Nuffnang Ads

Monday, March 16, 2009

Segalanya Tentang Aku

ISNIN

Bosannya hari Isnin ni kan? Rasanya semua org tak suka hari Isnin. Hari malas sedunia ataupun aku pggl "Black Monday". Ihiks mcm nama kongsi gulap plaksss. Ha cuba kita ingat hari Jumaat plak? Mesti kita suka kan? Sgt suka sampai tak sabar2 nak tggu hari Jumaat. Ermm patutla Islam sndr memuliakan hari Jumaat. Hari Jumaat tu kan penghulu segala hari. Hari yg penuh berkat.

Ermm aku baru blk sapan pg dgn bos. Aku sorg2 je kat ofis ni jd bos pun ajakla aku join dia minum pg. Seronok sesekali lepak dgn bos ni sbb mcm2 cite kita bole dgr. Yela kita ni staf bawahan jer. Sapela kita nak berborak bersembang dgn org berpangkat mcm bos. Tp bos aku ok. Dia tak memilih dgn sape pun dia nak borak. Tak kira pangkat dan gelaran. Jd bila sesekali kuar minum tu kita bole tgk dan nmpk la bos kita tu mcmana. Bole cite2, borak2 dan tau la sikit cite2 luar yg aku sndr tak tau. Maklumlah rajin sgt tgk berita, baca suratkhabar. Isk teruk btul aku ni la. Keje je P.P tp lngsung tak amik tau hal sekeliling. Hurrmmm mkn gaji buta! Hikss..

AHAD

Nak cite sikit hari semlm Ahad 15 Mac 2009. Semlm aku mengangkut 4 hadiah dlm keta ke hulu ke hilir. Ada 2 hadiah tertunggak yg aku tak bg2 kat member2. Kawin bln nov & jan tp aku tak dpt dtg sbb ada kursus keje baru dan ada hal lain so baru skrg niela aku dpt bg. Takdela mahal dan eksklusif sgt tp yg penting aku ikhlas. Kan? Kan? Kan? Yg 2 lg hadiah tu bg kat 2 org kwn aku yg kawin semlm. Sorg member time belajar sorg plak member time keje kat tmpt lama. Dua2 kat area pekan umah aku jer so takdela rushing sgt kejar sana sini. Ermm bila ingat2 blk tak sangka plak dorg dah kawin. 3 drpd 4 kwn2 aku tu aku anggap mcm kwn baik aku. Antara org yg aku byk berciter suka duka aku dlm idup. Antara yg tau ssh pyh aku utk idup dlm dunia kasih syg. Mcmana dlmnya luka dlm hati aku. Jerih perih aku dulu sampai hari ni. Thanx intan, su n hilmi. Aku doakan Selamat Pengantin Baru dan semoga korg bahagia hingga hujung nyawa. Aku syg korg. "Isk sentimental plak tibe2 aku nih.. Isk isk sob sob.."

AKU

Aku? Jgn ditanya. Takut, trauma, fobia rasanya nak merancang sesuatu yg tak pasti. Ada org ckp harapan @ expectation aku terlalu tggi. Pedih? Tak dpt nak diluahkan mcmana pedihnya hati ni bila dgr ayat tu. Mungkin mereka lupa segala realiti bermula dgn fantasi dan mimpi. Dan segala mimpi tu bersemi kerana harapan. Tiada manusia yg mengecap kejayaan dan kebahagian petik jari mcmtu je. Dorg semua mesti ada mimpi dan kerana mimpi tuela dorg berusaha utk jadikan ianya kenyataan. Harapan? Semua manusia ada harapan. Dan aku berharap setinggi itu kerana aku mahu menjadikan ianya satu kenyataan. Aku tanak terus bermimpi. Dia mungkin tak pernah rasa mcmana hancurnya hati bila impian dan harapan yg kita semai tiba2 musnah. Dia tak pernah merasai pengalaman yg satu tu. Dan mungkin sbb itulah dia bole berckp sesuka hati. Menelanjangi aku dgn seribu anggapan adalah tidak adil dan kejam. Seharusnya kau perlu memahami isi hati dan kepedihan semlm diri ini. Bkn menghukum aku dgn pelbagai tanggapan. Kerana bkn mudah utk menghapuskan luka kelmarin. Bkn mudah utk aku melupakan ketakutan kpd sebuah kehilangan. Dear, kau takkan pernah tahu perasaan ini.

0 comments: