Nuffnang Ads

Monday, October 22, 2012

Mari rajin lipat baju.

Saya tak suka lipat baju. Kenapa pasal lipat baju pun saya nak cerita? Haha suka hati.

Sumpah saya paling tak suka lipat baju. Rasa macam itu satu benda yang renyah sangat. Tapi bila dah kahwin dah ada anak kau rasa tak suka aku tu akan membawa kebahagiaan ke tak? Haha memang taklah!

Jadi untuk memastikan kerja melipat baju tu sentiasa berjalan dengan lancar dan rasa macam 'ehhh dah siap dah?' saya telah menemukan satu cara yang pada saya memang berkesan. Saya tak tahu pada orang lain sama je ke atau tak tapi pada saya memang rasa macam kejap je siap.

Bila kita lipat baju tu kan ada macam-macam jenis kan. Ada tuala, kain batik/pelikat, seluar, kemeja, short, t-shirt dan blablabla. Saya akan asingkan siap-siap ikut jenis tu. Waima t-shirt berkolar dan tidak pun saya akan asingkan jugak.

Lepas tu saya akan mulakan dengan jenis yang besar je dulu. Biasanya saya akan lipat seluar / kain dulu. Lepas tu tuala / napkin dakcik nayang mommy yang nomey nangat tu ke kalau ada. Lepas tu baru kemeja, t-shirt, short dan seterusnya. Yang 'kecik-kecik' tu last skali lah. Pengasingan tu jugak saya lakukan mengikut jantina baju tersebut. Contohnya baju dia, baju dia jelah. Baju saya tak geng dengan baju dia. Asingkan habis-habisan. Selain daripada memudahkan untuk membuat pengecaman itu baju siapa, mudah jugak untuk menyusun sebab dah asingkan siap-siap.

Sejak saya buat macam tu siyes saya tak terasa macam lambat je nak siap bila tiap kali lipat baju. Habis lipat seluar, lipat baju pulak, lepas tu lipat yang lain pulak. Lipat ikut kategori. Memang rasa cepat siap. Mula-mula bila kita asingkan tu nanti memanglah akan ada banyak longgokan kalau nak bandingkan bila baju tu semua dihimpun sekaligus tapi sebenarnya pengasingan tu akan lebih memudahkan kerja kita nanti.

Kalau tak caye nanti cuba buat. Kalau betul sila angguk kepala selepas kerja melipat baju tu selesai sambil memuji saya. Kalau rasa cara saya ni tak effective langsung sila geleng kepala sambil cakap 'ek eleh tak boleh pakai betul teori Farz ni..' (mak tak marah pun nakkkk..)

Sekian.

Hai blog walker!

Saya tersenyum sendiri bila melihat insan-insan yang keluar masuk daripada blog saya. Setiap entry yang mereka baca. Setiap entry yang mereka klik. Kadang-kadang saya akan klik entry tu jugak untuk tahu apa sebenarnya yang mereka baca sebab kebanyakannya entry yang dah lama. Saya sendiri dah lupa.

Memang diakui blog saya ni dulu banyak cerita sedih je. Entahlah. Hentaman jari jemari kat keyboard ni lagi memberikan saya satu kepuasan bila bercerita seorang diri mengadap skrin macam ni.

Saya jugak gelak bila tengok ramai sangat yang baca entry 'Aku Sebuah Tupperware'. Saya tak tahulah kenapa. Mungkin diorang google pasal tupperware kot pastu yang keluar entry blog saya pulak. Sorrylah kalau entry tu mengganggu pencarian sebenar korang. Haha.

Dan saya jugak boleh tengok location atau daripada negara mana blog walker yang singgah kat sini. Kalau setakat Malaysia tu biasalah. Tapi bila dah sampai Hong Kong, Uzbezkiztan, Zimbabwe, Hunan aku pun dah pelik dan musykil dah ni.

Lepas tu saya ada perasan sorang blog walker yang mesti akan datang boleh kata hari-hari lah kot. Dia dari Johor Bharu tapi saya tak tahu siapa. Haaaaa siapa kau hah? :P

Tak kisahlah sape-sape pun. Terima kasihlah sebab rajin sangat buang masa baca blog ntah pape ni. Jalan-jalan je kat lorong mana yang korang suka. Mak tak kisah pun nakkkk.

Durian Crepe


Ini namanya Durian Crepe. Masa mula-mula tengok sorang kawan ni update status teringin nak makan mende alah ni kat facebook saya biasa-biasa je. Apo bondo eh? Okay ignore je.

Lepas tu tetiba sorang cek adik yang saya selalu order kek kat dia pun upload gambar Durian Crepe tu. Rupanya dia pergi kelas buat mende alah ni dan esoknya terus bukak order tapi saya tak sempat nak beli dah habis. Kali kedua dia buat saya beli satu je sebab takut tak sedap. Saja lah nak try kot best ke. Lepas tu sumpah nyesal sebab beli satu je sebab kau memang bapak sedap gila! Saya kan suka makan durian.

Kali ketiga saya order lagi. Kakak pun sebok nak tumpang sekaki. Sekali 7 box saya order. Semua teringin bila saya upload gambar kat atas ni kat facebook. Haha padan muka. Tapi malangnya perebutan hak dan kuasa telah berlaku di rumah saya. Dia bukan orang yang sukakan sangat pastry ni kalau nak bandingkan dengan saya. Saya pantang nampak kedai kek. Saya pantang nampak roti sosej ke roti ada cheese ke kek dan kawan-kawan ke. Tapi dia boleh suka pulak crepe ni. Aduuu tak boleh nak makan sorang-sorang!

Semalam saya dapat lagi 4 box. Satu box je habis kat dia. Duhhh~

Lepas tu this coming Wednesday saya order lagi 20 box termasuk dengan order kakak saya, Diyana dan Fasha. Tamak tak tamak tak tamak tak. T________T

Orang mesti pelik apalah bendanya durian crepe ni. Apa yang saya tahu kulit dia tu adalah adunan 5 jenis tepung lepas tu inti dia cream custard dan isi durian. Sedap dimakan sejuk-sejuk dan beku pun boleh. Kalau beku macam makan eskem. First time saya makan hari tu apa yang saya boleh cakap. Heaven.

Saya berdoa semoga dia tak makan 2 box durian crepe kat umah tu.

Klik Garam dan Gula untuk Durian Crepe yang sangat heaven ni.

Zara tak sihat, mommy susah hati.

Isnin sememangnya hari yang membosankan. Bila terpaksa pergi kerja selepas bercuti di hujung minggu. Tapi hari Isnin ini bukan saja membosankan tapi sangat merisaukan.

Zara tak sihat. Bermula dengan selesema lepas tu batuk lepas tu suhu badan jap hangat jap okay. Puncanya bukan sebab saya tak pantang minum ais (eh?) atau pun terlebih makan Durian Crepe (uh?) tapi sebab berjangkit dengan budak lain kat rumah pengasuh. Baru 2 hari hantar tau. Arghhh kemon!

Tiga hari saya tak bekerja sebab nak jaga Zara. Saya sangat tak yakin nak menghantar Zara kat rumah pengasuh dan pergi bekerja dengan senang hati. Saya nekad nak cuti untuk pantau kesihatan dia. Kalau jadi pape pun biarlah depan mata saya. Lagipun kat rumah pengasuh tu bukan dia jaga Zara sorang. Ramai lagi yang dia nak bela so lebih baik saya tak ambik risiko macam tu.

Haih kadang rasa macam nak marah pun ada. Kalau saya jadi pengasuh saya akan bertegas dengan mak bapak budak-budak tu. Kalau anak diorang tak sihat je tolonglah berhenti hantar anak tu kejap. Mak bapak tu tak boleh ke berkorban masa amik cuti 2-3 hari untuk jaga anak. Sebab yang paling utama adalah saya tanak virus tu merebak dan habis budak lain sume kena. Macam yang jadi kat Zara ni, masa mula-mula saya hantar training tu cuma ada sorang je budak dan yang sorang tu lah yang pembawa virus. Yang lain habis sume tak datang sebab dah berjangkit. Tak sampai 3 hari Zara pulak yang kena. Takde perasaan ke kau tengok anak kau hingus meleleh bersepah sana sini lepas tu habis budak yang lain pun sume sakit? Tiap kali terserempak dengan mak budak tu saya rasa macam nak stalait je dahi dia. Grrrrr.

Hari ni saya terpaksa pasrah dan redha hantar jugak Zara kat rumah pengasuh. Takkan saya nak cuti memanjang walaupun sebenarnya saya memang suka pun. Berkali-kali saya pesan kat kakak tu tolong call saya immediately kalau ada pape. Macam mana saya tak risau. Setiap kali susu dia mesti akan batuk dan batuk dan batuk macam tekak dia tu ada sekumpulan nyamuk dah gigit pastu jadi gatal merenyam pastu dia batuk lagi sampai dia muntah pastu nangis je. Memang kahak akak keluar tapi sape yang sampai hati tengok dia macam tu? Lebih 5 pasang baju saya bekalkan hari ni sebab takut dia asyik muntah je. 

Memang aku balik terus lah kalau dia tak okay gak hari ni.

Tuesday, October 16, 2012

Zara in the house.

Dah dua hari. Selama dua hari Zara dijaga oleh pengasuh kat rumah saya. Semalam saya tengok dia okay je. Dia yang saya nampak saat pintu rumah pengasuh dibuka kelihatan sangat wangi! Walaupun bedak bercapuk kat muka. Tapi saya tahu dia wangi.

Seminggu yang lepas mak ikut saya dok kat Putrajaya. Tinggallah Eqin sorang-sorang gigirl kat kampung. Saya suruh ponteng dia tak nak. Memang dia malang sebab ada kakak yang asyik suh dia ponteng sekolah.

Isnin dan Selasa saya kerja tapi Kursus Microsoft Powerpoint kat BTM. Tapi Rabu, Khamis dan Jumaat saya cuti. Rabu tu bawak mak jalan-jalan kat Alamanda. Khamis dan Jumaat pulak saya training Zara hantar kat rumah pengasuh. Saya dok rumah dan standby kalau diperlukan.

Hari pertama training hampir gagal pada mulanya sebab dia menangis pagi tu. Tapi saya berjaya mengaburi mata Zara dengan sogokkan dengan segala mainan yang dia ada. Pukul 10.00 pagi dapat sms pengasuh bagitahu dia menangis. Sekali lagi saya berjaya pujuk dengan modus operandi yang sama. Lebih kurang pukul 2.00 lebih saya ambik sebab stok susu dah habis.

Hari kedua pun sama jugak. Dia menangis pagi tu. Mungkin sebab terkejut tengok muka pengasuh tak secomel mommy. Saya bagi mainan, dia leka. Saya terus lari keluar pintu dan sampailah ke petang lebih kurang pukul 3.00 lebih baru saya ambik. Sebelum ambik tu saya cuma tidur dan tidur.

Tak susah nak mengasuh Zara. Sogokkan dia dengan mainan dan cepat-cepat main cak ba. Lepas tu kalau tunjukkan dia kawan dan budak-budak yang ramai tu confirm dia akan terus tersengih-sengih bajet cun. Zara sukakan budak-budak. Mungkin dia rasa 'Eh-eh ramainya kawan!' sambil tertoleh-toleh tengokkan diorang. Walhal diorang tu tak heran pun dengan Zara. (-___-") Kesian Zara syok sendiri.

