Nuffnang Ads

Monday, April 6, 2015

Cari yang memberi.

Kekerasan biasanya akan mengakibatkan kasar. Jarang sekali kekerasan akan menjadikan kelembutan dan kasih sayang. Sangat jarang atau mungkin langsung tiada.

Segala apa yang terlahir daripada kekerasan itu benar-benar mampu membunuh mesra. Menghakis percaya menghapus cinta. Yang tinggal cuma luka.

Kalau dulu diri kita dipenuhi senyum, kekerasan boleh mengubah hampir 100% siapa diri kita. Mungkin akan jadi lebih protective dan terlalu berjaga-jaga. Tiada lagi percaya dan baran menjadi sikap yang akhirnya sebati. Dendam juga akan selalu melekat dalam hati.

Sebab itu orang kata, hiduplah dengan kasih sayang. Kasih sayang boleh mengubah seluruh hidup kita. Bibir selalu senyum, hati sentiasa tenang dan kita cuma gembira.

Siapa aku dulu banyak mempengaruhi siapa aku hari ini. Kerana kekerasan dan pengkhianatan yang tak berkesudahan. Yang tak pernah kasihan pada dua buah kehidupan. Sukarnya menghapus dendam yang ada. Amat sukar. Dendam dan amarah yang ada bersatu menjadi api yang sentiasa memanaskan hati.

Kerana itu, hari ini aku mencari kasih sayang dari yang benar-benar mahu memberi.

0 comments: