Nuffnang Ads

Wednesday, December 18, 2013

Antara cantik dan sempurna.


Ye kadang2 aku cemburu bila tengok org lain yg berfesyen begitu begini. Aku cemburu bila tengok kawan2 bertudung macam tu macam ni. Kadang2 aku rasa macam outdated. Kadang2 rasa diri tak in trend. Dan kadang2 aku fikir 'Eh canteknya pakai macam tu. Eh mcmana nak lilit gitu? Eh kat mana dia beli tudung dan baju macam tu? Eh kalaulah aku banyak duit sume2 tu aku nak beli." Tapi sudahnya aku fikir balik. Apa gunanya aku cantik di mata orang andai aku tak cantik di mata Dia. Apa gunanya aku melawa beria ikut orang sedangkan dalam hati sebenarnya aku lebih selesa biasa2 saja.

Itu caption yang aku tulis masa upload gambar ni kat facebook. Memang itu yang aku rasa sejujur-jujurnya. Kalau nak dilihat daripada zahirnya memanglah yang kiri tu yang kita teringin nak gayakan. Yang nampak cantik dan sempurna di mata orang luar yang memandang. Yang nampak anggun jelita di mata orang lain yang melihat. Walaupun kadang-kadang kita macam terpaksa dan tak rela. Semuanya hanya kerana nak dilihat cantik dan moden kan?

Aku selalu terfikir biarlah aku berpakaian ikut keselesaan diri aku sendiri. Bukan ikut keselesaan mata orang. Bukan untuk puaskan mata dan nafsu mata orang. Memang aku juga mahu cantik tapi biarlah cantik dengan cara yang selesa. Cantik dengan kemampuan dan pendirian kita. Cantik dengan gaya dan diri kita yang sebenar-benarnya. Tapi kebanyakan orang lebih suka berlawan cantik dan mengikut arus moden tanpa mengira sempurna dan selesanya gaya kita di mata Dia.

Kalau nak ikutkan diri aku yang sebenar, aku tak peduli tentang fesyen. Bukan aku outdated tapi biarlah aku berpakaian apa adanya. Ikut kemampuan aku sendiri. Aku lebih suka simple. Aku tak suka beraksesori. Aku tak suka berlilit-lilit juga sebenarnya. Sesekali itu boleh tapi selalu itu susah sebab nanti aku lambat siap dan susah nak rasa selesa lebih-lebih lagi bila ada anak kecil yang masih menyusu pulak tu. Dapat kat Zara semua benda nak ditarik nak dicabut nak dikorek nak dikutil. Baju pun bukan aku boleh pakai sesuka hati. Kena tengok kesesuaian Zara untuk breastfeed dan disebabkan itulah aku lebih suka simple selagi boleh dan yang penting tidak menyusahkan aku dan sangat memudahkan Zara.

Kadang-kadang kita ni terlalu risaukan cakap-cakap orang. Takut orang kata kita tak in trend. Risau orang kata kita ketinggalan zaman. Tapi nanti bila kat sana diorang ke yang akan tolong jawab tentang dosa aurat? Perlu ke kita terlalu nak berfesyen sampaikan melangkaui batas dan had yang sepatutnya? Aku tahu macam mana rasanya bila ada orang kata kita pakai baju ntah pape sedangkan baju yang kita pakai tu sopan, tutup dada, tutup montot. Sakit hati tapi demi untuk menjaga sepasang mata dan sebuah hati (errr sebuah ke eh?) aku cuma pekakkan telinga dan bisukan mulut. Asalkan aku selesa, asalkan aurat aku terjaga.

Sesekali ada juga aku terlepas pandang dan ambil mudah. Bukan aku tak pernah tidak bertudung. Ke Bali, ke Kuantan bergaya seksi. Bukan aku tidak pernah berseluar pendek, berskirt paras peha. Tapi itu dahulu dan semoga hati aku dikuatkan agar tidak kembali menjadi seperti itu. Itulah yang aku kata tadi. Aku cuma mahu simple, selesa dan jujur pada diri sendiri. Tapi benda jadi susah bila kita terlalu nak menjaga hati. Terlalu nak mencuri mata yang memerhati.

Betapa mudahnya hidup kita kalau tidak menjadikan gaya, imej dan penampilan sebagai contoh dan ikutan untuk kepentingan diri sendiri yang hanya memuaskan nafsu. Banyak benda boleh jimat, mudah, selesa, jujur dan yang penting sempurna aturannya di mata Allah. Semoga kita semua diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik disisiNya. Kita wanita memang hiasan dunia tapi bukan juga hiasan di neraka.

0 comments: