Nuffnang Ads

Monday, October 1, 2012

Nasib aku sehelai baju.

Satu perkara yang mesti berlaku bila kita pindah rumah adalah kita akan terjumpa balik harta benda yang lama-lama tu masa tengah kemas. Betul sangat betul.

Alkisahnya terjumpa banyak lah baju, t-shirt, blouse dan blablabla masa tengah kemas hari tu. Bila nampak dah banyak tu teruslah bungkus untuk basuh sebab dah lama sangat terperap dalam plastik so nanti takut ada yang tergaru-garu macam nenek tua tiga orang dalam filem Laksamana Doremi.

Semalam tengok semuanya dah siap basuh dan lipat elok oleh diri saya sendiri. Bila nak balik Putrajaya tu beranganlah kan nak pakai baju pink long sleeve tu. Tak sampai satu saat pakai saya rasa macam nak meraung sebab kenapa saya rasa macam sarung nangka?!! Pfftttttttttttttttt

Saya termenung depan cermin sambil berfikir. Agaknya sebab baju ni dah lama tak pakai pastu baru lepas basuh so dia macam kecutlah kan? Kan? Kan? T________T

Saya terbayangkan masa saya pakai baju ni 2-3 tahun lepas. Longgar je kat semua bahagian. Takde langsung part yang kutat mahupun menonjolkan lemak yang ada. Kalau baju yang longgar macam tu pun dah kutat macam mana dengan baju-baju yang lain. Malangnya nasib.

Sampai ke waktu ini saya masih tak puas hati. Gemuk sangatkah aku ini? Berat saya tetap sama macam masa bujang dulu. 49-50kg sahaja even masa mengandung pun saya tak cecah langsung ke 60kg. Tapi kenapa baju tu macam sesak nafas sangat bila dok kat badan saya?

Jadi apakah masalah sebenar baju tersebut ye?

Nampak tak dulu saya bergembira je pakai baju pink bertudung pelangi. Tapi kenapa sekarang tidak lagi?

2 comments:

Uji MKK said...

shape dh lari la farz. sbb dh mengandung 9 bln dan beranak. kontur badan dh x mcm ms bujang walaupun berat masih sama. cuba pakai blk kain kebaya ms bujang2 dulu, part pinggul lepas tak? hehe...

MsGaijin said...

Alamak blum try lg..takut nak terima kenyataan kalau tak muat..hahaha