Sekarang dah nak pukul 4.00 petang. Tak sabar nak balik nak jumpa dia. Saya harap sangat makcik tu akan jaga Zara baik-baik macam mana mak saya jaga Zara dengan penuh kasih sayang. Heaven rasanya bila akhirnya Zara tinggal jugak dengan saya. Lovessssss.


Apa lagi?

Tahu tak macam mana rasanya bila ada orang khianat kat kita?
Rasa macam nak sepak orang tu kan?

Aku percaya kalau lah membunuh orang tu bukan satu benda yang haram.
Dah ramai manusia yang mati. Semua kena bunuh.

Sesungguhnya manusia ini adalah sebaik-baik kejadian yang telah Allah ciptakan.
Diciptakan kita bersama dengan akal dan fikiran.
Tapi kalau kau tak guna langsung akal yang Allah dah bagi tu aku nak panggil kau apa?
Haiwan je yang takde akal kan?

Aku pelik, hairan sampai ke hari ini.
Kenapa kau susah sangat nak berubah?

Apa sebenarnya yang kau cari dalam hidup ini?
Apa lagi kesempurnaan yang kau mahukan?

Seletih aku menghitung waktu melihat segalanya berubah.
Maafkan aku kiranya bila detik itu sampai aku sudah bosan.
Dan beralih arah.


Tuesday, October 2, 2012

Dah sampai masanya.

Sejak pindah dah berapa kali dia berbunyi. Dia kata nak ambik Zara dok sekali. Tapi memandangkan masa tu keadaan masih belum mengizinkan maka hasrat tu terpaksa dipendam dulu.

Tapi sekarang rasanya masalah tu dah takde. Rumah dah siap kemas, selesa dan aman damai. Persekitaran pun bersih dan okay. Sebenarnya saya sendiri pernah cakap nanti bila dah pindah rumah barulah boleh ambik Zara atas faktor-faktor macam yang saya cakap tadi.

Minggu lepas dia berbunyi lagi. Dia nak kami cari pengasuh cepat sebab macam dah tak sanggup nak jauh dengan Zara. Dia nak tengok Zara membesar depan mata pulak. Dia cakap tiap pagi kadang-kadang tu selalu terserempak dengan orang yang hantar anak pegi rumah pengasuh dan keadaan tu buat hati terasa, tersentuh, terdetik. Kalau orang lain boleh jaga kenapa kami tak boleh?

Percayalah, saya dah lama rasa macam tu. Rasa macam nak pergi kat kakak-kakak tu dan cakap 'Kak, boleh tak saya tumpang dukung anak akak kejap sebab saya rindu anak saya kat kampung..'

Dah sampai masanya untuk kami ambik alih semula tanggungjawab ni. Sampai bila nak susahkan mak dan abah. Lepas ni mak boleh lah pergi surau tiap-tiap malam, pergi mengaji kat balai raya, pergi pasar tanpa perlu fikirkan macam mana nak bawak Zara. Kembali macam sebelum ni.

Hanya Allah saja yang tahu macam mana beratnya hati saya ni. Susah betul la kalau jadi manusia yang sensitif dan emo ni. Terasa macam bersalah sangat nak pisahkan mak abah dengan Zara. Tapi saya kena buat macam tu. Zara anak saya dan dah sampai masanya untuk saya pikul tanggungjawab ni walau susah macam mana sekali pun. Belum kira lagi saya risaukan entah macam mana dia kat rumah orang tu nanti. Okay ke tak, terjaga ke tak. Kat kampung takde siapa pun yang berkira nak jaga Zara. Tiap-tiap pagi dan petang ada je yang rajin bawak Zara jalan-jalan naik motor. Dia takkan duduk je dalam rumah dalam sehari tu. Mak dan abah jaga Zara dengan cukup sempurna. Diorang tatang Zara macam minyak yang penuh dan saya percaya kasih sayang diorang pada Zara lebih lagi daripada diorang sayangkan saya. Mengada-ngada macam mana pun Zara, mak dan abah sabar je layan karenah dan ragam dia. Menangis lah macam mana pun, diorang akan pujuk dan manjakan Zara sehabis daya. Kat mana lagi saya nak cari pengganti macam tu?

Susahnya hati ni Ya Allah. Saya perlu kuatkan hati dan semangat untuk semua ni. Saya kena tabah.

Amani, Kak Zura, Amsyar, Emak dan Zara

Bebel ape ntah.

Sebulan sudah kami berpindah ke Putrajaya. Segala-galanya dah pun lengkap dan sempurna. Balik kerja je hati rasa seronok bila tengok segala furniture dah ada dan macam yang saya nak. Cuma hati terasa kosong dan sunyi bila buka pintu tiada siapa yang menunggu. Masuk rumah dok depan tv pastu menung. Pastu tengok keliling. Sunyi sepi.

Cuba bayangkan kalau ada Dhia Zara. HEAVEN. Wuuu wuuu wuuu

Ruang tamu, bilik tidur, bilik tamu, bilik Zara, stor dan dapur semua dah siap kemas. Segala barang, pinggan mangkuk, baju yang ada dah siap disusun kemas dalam kabinet dapur dan almari. Lega macam orang athma baru dapat sedut inhaler. Phewwww

Saya rindu nak memasak sebenarnya. Tapi takdelah rindu sangat pun. Dah sebulan pindah tapi masih belum berpeluang lagi nak memasak macam sebelum ni. Semua sebab tong gas bocor. Ingatkan kepala gas yang rosak tapi bila dah beli baru rupanya baru dapat detect tong gas tu yang bocor. Lagipun biarlah rumah dah betul-betul siap kemas, barang dah tahu letak kat mana barulah saya nak masak.

Lepas ni kena bukak balik koleksi resipi saya. Duhhh~

Monday, October 1, 2012

Nasib aku sehelai baju.

Satu perkara yang mesti berlaku bila kita pindah rumah adalah kita akan terjumpa balik harta benda yang lama-lama tu masa tengah kemas. Betul sangat betul.

Alkisahnya terjumpa banyak lah baju, t-shirt, blouse dan blablabla masa tengah kemas hari tu. Bila nampak dah banyak tu teruslah bungkus untuk basuh sebab dah lama sangat terperap dalam plastik so nanti takut ada yang tergaru-garu macam nenek tua tiga orang dalam filem Laksamana Doremi.

Semalam tengok semuanya dah siap basuh dan lipat elok oleh diri saya sendiri. Bila nak balik Putrajaya tu beranganlah kan nak pakai baju pink long sleeve tu. Tak sampai satu saat pakai saya rasa macam nak meraung sebab kenapa saya rasa macam sarung nangka?!! Pfftttttttttttttttt

Saya termenung depan cermin sambil berfikir. Agaknya sebab baju ni dah lama tak pakai pastu baru lepas basuh so dia macam kecutlah kan? Kan? Kan? T________T

Saya terbayangkan masa saya pakai baju ni 2-3 tahun lepas. Longgar je kat semua bahagian. Takde langsung part yang kutat mahupun menonjolkan lemak yang ada. Kalau baju yang longgar macam tu pun dah kutat macam mana dengan baju-baju yang lain. Malangnya nasib.

Sampai ke waktu ini saya masih tak puas hati. Gemuk sangatkah aku ini? Berat saya tetap sama macam masa bujang dulu. 49-50kg sahaja even masa mengandung pun saya tak cecah langsung ke 60kg. Tapi kenapa baju tu macam sesak nafas sangat bila dok kat badan saya?

Jadi apakah masalah sebenar baju tersebut ye?

Nampak tak dulu saya bergembira je pakai baju pink bertudung pelangi. Tapi kenapa sekarang tidak lagi?