tak minat pengakap. Tak tau la knp. Dr sekolah dulu mmg tak suka. Hehe sorry for those yg join pengakap. So disbbkan i terlalu aktif bkn kata kawad je i join. Aktiviti kebudayaan dia pun i join. I mean dlm stp camping mesti akan ada Malam Persembahan kan so i sgt minat dgn sume tu. Dulu last menari masa sekolah rendah je. Aktif nasyid la, mini orkestra la dan mcm2 lg. Then dlm camping UPA kat Ulu Bendul masa tu kitorg buat lagu apa ntah then menari lagu Walinong Sari tu. Td sambil i lipat baju tu i ter buat la kejap step2 yg i masih ingat. Hahahah nasib baik mak tak nmpk. Rindu weh~

Yg tu masa form 4. Then masa form 5 plak i jd Ketua Kebudayaan. Haha bangga jap. I yg jd ketua so suka hati i la nak buat mcmana kan. So i decide nak buat Tarian Zapin secara berpasang-pasangan. Huuu best2. Masa tu kalau tak silap ada 5 pasangan kot. I mesti la dpn skali. I kan ketua so suka hati i la. Kitorg amik lagu Dondang Dendang nyanyian Noraniza Idris & Siti Nurhaliza. Ada satu lagi lagu kot tp i dah lupa la. Masa tu i jd puteri. Haha lg skali. I kan ketua so suka hati i la nak arrange. By that time sume org ingat we all yg menang masa tu. Sbb sekolah2 lain sume buat tak best. Bdk2 sume dah bg moral support kat i. I plak dah berdebar2 tak hengat. Tp dlm hati ni mcm rasa tak best je. Sbb dlm persembahan ada kena nyanyi lagu patriotik. Time tu we all buat just nyanyi je. Mcm thn sblmnya we all buat ada nyanyi dan ada lakonan. There's extra mark maybe. Tp i terlepas pndg psl tu utk thn tu. Bila announce masa mula2 tu mmg markah sekolah i highest. But not for da last one. Sekolah tu cuma lebih satu markah je! Arghhh unacceptable! Nak terduduk nak terbaring nak terpengsan nak terkoma sume ada. Sumenye berusaha utk menenangkan hati i. I pun control jiwa la kejap. Serius tak bole terima. Malah sampai skrg pun. Hahahah.

Hmm tuela kenangan lagu tu. Dah lbh 10 tahun dah pun. Seronok kalau diingat blk. Bila i cite dgn kwn2 skrg ni sume tak caye i dulu menari. Isk taula i garang kan. Tp jgn ingat takde sisi lembut dlm diri ni ok. Siap jd ketua lg tau. Huhu tak percaya kan? Nasib baikla dah lupa mana letak sume gamba2 menari tu. Kalau tak dah lama dah tunjuk kat fb. Dan kdg2 kalau i teringat blk atau pun kuar lagu2 tradisional yg i suka, dpn tv pun jd. Hwahwahwa~

0 comments: