Nuffnang Ads

Monday, April 6, 2015

Hidup dan masa depan.

Kekadang aku tertanya sendiri. Hidup ini untuk apa? Tentang kita semata-mata atau tentang manusia di sekelilingnya? Apa dan bagaimana? Kenapa dan mengapa?

Selalunya kita terlalu memikirkan tentang orang lain. Sedangkan kita sendiri tak tentu hala. Selalunya kita terlalu kasihankan orang lain. Walhal diri kita sendiri tak ketahuan.

Bertubi-tubi pendapat dan nasihat aku telan sejak akhir-akhir ini. Tentang masa depan. Sesuatu yang bergantung pada sebuah keputusan. Sesuatu yang mampu mengubah sebuah kehidupan.

Kala ini, aku cuma punya Zara. Itulah jiwa itulah nyawa. Aku tak pernah peduli tentang manusia lain. Andai aku mahu, aku mahu. Kau fikir aku kisah siapa kau? Pengalaman terlalu mengubah aku menjadi aku hari ini. Benci, dendam dan tak punya rasa. Kasihan? Sikit pun tidak. Sungguh, aku peduli apa.

Hari ini, aku perlu fikirkan tentang aku. Tentang Zara. Tentang kami. Biarlah orang berdiam tak peduli. Kalau itu pilihan yang diambil aku dah tak mahu ambil tahu. Seperti sebelumnya, lantak.

0 comments: