aku mahu seperti sungai
mengalir tanpa dipaksa
meniti kehidupan mencari makna
hala tuju dihitung teruskan langkah
aku mahu seperti sungai
indah mengalir tanpa henti
arus dititi tiada tepi
berlalu hari dibiar pergi
aku mahu seperti sungai
sembunyi di balik perjalanan
sarat hati membawa isi
leka memandangmu di situ
0 comments:
Post a Comment